20 March 2011

Nak Bersara Lah!

Aku nak bersara dari penulisan maya ni. Kes post aku yang sebelum ni memang membuatkan aku rasa aku tak layak menulis dan menyampaikan idea aku kepada orang lain.

Pape pun, kepada sahabat-sahabat aku, selamat berjuang dalam berdakwah di dunia blogger ni. Semoga Allah memberikan semangat yang berkekalan kepada anda semua. Wallahua'lam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

17 March 2011

Aku diperhatikan???!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Si gadis ni memerhati je aku dari tadi. Aku tau, cuma buat-buat tak perasan dan meneruskan bacaan Al-Quran aku tu. Dari tadi banyak dah salah tajwid yang aku buat sejak tadi, tapi si gadis ni macam gembira je bila aku membaca kitab Allah tu. Aku tersenyum je, sebab walaupun aku ni tak pandai baca Al-Quran sangat tapi gadis ni suka sahaja bila sahaja aku membacanya. Ke aku rasa dia perhatikan aku padahal dia tak perhati pun.

 Satu masa, time tu aku ingat lagi hari tu aku puasa. Macam hari-hari biasa la, aku ke kelas, bersama kawan-kawan. Mereka makan aku buat biasa je, konon tahan iman la..hehe, bukan ape kan aku tengah puasa. Gadis itu masih memerhatikan aku. Aku tak la rasa rimas bila diperhatikan, tapi lebih kepada gembira kan. Sape tak gembira bila ada gadis memerhatikan kita. Ada kawan-kawan gadis ni yang tegur dia, senyum semacam je. Hehe, dia tersenyum dan menunjuk jari telunjuk halusnya kepada aku. Allah, betapa cantiknya dia.
Aku diperhatikan? How?
Aku tak tau lah, apa yang ada pada aku ni kalau aku evaluate diri sendiri memang tak layak pun mendapat perhatian dari gadis itu. Setakat yang aku tau dari orang-orang lain, gadis tu baik sangat. Suci, dan kalau ikutkan memang menjaga diri dari perkara-perkara yang tak elok. Bersyukur bagi lelaki mendapat perhatian dari gadis itu. Sekarang ni, aku diperhatikan. Kawan-kawan aku pun banyak tak perasan kot. Tak kesah la, kalau diorang tau pun aku ok je..nak takut apa kan? Hahaha!

  Kawan-kawan dia panggil dia Hurin Nafisah..nama secantik orangnya. Aku tak berani nak bercakap dengan dia, lagipun kalau aku nak cakap pun mesti tak mampu pun sekarang. Sebabnya kalau aku berdepan dia dia, tak adanya control kemaskulinan dan kemachoan aku..mesti cair la. Hurin selalu je bersama-sama kawan-kawan dia. Aku tau dia selalu memerhatikan aku dan bila aku mengangkat kepada untuk menoleh kepadanya, tersenyum keseorangan. Tak berani la, walaupun time tu aku kat Kafe atau kat pusat Islam pun. Layak ke aku nak mendapat cinta dia? Layak ke aku yang baca Al-Quran ni pun tak reti nak dapat si dia yang dekat dengan Allah?
Mungkin dia bersama-sama kawan dia, tapi macamana dia boleh terpikat pada aku yang biasa-biasa ni
Malam tadi, Ustaz Latiffi dalam kuliah agama dia kat Pusat Islam ada sebut, pemuda yang selalu membaca Al-Quran, pemuda yang suka berpuasa dan mereka yang suka menghadirkan diri ke majlis ilmu ni, ada kelebihan dia yang Allah sediakan kepada mereka. Apa kelebihan itu? Disediakan kepada mereka gadis-gadis syurga yang tak akan tua, yang cantiknya tak terbayang di minda dan mereka selalu memerhatikan pemuda-pemuda ini dan terzahir cinta mereka pada pemuda-pemuda ini. Aku tersenyum, gadis yang memerhatikan aku itu rupanya bidadari, yang namanya Hurin Nafisah (bermaksud bidadari si jelita). Aku masih tersenyum lagi walaupun aku tengah taip ni.

Aku bukan nak kata aku banyak baca Al-Quran ke, atau banyak berpuasa ke, atau suka pergi majlis ilmu, tu saje tulis je. Tapi? Kene banykkan baca Al-Quran, berpuasa sunat dan ke majlis ilmu, satu sebab niat kerana Allah la kan, dan satu lagi tak salah kita berusaha untuk terima Hurin Nafisah dari Allah kan? Sebab itu janji Allah....betul x? Hehe...

p/s: gambar tu hiasan sahaja, mana mampu nak bayang cantiknya si bidadari aku tu..haha!

Dia Sudah Pergi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Malam tu aku di surau dengan kawan-kawan semua. Tengah ada perjumpaan tak silap aku dengan warden semua. Lepas tu aku dengan kawan pun nak keluar la menuju ke kelas untuk prep. Tetiba aku ada nampak satu kereta yang familiar sangat, macam kereta abah. Laa, memang betul pun siap dengan mak dan adik-adik aku semua tapi kenape mereka datang sini?

Dah sampai kereta depan surau tu, aku pun pergi menuju ke kereta, muka mereka sedih je. Mak cuba cakap dengan aku tapi mak sebak. Abah yang cakap dengan aku, "Along, tok Kuala Kangsar dah meninggal dunia, pagi tadi...". Allah...Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiiun..meninggal dunia sebab ape? "Nanti kita cerita dalam perjalanan. Aku pun mintak permission dari warden, tandatangan ape semua dan dan aku pun berkemas la beg aku.

Dalam perjalanan tu, mak abah cerita la tok meninggal masa dalam kebun, tengah menoreh. Orang jumpa-jumpa dia, dia dah pergi dah. Dia meninggal elok je, macam jatuh gitu jelah. Mungkin tergelincir kot. Dalam hati aku ni rasa sebak sangat. Aku kalau balik kampung Kuala Kangsar memang tok akan ada lawat cucu-cucu dia yang jauh ni. Kami bersembang macam-macam dan tok pun banyak cerita kisah dia masa muda-muda.

Aku sangat sayang tok aku, walaupun kami ni bukan selalu bersama pun. Setahun dua sekali baru jumpa. Opah aku meninggal masa aku dilahirkan, memang tak pernah berjumpa dia la. Dia tak sama sayang pada tok nenek dengan mak ayah tapi sebagai tok atau nenek kita ni, sayang dia sayang hubungan tu, rasa bahagia sebab mereka ni mak ayah kepada mak ayah kita. Respect tu ada je walaupun tak bersama. Allah..rindu aku pada arwah tok dan opah aku.

Kepada sahabat aku yang sorang tu, bersabarlah la ye di saat kita kehilangan tok kita. Saat mereka kembali ke hadrat Allah dah sampai, mungkin lepas ni sape-sape pulak dari orang yang kita sayang akan pergi. Wallahua'lam. Aku tak tau la macamana aku menghadapi saat-saat itu sekali lagi. Beri kekuatan kepadaku Ya Allah...

13 March 2011

Payah Bila Tak Mampu Berkata-Kata

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Orang kata bila rindu sembuhkan la rindu tu. Timbul satu persoalan, bagaimana nak menyembuhkan luka tu? Betul jugak kan, rindu ni bukan sakit fizikal macam terluka kat jari atau terseliuh kaki. Apa ubatnya? Persoalan itu dijawab kalau rindu dengan orang yang dekat jumpa dan berbuallah, dan kalau orang tu jauh ber'sms' lah atau call sahaja. Kalau timbul lagi satu persoalan, kalau kita buat semua tu akan mendatangkan mudharat macamana? Mesti akan ada kata-kata yang beri pandangan, ala..daripada menanggung sakit rindu tu?
Penantian itu satu harapan?
Bagi diri aku, rindu itu cubaan dan sebaik-baik cubaan adalah dengan bersabar. Sebabnya rindu ni kadang-kadang bukan untuk diubati, tapi untuk dipelajari betapa susahnya menjaga diri dari sesuatu kemungkaran. Rindu maksud aku kat sini adalah rindu pada sesuatu atau seseorang yang bukan hak kita lagi. Rindu pada Allah itu iktikad dalam hati, rindu pada Rasulullah dizahirkan pada peribadi, rindu pada mak ayah dimeteraikan segala tanggungjawab kita pada mereka. Tapi bila rindu pada kekasih yang belum sampai masanya dimiliki? Hehe..ini yang kritikal ni. Kadang-kadang kawan baik kita tak faham, mak ayah kita tak faham dan semua orang lain kita fikir mereka tak faham. Ini susahnya..

Sebaik-baik muslim adalah mereka yang menyayangi sahabat muslim mereka yang lain seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri. Bagaimana nak menyayangi mereka? Kabulkan hak mereka dan jaga mereka sebaiknya. Benar, aku lelaki memang banyak membuat kesilapan kecil dan besar dalam perhubungan itu. Tapi kesilapan bukan untuk dijadikan alasan menyalahkan orang lain tapi sebagai wadah membaiki diri. Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Bijaksana. Dia yang mencipta kita, jadi Dia faham apa yang kita mahu, apa yang kita rasa. Jadi, sebaiknya pada Allah lah kita bersandar kerinduan kita. Apa salahnya kita kirimkan doa kepada orang di sana bila mana hati terdetik rindu.
Setiap masa rasa ada kosong dalam hati kan?
Kalau rindu setiap masa? Hehe..berdoalah tiap masa. Tak salah kan berdoa, dapat pahala lagi. Jika doa dimakbulkan, alhamdulillah...tapi bila kita meminta pada Allah dan kita tunggu punya tunggu tapi still tak dapat? Haaa..itu tandanya Allah nak beri nikmatnya lepas hidup ini. Sampaikan nanti bila di syurga sewaktu Allah nak balas nikmat tu, kita sampai kata kalau aku tahu nikmat ini lebih besar, aku tak berharap doa aku dimakbulkan di dunia. Tapi jangan bersikap begitu sekarang. Kita kene sentiasa bersabar dan optimis dengan janji Allah, "Sesiapa yang berdoa kepadaKu pasti dimakbulkan". Tunggu dan bersabar.

Bila sampai saat ketika itu, masa yang berlalu kita akan rasa sekejap sahaja. Berbaloi rasanya menanti bertahun-tahun dan diberi Allah ketenangan hingga akhir hayat. Ketenangan tak dapat diberi, ia rahmat dari Allah buat mereka yang sanggup menahan kata-kata "I Love You" dari dizahirkan sebelum sampai saat lafaz sakinah kelak. Wallahua'lam.

12 March 2011

Hilang Satu Nikmat: Sudah Rabun

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Aku dah officially rabun! Haha..mesti ramai tak percaya kan aku dah rabun. Tak pun korang semua tak dapat terima muka aku yang comel ni perlu dihiaskan dek sebuah cermin mata. Aku pun tak sangka aku dah termasuk dalam golongan mereka yang rabun. Rasa tak percaya tau sebab dengan sekelip mata je aku rancang nak pakai cermin mata ni.

Huhu..dalam masa 2 3 bulan ni aku rasa macam payah je nak tengok ape yang lecturer tulis kat white board. Lagi-lagi bila Dr. Noel Fernando dan Dr. Hekarl menulis equation kat depan, langsung tak nampak. Aku dok biar ajelah, malangnya consequences adalah aku tak dapat salin sebaik mungkin nota-nota dan tutorial kat depan..huhu. Aku tak rasa ianya akan menyusahkan aku jadi aku diam ajelah. Sampai satu masa, aku mengadu kepada kawan-kawan aku tak Nampak apa yang ditulis kat depan.
Bukan susah nak jadi rabun..huhu..
Paaaaaannnng! Melekat satu kata-kata dari mereka bahawa aku ni ada kebarangkalian dah rabun jauh. OMG!! Macam mana ni, aku dah la tak biasa dan tak kesah pun tentang rabun sebelum ni. Dalam family aku memang ramai la pakai cermin mata (atau spec mata..hehe): abah, angah, acik, alang dan makcik su. Mak aku pun dulu pakai spec mata tapi sekarang tak dah. Jadi memang aku je walaupun abang sulong tapi sampai saat tu aku rasa macam mata aku ok jelah kan. Malangnya tidaaaaaaaakk..huhuhu...
Sudah rabun..huhu
Aku pun bagitau la mak yang aku dah rabun. Duit kat poket dah kering, huhu..jadi mak pun suggest buat la spec mata sebab kalau tak pakai nanti jadi lagi teruk. Macamana nak study kan? Betul jugak tu, lagipun aku pakai spec mata Zul memang jelas abis la tulisan kat white board tu. Sah, aku rabun jauh. Jadi aku pun cek la mata aku kat kedai. Resultnya adalah mata belah kanan power 150, belah kiri power 125 dan ada silau 50. Fuuhhh, aku tak faham pun mende maksudnya tapi kawan-kawan dan family kata memang kene pakai jugak. Jadi aku pun buat la cermin mata.

Memang rabak la duit, abis RM240 buat cermin mata saja. Hai, bila dah ada spec mata ni bertambah la kesusahan, nak jaga spec tu lagi, awal-awal ni rasa kurang selesa (rasa macam nak tumbang saje dan jalan pun macam tak straight je). Yang paling malu adalah mesti orang akan pelik tengok aku berspec mata. Mesti aku budget hensem ke ape kan? Huhu..aku rabun la...huhu. Lepas ni berubah la muka aku, sebab dulu bila aku tengok muka orang pakai spec mata ni memang berbeza la bila tengok dia bukak spec mata tu. Aku tengok muka aku sekarang pun dah lain dah..huhu.
Tengok gambar ni..berapa ramai coursemate aku yang berspec mata?
So, kepada sesiapa yang masih tak rabun, jaga la mata anda. Bila buat kerja di depan laptop jaga jarak mata dengan skrin komputer. Sekurang-kurangnya jaraknya adalah 30 cm dan jangan membaca di tempat yang malap. Bagi sesiapa yang dah rabun dan banyak bekerja di depan laptop, amalkan senaman setiap 20 minit, rehatkan mata dengan kelip mata macam nak tidur tu pelan-pelan selama 10 kali. Rehat-rehatkan mata dan sayangi mata anda. Kan aku dah menyesal baca buku dalam gelap..hahaha!

Aku Lebih Baik Dari Ulama La!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sedang berehat dari buat term paper Downstream Processing..letih tak ni memikirkan apa benda nak diisi dalam term paper tu. Huhu, rehat dulu sekejap tapi tak boleh rehat lama sebab Isnin ni dah nak antar dah. Tu lah, sape suruh bertangguh kerja kan. Tu yang bila 2 3 hari nak hantar baru sibuk nak siapkan. Macamana la nak berjaya kan? Buat assignment gopoh aje..huhu..
Semalam aku ada usrah dengan sahabat-sahabat. Ada diperbincangkan berkenaan siapa yang sepatutnya memperjuangkan agama Allah dari bahaya zaman sekarang. Agak menarik perbincangan tu dan pada post kali ini aku nak berbincang sedikit bab ni. Mungkin kita akan terfikir sedikit kot kan? Bukan apa, sebab kadang-kadang kita ni berusaha pada sesuatu perkara selalu sangat berorientasikan kemahuan dunia semata-mata padahal apa tujuan kita beribadah? Jawapan aku, untuk dapat redha Allah dan nak selamat dari azab neraka di akhirat nanti.
Mustafa Kamal Laknatullah: Tokoh Sekularisme
Ok, zaman sekarang ni kita berdepan dengan satu golongan yang digelar mujassimah (pengjisim), iaitu mereka yang melakukan satu pertimbangan berasaskan kebendaan dan logik, contohnya mereka ni kata Allah tu berjisim sama seperti manusia, mereka kata Allah ni sama bersifat seperti sifat makhluk. Naqib aku ada menyatakan golongan ni wujud kerana mereka ni kononnya mengambil atau menjatuhkan sesuatu itu berdasarkan logik akal tanpa mahu terima dalil naqli dari Al-Quran dan Sunnah. Wei, teruk sangat ni. Yang aku nak cakap ni bukan orang kafir ni, bukan! Bukan Darwin, bukan freemason sebab geng-geng ni memang dah lama teruk dah tapi ni orang yang mengaku diri Islam dan diri mereka ni amat berpengetahuan untuk bersembang bab-bab agama selamba beruk mereka.

Dalam perbincangan kami ni, ada seorang sahabat ni yang dia pernah dengar lecturer dia bagi pendapat. Pendapat ni dibuat di dalam kelas time dia masuk kelas lecturer ni lah. Tau apa lecturer tu cakap? Dia cakap ulama-ulama sekarang ni amat jumud (jumud ni macam lekeh atau berfikiran sengkek) sebab mereka ni menyekat pemodenan. Alasan dia ulama-ulama ni ada yang menjatuhkan hukum buat bom ni haram, jadi ulama ni kononnya menyekat keperluan manusia la. Ya Allah, teruk sangat dah pemikiran golongan professional. Tu lecturer tu, yang dapat PhD, yang berjambang dan menjadi wakil kepada Islam dalam bidang ilmu. Naqib cakap dia ni tidak memahami satu cabang ilmu bernama Fiqh Waqi'i (Fiqah Setempat) atau boleh dikatakan Fiqah Semasa. Dah kalau masa hukum tu dijatuhkan semasa keperluan membuat bom itu akan mendatangkan mudharat kepada ummah jadi hukum itu dijatuhkan.
Mekera ni lah yang berjuang tak mengenal penat nak mengembalikan Islam pada tahapnya
Sahabat sekalian, bila mana golongan professional ni berasakan diri ni lebih baik dari para ulama, maka akan sampai masanya Islam tergugat. Sebagai contoh dalam sejarah, time zaman pemerintahan Khalifah Al-Makmum putera Khalifah Harun Ar-Rasyid bila golongan professional ni menyatakan Al-Quran ni makhluk, Imam Abu Hanifah  Ahmad bin Hanbal menyangkah perbuatan itu. Malangnya, khalifah sendiri telah terpengaruh dengan kenyataan golongan professional ni. Sampaikan Imam Abu Hanifah Ahmad bin Hanbal sendiri ditangkap kononnya menentang kerajaan. See? Yang kita geram tu, golongan professional ni memang mampu untuk menjatuhkan Islam. Teruk mereka ni. Yelah, tengok para ustaz semua perwatakan sederhana dan kereta pun biasa-biasa sahaja bila nak dibandingkan dengan pensyarah atau pemimpin atau jurutera sekalipun. Tu yang agama ni dipandang lekeh.

Aku ni bakal engineer, dan dalam masa pembelajaran di universiti ni mana ada belajar agama secara formal. Berapa banyak aje yang belajar di universiti dalam bidang agama bila nak dibandingkan dengan bidang kritikal yang lain macam kejuruteraan, medical dan sebagainya. Tapi ingat, kita belajar ilmu kejurutera an sekalipun ni semua ilmu Allah dan ni pun ilmu agama jugak secara relatifnya. Ia bukan ilmu sekular sebab kalau kita ingat sejarah Khalifah Umar Al-Khattab sendiri dikenali sebagai seorang jurutera awan yang terbaik bila beliau membina lebuh raya serta Rehat dan Rawat (RnR) sepanjang perjalanan dari tanah Hijjaz hingga ke bumi Syam. Tapi sahabat nabi ni bukan ulama ke? Ulama la, berapa banyak hadis dia hafaz, berapa banyak ilmu agama dia kuasai, confirm ulama la. Tapi ada dia melebihkan dunia berbanding akhirat? Ada dia berbangga dengan ilmu yang dia ada?

Golongan professional nampak hebat, ye tapi tu bukan tanda ukur kita lebih baik dari para ulama
Tak tau la, sebab kita berada dalam dunia akhir zaman, banyak fitnah terjadi kepada para pejuang agama Allah. Kita ni lepas graduate ni, just nak kerja, nak kawin, dapat anak, pegi haji kemudian mati sahaja ke? Itu sahaja? Apa kita nak kata bila kita bandingkan perjuangan kita dengan perjuangan sahabat nabi? Mereka mengejar syurga dan kita pun nak kerja syurga. Islam ketika tu berada dalam bahaya dan Islam pada zaman kita pun dalam bahasa dari pelbagai pemikiran Barat. Mereka berkorban harta dan jiwa untuk mempertahan nama agama, tapi kita? Kita sampai basah mulut nak kondem hukum-hukum agama yang ulama perjuangkan. Kita ni lebih baik dari ulama ka?

11 March 2011

Zaman Paleolitik dan Ideologi Sejarah Kita

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada sahabat-sahabat sekalian, aku dok tengok post-post aku sebelum ni, memang macam hampeh je sebab langsung tak ilmiah dan bermanfaat untuk dibaca. Patut la langsung tak ada orang komen post aku sebab memang sangat boring la kan. Ada ke tulis blog dan expect orang baca berkenaan diri aku kan? Haha..jadi kali ini dan insyaAllah post aku lepas ni akan diselitkan sedikit pengisian yang bermanfaat. Jadi baru la ada manfaat orang baca post aku kan?

Jadi kali ini aku nak berbincang berkenaan pengetahuan sejarah tamadun manusia di atas muka bumi ini. Seperti yang kita sedia maklum, kalau kita belajar mata pelajaran SEJARAH di sekolah dulu, tak kisah la masa ambil PMR ataupun SPM kita akan bermula dengan bab yang paling basic: Zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Lepas tu zama logam dan sebagainya. Ok, sekarang ni kalau kita imbas balik apakah ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik sebagai contoh? Ada sesiapa yang boleh jawab? Cepat-cepat!
Zaman Paleolitik menurut kita
Semalam aku ada la pinjam buku sejarah STPM dari library bertajuk TAMADUN DUNIA penulis dari Universiti Malaya. Dalam buku tu tulis orang zaman paleolitik ni tak tau nak bercucuk tanam dan hanya memperoleh makanan dari hasil memburu dan menangkap ikan. Mereka jugak tiada peradaban sebab time tu mereka tak ada sistem penulisan, sebab tu dipanggil zaman prasejarah. Mereka jugak tinggal di gua dan hidup sebagai orang nomad.

Ok, kalau kita baca buku Origin karangan Charles Darwin sendiri, perkara ni memang logik sebab katanya manusia ni belajar dari kehidupan macam monyet kepada kehidupan bertamadun sedikit. Jadi betul la kan teori evolusi yang diutarakan? Kan? Arggghh..semua tu salah la sahabat kan? Sebabnya macam aku bincang dengan kawan-kawan facebook aku, sistem pembelajaran kita ni berasaskan idea sekularisme dan kononnya kita tak ikut barat dalam menyusun silibus pelajaran untuk para pelajar. Kalau aku jumpa orang yang cakap begini memang aku campak dia masuk dalam tong sampah. Bangang betul manusia.

Begini susun atur masalah ni, kita sebenarnya mengkaji sejarah berdasarkan teori Darwin sebenarnya, bukan teori Darwin tu yang menyokong kajian sejarah itu. Satu buktinya adalah adakah kita nak mengakui Nabi Adam a.s. yang diutuskan Allah sebagai khalifah pertama di muka bumi ini di awal kedatangan manusia tu seperti yang diperkatakan Darwin? Bercawat, tak tau nak menulis dan duduk dalam gua? Adakah begitu teruk sekali tahap ketamadunan hamba Allah yang digelar sebagai Bapa Manusia itu?
Ni la yang disumbatkan ke dalam pemikiran kita sejak kecil lagi
Satu lagi, kalau nak bangkang teori atau mata pelajaran SEJARAH yang kita belajar dulu, kita tanye guru sejarah kita: dalam Al-Quran disebut Habil dan Qabil putera Nabi Adam ada diperintahkan Allah untuk membuat pengorbanan untuk menunjukkan keikhlasan mereka dalam mengerjakan suruhan Allah kan? Jadi apa yang diberi oleh mereka berdua? Dalam tafsir Al-Quran ada menyebut mereka berdua salah seorangnya menyampaikan haiwan sembelihan dan seorang lagi hasil tanaman. See? Jadi mana yang kata zaman dulu tak tau bercucuk tanam dan tak tau sains haiwan dalam nak menjalankan penyembelihan? Hm?
Dalam sejarah Islam sendiri ada mengajar kita Nabi Adam a.s adalah orang pertama yang membina kaabah sebagai tempat beribadah pertama di muka bumi Allah. Jadi, kalau ikutkan kajian sejarah, orang dulu duduk gua. Bro, kalau ikut pada logik akal kan, Nabi Allah Adam a.s tu dah tau bina kaabah buat apa dia duduk dalam gua? Mesti ada binaan yang baik untuk dijadikan rumah. Tengok zaman Nabi Allah Lut a.s, mereka bukan ke terkenal dengan pembina-pembina bangunan yang cukup baik? Siap ukir bangunan di bukit tu! Bukan jauh pun zaman Nabi Adam a.s dengan Nabi Lut. Jadi tak logik la. 
Kembali lah kepada Al-Quran dan Sunnah serta mempelajari sejarah mengikut urutan perjalanan Nabi-nabi Allah
Dari segi tak tau penulisan pulak, Nabi Adam diajar oleh Allah 'nama-nama benda' yang tidak diketahui oleh malaikat sendiri pun ketika mana Allah menjadikan Adam. Bro..memang geng-geng sekular dan Darwinisme ni sesat ya amat la. Darwin tu kalau ikut kata orang dia tu sendiri seorang yang berjawatan tinggi dalam organisasi Freemason, jadi boleh dikatakan apa semua kajian dia semua tu auta sahaja. Jangan la percaya pulak dan yang paling penting, segala apa ilmu yang kita peroleh sebaiknya kita kaji dalam-dalam dan kita tolak semua-semua yang bertentangan dengan Al-Quran.
Bila orang tanye, macamana nak explain orang arkeologi jumpa tulang la, jumpa penempatan orang-orang paleolitik apa semua, kita katakan bahawa segala kajian mereka itu hanya sekadar teori je sebab mereka bukan tau pun, just postulate then bagi assumption sahaja. Dikatakan tak ada penulisan sebab mereka tak jumpa bahan penulisan, dikata mereka tak berbaju dan just bercawat sebab mereka tak jumpa baju atau pakaian. Senang la macam tu. Ustaz pun ada ajar kan, sesuatu perkara atau sesuatu hukum kalau kita tak tau ada atau tak hukum tu jangan kita terus kata tak ada, kata tak tau. Sebab sesuatu yang kita tak jumpa tak semestinya tak ada.
Umat Islam perlu diberi pengetahuan berkenaan sejarah diri mereka
Ok lah, sekadar itu sahaja. Kalau ada sesiapa yang nak berinteraksi dengan aku, silakan. Nak bagi pendapat ke, tentangan ke, komen ke, aku no hal. Pape, kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah walaupun perkara yang kita anggap moden sekarang. Sebab pada kedua tu, kalau kita tetap bepegang kepadanya kita tak akan tersesat. Itu janji Allah dan RasulNya. Wallahua'lam.

06 March 2011

Program: Sepanjang Aku Sepi Tanpa Berita

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ni baru la aku rasa tenang sedikit nak tulis something kat blog ni. Sebabnya sejak dari kali terakhir aku post kat sini memang aku sibuk gila-gila punya. Memang la menulis kat blog ni menenangkan aku tapi sejak kebelakangan ni aku dapat tugasan yang memang betul-betul mencabar tahap kesabaran dan kehandalan aku berorganisasi...cheeewah!
Last sekali aku post adalah tentang gambar-gambar kat lab operation. Kali ni aku nak menceritakan pengalaman aku serta sedikit komen la semua program yang aku join dan terlibat secara langsung. Program pertama aku adalah makan bersama kawan-kawan satu batch di kedai mamak di Pulau Pinang. Memang gila la, sanggup jalan dari kampus aku kat Nibong Tebal hingga ke pulau semata-mata nak menghabiskan duit dekat RM10 nak melantak roti nan. Aku makan sket je, korang tengok geng aku yang lain, memang makan tak baca basmalah la ni, siap tambah lagi..memang keje gila la malam tu. Tapi sedap dan kenyang, puas hati..haha!
Tengok, banyak giler pinggan makanan diorang..huhu..memang pelahap sungguh!
Pastu, aku ada pegi ceramah Maulidur Rasul kat Masjid Putih. Penceramahnya kitorang panggil Pak Long, memang best giler la. Dia menggambarkan cerita berkenaan nabi Muhammad dengan cara yang paling berkesan dan dekat di hati kita. Kita rasa macam nabi dekat je pada kita. Malam tu memang ramai la, tak sangka aku begitu ramai orang datang. Tak tau la kan kalau orang datang nak makan je, tapi kalau ikutkan memang bagus la orang datang. At least terisi sedikit dalam hati kita kan rasa sayang pada nabi Muhammad yang tanpanya kita tak ada la kat dunia ni.
Ni dah abis ceramah baru aku tangkap..ramai giler orang!
19 Feb memang tarikh yang paling terkesan pada aku sejak tahun 2011 ni bermula, time tu aku dan kawan-kawan ada la bantu Dr. Suhairi running program Program Bijak Belajar untuk adik-adik dari SMK Sg. Bayor. Awal pagi sampai tengahari tu ok je, ajak adik-adik jenguk makmal, berLDK dengan mereka. Tapi time nak hantar adik-adik ke hostel kan, tetiba time tu hujan super lebat. Padahal minggu tu tak hujan langsung. Dan, nak jadi ceritanya ada seorang adik perempuan ni yang lemah semangat kata kawannya, macam histeria tau. Huhu..aku memang risau abis la, dia cakap jangan pisahkan aku dengan suami aku!! Huhu..memang takut aku. Hujan lebat sangat, memang kalau jadi pape aku tangkap je adik tu.
Program bermula, adik-adik ni datang dari Selama tau..jauh tu.
Dr. Sam sedang menerangkan berkenaan equipment dalam makmal, aku malas nak terangkan..hehe

Nasib baik kawan-kawan baiknya sangat berani dan mententeramkan dia, baca ayatul Kursi ramai-ramai, tenangkan dia..memang aku terharu la dengan tindakan kawan-kawannya tu. Sangat terharu, sebabnya mereka tak lari tau walaupun semua tu perempuan kecik-kecik je. Ada la dalam setengah jam jadi kejadian tu. Fuh, dan masa malam tu time kami bagi perkongsian bersama adik-adik tu, adik perempuan yang kene tadi tu dah sihat..alhamdulillah. Kampus ni pun tak kurang jugak dengan cerita hantunya..wallahua'lam.
Tengok, sangat lebat masa ni. Lagi 3 minit pas aku tangkap gambar ni berlaku la kes histeria tu
Lecturer dan senior yang akan memberikan perkongsian dengan adik-adik sekolah

Jumaat minggu lepas aku dan adik-adik usrah ditugaskan untuk mengedarkan risalah untuk Konsert Nasyid di pasar malam tau. Memang agak terhibur la berusrah dengan adik-adik usrah ni. Tak banyak pun risalah yang nak diedarkan, 50 keping aje. Lepas tu aku dan Abe belanja la adik-adik ni nasi ayam Padang dan pizza dua keping. Memang sedap la layan makanan di tebing sungai Kerian. Hehe...tapi rabak jugak la duit kan..huhu. Tapi tak apa, yang penting seronok bersama-sama adik usrah yang tersayang.
Lepak di tebing sungai sambil makan..huahua.
Pizza tu...huhu, aku dengan Abe memang berabis la untuk adik-adik ni..sayang korang!

Sempena Pusat Islam buat program ni, banyak ceramah yang sangat menarik dijalankan. Ceramah Ustaz Kazim Elias orang cakap best. Aku tak dapat pergi sebab settle hal konsert. Nanti aku cite la bab tu. Tapi masa ceramah Ustaz Shaari, memang best gila ar. Dia berdiskusi tentang buku tulisannya iaitu Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. Memang aku akan beli nanti! Hehe..duit dah kering..huhu. Time ceramah Ustaz Abdullah Khairi pulak habis satu Pusat Islam gelak dengan cerita dan keletah dia..haha! Terhibur jugak..aku pun sempat salam dia. Dulu kat Subang tak sempat nak jumpa dia.


Ni la ceramah ustaz Shaari, tu tengah tayang video tentang Al-Fateh
Memang mantap la orang muda ni..respect2..
Haa..baru jumaat lepas Konsert Nurani Islami bersama FarEast dijalankan. Program ni under Pusat Islam untuk sambutan Maulidur Rasul dan 10 tahun Pusat Islam. Aku jadi ketua AJK Protokol, memang sakit kepala la buat. 2 3 hari sebelum malam konsert tido pukul 3 4 pagi. Aku buat teks ucapan MC, buat detailed flow majlis, buat slide show, buat rehearsal. Tapi yang bestnya adalah dapat jumpa kumpulan FarEast. Bukan setakat jumpa aja, aku jugak merupakan salah seorang yang bekerjasama dengan mereka untuk konsert ni. Memang best tahap gaban la! Aku suka sangat kumpulan FarEast, low profile, dan mereka ni tak hipokrit tau. Meamng friendly abis ar. 
Susunan kerusi yang sangat menarik..tahniah kepada adik-adik 1st year!
Kumpulan FarEast sedang sound check pukul 5..memang langsung tak cerewet mereka ni!

Dalam bilik tetamu dewan utama..beb, aku dah jumpa FarEast..haha!

Faiz sedang dengar taklimat dari anggota kumpulan FarEast
  
Sahabat uastaz Shukri...namanya Ustaz Nabil

Time sesi bersama artis..hoho...

Yang lebih penting, konsert ni aku dapat rasakan sebagai program terbaik pernah aku involve. Sangat cemerlang la ketua dia iaitu sahabatku Ezly Hafiz dan jugak AJK program ni yang sangat hebat. Mereka ni baru 1st year tapi kerja memang kreatif. Memang bagus USM dapat APEX status, sebab pelajar APEX memang sangat cemerlang dalam berorganisasi. Enjoy betul aku, cuma mereka ni perlu didedahkan lagi dengan skill bekerja dan soft skill yang lain, kalau ada je, memang kaw la PMI lepas ni, yeah!

Last sekali adalah ceramah Mauliidur Rasul kat Surau Al-Ubudiah, dekat Parit Buntar. Lebih kepada forum la, dan moderatornya adalah Ustaz Shukri, pegawai Pusat Islam. Aku respect la Ustaz Shukri ni, ramai betul orang glamour dia kenal, contohnya Ustaz Nabil FarEast kawan kamcing dia. Dan ahli panel forum ni, Ustaz Nidzam Abd Qadir kalau korang tau TV9 program Tanyalah Ustaz, pun kawan dia, siap satu bilik masa belajar kat Universiti Al-Azhar lagi. Fuh, aku pun gitu jugak kot. Ramai nanti sahabat-sahabat aku jadi orang terkenal..hehe.

Ustaz Nidzam dan Ustaz Fauzi bersama ustaz Shukri

Forum berlangsung
Itu je lah kot aku nak cerita. Aku cerita bukan apa, nanti bila dah tua nanti aku baca balik blog ni, boleh aku cakap eh, eh...aktif betul aku masa kehidupan kat kampus dulu. Boleh cerita kat anak dan cucu nanti. Boleh berkongsi pengalaman dengan isteri nanti..hehe, insyaAllah. Oklah, minggu depan ada test dua bijik, Dinner pusat pengajian, lawatan sambil belajar ke Malay-Sino dan ada Jamuan Ukhwah PMI. Memang aku sangat aktif..hahahaha! Nanti aku cerita lagi.

p/s: tapi dalam hati, rindu tetap menguasai perasaan...huhu. Sabar wahai hati, 2 tahun je lagi..huhu.