29 January 2012

Cuti Hujung Minggu Yang Bosan

Assalamualaikum w.b.t.,

Hari ni hari Ahad, jadi aku memang sangat boring dan tak ada apa-apa nak dibuat selain daripada report final year project aku yang aku tak buat lagi nak ditunjuk pada supervisor aku minggu depan. Malas lagi nak buat, tunggu dulu la kan. Jadi pukul 11 pagi aku decide nak jalan-jalan dekat-dekat sini. Dengan kafe Halim tak bukak, jadi aku memaksakan diri ke bandar lama Parit Buntar untuk ape? Untuk gunting rambut dan beli screwdriver utk cabut skrew motor aku supaya mudah untuk aku spray cover set sebagai hobi aku..huhu.


See...betapa ramai orang Melayu mengikut peratusan

Sampai aje di Parit Buntar lama, maka tiada bukak itu kedai gunting rambut di situ. Untuk pengetahuan, kat PArit Buntar ni aku ada dua kedai gunting rambut yang amat diminati, satu di Taman Pekaka dan satu lagi di Parit Buntar lama ni. Jadi tak apa la, aku pun kembali la ke Taman Pekaka lepas beli screwdriver kat kedai hardware, harga RM7, pergggghhh...mahal giler!

Xpelah, dengan selamba ayam bergeraklah aku menuju ke satu lagi kedai gunting rambut Nanba yang amat diminati rakyat 1Malaysia..haha. Tapi tetiba aku berdepan dengan situasi pelik. Pekedai tu, maknanya penggunting rambut aku tu india la kan, aku melayu (of course la aku melayu kan...haha!). Tak ape la, sedang dia gunting rambut aku tu ada seorang cina ni, berumur jugak kot bukak pintu kedai dia dan mereka pun bersembang la tentang rumah sewa kot. Aku tak kesah la kan, bukan ada kene mengene dengan aku pun.

Kedai gunting rambut, memang tempat kegemaran aku la..haha

Tapi masalah ada aku lihat di situ, bila pekedai india yang gunting rambut aku ni sembang, dia guna bahasa melayu yang macam orang cina cakap. Contoh, itu saya tak tau maa...kene bincang sama itu kawan sama la... (korang kene baca dalam slanga orang cina la, kalau baca macam india, tak jadi la cerita aku ni). Apakah kepelikan ini? Kenapa bila orang india atau melayu sekali pun kalau cakap bahasa melayu dengan orang cina memang akan tukar jadi bunyi cina?

Aku dengan kawan-kawan kat sini pun sama. Kalau cakap dengan classmate cina kan, nak tak nak memang berbunyi cina. Bukan sembang bahasa melayu, bahasa inggeris pun kadang-kadang pelat cina. Ntah apa-apa, aku pun tak faham kenapa jadi. Adakah disebabkan kita nak respect cara mereka ni yang kurang fasih dalam bahasa kebangsaan ni sehingga kita yang fasih ni pun ikut mereka. Apakah?
Kawan-kawan cina aku semua baik, lagi-lagi team design aku
Aku pun sama, kadang-kadang sembang dengan supervisor pun ada macam ada macam pelat cina. Jadi azam tahun baru 2012 ni, nak cakap bahasa melayu dan bahasa inggeris dengan pelat yang betul, walaupun dengan kawan-kawan berbangsa cina.

Sekian!

28 January 2012

Update Sekarang: Semester Terakhir di Tahun Akhir

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama tak post something kat sini, rasa macam ada benda yang aku minat tapi lama aku tak buat. Rindu jugak la nak menulis kat sini walaupun xde orang baca. Aku tak kesah pun. Bukan aku dapat apa pun kalau orang baca kan?
Tempat aku wat experiment..serabut giler

Haha...amacam? Ada stylo tak di situ?
 Sekarang ni aku sibuk dengan tiga benda utama: PMI, final year project dan modified motor. Takde la sibuk mana pun, cuma ada jugak la pengisian dalam hidup aku ni. Huhu..final year project aku sekarang ni aku rasa dah 15% experiment aku dah siap, cuma setakat ni aku baru aje siapkan benda-benda yang senang, tak masuk lagi main core research aku. Relax je kawan-kawan aku yang lain, bantai cuti dekat 2 minggu dah. Aku rasa macam banyak giler aje benda nak kene buat tapi diorang relax aje. Entah...
Berlakon aje tu
Motor aku kan dulu pecah cover set dia, sebab adik aku pakai bawak pegi kerja waktu cuti semester lepas. Nasib baik la Rabani bagi aku cover set motor LC dia sebab dia sekarang pakai kereta Myvi dah. Jadi sekarang ni aku sibuk spray la cover set tu, dah macam tak ada keje je kan? Minat maa...tak boleh buat apa. Aku spray dalam bilik aje..haha, habis berabuk bilik ni. Haha!

Dah nak masuk sem terakhir dah dalam masa belajar ni, macam-macam aku fikir. Keje kat mana, bidang apa, bila kawen, nak tinggal kat mana, macam-macam la kan. Kadang-kadang tu takut jugak la boleh ke tak aku survive kat luar nanti. Tapi relax sudah, kuatkan diri dan sediakan diri la kan sebelum hadapi semua tu.

Dalam risau-risau ni pun, berapa banyak masa aku dihabiskan dengan menonton movie, nice! Biar la diri aku yang akan datang fikirkan semua itu....haha! Jom layan movie sepam dua..ciao!