27 October 2011

Kereta Choooommmeiii....!

Assalamualaikum w.b.t.,

Hari ini nak cerita sikit tentang kereta. Sebabnya sekarang ni aku duk layan cerita CARS 2, memang menarik la bila dia bayangkan kereta ni macam benda hidup. Aku sejak kecik bayangkan kereta ni macam muka manusia, terutamanya dari belakang. Kenapa belakang? Sebab kalau kita naik kereta kita nampak bontot kereta lain kan? Kan?
Ni kereta berjantina lelaki
Contohnya, Proton Wira tu perempuan sebab lampu belakangnya macam pipi perempuan kan? Saga, Saga Limited Edition, Saga BLM dan Saga FL semua tu lelaki sebab badannya macam bersegi sikit. Macam-macam la kan..haha, tapi kereta mahal macam Lamborghini ape semua tu tak ada soul, macam robot aje. Haha...
Ni kereta tengah buat opera....comel2?
Tapi bila tengok cerita CARS 2, bila McQueen dan kawan dia si trak penarik tu pegi Jepun, memang aku begitu taksub la. Kereta-kereta yang digambarkan dalam scene tu macam real kot, ada kereta perempuan tengah buat Opera Jepun la, jadi penyambut tetamu la...huhu, memang comel la kan? Macamane la mereka boleh fikir begitu. Mungkin sebab semua orang ada pemikiran macam aku kot time kecik-kecik dulu, iaitu kereta pun ada jantina.
Kereta penyambut tetamu...cun!
 Walaupun nampak macam budak-budak, bila sesuatu perkara itu mengingatkan kita pada kebesaran Pencipta kita, itu yang bagus. Orang yang cipta kereta tu kita tengok dah sangat bijak, tapi pihak yang mencipta orang yang pandai mencipta kereta? Lagi bijak atau super bijak (Maha Bijaksana)? Fikir-fikirkan...

15 October 2011

Ustazah Pilihan yang Gedik?

Assalamualaikum w.b.t.,

Pagi tadi pas sembahyang subuh aku pegi la Riyas nak melantak roti canai 2 3 keping. Awal sangat kot rasanya aku sampai, orang pun tak ada lagi. Aku duduk kat meja menghadap tv then aku pun tempah la tempahan aku iaitu, teh gelas besar dan roti canai (rahsia roti canai ape...haha!). So, sementara menunggu roti canai sampai, aku pun menonton la tv yang sedia ada di hadapan aku tu.
Kedai mamak riyas, antara pilihan utama bila kafe dalam kampus penuh dengan manusia lapar
Tv time tu tengah tunjuk  channel ASTRO OASIS cerita "Bersama Dr. Fadzilah Kamsah", tentang kenapa wanita mudah menangis. Layan je la kan, lagipun tajuk dia menarik jugak la kan. Tak pelah yang tu, tapi...hehehe, part yang iklan yang syok tu. Ada la iklan tentang kembara ke tanah suci, Palestin bumi para anbia dan yang tak boleh blah iklan tentang ustazah pilihan. Mangai, aku tengok bila para peserta dia komen tentang something, why are you so gedik-gedik? Makes me wonder la...
Aku tak tau la kan, kalau ustazah perlu jadi macam kebudak-budakkan bila nak menjadi ikon kepada masyarakat. Gedik bukan la macam minah motor ke, tu teruk sangat dah. Gedik macam nih: "Oklah kan, lepas ni saya akan buat yang terbaik dalam setiap apa yang saya lakukan". Ceh, kalau tulis tak nampak macam bergedik, tapi time aku tengok tu memang la macam mengada-ngada je. Geram aku! Tapi aku rasa tak semua la yang macam tu, tapi tetap ada!
Kalau la ustazah pilihan ada voting pakai SMS, anda rasa sapa yang menang? Yang funky atau yang nampak warak?
Mungkin judgement aku ni adalah berdasarkan perbandingan aku antara program ni dengan program Imam Muda. Aku merasakan yang geng Imam Muda ni lagi matang la dalam memberi komen dan sebagainya. Tak perlu la nak buat macam pelik je untuk menarik hati orang lain kan. Tapi kalau dah diri macam tu, apa nak buat kan? Dah diri sendiri macam tu...huhu. Bagi aku, anda akan menjadi ikon dunia Islam, jadi kene la jaga akhlak kan? Aku bukan la baik mana pun..tapi aku tak puas hati. Itu aje.

Bila aku dah belasah roti canai tu, aku pun keluar la dari Riyas kan, lepas keluar aje terus pekerja kedai mamak tu tukar ke channel radio. Ceh, memang diorang tunggu aku blah terus diorang tukar kepada hiburan plak! Ceh, tak baik tau...terasa i...hahaha!!

Malukah Jadi Orang Islam?

Assalamualaikum w.b.t,

Pada satu malam, tengah buat-buat kerja kan aku terfikir sesuatu yang misteri. Haha, tak ada la misteri mana pun. Cuma benda ni aku tak penah terfikir pun. Tak tau la orang lain pernah terfikir kot. Bendanya adalah, bila kita makan di tempat awam, contohnya di kafe atau di mana-mana restoran kan dan ramai dalam kalangan orang di situ adalah non-muslim. Ok, bayangkan ye. Lepas tu kita ni sorang-sorang ambil makanan dan duduk kat satu meja. Sebelum makan tu, mudah tak untuk kita angkat tangan kita, tadah tangan dan berdoa?
Berdoa sebelum makan wajib ke sunat? Haaa....jawab2...

Kalau ramai-ramai tu lain la kan bila duduk makan bersama kawan-kawan seagama. Tapi kalau sorang-sorang? Fuhh....payah bro! Kalau yang baca tu memang bagus, tapi selalunya dibaca dalam hati tanpa ditadah tangan seperti berdoa. Kenapa kita susah nak berbuat demikian ye? Malu? Aku pun sama la. Kita merasakan yang kalau kita buat gitu macam tak respect kaum lain ke? Bagi aku la, ianya disebabkan kita tak biasa berada dalam suasana menjalani kehidupan sebagai seorang muslim, lebih kepada sebagai seorang melayu. Itu yang payah tu.
Orang melayu kalau bab makan memang no. 1, sampai sanggup pegi 20-30 km jauhnye nak makan tengah hari jer.

Walau apapun, lepas ni jangan la kita malu nak menadah tangan untuk berdoa. Memang la doa ni tak payah tadah tangan, tapi kalau nak ikut sunnah Nabi yang berdoa dengan menadah tangan, kenapa nak malu. Ni belum cerita bab pakai serban, pakai jubah dan sebagainya. Ni baru bab berdoa ketika makan. Kalau bab yang semudah itu pun kita malu nak buat, layak ke kita ni nak tegakkan sunnah Nabi yang lebih besar seperti membina negara Islam? Sama-sama kita fikirkan.

08 October 2011

Malas!

Assalamualaikum w.b.t.,

Sekarang ni aku rasa malas giler la wat kerja akademik, dan aku pun tak tau la kenape sebab ape. Sebabnya mungkin sebab baru je lepas kerja Design Project baru je complete kot, jadi otak memaksa badan aku nak rehat serehat-rehatnya. Boleh ke tak ke? Huhu...risau jugak aku ni.

Dalam masa yang dirasakan amat pendek ni, aku rasa diri ni macam mau je nak duduk kat satu bilik jauh dari movie, series dan games untuk uruskan segala kerja yang bertangguh. Huhu..masalah paling besar aku adalah menangguh kerja yang amat menyedihkan.

Malam ni aku duk buat entry pendek je lah ye...tak ada mood nak tulis panjang-panjang. Huhu...so long!

Wassalam.

03 October 2011

Tahun 4 sudah....

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama giler la aku tak post kat sini, sebab aku merajuk dengan entri pasal bidadari tu. Haha...bebal punya alasan. Anyway, aku memang minat gile la nak menulis ni, kalau orang tak baca pun aku peduli apa. Yang penting bila aku baca nanti, aku sendiri yang tergelakkan diri aku yang dulu punya. Best apa? Tak best? Biarlah!!

Sekarang ni aku dah tahun 4, kira senior gila-gila la untuk undergraduate ni. Tapi bila dah tahun 4, bagi kursus aku ni kan, ini la zamannya kita rasa kepala macam hentak kat dinding je. BANYAK GILA KERJA!! Dulu sebelum-sebelum bila dengar senior tahun 4 kata susah tahun 4, banyak kerja...aku dalam hati cakap, eleh! Ko yang tangguh kerja, memang la kerja jadi bertimbun. Bila aku sendiri rasa, haaa....padan muka aku.

Ok, mula dari semester ini aku berjanji nak belajar sungguh-sungguh. Hehe...kurangkan main game, kurangkan movie, kurangkan tengok series, kurangkan makan, kurangkan window shopping, kurangkan duduk melengu depan internet, kurangkan beli dan baca komik, kurangkan tidur, kurangkan buat kerja tak guna macam tukar susunan meja dan katil dalam bilik (love it!) dan kurangkan sifat pemalas dan bertangguh kerja aku nih. Haha! Banyak gila kene berubah...tahun 4 baru nak berubah.

Oklah, gua nak study pulak. Kerja design dan Final Year Project dah memecahkan otak gua. Looks macho rite? FYP merupakan alasan baru untuk pelajar tahun akhir untuk skip meeting dan lain-lain. Nice! Haha...oklah, gua chow dulu.