31 October 2009

Destinasi: Pasar Malam Parit Buntar

Salam buat kawan-kawan. Haha..blog aku dah ada seorang follower la pulak. Ni sudah bagus la kan..tapi kita menulis bukan nak membangga..tapi nak berkongsi pengalaman dan apa saja yang terlintas dalam hati dan fikiran. Haih..bila difikirkan, aku memang suka menulis dan bercerita la dengan kawan2 aku..huhu..


Petang Jumaat tu lepas tak tau nak buat apa (hehe..dah la study week, boleh xde pape nak buat kan?) aku berhasrat nak keluar la pegi pasar malam kat Parit Buntar lama. Aku memang target nak makan pasembor dan rangka ayam je. Tu je. Memang tu je la. Jadi tanpa mengajak orang lain, aku pun start la motor. Brooooom....haha!

Sampai je kat padang di kompleks sukan, aku tengok orang pounya la ramai, selama ni aku tak notice pun ramai giler orang turun main petang tu. Sume court penuh, bola tampar, takraw, tennis, bola sepak, pergh...aku fikir kan mesti diaorang nak sihat kan sempena study week ni. Kawan aku dengan aku2 sekali pun ramai yang sakit. Ada yang kene demam campak la, kepala senget la, demam la, selsema lah. Aku pun dulu mase awal study week pun macam nak demam je. Mungkin sindron nak menyedut sume fakta2 dalam notes tu buat otak jadi letih. Pergh..hebat2 budak USM ni..bersukan la kan. Tengok macam aku, sebagai ahli sukan yang rajin turun padang (mesti ada orang yang xpercaya..tipu2! Booo! Huhu..), jaga la kesihatan kite la ye.


Argh ape yang aku mengarut ni, pasembor dan ayam aku ni xdapat lagi. Jadi aku pun meneruskan la perjalanan ke lokasi pasar malam. Huhu..Parit Buntar yang penduduknya xsampai 50,000 ni pun boleh ada masalah trafik. Jalan depan Dewan Merdeka tu selaluje 'jam'. Pening aku, patutnya kerajaan buat perubahan kat situ. Tapi macam kawan aku cakap la, daerah Parit Buntar dan sekitarnya ni bukan kawasan 'hot' mase pilihanraya, jadi kerajaan pandang sebelah mata. Memang betul, sape je pun Parit Buntar ni..nama dia pun sadis..owh, kesiannya.. Tapi kedai makan shasha telah menaikkan nama Parit Buntar! Yeah, hidup Shasha! Haha..hidup kakak Anip!

Aku pun dah sampai ke, aku parking depan kedai karpet. Dah turun tu, aku pun kunci la motor.. Hoho..jangan dibiarkan je motor anda dan helmet anda di atas motor sedang anda rakus membeli makanan. Xpasal2 nanti balik berkaki ayam ataupun xberhelmet. Bahaya betul kescuri sekarang. Sampaikan ke pelekat lambang YAMAHA pun ditibainya. Memang takde otak punya pencuri. Aku baca paper, ada dua peragut ni kene tuduhan sebab pegi ragut beg tangan seorang cikgu sekolah. Yang sedihnya, dalam tu ada la 2 3 ringgit, tak ingat aku. Hai..kalau aku la jadi peragut tu, aku sendiri serah diri pada polis. Malu je jadi peragut. Xde kelas punya peragut.

Tetiba je pasal peragut ni apehal, sambung balik. Dah siap pasang alat keselamatan pada motor (xde pape pun alat keselamatan, kunci motor je la..sedap sket ayat kalau gune alat keselamatan), aku pun menuju ke gerai. Baru 4 5 tapak dah ada masalah lagi. Seekor anjing putih kurus giler babeng menghalang perjalanan aku, hai..dugaan betul la. Ni kes anjing pulak, aku kat kampus tu ada seeokor anjing ni macamane ntah boleh duduk dalam kampus. Selalu je berkeliaran di blok 6. Setiap kali aku nak amik motor, woooong!!! Dia menyalak dekat aku, terkejut beruk aku (uk uk uk! Aku jadi beruk sekejap daa..) dibuatnya. Hai, sape punya ntah. Masalah sensitiviti orang Islam tak dijaga. Boleh pulak dia berkeliaran kat blok. Yang kurus ni pulak boleh berkeliaran di pasar malam pulak tu..hai..


Selepas amik selekoh lain, aku terus ke gerai pasembor..RM3 habis. Aku jalan sket pusing sat. Pergh..manusia2.. Macam2. Yang remaja perempuan nya dengan makeup tebal giler tapi jerawat tu macam kawah. Dah la tak tutup rambut tu, serabai jer. Pak imam kalau lintas kat tepi mereka pun pening dibuatnya. Hai..bukan nak kata budak lelaki xbagus, tapi sama je. Berkepit je dengan budak perempuan macam tu. Huh, no komen. Yang pakcik2 ni korang tau diorang duduk je kat bulatan tengah pasar malam tu. Duduk je tercongok, dalam hati aku ni mesti isteri dia gi shopping sampai yang suami dah letih pun si isterinya masi bersemangat. Ala, i beli pun bukan dengan duit you, ape you kecoh, ni duit suami I.. Yelah makcik, ikut suke..(sabar pakcik, kesian pakcik..huhu..sori fakhrul guna perkataan pakcik..haha!)

Argh, sket lagi. Aku pun beli la pulak rangka ayam kat gerai ayam. Pergh, ramai betul orang situ. Memang nak kata la kan, yang kuasa membeli rakyat malaysia ni memang kuat. Dengan keupayaan mereka membeli macam2 ni mmg aku respek. Sesetengah tu belanja sakan sedangkan ekonomi tengah gawat. Xtau la kan kalau mereka ni menabung ke, tapi tulah. Bak kata pepatah aku, beli sampai sampai habis duit belanja ibarat menari sampai habis tenaga. Xde la..tu buat lawak jer..xde orang gelak pun..huhu... Tapi tulah la, memang orang Malaysia ni mudah terpengaruh dengan pelbagai iklan yang menarik sket..huhu.. Kesian orang Malaysia..
Aku pun orang Malaysia jugak kan..huhu (T-T)...

Dah la..banyak sangat aku tulis ni. Konklusinya, banyak benda yang xbaik pada mata aku tentang persekitaran aku. Tapi di sebalik semua tu, kita kurang memikirkan apa yang orang di sekitar kita fikir tentang kita kan? Jadi refleksi diri kita sendiri tu pun mesti kene dilakukan. Apa pun yang kita hadapi, impressi pertama kita tentang perkara tu adalah amat penting. Dan sebenarnya kita la yang berkuasa mengubah semua tu.. Caranya? Ikut cara yang Allah dah tetapkan...kan? Tulah sebaik2 cara..

28 October 2009

Epilog: Hari Pertama

"Dah sampai mana abah?" tanyaku kepada abah selepas aku terlena selepas melepasi Lepar Hilir.

Pagi itu sepanjang perjalanan kami berkabus, maklumlah kami melalui jalan yang di sepanjang jalan adalah hutan yang diteroka untuk dibuka tanah Felda. Kereta xbanyak, jadi sepanjang perjalanan memang agak tenang saja.

"Hm? Dah nak sampai dah. Tadi signboard Muadzam Shah pun dalam 8 km saje lagi." jawab abah.

Aku yang mengendong beg di belakang abah yang sedang menunggang motor terasa sakit di belakang. Bukan apa, perjalan di jalan yang kadang-kadang rosak turapannya memang melenguhkan. Motor yang kami tunggang ni pun abah pinjam dari jiran. Bukan taknak bawak motor abah, tapi motor abah tu kebelakangan ni rosak saja. Aku berdiam semula selepas mendapat jawapan untuk soalan aku tadi.

Penantian aku sampai ke akhirnya apabila kami selamat sampai di simpang ke bandar Muadzam Shah. Abah mengambil simpang ke kiri memasuki kawasan yang dipenuhi sekolah-sekolah. Muadzam Shah adalah sebuah bandar kecil di tenggara negeri Pahang yang berada dalam daerah Rompin. Dulunya Muadzam Shah ni sebenarnya hutan rimba yang sekarang ni diterokai untuk menjadi pusat tumpuan kawasan Felda2 berhampiran. Aku pun baru saja mendengar nama Muadzam Shah ni melalui surat yang aku terima seminggu lepas.

Masjid Muadzam Shah

"Along, tahniah. Apa yang along idamkan sebelum ni Allah kabulkan. Mak abah terharu dapat tengok along berjaya dapat tawaran sekolah asrama. Nak terima tak?" tanya mak. Soalan yang aku beri dengan takungan air mata gembira. Aku tau, bukan aku seorang sahaja yang berusaha untuk cuba memasuki sekolah asrama, tapi usaha abah yang susah payah turun naik pejabat pendidikan, berjumpa dengan pegawai itu pegawai ini. Mak pula dengan doa seorang ibu yang Allah janjikan kemudahan untuk dimakbulkan. Aku bersyukur. Tapi syukurku tak setinggi syukur mak abah. Gembiraku tak sehebat mak dan abah.

"Kat mana pejabat ye?" abah bertanya tak berharap jawaan dariku.

"Kat tingkat satu tu kot, macam cikgu-cikgu je keluar masuk," aku cuba menjawab.

Beg pakaian ku lepaskan ke lantai bumi. Lenguh perjalanan tadi masih belum hilang, tetapi itu tidak menggamit perhatian aku. Debar di dada menjadi semakin nyata. Kali pertama kakiku memijak bumi Allah yang akan menjadi saksi kehidupanku hari-hari mendatang. Ku renung ke sekitar. Asing. Aku mengekori abah dari depan dewan besar sekolah menuju ke bilik guru. Hari itu hari rabu, pembelajaran dan pengajaran seperti biasa. Pelajar-pelajar lain di dalam bilik darjah tekun mendengar guru di depan memberi penerangan.

Di bangunan asrama. Aku menukar baju. Menyarung baju sekolah rasmi, kemeja putih berlengan panjang, berseluar hijau, bersongkok, berkasut kulit hitam. Lengkap. Aku menggalas beg sekolah. Abah memerhati aku bersiap. Mungkin kerana penat masih tidak hilang, mungkin kerana bangga anaknya berani menyahut cabarannya memasuki sekolah berasrama. Selepas bersiap,aku meninggalkan bilik Salman Al-Farisi, bilik keempat di aras bawah blok 2 tingkat itu menuju ke bngunan sekolah semula. Langkahan ku menjadi tak menentu.

"Shafiqe, ini kelas kamu," guru itu memberitahu.

Ku lihat nama pada pintu kelas, 1 Ibnu Sina. Pelajar di dalamnya semuanya memehatikan aku. Aku menggeletar. Bukan takut, cuma bimbang. Apa yang akan terjadi padaku? Bagaimana nak membuat kawan? Bagaimana nanti nak mengurus diri? Abah, macamane...

"Ok, along. Abah balik dulu. Belajar pandai-pandai, jangan malu berkawan," abah sudah mahu berangkat pulang.

"Ok, abah. Hati-hati balik," balasku. Tangannya kucium. Badannya kupeluk. Bukan tak pernah berpisah. Cuma keadaan sekarang amat berlainan. Aku akan melangkah ke dunia baru. Yang cukup asing dari yang biasa.

Beberapa sangat kemudian, kakiku melangkah masuk ke kelas. Cukup berani. Berani yang buatkan aku takut.

Aku melangkah masuk.

p/s: ni kisah dari pengalaman sebenar seorang pelajar yang aku kenal. Banyak yang aku lupe sebenarnya. So, minta maaf la ye kalau ada salah fakta ke ape ke..huhu...

Sekadar Berlalu: Doa Senjata Orang Mukmin

Salam buat kawan-kawan semua. Hari ni dah masuk hari Rabu dan aku ada dalam 5 hari lagi sebelum exam paper pertama aku, Academic English. Aku sekarang ni dah rase getarnya bile aku tengok semua orang study separuh mati. Study tetap study jugak, tapi ramai yang lupa yang doa juga merupakan usaha kita dalam merapatkan hubungan kite dengan Allah S.W.T. Lagi-lagi dah nak dekat exam ni kan, hubungan yang baik dengan Allah amat penting.

Ada seorang sahabat menulis dalam status YM dia yang berbunyi "Allah menantikan kata-kata hambaNya yang berdoa dan meminta kepadaNya". Lebih kurang la.. dan aku terjumpa dalam surah Al-Baqarah ayat 186 yang betul2 menjawab tentang doa ini:

"Dan apabila hamba-hambaKU bertanya kepadamu (Muhammad) tentang AKU, maka sesungguhnya AKU dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKU. Hendaklah mereka memenuhi (perintah)-KU dan beriman kepadaKU, agar mereka memperoleh kebenaran."


Rakan-rakan sekalian, jadi banyak2kan la berdoa sementara lidah masih mampu berkata dan tangan masih mampu ditadah. Allah akan kabulkan permintaan kita, tetapi ingatlah bahawa xsemua yang kita minta itu adalah yang terbaik dan Allah akan memberikan kita perkara yang baik yang tidak kita ketahui. Wallahua'lam.

27 October 2009

Sebuah Mesej Yang Mendiamkan Aku

Salam kawan2..pagi tadi aku melalui sebuah pengalaman yang agak mengejutkan aku. Aku hanya menerima sebuah mesej dari sebuah kawan yang amat rapat. Mungkin dengan mesej tersebut merubah hidup aku selama-lamanya dari segi aku berhubungan dengan sesama manusia.

"Perkara mcm ni, boleh buat enta berdosa pd ana ke?hm.. Dah la. Ana xbgtau lg ape ana pndam dengn enta. Ana kn bgtau supye enta xbuat lg. Dan ana xterasa dngn enta. Bismillahirrahmanirramih. Smg ape ana bgtau bkn sb nafsu. Enta, kate2 enta kdg2 tanpe enta sdr buat ana tersinggung. Td enta ckp ana spoiler. Kcl je, tp buat ana brslh untk selame2nye sb ana gmar brcerita dngn enta ble ana minat sesuatu. Tp, enta ckp ana spoiler. Enta slalu nampk je salah ana dan buat ana dalam keadaan brslh. Khndk enta, enta nk ana ikut. Tp ana? Enta akn mula buat mcm ana jd brslh n enta akn dpt menguasai ana. Ana xtahu mcm mane kte boleh brgaduh sb kdng2 ble enta terase, dngn tbe2 tanpa ana tahu mcm mane boleh brlaku. Ana sntiasa brhati2 dngn kata2 ana sb ana xnk enta tension. Enta sbuk, enta kn s2dy. Ana cube memahami enta, tp slalu gagal. Xsume ana faham. Y ana faham mungkn sb enta lelaki.. {nurul_islam}"

Sebenarnya ni adalah luahan seseorang yang banyak memendam dengan aku sekian lama kami berhubung. Aku xpernah pun memikirkan yang dia cukup sakit memendam hati. Kami gelak bersama tapi aku xsangka ada yang xbaik tentangku dalam hatinya. Sekali aku tahu kebenaran sebenar, hati aku rase terguris giler2 la..huhu... Kenapa mata hati aku cukup buta nak mendengar jeritan pedih hati si dia???


Kawan2..semua manusia di dunia ni xperfect. Nama pun makhluk kan, mane ade yang perfect kecuali Al-Khaliq, Pencipta kita. Bukan nak kata Allah menciptakan sesuatu yang xsempurna, tetapi fitrah kita sebagai manusia yang buat kita mmg xmampu mencapai martabat sempurna. Maaf kepada sesiapa yang aku berdiam diri selama ni. Bukan apa, persekitaran yang aku lalui saban hari ni buat aku letih. Dengan orang kutuk aku xtentu pasal, kutuk tunang aku xtentu pasal, xcun lah, pompuan lain lagi cun la, ustazah gedik la...hai, nak je aku tampar muke dia..tp..hai..dia pun xsempurna macam manusia lain. Sudut pandangannya berbeza dari kaca mata aku....kn?

Kawan2..yang dapat aku garap dari kisah aku ni adalah.. Kita jangan la terlalu memendam rasa dengan orang yang ada buat sesuatu yang xsenang di hati kita. Dan satu lagi, jangan terlalu leka dibuai keseronokan bersama dengan sahabat2 kita kerana yang di luar bukan bayangan yang di dalam. Semoga dengan pengalaman yang aku hadapi ini membaiki personaliti aku yang agak teruk di mata manusia di sekeliling aku. Amin~~~

p/s: dengan Rahmat Allah, aku dah berbaik dah dengan dia, tapi aku xyakin yang aku akan menjadi insan yang seperti dulu. Terima kasih sahabatku..kerana menyayangi aku..

25 October 2009

Rambutku Menjadi Korban

Salam kawan2. Hari ini hari ahad. Sume kawan-kawan balik umah lagi, mungkin ade yang dalam perjalanan nak balik semula ke kampus. Aku biasa la sorang-sorang je kat bilik. Pagi tu lepas layan Mafia Wars (hehe..addicted yang tak terkawal..hehe) aku pun capai la kumci motor. Rambut atas kepala ni dah mencanak-canak dak minta dipotong. Aku ni jenis yang kalau rambut panjang je mula la malas nak buat keje.

Lebih kurang gini la kedai gunting Nanba (gambar hiasan)

Pergh, sume kedai rambut penuh dengan pelanggan. Memang laku la kedai gunting rambut kalau hari ahad, lagi2 waktu cuti sekolah ni. Yang menghairankan, sume kedai gunting rambut kat daerah nibong tebal dan parit buntar ni sume kedai india. Layan la jugak, kalau nak cari jugak kedai melayu jawabnya jadi mat rock la aku nanti. Lepas je isi minyak aku pun menuju la ke kedai gunting rambut kesukaan aku, NANBA. Haha..best giler potong rambut kat sini.

Ade 2 orang pelanggan kat dalam tu. Sorang tengah diguntingkan rambutnya dan sorang lagi tengah tunggu. Aku pun masuk dengan machonya. Ape, orang badan macam aku ni xlayak ke potong rambut? aku pun sukakan gaya dan style yang mantap. Mau je aku bersilat depan korang sume tau x?!! Haha! Mengarut betul aku. Duduk diam sudah lah kan? Bising pulak. Ade 2 orang lagi geng si penggunting rambut tu..hoho.. India jugak la, kan aku guna term geng.. Ni nak mule cite sket ni.

Sampai je turn aku, aku dipelawa ke atas kerusi itu. Aku pun disarung la dengan kain lapik ape sume. Yang nak guntingkan rambut aku ni punya la bising dia sembang dengan kawan2 dia. Sampai nak pening aku dibuatnya. Buka nak kutuk, cuma aku terpesona dengan keramahan mereka, hoho. Tu la yang menunjukkan kite ni yang hidup dalam suasana yang muhibbah. Tengah2 die setup aku ni pun boleh lagi dia sembang, lagi deras plak tu! Huhu..jangan sampai tergunting telinga aku sudah...xhensem la aku tanpa telinga sebelah...

Ah, xkesah lah. Ok, aku dah ready dah nak dipotong rambut aku ni. Penggunting tu nak amik gunting, dia cari mana la plak gunting tu.. Aku jenguk je la gelagat dia. Alamak, sekali kawan dia amik gunting tu dibuatnye potong bulu hidung! xguna betul, eii..eh2, ape plak ni? Ala...diguntingnya rambut aku dengan gunting tu..huhu.. at least basuh la gunting tu dulu..huhu.. terharu aku dibuatnyer~~~ Apa boleh buat, demi stylo punya pasal..huhu...

Gunting yang dah tercemar

Tu je lah kesah aku yang mengharukan. Ape korang ni, sapu la air mata kesedihan korang tu..aku hidup lagi la..jangan risau, aku dah shampoo rambut aku 4 kali hari nih.haha! wangi betul rambut aku. Tapi sampai je bilik, rumet aku kate potongan rambut aku buatkan muka aku nampak bulat. Cheitt..ni salah bulu hidung la ni..

p/s: sori la kalau entry kali ni xade moral value langsung! Wahwah~~~

24 October 2009

Aku Capai Pena Itu Kembali


Salam buat kawan2 yang disayangi sekalian. Aku pun xtau lah kenape aku sanggup tulis balik kat blog ni walaupun dah dekat 4 blog aku delete atas sebab2 yang xmunasabah. Mungkin disebabkan aku yang stress dan minat yang cukup mendalam dalam menulis ni. Lagipun kalau kita menulis dan berkongsi pengalaman ni banyak yang kita akan dapat.

Bukan apa, kenangan aku dengan korang semua rugi la kan kalau kita xrekodkan. Aku pun seronok sangat kalau dapat bercerita semula tentang apa yang kita lalui dalam hidup kita. Ceria, gembira, sedih, duka, terasa, cemburu, dan apa un perasaan tu sebenarnya ada yang Allah nak kita kaji dan nilai sendiri apa hikmah di sebalik itu semua.

Dunia yang aku lalui sekarang ni bukan main2. Aku pun baru tersedar dalam beberapa ketika dulu. Dengan segala dugaan yang telahdan akan aku hadapi ni baik jikanya aku berkongsi itu semua dengan kawan2 aku semua. Bukan nak kata aku ni hebat sangat nak menulis tentang diri sendiri tapi yang aku buat ni semata2 nak membaiki diri aku sendiri yang kadang2 tu hanyut jugak.

Jadi, akhir kata dari aku untuk post pertama ni, aku mengalu2kan respon dari korang semua la kan selaku kawan aku. Aku harap biar aku tetap menulis di blog ni sampai aku xlarat nak menaip kat keyboard. Dan semuanya kembali kepada Allah di atas setiap perlakuan kita di atas bumiNya yang cukup penuh ilusi dan nikmat. Semoga kita sentiasa memegang paksi yang Allah kata paksi itu benar: ISLAM.

Ok, dah letih aku fikir ayat2 yang menarik nih. Huh.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.