30 September 2010

Kepada Orang N9, Minta Maaf Ye!!!!

Salam semua. Bulan Syawal tingaal sedikit je hari nak habis dan nak berlalu. Aku baru nak cerita tentang pengalaman aku meneliti orang-orang taman perumahan aku beraya. Memang pelik la setiap orang sambut raya kan? Asalkan tak menyusahkan orang lain dan diri sendiri, ikut la nak beraya macamana pun. Tapi yang terbaiknya raya la ikut sunnah Nabi Muhammad yang dah ceritakan segalanya macamana yang beraya dan dapat pahala. Bukan payah! Kepada sapa-sapa yang beraya tapi tak ikut sunnah Nabi kita, tak apa raya tahun depan ada lagi, itupun kalau dipanjangkan umur oleh Allah. Haa..raya haji ada lagi, boleh la apply la ye..cari kat internet macamana nak beraya ikut cara Nabi kita Muhammad Al-Musthofa..
Ni masa raya..kamera adik aku memang tak bagus langsung..huh
Apa yang aku nak highlight kat sini adalah berkenaan cara beraya satu keluarga yang agak dekat la rumah dia dengan rumah aku kat taman perumahan tu. Ni aku nak cerita sedikit tentang dia sebelum aku cerita macamana dia sekeluarga sambut raya. Orang ramai panggil dia 'Cik Iza' orang N9 (salah satu nama negeri di Malaysia) dan sekarang duduk setaman dengan aku. Dia kawin dengan orang Perak dan dah ada 4 orang anak. Wanita ni amatlah menyakitkan hati orang kalau kita berjumpa dengan dia. Korang tau, kali pertama dia datang rumah aku kan, dia siap melawat sampai ke dapur tau tak. Tanye orang rumah berapa harga peti sejuk ni, sofa ni beli kat mana, bilik ni bilik sape, siap usha bilik mak ayah aku tuh! Bayangkan macamana perangai orang macam tu..huhu...
Ni pun si Cik Iza tu nak komen gambar ni dapat dari mana, penyibuk! Lantak orang la kan?
Satu la kisah dia sebelum korang tau cerita bagaimana dia sambut raya nih. Dia ni datang rumah orang kan dia tanye benda ni harga berapa apa semua kan, jadi orang-orang taman ni kadang-kadang tu saja jelah datang rumah dia. Dia cerita apa korang tau, dia kata langsir rumah dia tu berharga.....cuba teka berapa? Cuba la teka. Dah teka? Ok, jawapannya dia kata harga langsir rumah dia tu satu set harga SERIBU RINGGIT!! Gila lah! Korang tak rasa gila ke harga macam tu? Kalau dia tipu la kan, memang dia tu jenis tak reti menipu, bodoh benor sape yang percaya. Adik aku pun tak percaya walaupun aku tanya adik aku 18X 6 pun dia tak tau  jawapannya. Kalau betul harga langsir tu banyak apa salahnya kan? Memang salah! Satu sebab mahal gila, membazir. Satu lagi buat apa langsir mahal kalau dia buat perangai macam dia buat di raya Aidilfitri yang mulia yang baru sudah ni!!

Jeng3!! Ok, sekarang ni aku cerita kenapa aku kata dia ni antara orang yang extraordinary punya bila sambut raya. Ok, cerita ni bermula di malam raya yang kedua. Suami isteri ni mula la kan malam raya kedua ni baru la nak datang bertandang raya rumah jiran-jiran bila dah dua hari melayan family dan kawan-kawan yang datang. Ada la dua tiga keluarga ni nak datang beraya rumah dia, rumah si N9 nih. Malam kat, so bila tengok dari jauh kita nampak la rumah dia terang-benderang lampu dibuka. Kita ni pun datang la, sampai depan rumah dia dan bila bagi salam je tetiba lampu dalam rumah tertutup. Ha, sudah. Kenapa pulak tutup lampu bila orang nak datang beraya nih? Lagi satu, kita yang kat luar ni nampak la orang selak langsir SERIBU dia tu, kita nampak kaki orang dari bawah lubang pintu tu. Ada orang usha kita yang kita di luar ni. Orang dalam rumah tak perasan ke orang nampak dia selak-selak langsir? Hai...tapi aku nak ingatkan pada korang, ni tak cukup ganas la. Baca lepas ni pulak.
Rumah aku di Taman Banting Baru
Raya kelima ke keenam kot, dia dan family dia datang rumah aku nak beraya. Nih, bawak anak beranak apa semua ni dan dia bawak mak mertua dia, si emak suaminya orang Perak tu. Tak apa la kan, dia nak beraya. Kita sambut dan raikan jelah mereka yang datang baik-baik ni. Maksud aku'baik-baik', mesti usha rumah aku sampai ke daput tengok ada tambah atau beli pape yang baru atau tak. Lantak la, orang macam tu dibiar jer. Tetiba dah sembang-sembang tu, masuklah cerita bab beraya-raya tahun tu. Korang tau, kami ni punya la terkejut bila dapat tau dia sebenarnya balik beraya di N9, bukan di Banting. Dia cerita la dia balik beraya dengan suami dan anak-anak di rumah maknya di N9. Abis tu, mak aku tanye la "Abis, mak cik ni (mak mertua dia) beraya kat mana?", Makcik tu jawab la dengan lembut, "Beraya mana lagi, sorang-sorang la mak cik raya kat sini Idah oii....". Whaaaaattttttt???!!!

Ya Allah, rupanya makcik tu ditinggalkan anak, menantu dan cucunya beraya seorang-seorang di Banting! Orang yang selak langsir tu mak cik (aku panggil opah la lepas ni, tua dah 70 tahun, tapi sihat lagi). tu rupanya. Haduhai, kesiannya dia. Mak aku tanya lagi, "Ya Allah, habis tu sorang-sorang la 4 5 hari raya kat sini? Kenapa Iza tak bawak sekali mak beraya di N9.....?". Si Iza nye senyum je buat muka tak bersalah. "Haah, mak cik tak beraya pun, kuih apa pun tak ada. Mak cik pun tak pergi sembahyang raya. Nangis je lah teringat kampung, teringat arwah suami, cucu". Waktu aku dengar cerita ni dari mak aku, aku beristighfar seketika. Tak percaya aku benda ni terjadi! Opah tu bukan sakit nak kene papah dan nak kene tukar lampin, sihat alhamdulillah! Boleh jaga cucu lagi! Kenapa bila raya sanggup anak-anaknya tinggalkan dia beraya keseorangan? Korang rasa apa yang layak kita gelar orang macam ni?
Abah dan Mak di pagi raya pertama
Abah ada kata kalau kita tau, nak je abah jemput dia beraya kat rumah kita kan 3 4 hari. Bukan apa, buat teman dia je dan ada orang kalau ada benda terjadi pada dia. Bagi korang la kan, sape salah? Bagi aku, anak kepada opah ni yang salah sebab tu mak dia, kenapa nak kene ikut cakap bini? Hm? Macam tu ke imam kepada keluarga? Itu nak jadi contoh kepada anak-anak dia yang masih kecil tu?

Ni dalaman rumah aku, simple saja.
Pengajarannya di sini, perkahwinan ni tak memutuskan tanggungjawab anak kepada mak ayah, lebih-lebih lagi kepada anak lelaki sebabnya mak ayah kita tu tanggungjawab kita sampai kita mati tau. Jangan semata-mata nak kawin kita membelakangkan mak ayah. Jangan sebab bini kita sanggup tolak mak ke belakang. Aku pun berdoa agar aku mampu menjaga hati dan kebajikan mak ayah aku sebaiknya sebelum aku nikah dan selepas nikah. Jadikan cerita ni sebagai pengajran kepada kita semua. Dan kepada orang N9, bukan aku nak kutuk orang sana tapi banyak ceritanya dari negeri itu yang mengamalkan keturunan melalui belah ibu. Dan kepada orang negeri lain, jaga la diri sendiri bukan hanya pada kesihatan, tapi dari segi keperibadian diri di hadapan mak ayah kita. Ingat, syurga berada di tapak kaki ibu.

Wallahua'lam.

p/s: kepada bakal zaujahku, jangan buat begini padaku dan pada ibuku ye..huhu.. aku mahu mati sebagai anak soleh insyaAllah.

Kes Datuk Sosilawati: Dari Orang Banting

Salam kepada semua yang sudi membaca penulisan aku selama ni. Sejak lepas raya dulu aku dah tak post pape kat blog ni, siap tukar alamat blog lagi. Ramai yang tertanye kenapa, aku pun tak ada sediakan alasan apa untuk bagi kat korang. Haha..tapi yang sekarang ni aku nak tulis balik sebabnya aku ni malas nak buat tutor dan assignment, so better aku berkongsi pendapat aku kat sini kan. Boleh jugak la aku cerita macam-macam pada korang semua. Betul tak? Dan untuk cerita kali ini, aku nak cerita tentang  kes pembunuhan paling kejam dalam sejarah Malaysia selepas kita mencapai kemerdekaan baru-baru ini: Kes Bunuh DATUK SOSILAWATI di Banting.


Ramai mereka yang dibunuh tapi mungkin kes mereka tidak dapat diselesaikan
Haa..aku orang Banting ni memang dapat macam-macam cerita yang mungkin orang lain tak tau la kan. Dan aku sendiri hadapi bagaimana dinginnya keadaan masyarakat yang ada Melayu, Cina dan India kat situ. Memang sangat-sangat tegang dan macam berbahaya. Dan yang bestnya, keadaan kononnya ramai yang tertangkap disebabkan cerita tu membuatkan raya tahun tu macam tak meriah je kat bandar Banting dan sekelilingnya. Hoho..memang seram la kan. Takut jadi pape je, jadi keganasan kaum macamame? Bergaduh India dan Melayu ke, macamane? Aku bukan nak kata aku ni racist ke apa tapi memang pernah terjadi kan? Kes 13 Mei 1969 ataupun kebangkitan komunis yang mengganas? Tu antara kejadian yang memang seram la di Malaysia ni.

Korang ingat tak dua lagi kes pembunuhan yang sangat kejam dan ganas di Malaysia sebelum ni? Kes Mona Fendy bunuh Datuk Mazlan dan kes pembunuhan Altantuya di Shah Alam. Aku terfikir tempat aku duduk je mesti ada kes bunuh yang dahsyat. Waktu aku duduk Shah Alam kes Altantuya, dan mase duduk Banting pulak kes Datuk Sosilawati pulak. Aku nak serta la benda yang aku tau. Korang tau tak peguam yang menjadi dalang di sebalik pembunuhan tu mempunyai orang bawahan seramai 300 orang yang terdiri daripada budak-budak bawah umur lagi. Dan kekayaan dia dah mencecah RM 100 juta orang kata, aku tak tau la betul ke tak. Kira nak kata bandar macam Banting tu pun orang boleh buat tempat orang jahat berkumpul untuk menjalankan kegiatan mereka yang sangat terpendam.

Manusia dengan selamba je dibunuh macam kita bunuh ayam

Dan ni aku dengar cerita dari orang yang bekerja di kilang depan dengan tempat pembunuhan tu. Tempat pembunuhan tu ditutup sekelilingnya dengan dinding zink macam orang bina bangunan tu. Kiranya tempat tu kalau apa jadi pun memang semua orang yang lintas pun tak tau apa yang jadi kat belakang. Tu yang memang  jadikan tempat reban ayam tu tempat strategik nak bunuh orang. Lagi satu, kawasan ladang ayam tu ada tempat air-cond tau. Sebab ape? Sebab tempat tu jadi tempat bos-bos kilang situ melampiaskan nafsu..korang paham-paham la. See..betapa teruknya tempat tu.

Dah la...aku takut pulak nak tulis panjang-panjang. Kalau salah ke information aku ni aku yang kene. Tapi aku dapat tau ni dari orang-orang yang berada di sekitar situ, tak tau la betul ke tak. Cuma aku nak katakan di sini masyarakat sekarang ni dah tak takut dan tak kesah nak deal dengan nyawa manusia. Korang sendiri tau kan macamana mereka yang jadi mangsa tu dibunuh dengan sangat kejam!! Dipukul, dibakar, dicurah air, dibakar lagi, dikerat, digantung dengan pencangkuk lembu, dicucuk dengan batang tajam. Aku tak bayangkan macamana mereka sanggup buat macam tu pada mereka yang semestinya merayu untuk dilepaskan. Sebabnya? WANG!! Semuanya kerana harta yang tak banyak, tak kira la mana-mana agama pun aku pasti perkara ni memang melampaui batas kemanusiaan.

Gambar PDRM menyiasat bukti-bukti yang ada

Jadi kepada kita semua, sama-sama la menjaga diri sendiri kerana kita semua berada dalam dunia yang dah tak selamat. Fikirkanlah kenapa manusia sekarang ni dah tak takut nak buat salah dan biasa sangat melanggar undang-undang? Adakah undang-undang negara kita terlalu longgar ataupun perlaksanaan undang-undang yang langsung tak kuat? Adakah rasuah memainkan peranan di sini? Kalau terlepas orang yang melakukan kesalahan, apa kita mampu? Sebab kita pun tak tau adakah undang-undang itu terlaksana dengan sebaiknya. Huhu...aku tak tau la macamana zaman akan datang nanti.

Wallahua'lam.

p/s: Ayat-ayat dalam post kali ni memang sedikit janggal sebab aku dah lama tak tulis post kat sini. Huhu..aku try improve untuk post-post aku yang seterusnya. InsyaAllah.