19 February 2011

Hari Khamis adalah Hari Chemical Lab

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari khamis adalah hari Chemical Lab. Sebab ape? Sebab memang la kitorang ada Chemical Laboratory II semester ni. Lab mula 9.00 pagi dan habis tak tau bila sebab depend on berapa lamanya eksperimen itu. Aku dah 6 eksperimen dah aku jalankan, semua abis kul 3 ke kul 4. Lama bro, dah la lama kene tunggu je. Eksperimen macam-macam la, memang best belajar benda baru tapi sejam je kita excited. Huhu...ni aku bagi gambar-gambar untuk tatapan, sebab dari sekeping gambar tu lagi banyak benda boleh diceritakan. Ok?
Hari pertama memang semua masih semangat lagi

Sempat lagi tu nak berposing masa aku tangkap gambar kan? Huhu..equipment tu sape yang jaga?

Ni packed-bed column..senang je eksperimen ni, cuma lama jer

Macho bro!


Mengorat atau buat kerja?

Bukan gambar tangga yang aku nak tunjuk, tapi...haha

Lepak-lepak di tangga kuning

Message sape da?

Duduk kat blower sambil tungge geng lain ambik bacaan eksperimen

Buat terus lab report..huhu..rajinnye
Aku..hahaha!
Begitulah keadaan kami masa dalam lab, macam-macam dibuatnya. Sembang la, nyanyi la, buat kerja lain la, minum la, lepak-lepak la, mesyuarat la dan semua-semua la kan. Hehe..

Hell's Kitchen: Cooking TV Show Best Ever!!!

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Aku usha-usah kat sharer kan, terjumpa la satu cerita Hell's Kitchen ni. Aku tengok nama tajuk TV show ni memang la tau ni program masak memasak, ah masak la kau! Jadi aku dengan rasa boring aje minggu tu (menyesal, bukan tak ada kerja kan dah bertangguh kerja!), maka aku download la satu season, season 3 sebab aku tak jumpa season 1 dan 2. Tak kesah la, aku pun biar la 1 2 hari lepas download tu kan. Lepas seketika aku pun mula la tengok series tu....

Waaaaarrrgh! Best giler! Aku jadi addicted terus dengan perjalanan kensep Hell's Kitchen ni. Ala, dia macam American Idol, macam Akademi Fantasia la kan. Ada 13 contestants dan mereka akan berlawan sesama mereka dengan menunjukkan kehebatan mereka chef terbaik. Aku tertarik cerita bagaimana mereka-mereka ni bertanding dengan pelbagai cara nak menang. Hahaha!
Ni Chef Ramsey..muka ganas tapi pandai masak oooo!
 Yang paling aku tertarik adalah host rancangan ni a.k.a. judge atau juri, Chef Gordon Ramsey. Aku wikipedia dia ni sapa, aku jumpa la dia ni sapa. Dia ni chef terkenal dunia berasal dari Scotland, dan menetap di USA. Dia ni jutawan dalam bidang masakan dan memiliki berbelas-belas restoran terkemuka seluruh USA. Jadi, kiranya contestant yang join program ni perlu memuaskan hati Chef Ramsey yang standardnya amat tinggi. Fuh!
Ni contestant dari season 4, yang memang adalah yang duk sebelah kanan chef tu, Christina Machamer
 Berkenaan dengan task dan challenge yang diberikan, memang tahap beruk memandu roket la, payah giler oooo... Aku pun tak sangka depa semua ni boleh melepasi segalanya tu. Korang nak tau prize dia tak? Hadiahnya menjadi executive chef atau head chef di restoran-restoran terkemuka di dunia. Huhu..tak cukup dengan itu, dapat USD125,000 lagi! Warrrggghh!
 
Tengah kene maki hamun oleh chef Ramsey la tu
 Apa yang menjadi penarik cerita ni adalah bagaimana Chef Ramsey deal dengan contestant tu, ada kene keji la, kene cela la, kene maki, kene halau dan sebagainya. Aku pun kadang-kadang terikut la cara si chef ni cakap, best ooo..sebab ada slanga eropah dalam bahasa omputih dia. Apa yang aku dapat dari cerita ni, nak capai sesuatu yang susah, perlu ada semangat, tenang, ilmu dan push diri sendiri. Aku dah la malas belajar, memang perlu ada something untuk bagi aku semangat. Kini aku ada semangat sket lepas tengok season 3 4  dan 6 Hell's Kitchen, yeaaaaaaah!!!!

18 February 2011

Wahai Kawan, Islam Adalah...

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Seorang manusia ni lahir di dunia ada 2 tujuan terbesar hidup dia. Yang pertama adalah sebagai hamba kepada Allah dengan melakukan ibadah, melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang Allah. Susah nak buat apa yang disuruh kan, dan lagi la susah nak tinggalkan perkara maksiat ni. Huh..sekarang ni dah la kita berada dalam keadaan yang terpaksa melakukan dosa kan, kan?


Yang kedua adalah menjadi khalifah di muka bumi ni. Apa kene buat? Kene tadbir dunia yang penuh dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Macamana nak tadbir kan sebab kita ni ramai sangat manusia ni kat dunia. Tapi apa yang sepatutnya kita buat adalah kita kene tegakkan amar makruf nahi munkar kat dunia ni, bukan untuk kita sahaja tapi untuk mereka yang di sekeliling kita la kan.

Ha? Jadi hamba dan pemimpin di dunia dalam masa yang sama? Mana ada, cuba tengok kat dunia ni kalau orang tu jadi hamba, mana ada orang akan lantik dia jadi pemimpin kan? Kalau dia dapat jadi ketua hamba abdi pun dia tetap hamba kan? Nak kata kat sini, tu la sistem Allah yang Allah dah susun perfectly untuk kita la. Jadi, dua tanggungjawab tu akan ditanya di alam akhirat nanti sebab kita datang di dunia tak sia-sia. Jangan la sesekali kita biarkan tanggungjawab tu menyusahkan kita di akhirat nanti.
Ni kawan non-muslim kita, dah tahun 4 school Mekanik
Apa yang aku nak cerita sebenarnya adalah pengalaman aku time PMI mintak aku join nak merapatkan diri dengan non-muslim kat kampus aku ni. Senang aje, Cuma ketuk pintu, perkenalkan diri dan cerita sket kita jumpa dia tu sebab ape. Just nak sampaikan gift dan risalah aja. Tapi, aku rasa punya la susah..huhu. Satu sebab malu, satu lagi sebab tak yakin dengan diri sendiri. Bila cakap tu siap berpeluh lagi, aku memang rasa payah la. Ni yang buat aku fikir, macmana la nabi Muhammad berdakwah pada orang Arab kan? Memang susah la, kita ni jumpa just nak cakap sikit jer. Tapi bila Nabi nak sampaikan perkara yang sebenarnya pada orang bukan Islam ketika tu. Huhu..memang Rasulullah seorang yang amat tabah.

Payah bro..bayangkan la apa yang kita buat untuk tunjuk pada Allah apa usaha kita untuk berdakwah kepada orang bukan Islam ni? Oooo..ada orang kata kita tunjuk la sifat Islam yang murni, yang mulia dan yang baik  walaupun kepada orang bukan Islam. Fuuhh…ni nak tanye sedikit. Kaum yang anut agama mana mana yang banyak buang anak kat tepi longkang? Muslim ke, Buddhist ke atau Kristian ke atau Hindus ke yang banyak merempit kat jalan raya? Yang malas? Yang bergaduh sesame sendiri? Kalau jawapannya orang Islam, simpan jawapan tu dan fikirkan cara lain.
Yang ni adik tahun 1 school Bahan
Macamana la kita kata kita ni khalifah di muka bumi ni kalau kita tak jalankan tanggungjawab kita sebagai pendakwah ni? Memang la kita ni diri tak sempurna tapi tu bukan alas an untuk kita tinggalkan tanggungjawab tu. Kita manusia, berdoalah kita akan mampu laksanakan tugas itu sebaiknya sebelum kita berehat di alam kubur.

Ya Allah, berikanlah ruang terbaik kepadaku untuk berdakwah mereka-mereka ke jalanMu.

17 February 2011

Jadilah Pendakwah dan Naqib

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Aku ni naqib kepada adik-adik 1st year, 6 orang kesemuanya. Dalam menjalankan usrah ni, perkara yang paling susah bagi aku adalah bagaimana nak pilih masa yang sesuai untuk kumpulkan adik-adik 6 orang ni dalam masa yang sama. Sebabnya kesemua kita ni ada jadual sendiri. Bila nak buat time ni, ada yang ada meeting kan, nak buat esok ada silat dan sebagainya. Nak kata, cabaran nak kumpul adik-adik tu pun satu cabaran yang payah. Cuma bila kita fikir, usrah yang sebenarnya adalah dimulakan dengan kafaratul majlis dan diakhiri dengan al-fatihah time kita nak buat usrah yang rasmi tu. Itu la sumber kekuatan abang-abang usrah ni sebenarnya.

Usrah ni perlu dipelbagaikan cara ia di kemudi supaya biar beri lebih kesan pada diri kita(sumber:saifulislam.com)
Yang kedua bagi aku adalah penyampaian abang naqib ni nak gather idea yang menyokong apa yang sepatutnya kita nak sampai pada adik-adik. Dan kene berhati-hati supaya kita tak mencapah sangat dan jugak jangan terlalu syadid dalam nak menyampaikan idea tersebut. Psikologi ni sama macam kita kita berniaga la kan, kita akan cakap pada pembeli tu dengan kata-kata yang menarik dan dalam masa yang sama perkara berkenaan barang yang nak dijual tu biar molek penerangan dia. Dan itulah skill yang aku perlukan untuk memantapkan lagi penyampaian.
Cinta sama adik-adik perlu disemai sebaiknya
Yang seterusnya adalah kita perlu memohon pada Allah melalui doa, zikir, solat hajat, solat tahajud dan sebagainya sebagai usaha mental dan rohani kita agar kita mendapat rahmat dan bantuan dari Allah. Nak buat usrah ni memang susah, sape la yang tersangat-sangat nak buat usrah, tapi ni tanggungjawab bukan macam persatuan kan. Nak sampaikan kefahaman kepada manusia ni ibarat macam nak didik anak-anak yang kecil yang tak tau pape la kan. Yelah, kita ni belajar agama kurang nak dibandingkan dengan ustaz yang belajar 4 5 tahun dalam bidang agama memang la berbeza kan. Tapi, nak tak nak ada la kita usaha untuk menambah ilmu penyampaian dan jugak ilmuyang nak disampaikan.
Naqib@naqibah ni perlu mencabar diri menjadi sumber inspira(si) adik-adik
Sebagai naqib, aku mula sayang pada adik-adik usrah aku. Bila jumpa mereka kita gembira, bila dia bagi salam pada kita, kita rasa mereka adik beradik kita dan bila mereka minta bantuan dan nasihat, kita rasa kita perlu bantu mereka sebaik mungkin. Peranan naqib bukan sebagai penyampai risalah itu semata-mata, tapi sebagai role model dan batu loncatan untuk adik-adik ni merasa nikmat iman dan amal..insyaAllah.

Semoga aku beristiqamah dengan perjuangan ini.

14 February 2011

Latihan Industri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ni aku amat happy berkenaan latihan industri aku yang baru je settle tengahari tadi. Aku hantar surat acknowledgement ke syarikat aku tengahari tadi, dalam pukul 12 la. Lepas tu dalam pukul 1 Dr. Zuhairi hantar message kat aku kata aku dah dapat confirmation dari syarikat aku, Yahoo! Google! MSN! Memang lega la kan, dan aku memang tak sabar-sabar nak baca apa yang direply kepada aku.
Ni antara brochure dari syarikat tu
Syarikat tempat aku berlatihan industri ni nama dia Expedient Resources Sdn. Bhd., merupakan anak syarikat kepada IJM Corporation Berhad. Kalau korang nak tau IJM Corp. Bhd  ni syarikat busat sangat maa...dia ada konsesi lebuh raya, ada peindustrian kelapa sawit dan perladangan, manufacturing dan sebagainya. Expedient Resources ni syarikat polymer-based production, dan produk utama dia adalah Rubber Underlay, atau lebih dikenali sebagai alas tikar. Ada orang cakap tak ada kene mengena dengan kimia, aku cakap lagi aku chemical engineer dan aku lebih minat kepada plant safety serta environmental engineering. Process aku suke jugak, lagi-lagi melibatkan bahan kimia kan.
Surat aku..haha!

Ni la surat yang dibalas kembali kepada aku. Yang amat menarik adalah allowance yang diberi..haha! RM500 sebulan maaa...3 bulan dan RM1500, duit dari JPA lagi. Memang masyuk la fikir kan. Ada dapat safety shoes dan jugak T-shirt serta tak ketinggalan perkhidmatan klinik panel. Wahwah, memang rezeki aku kot dapat tempat dekat dengan rumah, dan jugak dapat kemudahan yang lain. Lega jugak la bila tempat latihan industri ni dah settle. Tapi yang sadisnya, duit allowance tu kene pakai bayar duit kete..huhu.. Melepas nak pakai handphone Android..hehe...

Petang tadi aku, Fakhrul dan Zul ada la jumpa Dr. Suhairi kejap nak bincang  tentang program school, pas bincang sket Dr. bukak cerita tentang tempat latihan industri. Wah, best betul perkongsian yang diberikan oleh beliau. Dia ada cerita macamane nak deal dengan operator dan engineer, sembang tentang lawatan industri yang kitorang pegi sama-sama dulu. Dan dia pun ada offer beberapa tempat yang menarik untuk para pelajar yang still tak dapat tempat LI ni untuk cuba. Zul memang beruntung la, Dr. nak bantu dia untuk dapat tempat di Western Digital kat pulau..waw..memang masyuk la. Kalau la Dr. Suhairi ni bagi talk sedikit pada para pelajar sebelum diorang pegi buat LI ni bagi aku memang bagus la.

Tak tau la macamana nanti waktu aku LI, mungkin senang, mungkin sukar..tak tau lagi. Tengok la macamane Allah aturkan diri aku untuk mengutip sedikit pengalaman di sana. Yang penting? Allowance yang tinggi, yeaaahh!!!

12 February 2011

Buku: Hanya Kumpul Ke Atau Baca?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Keluarga aku memang suka membaca, dan kebelakangan ni kami sume memang banyak menghabiskan masa membaca buku, terutamanya novel dan komik. Hehe..jangan fikir ianya novel jiwang atau pun komik sampah masyarakat, tapi novel sejarah islam yang kebanyakannya ditulis oleh Abdul Latip Talib. Yang komik pulak Komik Ikhtiar Hidup di...dari Korea you yang diterjemah ke dalam bahasa Malaysia. Tak tau la kenapa sekarang ni kami duk membaca buku macam tu. Sebabnya membaca kan amalan mulia. Korang mesti tau yang orang putih kalau masa senggang mereka, mereka akan penuhi dengan membaca..kita? Rempiiiiiitttt!
Ni la siri buku tu..abis dah aku baca time cuti raya cina lepas

Yang menariknya bila buku ni disusun nampak gambar pedang, cam dragon ball dulu plak kan? haha..
 Ni buku Siri Novel Sejarah Islam: Pahlawan Islam. Karya Abdul Latip Talib ni disampaikan dengan gaya yang santai dan berfakta. Memang mudah nak dihadam. Adik aku yang berumur 12 tahun sampai la kepada mak aku yang 43 tahun memang meminati buku ni. Kami ada satu set buku ni macam dalam gambar tu. Baru semalam pulak aku beli Novel Sejaran Islam: Umar Abdul Aziz. Tak baca lagi tapi aku rasa mesti menarik. Nak cari modal usrah boleh la kan..hehe.. 

Yang ni plak buku Ikhtiar Hidup di...karya orang Korea dan diterjemah oleh Gempak Starz. Yang terbaru aku beli adalah Ikhtiar hidup di Cakerawala, ada 3 jilid semuanya. Sebiji buku tu RM8.50, darab la bape buku yang ada. Kalau difikirkan memang mencanak duit aku abis beli buku tu saja. Tapi apa boleh buat, buku ni bukan komik saje-saje. Ada information yang menarik dan boleh beri ilmu baru pada kita. Ada la kelakar sedikit yang tak masuk akal, tapi overall memang mantap!
Ni buku kat rak, gambar ni aku amik kat tenet
Ni pun sape punye gambar ntah..aku punye lagi banyak dari tu..hahaha!


Ni plak antara buku-buku lain yang dibeli...memang rabak poket aku..huhu.. Sapa-sapa nak pinjam boleh aje...aku tak kisah sangat...




Carta Organisasi ChESS 2010-2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pada sesapa yang nak aku consult untuk buat poster lebih kurang ni boleh la sebab aku memang suka untuk buat poster-poster dan sebagainya. Sebab ia mencabar kreativiti kita, tapi kadang-kadang tu memang tension, tapi time tension tu la kita boleh buat kerja dengan baik..wahwah!
Tak lawa mana pun..buat pun cincai-cincai aje

Carta ni aku amek warna merah sebagai warna utama sebab nak matching dengan logo ChESS tu sendiri. Yang ni memang teruk nak buat. Kalau benda ni jin yang masuk dalam badan manusia memang payah nak dikeluarkan tau. Separuh mati aku buat yang ni, memang payah gila la, tapi bila dah siap, legaa....fuh!

Poster Program Ziarah Kubur 2011

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ni merupakan poster aku untuk program ziarah kubur yang dijalankan oleh exco Kebajikan PMIUSMKKJ. Aku buat poster ni dalam 3 hari kot baru siap. Memang first time tu aku langsung tak ada idea tapi bila jalan-jalan kat Google Image, aku terjumpa satu poster program yang menarik dari Australia. Jadi aku pun amik la jadikan modal. Tak tau la kalau tuan empunya poster sebenar tu dia jumpe poster aku terus ke dia saman aku sebab ciplak dia punye..huhu..

Ni poster aku untuk program ziarah kubur. Gambar kat kubur tu pun recycle tahun lepas punya          

Aku amik idea buat poster ni dari gambar ni, macam best je terus aku sapu..haha! Lawa tak poster aku lepas aku tukar color jadi warna hijau? Aku pakai Adobe Photoshop CS5 aje..

Ni la poster reference aku.

Bila Iman Tak Kuat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Memang aku akui aku dah lama tak tulis kat sini. Sebabnya satu aku sibuk, dan alasan ni memang tak boleh pakai sangat sebab aku banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara tak penting. Contohnya, main game, layan movie sampai 2 3 jam, kemas-kemas laptop ape sume, dengan tido kuat. Ya Allah, aku rasa semester ni la aku paling kurang study. Yang kedua ni memang lebih susah, dan lebih kritikal iaitu aku rasa iman aku ni lemah sesangat.

Selalunya bila kita rasa kuat iman ni, petandanya kita senang nak solat fardu pada awal waktu, dan lebih molek di surau atau di pusat Islam berjemaah. Satu lagi, mata dan hati ni susah sket nak buat perkara yang merapu dan maksiat. Dan kita rasa akhlak kita di hadapan orang memuaskan dan menggembirakan hati kita. Tapi bila iman dalam hati ni kurang, kita akan rasa yang sebaliknya la. Solat dan terabur, hati rasa tak tenang dan rasa nak buat maksiat dan perkara merugikan ni senang je. Kenapa boleh kadang-kadang iman naik turun ye? Tak boleh ke maintain aje?
Yang aku tau, memang fitrah manusia ni kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Yang iman tinggi ni dan maintain ni malaikat je, yang iman semakin naik ni para nabi dan rasul. Kita ni dah la bukan ulama serta ustaz, ilmu agama pun tak banyak mana. Ni la yang kene diusahakan, bak kata kawan kita, usaha atas iman..hehe. Cuma sebenarnya, permulaan iman tu jatuh bagi diri aku bila kita mula tinggal perkara yang jadi rutin kita bila iman kita tinggi. Kita je tak sedar ape yang kita buat secara berterusan selama ni sebenarnya menguatkan keimanan kita.
Apa yang penting? Kerjasama!! Bukan, ketakwaan kita pada Allah la yang penting
Contoh, selepas solat fardu sebelum ni kita sempat la baca Al-Quran dua muka beserta terjemahan. Ada satu waktu tu kita tinggal sebab nak ikut kawan makan kat luar. Lepas tu mula la, dah tinggal satu waktu, tinggal lagi di waktu yang seterusnya. Bila dah selalu tinggal, amalan yang jaga kita tu dah mula payah nak dimulakan semula. Macam enjin kereta la, bila dah tinggal 2 3 minggu tak berstart, cuba try start..payah broo... Kita serupa itu jgk, kalau belajar thermodynamics, badan manusia ni pun adalah sistem tau tak.

Satu lagi perkara yang boleh jaga hati ni dari leka nak ibadah dengan baik adalah kawan-kawan. Aku dah penah tulis kat entry sebelum-sebelum ni yang kawan atau sahabat ni merupakan cerminan kita. Kadang-kadang kalau kita ikut sangat kawan kita makan kat luar la, sembang la, kita sendiri akan ikut tabiat tak elok tu kan. Tapi bila difikirkan, kalau pun kita ada kawan atau sahabat yang baik dan amalan serta akhlaknya terjaga, tapi kita sendiri tinggalkan dia sebab nak ikut cara kita, memang dengan sedemikian jugak la hati kita ni imannya akan jatuh. Kita ada kawan yang macam tu?
Perkara lain yang aku boleh ambil pengajaran dari diri aku sendiri adalah bila kita bertangguh kerja ni memang akan ganggu fizikal dan emosi kita. Contohnya, kita ada kerja yang perlu dihantar Isnin ni, kita buat relax je. Bila hari Sabtu baru nak print soalan ape semua, tak dapat buat kita tangguh esok. Esok pulak kita ada program persatuan satu hari suntuk. Bila malam mula la emosi tu jadi tak betul padahal apa salahnya hari Sabtu tu kita siapkan, pergi bilik kawan ke tanya macamane nak buat. Tu la manusia ni, tak ambil pengajaran dari Surah Al-Asr kan. Padan muka, sape yang susah.
Kena banyakkan berdoa untuk dekatkan diri pada Allah
 Satu lagi yang aku betul-betul payah nak jaga ni adalah masalah hati. Tak mau la cakap apa masalah sebenarnya kan, cuma bila perasaan syok tu datang, mula la.. Kita dah tak boleh beri perhatian pada perkara-perkara yang lebih penting seperti ibadah, akademik, kerja persatuan dan sebagainya. Ini menjadikan diri kita tak boleh bekerja seefisien yang boleh. Caranya, banyakkanlah berdoa supaya hati ni tak dibolak-balikkan. Kita manusia memang ada fitrah tu, tapi selagi tak sampai masanya, puasa dulu dari memikirkan perkara-perkara yang belum tiba saatnya.
Oklah, aku cakap pun aku sendiri tulis aku sendiri baca. Orang tengok tajuk entry aku yang ni pun orang tak nak baca. Oklah, bila ada yang baca entry aku sampai sini, korang boleh mintak aku belanja RM1 sahaja..haha..kita tengok berapa ramai je sudi baca entry aku sampai sini..huhu.. Harap-harap lepas ni aku semakin rajin nak tulis blog sebab sekurang-kurangnya masa aku habis dengan menulis untuk aku muhasabah diri aku yang selalu sangat iman ni jatuh. 

Wallahua'lam.