31 July 2010

Berhabis Duit untuk 3 buah Buku!

Salam kepada kawan-kawan sekalian. Aku ni kalau boleh semua aku nak cerita kepada anda semua. Hoho..kali ini aku nak cerita tentang buku-buku yang aku baru je beli minggu lepas kat POPULAR Sunway Carnival dan kat kedai buku Koperasi USM. Bukan apa, dah ada duit biasiswa ni beli la kan buku untuk bacaan di waktu lapang. Takkan nak baca buku Process Control, gila dibuatnya nanti! Ha..buku aku tiga-tiga berkenaan sejarah dunia la. Macam tahun lepas aku beli buku banyak tentang soal jawab masalah Fikah, kali ni beli yang lain la pulak. Baru la banyak koleksi buku aku..haha! Aku kadang-kadang tu tengok koleksi buku yang aku ada, aku tersenyum kambing keseorangan. Banyaknya buku yang aku ada..haha, nak riak pun ada. Hm3!!! Tapi masalahnya banyak gila lagi buku yang aku tak habis baca..huhu..malunya...

Berbalik kepada tiga buku yang baru je aku beli tu, aku rasa memang bacaannya agak berat untuk didigest dalam kepala engineer macam aku nih. Faham-faham jelah..otak engineer ni mane boleh ayat-ayat sangat, ngantuk! Kalau ada nombor-nombor ni takpelah kan, boleh jugak dikira-kira..kurang la mengantuknya ye tak? Ok2..buku yang aku beli tu adalah seperti yang di bawah:

Penulis: Muhammad Alexander@Wisnu Sasongko
Bil Muka Surat: 564 muka surat
Harga: RM31.50
 Buku ni aku dah abis baca..huhu..betul la Anep kata yang aku ni cepat sangat membacanya. Bukan apa, sebelum ni tak ada apa nak buat so
 kita baca la buku yang ada kan. Tapi aku baca pun macam tak proper je. Kene baca lagi sekali la ni.

Buku ni best jugak. Banyak cerita dalam buku ni berasaskan bukti dari Al-Quran dan Kitab-Kitab Bani Israel dan rekod sejarah. Tapi bagi aku ni adalah hasil dari kajian penulis sendiri sebab kalau korang baca, penulis ni memang menjuruskan Yakjuj Makjuj ni kepada satu bangsa yang amat besar iaitu bangsa Scythian. Nak tau lagi baca la sendiri buku ni.


 Penulis: Muhammad Alexander@Wisnu Sasongko
Bil Muka Surat: 730 muka surat
Harga: RM35.00
Yang ni aku tengah baca, menarik! Ia ditulis untuk sambung apa yang dibincangkan oleh masyarakat sekarang ttg siapa Zulqarnain. Tapi, penulis ni memang dari awal menyokong Alexander The Great sebagai Zurqarnain Qurani.
Kepada yang nak compare buku ni dengan satu lg buku bertajuk "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain", so boleh je pinjam dari aku. Tapi lepas baca buku ni, aku rasa buku ni dah menjawab persoalan yang dikaitkan dalam buku BIBZ tu. Kira buku aku ni agak lengkap la (padahal sebab buku ni mahal..haha)!



Penulis: Hepi Andi Bastoni
Bil Muka Surat: 130 muka surat
Harga: RM15.00
Yang ni kalau sape-sape yang selalu pegi kedai buku mesti penah tengok buku ni. Aku dah beli tapi tak baca lagi. Tapi aku go through memang buku ni menggunakan fakta cerita dari dua tokoh ini untuk mengolahkan point sebagai macam buku motivasi la.

Banyak diutarakan bagaimana tindakan yang diambil oleh kedua khalifah ini dalam menghadapi pelbagai situasi. Baik untuk bacaan ringan pada masa hati tu goyah sedikit..eceh2...


Haa..tulah buku-buku yang aku beli semester ni selain dari buku teks utk subjek sem ni. So harapannya agar aku tak ada la membazir beli buku mahal-mahal kalau aku tak membacanya dan mengambil pengajaran daripada hail tulisan dalam buku ni kan. So kepada sape-sape yang berminat nak pinjam ke buku ni dipersilakanlah tapi dengan satu syarat. Lepas pinjam kene pulangkan balik dan kalau korang ada buku yang menarik aku pun nak pinjam jugak.

Kalau la lepas ni aku dah kerja dan duduk rumah sendiri kan, aku nak bukak satu mini library la dalam bilik study aku nanti. Kat situ la tempat kami anak dan isteri duduk bersama membincangkan berkenaan akademik dan ilmu-macam gini. Bukan apa, rata-rata masyarakat Malaysia ni tak ramai yang membaca. Apa salahnya kan kalau tengah tunggu bas ke, berehat sebentar waktu rest ke, waktu cuti ke kita penuhkan masa dengan membaca, walaupun baca novel sekalipun kan. Ni tidak, dikutuknya pulak orang yang membaca novel tu bapuk. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara dan antaranya adalah waktu lapang sebelum sampai waktu sempit kan? Haa...jadi penuhkanlah masa lapang dengan perkara berfaedah.


Antara buku-buku yang aku ada..tak kira lagi yang dalam kotak lagi tu!

Jadi di kesempatan ini aku nak kempen la pada kawan-kawan sekalian banyakkanlah membaca dan jadikannya amalan yang sihat. Bukan dengan bersukan je yang penting tapi ilmu jugak penting sebagai makanan minda. Sebab dengan membaca kita akan dapat ilmu dan orang yang mencari ilmu adalah orang yang dikasihi Allah s.w.t dan diberkati olehNya. InsyaAllah...

Wallahua'lam.

2 Minggu Tanpa Entry Baru

Salam kepada pembaca-pembaca semua yang still bertanyakan bila aku nak update blog aku ni. Aku pun bukan sengaja tau tak mau nak update blog ni, tp tulah aku pun tak tau kenapa aku tak boleh masuk main page blogspot. Tu yang tak boleh update tu. Tapi sekarang dah boleh dah. Alhamdulillah.....

Dalam masa 2 minggu aku tak update ni banyak la cerita yang aku nak cerita tapi dah tak jadi semangat nak cerita sebab dah lama sangat benda tu berlaku. Cerita aku pegi Pangkor, aku pegi induk, belajar macamane, jumpa PA, dan sebagainya. Bagi aku benda tu macam best je untuk diceritakan kan? Tapi tulah, dah tak jadi semangat dah. Huhu...aku pun tak tau kenapa aku tak ada semangat sekarang ni nak tulis entry. Mungkin aku perlukan masa untuk memanaskan badan sebelum kembali menulis blog ni. Susah tau tulis blog, kadang-kadang dekat 1 jam duduk je depan laptop menaip entry yang kalau orang baca tak sampai 5 minit. Huhu..so mungkin entry aku 2 3 lepas ni boring kot...


Tapi aku rasanya nak tulis la sket kan tentang hubungan kita sesama kawan-kawan ni. Secara amnya kita ni banyak kawan, banyak kenalan di sekeliling kita setiap hari. Dan kawan tu lah kita bergurau, kita buat kerja sama-sama. Dan memang semua orang tak dapat nafikan yang kawan-kawan ni lah yang banyak mempengaruhi kita sejak dari kita budak-budak lagi. Kadang-kadang tu kita akan mendahului kawan dalam kita memikirkan sesuatu masalah. Dan sudah semestinya kawan ni amat-amat mempengaruhi kita dalam perhubungan kita pada Allah. Ada kata-kata hikmah kot yang kata siapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi dia akan mendapat wanginya minyak tu. Macam tulah. Kawan ni cermin kita dan dia akan menjadi tempat kita menilai diri kita.

Hai..aku tak taulah. Aku harap kawan-kawan aku sepanjang aku di kampus ni dirahmati Allah sentiasa. Dan dengan mereka yang menjadi tempat aku bersandar badan dalam menempuh dugaan dalam dunia alam remaja ni, wahai kawan-kawan aku...pandulah diri aku sebaiknya kerana kamu semua sahabatku...kamu semua adalah saudaraku..dan semua orang mukmin itu bersaudara.

Pendek je entry aku, maaflah.

Wallahua'lam.

13 July 2010

Belajar Memang Susah

Salam kepada semua.

Hari ni memang la macam seram bulu roma aku sebab hari ni kami diperkenalkan dengan 3 lagi subjek yang diambil semester ni. Dan sememangnya bila dah masuk ke next level ni selalunya akan menjadi lebih sukar dan mencabar. Tak tau la macamana nak survive semester ni. Tapi aku harap aku boleh catch up la course ni, dah tak nak main-main dah. Yelah, masa untuk menceburi alam pekerjaan dan semakin hampir tapi aku rasa diri aku ni banyak lagi kekurangan yang perlu ditampung supaya boleh menghadapi masa depan. Tak tau lah tu...kalau sape yang sini course sama dengan aku tak payah baca la. Boring entry kali ni..

Haa..berbalik kepada cerita course yang aku kene amik semester ni, memang nampaknya sangat la payah. Sebabnya apa yang kami akan belajar sepanjang semester ni merupakan real punya kejuruteraan kimia lah boleh dikatakan. Yang pertama dinamakan Kawalan Dinamik dan Proses atau dalam bahasa omputihnya Process Dynamics and Control yang separuh yang awal diajar oleh Prof Madya Dr. Norashid. Ia berkenaan bagaimana kita memanipulasi condition sesuatu process supaya profitable dan sebagainya. Macam Mass dan Energy Balance la kot kan. Orang kata paper yang ni memang sepayah-payah paper la kat dunia ni. Dan aku selak sket-sket buku teks pun memang beremang bulu roma aku dibuatnya. Nak cakap sekarang pun tak berani lagi sebab tak belajar ape lagi. Betul la kata Dr., tu semua tu persepsi kita je nak kata susah ke senang. Course 4 unit kene lagi effort lebih kan. Betul tu Dr., saya akan belajar elok-elok.

Kemudian, satu course lagi namanya Proses Pemisahan atau Separation Process yang 7 minggu pertama oleh Dr. Lim Jit Kang. Dr. Jit Kang ni orangnya bagi aku la kan terlalu yakin pada dirinya dan expect students dia boleh jadi sebagus dia. Dia ni genius la, memang payah sket nak ikut step dia. Yang sadisnya group assignment yang dibagi, fuh..sungguh mengharukan la. Option untuk marking memang membunuh punya la. Macam dah duduk di hujung pedang je rasanya. Hope aku boleh follow dan tak segan untuk menjawab soalan dan bertanyakan soalan kepadanya la. Itu sebagai satu usaha yang aku rasa perlu la untuk advance dalam course ni. Sebab dengan kefahaman pada perkara yang kita tak faham memang sesuatu yang betul-betul penting. So, i need to train myself to speak english all the time.

Yang ketiga adalah Kejuruteraan dan Pengurusan Persekitaran atau Environmental Engineering and Management oleh Dr. Suzylawati yang kali pertama mengajar di USM. Selamat datang diucapkan dan terima kasih la sudi ajar saya ya. Aku penah je buat program dengan dia mase program Cemerlang USM bersama Anak Desa semester lepas. Ok la cara penyampaian dia. Lain dari yang lain la dan boleh menambahkan minat nak belajar. Dia seperti orang yang semangat je nak mengajar. Dia pun memang dah ada pengalaman jadi environmental engineer sebelum dia join USM. Ok la kan. Course ni pun macam ok je walaupun 4 unit kan. Boleh la kan, cuma jangan malas-malas je nak belajar. Aku mesti boleh!

Ganbatte!

Aku nak study dah..hahaha!

Salam

Setitik Mutiara Kebenaran

Salam diucapkan kepada semua.

Dalam hidup kita yang disirami hanyir kepalsuan pelbagai ideologi yang menyesatkan, kita berhadapan dengan kesukaran mendapatkan kebenaran sebuah fakta. Maksud aku, dalam satu perkara kononnya, kita tak dapat mengesahkan sama ada ianya betul atau salah. Semudah itu, tapi dunia sekarang ni membuatkan kita tertanya-tanya bagaimanakah cara yang paling mudah untuk menghuraikan masalah yang sebegini.

Semalam sedang aku dan budak-budak ni membeli belah buku teks kat kedai buku sebelah library tu terbuka la cerita tentang fakta adakah Iskandar Zulkarnain tu Alexander The Great raja dari Macedonia tu. Mulanya aku ngan kecik la tengok buku Iskandar bukan Zulkarnain. Kecik cakap dia dah beli dan yang menariknya ada pulak sebuah buku lain yang bertajuk Iskandar adalah Alexender tuh. Kira macam kontra la kan dari buku yang satu lagi tu. Kenapa jadi macam ni ye? Bagi aku la kan, tak ada atau kurangnya cendiakawan Islam sekarang ni yang begitu teliti untuk mengkaji sejarah yang ada disebut dalam Al-Quran.
Sebabnya kebanyakan sejarah dunia di Eropah adalah dikaji sendiri oleh orang mereka walaupun ada cebisan-cebisan dari sejarah tu berkenaan dengan dunia Islam. Kenapa kita perlu bergantung kepada maklumat-maklumat dari orang kafir walaupun kita tau mereka akan mengambil kesempatan mengeksploitasi maklumat tersebut untuk menunjukkan mereka kuat dan gagah? Ini memberikan mereka kredit yang kononnya membuatkan mereka lebih tinggi darjatnya berbanding kita.

Satu lagi yang mungkin menjadi isunya adalah kita dah terlalu lama dijajah oleh penjajah sama ada dari Eropah mahupun dari Asia sendiri. Lihat la sebelum kemasukan penjajah Portugis ke dalam Kesultanan Melayu Melaka lagi, walaupun dah hampir 1000 tahun kita dipengaruhi oleh Hindu dan Buddha kita masih tidak mampu untuk membuang amalan mereka. Kata Ustaz Ismail Kamus dalam satu ceramahnya, kita orang melayu ni berjaya memeluk Islam dan membawanya ke dalam diri tapi kita tak mampu lagi nak buang adat Hindu seperti bersanding dan sebagainya dari kehidupan kita. Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian kerana adat yang kita ikut itu adalah adat dari keagamaan yang lain, yang bukan Islam.
Kerana konsep ini, dengan kehadiran penjajah moden dari Eropah, diselaputi pendidikan secara barat memang kita hanya disuap lembut dengan ilmu-ilmu serta maklumat dari barat. Bukan nak kata ilmu mereka itu tipu dan tak berguna tapi setidak-tidaknya kita ni perlu mempunyai tingkatan penguasaan ilmu setaraf atau lebih tinggi supaya kita mampu membela nasib diri kita sendiri. Penguasaan ilmu tidak semata-mata di buku-buku atau penulisan yang bersifat pendapat individu tetapi penerapan nilai Islam dalam pengalaman mencari ilmu itu lebih bernilai.

Apa guna mencari ilmu dunia sedangkan bekalan ke akhirat diabaikan? Ingat di dalam sirah ada seorang hamba Allah merantau dari negeri yang jauh dalam 8 hari perjalanan ke bumi Rasulullah s.a.w semata-semata untuk bertanyakan 2 soalan kepada baginda Rasulullah s.a.w. Kerana apa beliau bertindak sedemikian? Kerana pencarian kebenaran tidak akan berakhir sehingga kita betul-betul puas dalam mencari fakta yang diingini. Di akhirnya, Rasulullah memberikan satu jawapan kepada kedua-dua soalan sahabat Nabi itu dan dia tergolong di dalam orang-orang yang dikasihi Allah s.w.t.
Semoga kita mampu untuk mengubah persepsi kita dalam menuntut ilmu dan ingatlah kita hidup di dunia ini bukan sekadar mengejar kesenangan hidup di dunia tetapi ada amanah yang Allah sandarkan kepada kita makhluknya khalifah di bumi sementara ini.

Wallahu a'lam.

11 July 2010

Pengawas: Bukan Kerja Mudah

Salam buat kawan-kawan sekalian.

Aku terharu jugak la ada kawan-kawan yang bagi komen yang menarik bila dah baca blog aku yang ntah pape ni. Memang la kalau orang baca mesti mereka pelik sket, sebab banyak entry yang aku tulis ni berkenaan diri aku. Yelah, dah blog aku kan, xkan nak tulis tentang Mulan Jameela pulak. Tapi tulah, dah jadi resam kot kat diri aku ni nak menceritakan apa yang aku nak cerita pada orang lain. Kalau kat sekolah dulu aku banyak cerita pada kawan-kawan bilik tapi bila dah di universiti ni aku ambil inisiatif meng'softcopy'kan cerita aku ni biar aku sendiri boleh baca balik. Best jugak baca tulisan sendiri, macam baca tentang diri orang lain pulak.

Entry aku kali ni adalah berkenaan dengan satu jawatan yang dianggap penting oleh pihak pengurusan sekolah tapi amat dibenci oleh ramai pelajar-pelajar terutamanya di sekolah menengah berasrama. Ada yang bagi gelaran jipang la, kaki report la, bangsat jalanan la, hamba cikgu la macam-macam. Tapi apa pun panggilannya, orang yang melalui pengalaman bertugas sebagai pengawas sekolah atau asrama ni sangat lah sukar nak hidup dalam dunia persekolahan. Bukan apa, selain dari tekanan tugas yang diamanahkan, pengawas berdepan dengan apa yang pakar panggil sebagai occupational hazards; iaitu keadaan yang membahayakan yang datang selari dengan tugas yang diberikan. So, kalau korang pernah la jadi pelajar biasa di sekolah, tak banyak sedikit mesti ada rasa jelik kat pengawas-pengawas ni kan. Kuat sangat mengampu cikgu!

Aku ni termasuklah golongan pengawas yang selalu la mengalami pelbagai kesulitan dalam menjalankan tanggungjawab tu. Aku dan adik beradik aku yang lain memang tak lepas dari jadi pengawas. Tiap tahun macam tu sejak dari sekolah rendah lagi. Aku kat sekolah menengah start jadi pengawas masa form 3. Sekolah aku walaupun ada asrama, kami tak ada pengawas asrama sebab pengawas sekolah juga adalah pengawas asrama. Kiranya ada satu badan pengawas je lah kat sekolah aku. Aku time tu diserapkan masuk dalam biro kebajikan badan pengawas. Kiranya tugas aku secara amnya adalah menjaga kebajikan pelajar, tapi tugas spesifik aku adalah menjaga bilik sakit yang ada kat asrama putera la. Jaga bilik sakit ni kiranya kene kemas bilik sakit, jaga ubat-ubatan, jaga budak sakit, segala macam lagi lah kan. Ingat senang ke, dalam 300 orang pelajar lelaki tu ada 300 jenis ragam yang aku kene deal satu-satu tau tak.

Ni gambar kelas aku masa form 5. Yang lelaki pakai baju melayu sebab hari jumaat.
Kalau perasan name tag aku warna biru muda menandakan aku pengawas.

Ni gambar ketua biro mase aku form 5, mantap tuh!
Ni bukti gambar aku bersama dengan MPP USM Induk sekarang, Saudara Faiz Omar

Ni nak cerita sket tugas aku la selaku pengawas kebajikan. Tiap malam lepas solat maghrib berjemaah di surau (semua pelajar wajib ke surau solat berjemaah tiap waktu), aku akan ke blok asrama untuk menjalankan tugas aku. Tugas aku adalah untuk cek setiap dorm tutup lampu dan kipas atau tak. Kalau tak tutup kene denda, dan duit dendaan tu akan digunakan untuk beli ubat. Aku jugak kene cek paip di bilik air tertutup atau tak. Selain itu, aku jugak adalah orang yang akan dicari sekiranya ada pelajar yang demam atau tak sihat ke. Semua tu kadang-kadang aku buat sorang-sorang tau tak. Memang letih la. Ada satu malam tu tengah aku cek bilik tingkat atas, tetiba je aku terdengar bunyi budak2..memang seram la kan. Tulah cabaran kalau jadi pengawas kebajikan. Kadang-kadang tu jugak ada pelajar yang bersembunyi dalam bilik tak mau nak ke surau solat. So, aku kene amik nama la, pastu mula aku dilabel macam-macam. Dia yang buat salah kita pulak yang kene kan?

Gambar batch kami dengan cikgu Rosli sebelum dia pindah Kelantan.
Memang kami rapat sangat dengan dia

Ni antara pengalaman aku jadi pengawas masa form 3 la. Warden yang menjadi pemantau kami adalah cikgu Rosli yang ajar fizik, baik orangnya dan tak kurang jugak sifat peramah dan tegasnya. -----"Ekk?" Hehe,,trademark dia ni. Memang kalau pasal ubat habis je atau ada pelajar sakit kene ke hospital ke, dia la tempat rujukan aku. Memang aku dengan dia rapat sejak form 2 lagi sebenarnya. Aku dah banyak lupa dah kenangan jadi pengawas masa form 3 sebab masa form 4 aku jadi setiausaha pengawas dan form 5 aku jadi ketua pengawas. Hahahaha! Aku pun tak sangka aku jadi ketua pengawas. Tapi pengalaman aku jadi pengawas masa form 4 dan form 5 segan la nak tulis kat sini, malu..hehe.. Ada tentang cinta, ada tentang buli ada yang menggembirakan. Tapi still aku ingat dan akan ingat sampai bila-bila.

Ni gambar pengawas sekolah aku tahun 2009 kot.
Aku tinggalkan mereka masa mereka form 2

Bila dan masuk dunia universiti ni, memang aku teringat sangat zaman sekolah dulu. Kenangan yang pahit pun dah berubah menjadi kenangan manis semuanya. Dengan aku punya tilam terbangnya, dengan locker dipecahnya tu suma dah jadi asam garam mereka yang bergelar pengawas. Tak tau la kan kalau sekarang ni budak-budak asrama makin baik, tapi memang la. Pengalaman aku ni takkan dapat diganti di mana-mana lagi. Hidup pengawas!!

P/S: Maaf la kepada kawan-kawan dan kenalan-kenalan yang aku amik nama dia masuk sistem demerit di atas pelbagai kesalahan. Sorry okeh! Kepada para pengawas, selamat berjuang.

Salam.

10 July 2010

Pingat Kebesaran: Sekadar Pangkat

Salam buat semua.

Hari ni aku jenguk la surat khabar ni kat tenet. Ada macam-macam kisah yang berunsur politik dan sentimen agama yang aku tak berani sangat nak ditulis di sini. Biar je lah aku simpan sorang-sorang sebab kadang-kadang pendapat aku ni orang payah nak terima. Biasalah, aku ni tak pandai sangat jaga hati orang, so kat sini kena la tapis-tapis sket kan.

Ada satu kesah ni berkenaan tentang penganugerahan darjah kebesaran oleh TYT Yang diPertuan Negeri Pulau Pinang. Aku tak tau la kenapa selalu kalau sultan atau sapa-sapa bagi anugerah pangkat besar-besar ni mesti masuk paper. Siap bagitau tu apa kerja mereka, ada syarikat apa suma. Pelik kan adat macam tu orang-orang Malaysia ni. Yang dapat tu semestinya mereka yang ada pengaruh yang besar la, tak pun ada connection dengan orang istana. Ni kesah betul tau sebab dulu masa aku duduk Kuantan heboh la kesah ada pegawai kem tempat aku tu siap beli pangkat 'Datuk' tu. Bayanglah, awak dah ada pangkat besar buat apa benda pangkat-pangkat ni semua, buat kerja tu elok-elok sudah la. Ni macam buat kerja tak ikhlas la sebab nakkan sangat pangkat tu, kononnya dihargailah oleh kerajaan.

Penah dengar kesah kan mereka-mereka yakni para ulama dahulu kala yang memang terkenal la dengan sumbangan mereka pada Islam seperti Imam Abu Hanifah dan Imam As-Syafi'e? Haa..mereka ni bila nak menegakkan keyakinan mereka ni siap kene penjara dan dirantai apa semua. Walaupun mereka sebelum tu memegang jawatan dalam kerajaan, bila dah difitnah dan dipenjara mereka redha je sebabnya mereka yakin apa mereka buat tu tak ada yang lebih menghargai selain dari Allah sendiri. Tak ada pun nak mengungkit kata pada pemerintah mereka dah banyak bagi sumbangan so bagi la darjah kebesaran apa semua kan? Tu lah bezanya mereka yang ada keikhlasan buat keje dengan yang tidak.

Ada satu hari tu time abah masih kerja dalam TUDM ada la sorang kolonel ni arahkan abah buat macam profil la kan untuk dihantar kepada istana Terengganu. Katanya kalau abah nak dia boleh rekomen dan bagi surat sokongan la nak minta darjah ni semua. Dah sebulan lepas tu kolonel tanya dah buat belum pada abah. Tapi abah kata buat apa tuan, tak payahlah. Dia marah pulak abah sebab tak mau amik peluang dapat darjah Pingat Jasa Kebaktian negeri Terengganu. Balik rumah abah bagitau buat apa kan pangkat tu semua, tak ada nilai di sisi Allah. Yang penting usaha kita, kejujuran kita buat keje la yang paling penting. Pingat tu dunia je semata-mata. Betul abah kata tu, kenapa perlu kita promote diri kita untuk menunjuk-nunjuk kerja yang kita buat kan. Tapi abah buat jugak la proposal profile tu sebab kalau tak buat benda tu nanti si kolonel tu marah jer.

Dua tahun lepas tu, abah dapat surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA. Time tu abah dah pencen dah dan kami semua dan berpindah ke Banting dah. Surat tu warna putih, tak macam surat lain yang warna coklat kan. Siap ada cop Istana Negara Bahagian Pengistiadatan Pengurniaan Anugerah lagi. Rupanya abah dapat panggilan untuk menerima anugerah Ahli Mangku Negara atau A.M.N. dari SPB Yang Dipertuan Agong sendiri. Wah, lagi besar dari yang Pingat Jasa Kebaktian atau P.J.K. dulu! Kami sekeluarga terseronok la plak dengan sepujuk surat dari Istana Negara. Abah kata dia macam Hang Tuah la nak dapat anugerah dari Sultan Melaka. Aik, lain pulak kan? Takde, abah kata ni la pengalaman yang Allah dah atur sebagai kenangan dia berkhidmat dalam TUDM. Memang tak beri makna apa pun tapi time ni la nak rasa jumpa pemimpin negara yang tak tau keje kita macamana. Betul jugak kan?

Pingat Ahli Mangku Negara, A.M.N.

Abah dan emak di depan pintu Balairong Seri Istana Negara

So, abah pegi la ke Istana Negara nak amik pingat tu. Abah relax je, takde la excited sangat dengan pingat tu. Lagipun dia dah pencen dah, so pingat tu tanda kenang-kenangan la, boleh cerita dengan cucu. Ala, macam korang la kalau dapat naik helikopter sekali memang la seronok kan, mesti nak cite pada orang. Macam tu je lah perasaannya. Abah berbaju melayu hitam bersongkok siap. Macam pahlawan melayu la katakan. Abah pergi dengan mak ke istana tu. Abah kata dia amik sekali dengan David Arumugam penyanyi Alleycats tu. Abah pun kata Sultan Mizan tu pendek je orangnya, walaupun abah sama umur dengan dia. Tapi abah kata anak-anak abah besar lagi dari anak sultan tu. Hehe..jangan cakap macam tu abah, nanti sultan murka.
Kereta rasmi SPB Yang diPertuan Agong

Abah depan pagar istana

Tapi tulah, abah kata memang mewah abis la hidup mereka anak beranak. Suma orang sediakan, makan orang sediakan, kereta orang bawakkan, bercuti duit kerajaan, belajar anak-anak dia pun semua settle. Abah lain, mengorek duit bawah bantal nak menyekolahkan anak. Jauh beza dari kita, tapi abah ingatkan yang hisab mereka lagi lama dari kita di Akhirat kelak. Betul tu, sebabnya apa yang mereka buat tu semua akan dihitung, semua akan dikira. Payah tu, better kita sederhana je sebab orang yang kaya sebenarnya adalah mereka yang cukup keperluan dengan rezeki yang ada, bukan diukur dengan juta-juta dalam bank. Tu tak kira tanggungjawab mereka dengan rakyat di bawah mereka dan jugak menteri-menteri serta pegawai di bawah seliaannya. Semuanya ditanya kelak...

Ni scene yang diminati untuk ditangkap gambar bila melawat Istana Negara

Tapi pengalaman abah memerhati kehidupan seharian keluarga diraja ni memang manis. Yelah, bukan dia boleh pilih pun nak dilahirkan menjadi kerabat diraja. Tu sudah semestinya Allah dah tulis apa takdirnya. Allah takkan bagi ujian kepada seseorang kecuali dia mampu untuk menanggungnya. Takpelah, abah dah pun kembali ke dunia rakyat biasa dan bersedia lagi sekali mencari rezeki untuk keluarga.

Semoga abah berjaya mengejar keredhaan dalam dunia yang cukup sederhana walaupun dah jadi Haliman bin Sikon A.M.N. InsyaAllah.

Amin rabbal 'alamiin.

Rumah Bukit Jalil

Salam buat diri aku dan sesiapa yang ada masa membaca apa yang aku tulis selama ini. Hari ini tetiba je terlintas di fikiran aku nak menulis sesuatu untuk blog aku ni walaupun dah tinggal 2 minggu je lagi sebelum cuti sem ni nak habis. Banyak la benda aku belajar dari cuti selama 3 bulan. Memang lama, tapi bila nak akhir2 ni tetiba je terasa macam sekejap je cuti ni kan. Macam aku ni, memang la sebab aku pun xde la ke memana sangat sepanjang bercuti sakan ni. Bersyukur sangat2 tak ada pape yang kurang baik berlaku kebelakangan ni, Alhamdulillah.

Dalam entry kali ni dan entry-entry yang akan datang ni aku akan banyak menceritakan tentang pengalaman yang aku dapat sepanjang tempoh itu. Bukan apa, kalau aku cuti panjang lagi kan aku dah ada guide la kan. Hoho, kalau nak diceritakan memang banyak la benda yang aku dapat tau dan mengalaminya sendiri. Mungkin kebanyakan benda ni ramai orang dah hadapinya tapi tu xpenting bagi aku sebab tu pengalaman orang kan, dan ni pengalaman aku sendiri. Bukan apa kan, tulah manusia ni, diciptakan pelbagai jenis salah satu tujuannya adalah untuk berkenal2 dan berkongsi something kan?

Kisah aku kali ni adalah mengenai rumah family aku yang kat Bukit Jalil, KL. Hoho, rumah aku bukan kat Banting ke? Tak tau la kenapa setahun sebelum abah aku pencen, dia dah apply beli rumah kos rendah melalui LTAT atau Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Aku ingat lagi yang satu hari tu tetiba je dia balik rumah dan kata dia dah beli rumah. Fuh, memang terkejut la jugak. Tapi memang apa yang abah aku buat tu betul sangat. Rumah tu rumah apartment, 3 bilik satu bilik air, kat Bukit Jalil, lengkap dengan fasiliti dan utility apa sume dan berharga RM47,000 jer! Memang rugi la kalau melepaskan peluang sebaik tu. Dah la dekat dengan Taman Teknologi dan Giant.

Aku baru je balik 2 minggu lepas cuci rumah tu. Kami dapat tingkat 12 dan paling hujung je, dekat dengan lif. Sebelum ni aku paling tinggi pun tinggal tingkat 6 rumah kat Subang dulu. Aku tengok ke bawah memang seram la. Kalau jatuh tu memang bersepai otak dibuatnya. Adik aku saja la ludah ke bawah kan. Pergh, memang lambat la air liur tu nak jatuh ke bawah. Huhu..aku jadi gayat la duduk dalam umah tu. Lepas tu xberani la nak pandang ke bawah. Tapi dalam rumah tu ok la design dia. Sesuai untuk family yang ada anak 2 3 orang. Pemandangan pun cantik je, dan memang nampak la menara KL, menara TM dan twin tower tu. Aku suka je rumah tu..haha, cuma gayat je sikit.

Sebelum pegi cuci rumah tu ada la aku bergurau dengan emak kata nak tinggal kat situ kalau aku dah nikah dan dapat keje area situ. Bila memikirkan rumah tu tinggi ya amat, terpaksalah membatalkan niat aku tu. Kat sana time hari cuci tu kami siap je cuci terus la lepak makan dan baring apa semua. Best betul..haha! Mak abah ada kata kalau aku nak bayarkan rumah tu pun boleh je. Tak mahal la, tak silap aku RM250 je sebulan. Tapi kalau nak disewakan kat orang lain pun boleh je, sebulan RM450. Ada orang kata kat situ memang cepat la habis kalau ada orang nnak sewakan. Aku tak kesah pun, tu sume decision mak abah la kan.

Anyway, tu la kesah rumah aku kat Bukit Jalil. Aku bukan nak riak kata rumah aku ada banyak, tapi ni promotion la kalau ada yang berminat nak sewa kan. Boleh la contact aku bila-bila masa pun. Memandangkan aku anak sulong, dah memang sah la aku yang empunya harta nanti..haha!! Oklah semua, banyak lagi benda nak diceritakan ni. Berhenti dulu la ye.


Salam.

Sambung Belajar

Salam semua. Hari ni 30 Jun 2010, sekejap je dah nak masuk bulan tujuh dan xlama lagi aku dah kene sambung belajar balik kat kampus. Bercakap tentang belajar ni aku ada la beberapa kisah yang aku dapat sepanjang cuti sem aku yang panjang tanpa diisi dengan aktiviti yang meletihkan sangat. Dalam 2 3 bulan kebelakangan ni adalah masa ramai remaja-remaja di Malaysia ni menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi terutamanya pelajar lepasan SPM tahun lepas la kan.

Nak dijadikan cerita, dua orang adik aku pun nak sambung belajar jugak ke peringkat yang lebih tinggi. Yang Hafizie atau angah tu sambung ke UITM Penang amik course kejuruteraan awam manakala yang Khaiqal atau alang tu pulak nak sambung ke Kolej Matrikulasi Teknikal Johor. Pergh..aku selaku abang sulong berasa bangga la dengan adik-adik aku. Takde perasaan riak langsung sebab mereka dapat tu pun disebabkan usaha mereka dan itu semua sebenarnya rezeki dari Allah kan. Alhamdulillah, mak abah pun baru je balik sabtu ahad lepas antar si angah ke Pulau Pinang. Yang adik aku si alang tu dah dekat sebulan kat Pontian sana nun.

Kalau aku tengok kejayaan kami adik beradik ni menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya ni buatkan aku terfikir yang semua orang mampun mencapai kejayaan yang sedia untuk dipetik kan? Ala, bukan la kata belagak ke apa tapi kita semua dah melalui semua tu. Memang Nampak kan jalan yang terbentang luas untuk diikuti. Tapi ada segelintir rakyat Malaysia ni, terutamanya orang Melayu Islam ni yang menganggap semua tu macam sia-sia. Maksud aku belajar tinggi-tinggi ni hanya menyusahkan mak bapak je. Contohnya macam jiran-jiran aku kat sini la kan, bukan nak memandang rendah kepada mereka. Macam-macam masalah la yang dapat dilihat, dan yang paling utama adalah dari mak bapak la.

Aku bawak cerita sebuah keluarga ni. Cik Som (bukan nama sebenar) ni macam bangga je anaknya tak sekolah. Yang sulong perempuan dah dikahwinkan dengan ‘mamat’ ni muda sangat-sangat, mungkin dalam umur 19 tahun kot. Yang kedua belajar sampai PMR dan berhenti takat tu je. Sambung belajar kemahiran tapi tak habis belajar. Yang ketiga pulak aktif sangat koko sampai tinggal sekolah 3 4 hari relax je. Yang bongsu pun darjah 4 ni dah dekat 2 bulan tak sekolah, maknya hantar ke sekolah agama swasta pun tak mau belajar lagi. Baru darjah 4 tu! Kalau korang la jadi jiran mereka ni apa pandangan korang? Ayahnya pulak keje kat MAS jadi tech planner belagak tak sedar diri. Yang ni aku buat cerita lain plak. Bayanglah macamane peliknya keluarga ni.

Cik Som tu siap cakap kat jiran-jiran kalau anak tak minat nak sekolah bagi je kemahiran. Amboi-amboi, yang anak dia tu belajar kemahiran pun tak habis, siap kene bayar balik pinjaman RM10ribu tu amende? Haa..kami sekeluarga memang panas je bila dia dok puji anaknya melambung. Macam tak ada orang lain dah yang baik berbanding anaknya. Aku tulis ni pun bukan nak membanggakan keluarga aku dan merendahkan martabat keluarga tapi sekurang-kurang menjadi pengajaran kepada kita yang akan menjadi seorang ayah atau abah atau abi atau emak atau ibu atau mama atau ummi. Jangan sampai masanya nanti, anak-anak kita menyalahkan kita sebab tak tegas menjaga pembelajaran mereka sebaiknya.

Haa, sekarang ni suaminya tu dah dapat pinjaman RM18ribu dari tempat kejenya. Wah2, lagi la melambung orang tua tu. Tapi malangnya, kemudahan anak-anak untuk sekolah pun tak dapat disediakan. Malas la aku nak cerita bab tu dah. Nak tau jumpa la aku sendiri. Hehe..oklah ye, semoga dengan apa yang ditaip kat sini dapat jadi sedikit sebanyak tunjuk ajar untuk kita menempuh alam mendidik anak-anak kita nanti.

Salam.

Drama: Fakta Dan Sains

Salam buat semua. Pergh, cuti ni memang sesuatu yang pelik la bagi aku. Setelah 4 bulan aku mencanak belajar separuh nyawa, dapat cuti 3 bulan ni memang membuatkan aku ni macam makhluk asing la. Bukan apa, aku dekat rumah ni memang dapat memenuhkan masa paling terluang aku dengan menonton cerita-cerita dari Discovery, National Geography, History, dan AXN. Haha, aku rasa macam nak tercabut mata ni menonton dokumentari atau drama dari channel tu sume. Sampai adik-adik aku pelik je tengok aku mampu menonton fakta-fakta, sejarah, pemeningan, konspirasi dan sebagainya. Aku pun pelik jugak dengan diri aku ni..hahaha!
Entah la, aku pun xtau kenapa aku minat sangat tengok cerita macam How it’s made, CSI: Miami, CSI:NY, House, Dogfights, Build It Bigger, The Anatomy of Take Down, The Secret of Secret Service dan segala macam cerita la. Dari dulu lagi aku boleh terpaku tengok cerita macam tu sampai 2 3 jam depan tv atau depan laptop ni hah. Mungkin aku ni malas nak memikirkan perkara yang macam sastera, ceritera, literature atau mende2 macam cinta-cintun ni. Memang banyak la kan dalam media kita sekarang ni macam hiburan je semata-mata. Biasalah, 1 Malaysia kan, ‘sume’ boleh...haha! Jadi di kesempatan cuti yang panjang ni aku try la mengkaji kenapa aku ni pelik sangat.

So dapat la aku jawapannya. Rupanya, dalam cerita macam CSI dan House ni memang la nampak macam fakta dan sains kan tapi bukan itu yang menjadi focus utama pengarah mahupun penulis skrip. Yang ingin ditonjolkan dalam setiap cerita itu adalah kisah yang dilembarkan melalui pelakon-pelakon yang menjalankan watak masing-masing. Mereka bertanggungjawab membawa penonton ke dalam satu sudut dunia yang lain bersama mereka untuk meneliti apa yang mereka lakukan. Sains dan fakta itu hanya menunjukkan daya tarikan mereka untuk kita tetap terikat dengan mereka. Yang ingin ditunjukkan semata-mata adalah cara mereka melalui setiap cerita dalam cerita tu. Haa…aku pun tak faham sangat apa aku tulis.


Tapi bagi aku, aku minat la cerita yang bercampur aduk sains dan fata ni dengan kehidupan manusia. Aku minat sains serta fakta dan tak salah untuk aku meminatinya dalam bentuk cerita. Contohnya dalam House, aku terhibur dengan gaya dan tingkah laku Dr.House menangani situasi sekritikal mana pun. Haha, dan yang menghiburkan lagi adalah bagaimana orang di sekelilingknya menerima cara dari dia. Haa..see, walaupun aku kata aku suke fakta atau sains dalam cerita tu, sebenarnya aku tertarik kepada watak tu walaupun dia tu role apa sekalipun. Korang boleh la kot kan tangkap apa yang aku nak katakan.

Yang aku nak katakan adalah aku suke cerita House dan CSI: Miami dan CSI:NY je. Tu je yang aku nak katakana sebenarnya dari cerita yang aku merepek kat atas. Aku tengok drama house sehari dah abis satu season. Memang giler la aku ni, tapi harapnya perangai aku tu tak terbawa ke kampus la. Mati la aku kalau asyik tengok je, bila nak belajar kan. Result pun hancur seperti biasa. Huhuhu, harap ada la orang tegur aku kalau aku terpaku je tengok cerita macam tu. Kalau korang nak simbah aku dengan air pun aku sanggup. Huhu..dah la, aku nak tengok House ni; mungkin malam ni boleh habis season 5. Hidup Dr. Greogery House (tapi ko jahat sangat la…)!!

Salam.

09 July 2010

Mobile Phone: Keperluan atau Style?

Salam buat semua. Hari ni hari Jumaat, nak ke masjid solat Jumaat. Sekejap je masa berlalu kan, memang tak rasa sangat la cuti 3 bulan. Yang pastinya, macam-macam aku lalui sepanjang cuti ni. Eh2, kan ke waktu tahun satu dulu aku ada cuti semester jugak? Masalahnya masa tu aku sibuk buat kertas keje FEC yang langsung tak guna, siap ada orang cilok lagi kertas keje tu buat jd program dia. Babun betul, kalau tak aku dah pakai baju yang dibeli dari Sabah dah. Tulah kan, kata dah lulus dah siap dengan perbelanjaan apa semua siap. Bila dah berlalu cuti, apa pun tak jadi. Jadi 2 program je dari 5 yang dirancang. Apa la ***** ni. Hehe..aku tak marah sape-sape, cume sedih je.

Tapi tu bukan benda yang aku nak tulis untuk entry kali ni, cuma sekadar keluhan sahaja. Yang aku nak katakana untuk kali ni adalah berkenaan satu gadget yang memang penting dalam hidup sebahagian dari kita sekarang. Dulu masa aku kat asrama sekolah punya la payah nak cari duit syiling untuk call parents kalau ada hal. Kalau nak call tu memang kene beratur la panjang. Sesapa geng-geng yang ada phone card, memang habis la kene pinjam. Tu dulu la, sekarang dan berubah. Kalau tak ada benda ni memang ramai orang beratur lagi depan public phone, ya betul: Telefon Bimbit.

Aku start pakai telefon bimbit@mobile phone@handphone@handset (Hp) ni masa kat PLKN dulu. Fuh, bila first time pakai Hp ni memang rasa bahagia la. Korang pun mesti teringat lagi kan saat ketika tu. Aku start pakai Hp Nokia 3310 atau lebih dikenali dengan 33sekupang, aku rasa semua orang penah tengok Hp ni kan. Hp tu pun aku beli tapi tu Hp sepupu aku yang dah tak nak pakai dah Hp tu. Time tu dah cukup canggih la 3310 ni, tapi tulah kalau bawak Hp ke PLKN macam tak bawak je. Sebabnya Isnin sampai Jumaat Hp instructor pegang. Kadang-kadang tu hari Sabtu baru dapat Hp tu. So, serupa macam tak ada Hp je aku time tu. Huhu..tapi tak pe lah kan, aku tetap ada jugak Hp. Hoho..

Lepas aku dapat sambung belajar kat KMPK, mak abah bagi hadiah Hp kat aku. Bermulalah era Sony Erricsson aku dengan SE J320i warna putih dan kelabu. Lengkap dengan radio, GPRS, dan lain-lain functions. Kamera apa sume tak ada la. Basic Hp je, tapi memang gembira la pakai kan. Hoho..lama jugak aku pakai Hp ni dan dengan Hp ni jugak la aku kenal dengan orang rumah. Hoho..tapi tulah. Malang tidak berbau. Yang hadir tetap kene pergi..huhu.. Akhirnya Hp ni tetap rosak dibuat aku, Hp aku terjatuh ke dalam air bila aku amik air sembahyang kat masjid matrik. Pergh, lepas tu mula la dia buat perangai. Mati la, hang la. Biasalah, dah nak rosak kan.

Aku hantar rumah Hp tu untuk dibaiki dan mak aku bagi pakai Hp Nokia 1600. Haa..Hp ni aku pakai sampai aku pegi penang. Memang macho la Hp ni, sebabnya ada satu malam tu kan, aku gi bilik fathul ada hal. Time tu fathul tak ada kat bilik. So, aku tunggu la kat luar bilik dia kat tingkat 2 tu sekejap. Tengah-tengah aku main dengan Hp tu dengan tetiba je terlepas dari tangan aku dan dia terjatuh ke bawah. Berkecai bateri dari badan, ada la dekat 10 meter dari badannya. Aku tengok la ke bawah, aku rasa memang rosak la kan tapi bila aku pasang boleh hidup lagi! Alhandulillah..tak payah aku beli Hp baru. Tapi yang sadisnya Hp tu adik aku bagi pinjamkan kat kawan dia dan sampai sekarang tak dipulangkan lagi. Udah la tu…

Haa..sekarang ni aku pakai Hp yang juga dihadiahkan oleh parents aku. Sony Erricsson K530i warna hitam dilengkapi dengan kamera 2.0 megapixels, Bluetooth, GPRS, 3G kamera dan lain-lain. Kira standard kamera orang pakai sekarang la. Ada la dekat setahun setengah aku pakai ni. Banyak pengalaman aku bersama dengan Hp ni bila aku belajar kat USM. Tangkap gambar itu ini dah menjadi macam hobi aku pulak, melihat gambar-gambar yang aku snap dari Hp ni. Tapi still, dia dah tua dan ada la sket-sket meragam sebab bateri dia rosak kot. Tapi tak tau la kan kalau aku boleh pakai lagi Hp ni sampai nikah nanti. Hope macam tu la.

Tapi ni dah nak buka sem ni orang akan dapat biasiswa beribu-ribu, akan sampai masanya orang akan menukar Hp lama mereka kepada yang bbaru dan lebih canggih. Aku? Entah la…tanggungjawab banyak lagi. Banyak benda yang nak dilaburkan untuk keluarga dan orang rumah yang disayangi. Walau apa pun, aku akan pakai Hp ni sampailah ke titisan lithium-ion yang terakhir.

Salam.

Membeli Belah di Pasaraya

Salam buat sesiapa yang ada masa membaca tulisan-tulisan aku yang tak seberapa. Tapi selalunya aku sorang je baca, so taka pa la kan macamana ayat-ayat aku ni. Kali aku nak tulis la sket tentang ragam orang kita kat pasaraya. Aku selama duduk kat umah cuti ni memang selalu la ke pasaraya kat bandar Banting ni terutamanya Econsave. Kat Banting ni banyak pasaraya yang tak glamor tapi yang glamor yang aku tau wujud kat sini Tesco dan Econsave je la. Dan disebabkan Econsave lagi dekat berbanding Tesco dari rumah aku, so aku selalu la berkunjung ke tempat tu. Tapi bukan pasaraya yang aku nak cerita tapi bagaimana orang-orang kita ni tak kira bangsa apa pun, memang macam-macam ragam yang dapat diperhatikan.

Tu yang aku suke pegi Econsave tu. Bukan nak cuci mata aaa..cashier sume banyak yang minachi je, apa barang. So, perkara pertama yang aku dapat usha adalah kalau pergi pasaraya mana-mana pun kalau pasangan yang bawak anak-anak tu mesti anak-anaknya bersepah-sepah. Maksud aku anak-anaknya ke hulu ke hilir, langgar troli orang la, pegang barang itu ini la, pelik-pelik je perangai. Bukan apa, memang la budak-budak lagi tapi dapat dilihat di situ yang mak ayahnya kurang menegur kelakuan anak-anak yang pelik tu. Boleh berjalan sama-sama bawak anak-anak ke pasaraya, tapi jangan la sampai anak tu tak tentu hala. Ni kalau barang jatuh ke, pecah ke apa ke kan kita jugak yang susah. Kalau aku tengok budak macam tu, aku jeling je mata aku.

Lagi satu, kalau yang veteran-veteran tu kalau jumpa kawannya, kat situ la nak bersembang la, bergurau la. Sekadar tegur dan tanya khabar dah la. Ni siap kenalkan ni anak no satu, ni no dua, ni isteri no tiga. Apalah, nak-nak jumpa kat tempat sempit laluan ikan macam kat Econsave tu, hai nak je aku hon, tapi tulah troli tak ada hon. Ntah-ntah jiran sebelah rumah kot yang bersembang tu. Kalau nak bersembang boleh tapi jangan la berhenti dan mengganggu ketenteraman orang lain yang membeli, betul tak? Tapi tak tau la kan, mungkin kawan lama kot dah 40 tahun tak jumpa, atau saudara yang dulu ada hutang RM50 20 tahun lepas. Mana kita tau kan, entah la.. Tapi kalau aku la an, kalau boleh dah masuk pasaraya tu cepat-cepat la beli barang. Kalau berjumpa kat tempat baju ke, peralatan elektrik ke tak pe la sebab tak ramai orang kan. Ni kat tempat sayur dan ikan-ikan. Hai…

Haa..tu yang tua la. Yang muda pun tak kurang hebatnya, lagi-lagi yang perempuan. Bukan dari segi bersembangnya, tapi dari segi berpakaian pulak. Aku bukan apa la kan, mereka ni nak cari ikan nak cari sayur pakaian cukup mencolok mata. Bukan dapat diskaun pun kalau baju tu ketat, kalau dapat diskaun nak jugak la aku pakai ketat-ketat, tapi pakai stoking je la yang ketat. Ada satu family tu, mak ayah ok dah pakaiannya dari segi tutup auratnya tapi anak daranya…haduh..malu la kan. Kita nak ke tempat awam ni kene jaga batas berpakaian, tak boleh samakan dengan berpakaian kat rumah. Banyak fitnah boleh terjadi. Pakai molek-molek, ntah-ntah ada ustaz yang terpikat ke masa tengah pilih ikan, kan kelebihan dah tu. Tapi yelah, dunia dah akhir zaman. Macam-macam benda berlaku sepanjang zaman ni berlalu. Tapi kalau kita ada anak perempuan dan sedar kepentingan menutup aurat, harap-harap jangan la leka dengan peraturan agama kan.

Yang tu masyarakat kita la, masyarakat 1 Malaysia. Keprihatinan dengan hak kita dan hak orang lain kita jaga la sesama. Aku pun bukan baik sangat sampai nak kutuk-kutuk ana complain dengan salah orang, tapi kene sedarkan diri yang dalam kita membeli untuk makan minum keluarga kita di pasaraya, kita tak lupa yang tanggungjawab tetap akan dipersoal di hari kemudian. Merapu la aku ni, ending tak abis langsung. So, tu la antara nulikan yang dapat aku garap dari pengalaman aku ke Econsave cuti semester ni. Ok, tu jelah kot kan.

Salam.

Game: Company of Heroes 2006

Salam kepada semua. Aku hari ni nak komen sket tentang satu game yang dah membuatkan mase gaming aku kat rumah diisi dengannya. Game ni bukan sahaja mampu membuatkan aku mengadap monitor ni hamper dua jam setiap kali main, malah telah mengaddictkan aku untuk mengetahui kebih lanjut cerita di sebalik game ni yang berlatarbelakangkan sejarah dunia.

Game yang aku maksudkan adalah game Company of Heroes yang dikeluarkan oleh THQ dengan kerjasama Relic Entertainment pada tahun 2006. Game bergenre strategi peperangan WW2 ni memang menggemparkan dunia gaming ni. Tapi biasa la, budak-budak tak ramai yang main game strategi sangat, dok main game 1st person shooting je. Kalau strategi pun yang glamor macam DoTA dan Red Alert. Apa la diorang ni. Main la game yang aku recommend..hoho. Tapi yang bagi respond selama ni saudara Malik sorang je yang komen game HAWX dulu..huhu…

Tapi tak apa, dengan kehadiran game ni, walaupun dah ketinggalan zaman sket, memang game ni memberikan makna kepada hidup aku. Dalam game ni gamer diberi tanggungjawab sebagai CO atau Commander Officer yang perlu menyelesaikan misi menakluk battlefield sesuatu kawasan. Game ni memerlukan kita control pelbagai kumpulan atau platun tau. Contohnya, kalau GI tu kita ada 6 orang satu platun tapi kita just control 6 orang tu sebagai satu skuad je. Best tak? Haa..tu kelainannya berbanding Red Alert tu. Contoh lain Machine Gun 3 orang, Mortar 3 orang, dan Sniper 1 jer. Kalau kumpulan tu dari 6 orang mati sorang atau 2 orang, still skuad tu akan fight lagi sampai ke titisan darah yang terakhir, best!

Dalam game ni, untuk kita buna skuad mahupun transport, kita kene ada ammunition dan minyak, yang akan kita dapat bila kita jajah satu-satu point kat battlefield tu. Memang mantap la kalau dapat tawan sesuatu checkpoint dengan usaha yang sangat payah. Lepas tawan tu bukan mutlak milik kita tapi kite kene hold kawasan tu supaya kita dapat ammunition dan minyak yang secukupnya untuk melatih skuad. Aku main campaign ni sampai nak pengsan la. Memang kene tenang la main tu. Tapi kalau dah kalah tu memang tension la, rasa nak tidur je..hehe. Ghairah habis la bila kita dah selesaikan sesuatu misi. Dan bila dah selesai sesuatu misi, kita akan dapat pingat la. Tu tak ada apa la sangat dibandingkan dengan kepuasan kita menyelesaikan misi dengan jayanya.

Tapi kan, aku tak recommend la game ni kepada sesapa yang tak tahan punggung 1 2 jam duduk depan monitor. Game ni memerlukan kita ingat skuad ni untuk apa, skuad ni penting untuk apa. Tapi dari segi grafik, memang tak banyak makan la, aku main lancer je. Audio mantap je dengan bunyi skuad kita ju jerit-jerit kesakitan. Haha…puas la tengok mereka berperang mengikut teluntuk cursor mouse kita kan. Sebagai peminat dan pengkritik game strategi, aku bagi kadar kesukaran 84% untuk game ni untuk menyelesaikan campaign-campaign yang ada. So, kepada sesiapa yang berminat hame ni, boleh la try kan untuk sehari. Aku ni adik aku promote la sehari dua kan, bila terkena penangannya memang tak berhenti main la. Memang best!