26 October 2010

Antara Cinta dan Cita-Cita

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada kawan-kawan semua, kalau aku post tentang software ke apa ke aku rasa macam tak syok la, sebabnya aku tak ada cerita tentang hidup aku kat korang. Macam tak best je dan akhirnya aku tetap nak post satu lagi entry. Ntah pape la aku ni, asyik nak cerita tentang siri sendiri je kat blog ni..huhu. Aku ni ada sifat nak glamourkan diri ke? Atau nak diri ni diambil berat tanpa aku menyatakan perkara sebenar? Tak tau la, tapi yang aku dapat bagitau aku rasa diri aku ni akan transform menjadi diri aku yang lebih aku, atau dalam bahasa freaknya, shafiqenism la..haha, lawak giler perkataan tu, macam jugak zuhailiphobia serta makanphilic..semua maksud macam power walaupun perkataannya macam hebat jer. Bagus la kawan-kawan aku cipta perkataan baru, gud2! Huhu..

Dilema selepas bergelar siswazah tetap ada..sebabnya ia merupakan masa hadapan kita
Apa aku nak cerita di sini adalah berkenaan dengan antara sambung belajar atau kerja. Sambung belajar kat sini maksudnya sambung sampai abis Master tak pun abiskan sampai PhD terus. Aku dan geng-geng lain dah lama dah bincang perkara ni, mungkin sejak mula sem ni kot. Kami ada la berbincang dengan Dr. Sam tentang benda ni kan, tapi macam biasa la, dia suggest kita semua sambung Master at least sebahagian dari kami pelajar melayu ni. Katanya, banyak kelebihan sambung Master ni, antaranya:
Duduk kat lab buat research: antara kerja seorang pelajar master
  • Gaji starting kerja nanti sah-sah dekat RM3400 lebih, belajar sambung dalam 3 tahun je lagi dan boleh dapat gaji macam senior engineer
  • Belajar bukan payah pun, sebabnya kita baru je lepas abis degree kan, so semangat belajar tu still ada lagi dan mudah lagi la nak absorb ilmu tu
  • Kalau kerja ni, kerja memang banyak tapi kerja awal-awal ni memang kerja macam orang gila la sebab kita baru fresh graduate kan, so beban kerja tu banyak
  • Master kalau sambung kat USM ni memang lagi senang sebabnya lecturer dah kenal dan mudah la nak hidup kat sini sebabnya dah biasa duduk kampus yang sama
So, itu pendapat mereka yang dari golongan pendidikan atau bagi aku pendapat profesional dari beliau. Aku ada terfikir kontra di sebalik apa yang beliau cakap. Dan melalui perbincangan dengan kawan-kawan serta para senior ni aku dapat 'conclude'kan kelebihan bekerja je terus:
Duduk kat dunia pekerjaan merupakan pengalaman yang amat meletihkan sebelum berjaya
  • Of course kita nak apply apa kita belajar tu kat industri kan sebabnya memang itu la tujuan kita amik engineering sebabnya nak jadi engineer, takkan nak jadi penyanyi plak
  • Dah kerja boleh pegang duit sendiri, beli rumah sendiri, kenderaan sendiri, dah boleh bina hidup dan tambah aset peribadi dari awal
  • Dan yang pentingnya nak nikah awal la, takkan umur 27, 28 baru nak nikah kan. Kita pencen nanti anak sulung sekolah menengah pun tak abis lagi
  • Mak abah dah banyak susah dah belanja kita masa degree, cukup la dan dah sampai masanya kita balas jasa mereka walaupun tak mampu nak sama dengan pengorbanan mereka
Jadi macamana kawan? Ada berani nak buat keputusan sekarang? Aku ada call mak aku la kan, siap nangis-nangis la (nangis tu sebab lain) kan tanya mak, apa pendapat mak aku tentang kehidupan anak lelaki sulungmu ini? Anda tau apa jawapan mak? Mak jawab, "Yang **somebody tu macamana? Apa dia cakap? Dia setuju tak dengan pendapat along?". Aku diam ajelah, bukan apa..dia dah pun keluarkan kata putusnya dan aku dalam dilema. Jadinya aku nak dengar la pendapat mak aku kan. "Beginilah, lepas abis belajar dan time nak tunggu amik ijazah tu kan ada cuti 2 3 bulan kan, fikir elok2..buat solat istikharah dan sebagainya..tanya dia elok2..". Huhu...mak aku consider si dia dalam hidup anak teruna dia, YESS!!!

But still aku dalam keadaan tertanya-tanya apakah jawapannya bagi persoalan aku tu? Makin lama difikir, makin bengong dibuatnya. Lepas ni aku nak tanye semua lecturer dan semua engineer yang aku kenal la, nak tanye pendapat mereka plak kan. Waaa..aku nak sambung master tapi aku ada tanggungjawab yang mampu buat aku kata: AKU TAK MAU AMIK MASTER!! WARGGGHHH!!!

(jeritan itu berterusan selama 5 minit tanpa henti dan semua orang ingat aku dah sawan atau terkena histeria serta tela............)<---jadi hilang ingatan dan senyum sorang-sorang sambil melihat gambar kambing.

Wallahua'lam.

Software-Sofware: Review

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada kawan-kawan sekalian, aku dah lama tak update blog ni kan. Dalam kepala otak aku ada macam-macam aku nak kongsi tapi tak ada masa nak taip memandangkan tinggal 2 minggu je sebelum exam. Jadi kami terpaksa bekerja keras untuk completekan kerja-kerja kursus seperti test, quiz, presentation, report dan sebagainya. Sampai aku pun naik kurus! (Aik, kurus? Makin besar ada la, mana ada besar..kalau aku susah hati aku makan banyak-banyak..tu yang makin tembam tu..huhu). Dan, kalau ada antara korang yang perasan aku ni banyak berdiam dan kadang-kadang tu menangis la apa la kan..so, tu ada sebab la tu..huhu.. 

Tapi post aku kali ni bukan nak cerita pasal tu, yang pasal tu nanti la aku tulis lain..haha! Sekarang ni aku nak kongsi beberapa software yang aku test untuk digunakan untuk PC dan laptop masing-masing. Software ni free jer, aku pun download dari internet jer. So, better jugak la bagi sesapa nak decorate mereka punya desktop ke kan, ok la kalau pakai software yang aku recommend ni. Best tau dok cari-cari software ni sampai aku sendiri pun habis masa nak study untuk test.huhu..teruk betul pengurusan masa aku nih. Pape nak tanye boleh la tanye aku atau just letak jer kat comment box tu..nanti aku balas k!

Free Fire ScreenSaver
Haa..ni software pertama aku, memang mantap la. Korang akan merasai pengalaman desktop terbakar korang tau tak, siap ada bunyi lagi. Software ni anda semua boleh edit dari segi kadar terbakar, bunyi dan lain. Amat sesuai kepada sesiapa yang amat memerlukan semangat bila melihat kebakaran berlaku di depan mata, seperti terbakarnya semangat anda untuk menghadapi peperiksaan, yeah!!!( tapi aku sendiri tak ada semangat..huhu)
Haa...terbakar desktop korang!


Option sume kat sini
Fences
Fences ni pulak akan membuatkan icon-icon kat desktop korang yang berterabur tu akan tersusun dengan kemasnya. Ia akan membahagi kumpulan icon korang kepada dua bahagian dan korang boleh pilih nak buat pape pun dengan Fences ni. Memang bagus untuk sesiapa yang merasakan dirinya umpama lalang yang bersemak dan dah tak boleh nak baiki diri sendiri dalam menyusun ico-icon di desktop anda..macam aku sendiri..haha!
Ha..kan ke kemas desktop korang!

Boleh buat apa saja..dia tak fix sangat..memang flexible
WordWeb 6.1
Yang ni merupakan software dictionary tanpa memerlukan connection internet. Ianya amat ringkat dan bagus. Menggunakan English-English untuk mencari makna, ia jugak menyediakan sinonom dan antonim untuk perkataan tersebut. Ada jugak disertakan suara untuk menyebut perkataan yang sukar disebut atau mempunya sebutan yang berlainan untuk British English mahupun American English. Sesuai untuk mereka yang tak power sangat dalam bab vocabulary nih.
Tengok tu..ada similar dan antonyms.
Ada sebutan British dan American English
Rocket Dock 1.3.5
Ala..software lama ni memang ramai la yang pakai, tapi aku tak pakai dah sebabnya aku dah jumpa Fences. Dan yang menariknya tentang RocketDock ni, kita dapat merasai keindahan icon membesar dan bahagia bila kita menekannya. Kalau tambah lagi stackdocklet dia maka akan bertambah menarik la desktop anda. Anda akan rasa dunia pengkomputeran akan menjadi aman dan makmur..tahniah!
Nampak cam macho je kan?
Tu kalau tak Docklet dia..keluar la macam tu
Salaat Time
Perisian azan untuk PC mahupun laptop anda yang perlu anda miliki. Ia dilengkapi dengan kehebatan azan dari pelbagai lokasi seperti Mekah, Madinah dan sebagainya. Ada remainder untuk sebelum dan selepas masuk waktu dan ianya amat sesuai bagi mereka yang selalu di depan laptop sambil telinga dipasang headset. Memang akan pekak la telinga mendengar azan bila volume berada pada tahap maximum. 
Warna jam tu boleh tukar dari putih kepada warna pape pn
Ha..tengok, boleh setting remainder kot, 30 minit sebelum subuh ke, kan? Boleh qiam!




17 October 2010

My Opinion About You: Chinese Friends

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Minggu lepas adalah minggu paling terabur dalam sejarah kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Memang penat tak payah kata la, sebab ape? Sebab belajar + assignment + program persatuan + masalah hubungan dan hati ni buat aku rasa macam dah jadi zombie dah. Weeeiii….aku zombie….warrgghh!!! Memang rasa macam tak mau belajar lagi pun ada minggu lepas ni. Yang paling sadisnya adalah pengalaman menjalankan assignment separation..huhu.. Nak nangis je rasanya…3 minggu asyik mengadap muka sama jer. Bukan apa, pressure tu aku rasa datang bila once kita dapat satu kerja yang susah dan tak pernah kita buat, kita akan rasa benda tu lah yang paling berat. Memang bagi aku, minggu lepas adalah pengalaman yang amat bermakna bagi aku..huhu. Walaupun aku mengalami pengalaman hilang ingatan@memory disorder complexity aku tetap gembira (nak dekat-dekat syndrome Down la jugak).

Bila ditanya kepada semua pelajar kimia 3 year apakah definisi assignment oil spill di Gulf of Mexico, apa rasa jawapannya? Susah, tension, jadi gila, tak berhati perut, letih dan sebagainya. Semua orang akan memandang kepada satu figure yang telah membuatkan diri mereka ‘terseksa’ kononnya: Dr. JK. Payah tu memang aku akui assignment tu amat payah, ditambah lagi perangai team member yang amat pelik dan amat tidak senang hati (diorang pun mungkin ada jugak perasaan tak puas hati pada aku, so adil la kan..haha!) dan masa yang amat tertekan. Korang tau tak, aku langsung tak buat revision dan study minggu lepas punya pelajaran. Memang blur giler-giler la. Tapi aku tak salahkan Dr. JK di atas apa yang berlaku. Sebabnya? Sebab dia dah bagi task ni awal-awal sem lagi. Ingat tak?

That’s why la kumpulan yang mula awal, atau yang mencuri idea orang awal-awal (sori fathul) ni mudah je hidup mereka. Mereka tak bertangguh kerja macam kita semua yang nak kejar buat assignment ni lambat-lambat atau last-last. Biasalah, perangai orang Malaysia yang sangat payah nak diubah. Tu la pengajaran pertama aku, jangan bertangguh dan buat jer apa yang kita rasa betul. Aku ingat lagi team aku melopong jer bila dapat tau ada satu kumpulan ni dengan sempinya mencuri idea kumpulan kami nak dibuat term paper, yang dia pakai idea tu buat eksperiment. Sapa yang rugi? Kumpulan aku jugak..tu yang tukar idea kepada daun teh dan kemudian kepada kacang soya. Haih… Tapi yang aku respect pasal Dr. JK ni, dia still bagi pesanan + amaran + ‘teguran’ pada team yang teraniaya ni.
Ni la meja kat kafe jaya yang kitorang hancurkan dengan kulit kacang soya dan minyak hitam..haha!
So, yang seronoknya team aku dah berjaya mendapat markah penuh dan menggembirakan hati beliau dengan bagus sekali..haha! Puas hati aku bila dengar dia cakap, “Alright, send me your video and I’ll give you 10 marks,”. Warghhh…melompat kegembiraan aku time tu, yes2!!! Alangkah bahagianya aku bila aku dah boleh stop buat assignment tu dan tumpu pada benda lain. Dan benda yang lagi bermakna adalah aku dapat bekerja dengan orang yang tak selalu kita bekerja terutamanya dari member kaum cina. Seronok jugak dapat naik kereta Yi Thing hari tu masa beli barang eksperimen. Haha..bukan la sampai kemaruk, Cuma oh, aku dapat naik kereta kawan berbangsa cina.  Haaa..mengerti kan, sebabnya ingat senang ke dapat bersama-sama dalam kereta nak mencapai satu matlamat. Cam 1 Malaysia la pulak, ceh!

Cumanya, mungkin mereka ni kurang faham la dari segi orang Melayu ni macamana. Sebabnya tak semua dari mereka ni memahami yang orang Islam ni kene solat, kene jaga masa untuk beribadah dan sebagainya. Mungkin mereka tak sangat mengendahkan perkara tu yang bagi orang Islam, benda tu seharusnya dihormati la. Sebab kita ni kene memahami hati orang jugak. Mereka kalau sembang sesame mereka selalunya dalam bahasa cina, dan kita tak faham la kan, confirm la. Tapi member macam sorang cina ni aku penah dengar cerita bila mereka sembang dalam bahasa cina jer, then datang member melayu ni dia cakap lebih kurang macam gini la, “Then now we speak in English coz our friend is here,”. Cuba korang perhatikan, cukup cantik peribadi macam tu la.
Kat sekolah aku tak ada kawan cina, so aku ni mungkin tak pandai berkawan dengan kawan-kawan bangsa lain kot..huhu
Dalam Islam pun ada benda macam ni, bila ada 3 orang di dalam satu situasi, 2 orang antara mereka tak boleh berbisik-bisik atau bercakap dalam bahasa yang sorang lagi ni tak faham. Sebabnya nak mengelakkan fitnah la kan. Mana tau nanti yang sorang ni terasa ingatkan dua orang lagi tu kutuk dia. Kene jaga hati kawan-kawan kita jugak kan, benda ni Nampak kecil tapi amat penting. Contohnya masa aku buat kerja kursus untuk Hubungan Etnik (SHE101) bawah Dr. JK jugak la, aku dan team member aku (yang lain semua cina aku sorang je melayu) pegi la nak interview pengamal perubatan cina atau orang panggil tabib la. Aku memang terharu dengan team member aku sebab mereka masa interview dengan tabib tu dalam bahasa cina, ada yang sudi terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris atau Melayu pada ak. So, aku pun faham la apa mereka sembang dan tak sia-sia la aku ikut mereka.
I love you all my friend!!!!!
Satu lagi yang aku nak cerita tetang hubungan antara kaum ni, kita pelajar melayu jangan malas sangat dan hanya mengharapkan kepada kawan-kawan cina kita jer. Bukan nak kata kita ni malas tiru assignment mereka, tak, bukan kata yang tu tapi kita kena usaha baiki diri kita agar kita pun sama kuat dengan mereka. Aku pun lepas ni nak selalu la jumpa dengan lecturer-lecturer berbangsa cina untuk apa purpose pun, sama ada nak tanya soalan dan meminta pandangan dari mereka. Dan satu lagi, khas untuk kawan-kawan cina aku yang pernah aku buat kerja dengan mereka: Aku minta maaf di atas banyak kesalahan aku yang aku buat pada korang semua. Aku sayang korang semua selagi mana kita ni ada respect antara kita. Bukan makna kalau tak ada respect kita akan bertumbuk, tak cuma ada terguris sikit la dalam hati ni. Sekian sahaja entry aku kali ini, and especially to you,  Dr. JK: I love to work/learn more with/from you in the future if we have opportunity!
 
Sekian dari aku, tegur aku kalau ada salah kata dan sebagainya.
 
Wallahua’lam.

13 October 2010

Exam, Assignment: Aku stress!!!!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni dah 13 Oktober 2010, first paper aku 9 November 2010. Kurang sebulan dari sekarang aku terpaksa nak menghadapi satu lagi peperiksaan dalam hidup aku. Semester ni aku nak anggap antara semester yang paling mencabar dalam hidup aku berbanding dengan semester-semester yang aku dah lalui sebelum ni. Aku rasa kawan-kawan aku pun setuju dengan aku sebabnya semester ni la aku terasa amat berat nak buat banyak kerja assignment yang bertimbun. Kalau aku cakap macam ni orang akan kata, "Ala, semua orang sibuk buat assignment, standard la student universiti,". Aku nak jawab balik, cuba kau amik course kejuruteraan kimia. Baru kau rasa betapa hidup kau selama ni rasa terlalu hambar dan pilu..huhu... Bagi kejuruteraan lain, yang aku tau la mereka dah tak ada kelas tutorial dan sebagainya. Tapi school kimia ni ada tutorial pulak, memang masa tu jadi packed, dan orang dengan selambanya label kita student kimia ni SKEMA! 
Aku stress giler sekarang..sebijik macam karton ni!

Arrrrggghhh...peduli hapa dengan percakapan orang lain kan, sebab mereka tak hadapi apa yang kita tempuhi mereka boleh la cakap macam-macam. Tapi memang la, aku amat letih  semester ni dengan semua subjek nak bagi assignment yang memerlukan peruntukan masa yang amat banyak dan memenatkan otak aku yang slow nih. Separation dengan oil spill dan ammonia plant, environmental dengan wastewater treatment, control dengan design model dan macam-macam lagi. Pening tau sekali dapat tu rasa berat je bahu memikul, tapi bab tutorial tu tak apa sebabnya tutorial ni aku memang akan jadi mesin photostate la..haha! Tak ada masa adalah merupakan perkara yang paling bagus untuk dijadikan alasan, sebab banyak masa digunakan untuk memikirkan assignment yang bertaraf nak buat Masters dan PhD punya! Masa main game computer aku sekarang ni dah berkurang dari 34% dari 24 jam kepada 0.23% sahaja, what??!!!
Baby pun ada mengalami stress, mungkin mak dia suruh dia amik kejuruteraan kimia kat USM kot...huhu..
Tapi, dalam diam ni aku terfikir keseorangan. Bila aku nak study bab-bab yang lepas sebab bab yang tengah belajar ni pun masih terumbang-ambing? Bila aku nak arrange masa aku cover balik pelajaran yang tertinggal sebab aku main-main masa awal semester dulu? Bila aku nak bersedia untuk menghadapi kertas peperiksaan yang nak aku isi jawapan terbaik aku? Bila aku nak fikir tentang diri aku sendiri yang perlukan belaian kasih sayang ni (uweeeekk!!!)? Aku terfikir jugak la kan, adakah aku dah bersedia nak hadapi satu lagi titik penting dalam aku nak mengejar cita-cita? Dah la malas, banyak kerja, banyak masa aku habis dengan benda tak berfaedah. Solat pun tak terjaga, nak berjemaah pun dah susah. Apa lagi nak basahkan lidah dengan ayat Al-Quran? Macamana nak dapat keberkatan? Hm? Shafiqe, jangan tidur!! Jawab cepat!
Kalau aku jawab soalan exam mcm ni boleh tak?
Ya Allah..aku cuba nak susun balik diri aku yang dah cukup failure dan terabur ni lepas hujung minggu ni la, nak muhasabah diri ini. Kadang-kadang kita terlalu terbawa-bawa perasaan cemas kita ke dalam hal-hal peribadi sehinggakan orang di sekeliling kita terasa impaknya. Aku rasa masa aku banyak aku habiskan begitu sahaja, padahal dalam masa tu aku boleh buat benda yang aku tak boleh buat sebab sibuk cuma sikap bertangguh dan lalai sangat. Kene muhasabah balik, belajar elok-elok...jaga ibadah solat dengan baik, jaga waktu tidur dengan baik, jaga peribadi dengan kawan-kawan dengan baik. Jaga hati dari fikir sangat bab nafsu dan bab nikah. Aku mampu mengubahnya..ahaaakkss! Serius cakap, memang aku sekarang ni down gila-gila dah, takut gila final exam nak dekat dah...macam zero dalam kepala aku ni!
Aku jual benda ni..sape nak beli? Haha...!!
Kepada semua, salurkan sumbangan doa dan nasihat anda kepada saya di YM: mujahid_crystal89@yahoo.com dan no. tepon 013-50*****. Aku menantikan taufiq dan redha Allah sentiasa berkat doa dari anda semua. Aku harap semua yang baca entry ni try to support me directly and indirectly or alternatingly or obviously or anything la, dah merapu aku ni. Thanks all of you, i hope all you guys success for your assignment (especially oil spills problem) and the rest. Good luck and may Allah helps you insyaAllah.

Wallahua'lam.

p/s: sori pada kawan-kawan yang rasa entry blog aku kebelakangan ni boring. Tak apa, kalau tak ada orang baca aku buat privacy la pada blog ni means aku je boleh baca. Sekian. Aku pun stress dengan hubungan peribadi aku yang tak stabil! Arrgghhh!

10 October 2010

Mencari Bakal Isteri di Alam Kampus: Pengalaman

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kali ini aku nak menyentuh sedikit sebanyak berkenaan satu perkara yang agaknya menjadi satu isu yang sekarang ni menjadi tajuk besar dan serius di kalangan pelajar-pelajar di kampus, terutamanya kawan dan sahabat-sahabat di sekeliling kita. Nak tak tak semua orang bersetuju yang isu mencari bakal isteri atau dalam bahasa arabnya [zaujah] amat penting sebabnya gadis yang kita pilih tu akan jadi teman hidup kita sampai lah ke akhir hayat kita. Susah tu kan nak pilih, sebabnya kita ni jenis kalau ada handphone tu selalu je nak tukar kalau ada features baru keluar, tapi dalam memilih calon isteri, kita kene pilih yang terbaik dari pelbagai segi supaya pilihan kita tu adalah pilihan yang akan membaawa kita menuju kepada keredhaan Allah. Itulah tujuan sebenar perkahwinan. Yang menjadi persoalannya sekarang, perlukan kita mencari pasangan kita tu sekarang, makna katanya waktu kita sedang belajar ni? Inilah yang menjadi persoalan yang perlukan jawapan yang amat subjektif dari pelbagai pihak.
Kasih sayang seorang lelaki perlu disalurkan pada seorang isteri, bukan pada perempuan biasa. Simpan kasih sayangmu pada isterimu sahaja.


Aku pernah ditanya oleh seorang sahabat, tentang macamana nak 'mengurat' atau dalam bahasa baiknya meneliti ciri-ciri yang baik pada seorang gadis untuk dijadikan isteri. Allah, kenapa pada aku pulak soalan ni dilemparkan? Bukan senang kita nak meneliti kesemua peribadi dan hati budi seseorang gadis tu, sebabnya semua tu terlalu abstrak untuk diterangkan. Mungkin pada pendapat aku gadis A ni seorang yang tegas dan berpendirian, dan mungkin pada pandangan kawan aku ni dia tu garang dan pentingkan diri sendiri sebagai contoh. So, yang paling penting Rasulullah s.a.w dah berikan guidelines yang amat baik untuk mencari calon isteri : Agama, Keturunan, Harta dan Rupa Paras. Dan yang paling penting sekali adalah agama yang ada pada seseorang gadis itu yang sepatutnya menjadi kriteria utama bagi kita as lelaki dalam memilih teman hidup. So, nak kata kene cari ustazah dan yang bertudung labuh tu aku tak tau la nak komen kan, tapi berdasarkan pengetahuan agama kita ni, bagaimanakah ciri seseorang yang menjalankan agama? Kita boleh jawab sendiri kan persoalan itu. Jadi, fikir dalam-dalam.
Doa pada Allah jangan lupa sebabnya doa ni ikatan antara kita dengan Pencipta.
Dalam mencari bakal isteri, isu bila nak mula cari tu adalah antara yang banyak dibincangkan. Ada sahabat-sahabat aku yang pening dia tak ada calon isteri atau sekoman-komannya kawan perempuan. Kalau hal ni tak difikirkan dengan baik, mula lah timbul masalah couple dan cintan-cintun berlebihan. Bila dah ada pasangan ni mula lah nak jumpa kat kafe la, jalan-jalan kat supermarket la, belajar sama-sama la dan kalau tersilap langkah, ada yang terlanjur dan sebagainya. Ada orang kata kat aku, aku tak apa la dah ada calon. Allahu Rabbi, mana ada..hehe. Tapi apa yang nak di'highlight'kan kat sini, tanggungjawab menjaga diri dari teribat dalam penyakit hati ni perlu dititikberatkan. Ingat bila dah bertunang atau dah berjanji ni hati lagi senang ke? Susah brother..nak jaga hati lagi dari fitrah manusia (cinta, rindu etc.), nak planning lagi, nak berhadapan dengan mak ayah dia lagi, nak terangkan pada mak ayah kita sendiri lagi. Fuh, fikir dua tiga kali la kawan sebelum mula merancang keinginan mencari bakal zaujah. Aku memang cakap benda ni kene fikir elok-elok tapi jangan sampai bebankan diri. Ikut pada anda la bila nak mula cari, tapi pastikan bila dah bersedia, kita ada perancangan yang tak buatkan diri kita kelam kabut nanti.
Anak-anak ni tanggungjawab kita, kita yang corakkan mereka sebab mereka lahir di dunia ni suci. Tanggungjawab cikgu kat sekolah? Bukan, tanggungjawab ibu ayah!
Alam kampus sememangnya menjadi tempoh kita berkenalan dengan kehidupan berumah tangga yang nampak kebahagiaan dan kesusahan yang bakal ditanggung. Kita yang dah nak masuk alam pekerjaan ni memang dalam masa yang sama memikirkan siapakah yang sudi dan ingin menjadi ibu@ummi@mama@emak kepada anak-anak kita. Kita sebagai orang Islam seharusnya merangka kehidupan yang soleh untuk anak-anak dan isteri kita. Kita akan jadi ketua keluarga, ilmu agama seperti solat dan ibadah lain harapnya dan lengkap dan lancar la pemahaman kita selain dari ilmu menguruskan rumah tangga dan pendidikan anak-anak. Takkan kita nak cari isteri yang baik dan biarkan tanggungjawab pendidikan agama anak-anak digalas oleh isteri kita yang sepatutnya tanggungjawab tu kita yang pikul. Jadi, di zaman bujang nilah wahai sahabat-sahabatku marilah kita menuntut ilmu agama agar tak jadi permasalahan dalam hidup berumah tangga. Membaca buku satu hal, dan rajin-rajin lah ke surau atau ke masjid (atau Pusat Islam) dalam usaha kita membina diri yang dalam melarutkan diri dalam suasana Islam yang mantap. Jangan harap anak-anak kita nak solat kalau ayahnya relax je berseluar pendek mengupdate facebook bila azan dilaungkan. Nak anak kita macam tu? Tak nak kan..

Ada jugak kisah terpencil yang mereka ni lelaki dan perempuan dah bercadang nak bernikah masa belajar dengan niat nak menjaga diri dari terlalai dan sebagainya. Tapi bila mana hasrat ini disampaikan kepada kedua-dua belah parents mereka dihalang dari bernikah awal. Alasannya mereka masih muda, takut ganggu pelajaran, nak bagi anak orang makan apa, banyak lagi tanggungjawab pada keluarga dan sebagainya. Memang akan terasa sedih bila halangan menuju ke sebuah hubungan yang diredhai Allah dihalang oleh mereka yang begitu rapat dengan diri kita. Tapi nak kata apa, mereka amat sayang pada anak-anak mereka dan mengharapkan anak ni mampu membela nasib mereka. Tak apa la, dua-dua pihak ada alasan yang kukuh di atas niat masing-masing. Tapi yang terasa pedih dan seksanya tetaplah kepada lelaki dan perempuan ini menanggung derita. Tapi mudah-mudahan Allah bagi kekuatan dan keredhaan jika mereka menjaga diri mereka sebaik mungkin. Kalau anda semua yakin dan rasa berani berhadapan dengan isu ini, silakan...

Akhir kata sebelum menghabiskan ayat-ayat terakhir, suka aku berkongsi satu doa yang diekstrak dari ayat suci al-Quran dalam surah Ali 'Imraan: 38 yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan".

Tak mau la aku letak doa mendapat jodoh yang baik, cari sendiri la ye..hehe. Apa pun, menjadi tanggungjawab pada kita mencari bakal isteri yang baik untuk diri kita sendiri. Sekali lagi nak diingatkan, pernikahan bukan sahaja sekadar menyalurkah keinginan nafsu semata-mata tapi sebagai pelengkap hidup beragama dan mencari redha Allah di bumiNya yang punya pelbagai ujian di hadapan kelak. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada usaha kita mencari seorang gadis yang menanti setia hadirnya seorang suami soleh di hadapan gerbang sebuah pernikahan.

Wallahua'lam.

p/s: Kepada kawan-kawan, tak payah la tanya aku tips-tips ke, atau bacaan-bacaan ke apa ke. Aku takkan bagi...hahaha! Bahaya korang semua ni...hehe..