10 February 2010

Tom Clancy's HAWX yang MANTAP!

Salam kepada kawan2 semua yang setia membaca setiap apa yang aku tulis. Hehe..macam la aku ni glamor sangat kan..hoho.. ok lah, hari ni aku nak ceritakan tentang permainan komputer yang aku baru je habis main. Sebelum ni aku dah main dah game ni sem lepas, tapi disebabkan si fathul n zul main, maka aku pun menyahut cabaran untuk main sekali lagi game ni. Game yang aku maksudkan adalah game Tom Clancy’s HAWX. Game ni bergenre Simulator. Best sesangat game ni, memang addicted la. Sebelum ni aku penah try game F-22 Lightning dan Microsoft Flight Simulator, tapi tak semasyuk game HAWX ni.
Game ni kene melalui 19 Campaign yang kene disempurnakan dalam pelbagai situasi yang mencabar. Tapi yang tak bestnye ada part tu yang kita kene buat keje untuk USA Government. Tak best la kan yang tu kan..huhu.. Tapi aku assume yang ni sekadar game dan aku bukan sepenuhnya menyokong negara tu..just suka2 jer.. Mintak2 apa yang aku main ni xganggu kemandirian aku as Muslim.
Anyway, aku recommend sangat la pada sesapa yang dah xtau nak main game apa masa sekarang ni. Korang akan rase yang korang sangat2 penting la untuk membantu negara yang kesusahan. Peratus kesusahan aku boleh bagi dalam 70 peratus dan jalan cerita yang menarik tu aku bagi markah 84 peratus. Dan yang paling penting, korang memang akan rase dekat je dengan dunia air defense dengan kecanggihan mesin perang yang sangat mantap dan berkesan! Aku dah dapat jer F-22 Raptor dalam game ni aku dah puas hati. Boleh la aku delete game ni dan install game yang baru. Cantik!
Pape pun, main game ni memang melalaikan la. Aku pun dah abis 10 jam menyelesaikan misi2 dalam game tu. Setiap kali misi tergendala ataupun aircraft aku terbabas ditembak musuh atau terhempas ke tanah, memang tension! Wargh...lepas ni aku try nak main game 1st person view la pulak..hehehe... Abis la pointer aku sem ni...huhu....

Nasi Goreng Ketam

Salam. Ni aku nak bagitau kepada semua manusia di USM Engineering Campus. Kalau ada sesiapa yang nak makan ketam, aku nasihatkan korang ke kedai@gerai kat jalan belakang nak ke Ampang Jajar tu. Semalam aku membelasah seekor ketam yang telah dimasak dengan menu Nasi Goreng Ketam. Memang puas hati la..hoho..tapi standard la, sepinggan RM5.00..huhu..

Dah separuh aku telan baru ingat nak tangkap gambar la..

Ape la aku ni, tengah makan pun nak tangkap gambar..ceh...

Kalau dah nak makan tu, harga nombor 2 la kan. So, sentiasa la bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada kita. Pape hal pun, jom MAKAN!!!

Mari melepaskan parachute!! Yeah!!

Salam buat kawan2 semua. Entah kenapa di petang yang mengantuk ni tetiba je aku ada semangat untuk menulis blog. Walaupun ape yang aku nak sampaikan ni xde la penting sangat tapi aku kan memang suke je nak ceritakan tentang diri aku. Korang pulak suka sangat baca ayat2 aku yang aku sendiri pun xpaham.

Haa..pagi tadi aku dan kawan2 semua budak kimia 2nd year menjalankan aktiviti outdoor yang dijalankan oleh Dr. Suhairi Abd Sata. Tapi kalau pada sesapa yang xtau tu kan aktiviti outdoor kami ni sebenarnya adalah di bawah tajuk kursus Numerical Method ni Chemical Engineering. Bayang la, dengan matematik pun Dr. Suhairi ni boleh jalankan outdoor game. Bukan apa, aku memang suka la dengan Dr. Suhairi ni dengan cara beliau yang nampak improvise setiap kali kelas bersama dia. BEst la kan, tapi suka bukan apa pun, sebabnya kalau kelas dengan dia kadang2 tu satu hari xde buat keje, tanye soalan dan bersembang jer..hahaha!

Ni la teammate aku untuk task kali ni. Dari kiri: Soo Kee Xian dan Choong Ching Ting

Berbalik pada cerita tadi, lepas je makan pagi, aku dan yang lain berkumpul la kat depan Dewan Utama. Kul 9 tu lepas sedikit briefing kami pun gather la dengan teammates memasing. Aku dipasangkan dengan dua amoi cina, iaitu Choong Ching Ting dan Soo Kee Xian. Alamak, aku kalau dengan perempuan ni mula la berpeluh.. Kalau ad la yang perasan kan, aku ni dari awak aktiviti sampai la ke akhirnya asyik berpeluh je...huhu.. Bukan apa, pengalaman dari masa lalu yang xdapat aku lupakan..huhu... Ni, kalau kawan aku kat KIPSAS tau ni memang alamatnya kene la aku..tapi takpe..niat nak belajar, bukan nak mengorat pun kan...

Budak ni mengikat benang pada parachute

Kami ditugaskan untuk buat payung terjun dan akan menyelesaikan masalah proses mengintepritasikannya menggunakan kaedah berangkan la... Huhu, nampak macam susah tapi macam senang je kan. Kami buat la payung terjun, ikat dengan benag dan ikatkan pemberat. Aku pun join la mereka buat, tapi disebabkan aku ni lelaki macho, mereka suruh aku relax je..hehe.(padahal aku segan dengan mereka..hoho.). Aku ditugaskan untuk mencatat data la dengan 5 kumpulan lain termasuklah kumpulan kecik, peje , bos dan fathul. Amik la data gune stopwatch. Xkan xtau kot kan...hoho...

Rajin la budak Ching Ting ni buat keje...haih..

Kee Xian melepaskan parachute kami..mantap!

Huh...lepas je menjalankan proses melepaskan payung terjun dan mengambil data, aku pun ditugaskan mencari data2 dari kumpulan lain untuk menyelesaikannya menggunakannya dengan multiple linear regression. Dan Dr. Suhairi menyuruk kami menghantar rough idea tentang benda ni. Dan terjadilah miracle kepada semua team. Sume dapat siap dalam masa yang cepat. Aku pun pelik kenapa semua orang mampu siapkan benda ni dalam jangka masa yang cukup mengkagumkan? korang nak tau ape sebabnya? Apa lagi kalau xmeniru...hai, dah besar panjang pun nak meniru je jawapannya. Xpaham aku...tengok macam aku, xpenah meniru pun...hahahaha!

Dah abis je, bermula la keje utk evaluation..tengok tu sape curi buah oren..hehehe...

Anyway, ape yang aku nak sampaikan sebenarnya adalah aku enjoy la buat keje dengan 2 amoi tadi tu. Mereka tu tak de lah sangat mengetepikan aku dalam menjalankan aktiviti yang memerlukan kerjasama yang padu macam program ni. Oklah, aku enjoy je...Dan kepada Dr. Suhairi, buah oren yang dibagi sangat sedap..terima kasih...

Sempat lagi peje ni..bini orang tu...hahaha!

Sabar la kak ain, xsiap lagi isi borang...

Ok...nak tido dulu. Rugi tak tido petang Rabu ni..hoho... Kerja banyak sebenarnya tapi yang penting mata perlu dilayan dulu. Assalamualaikum semua...

09 February 2010

Berjalan Ke Bukit Merah

Assalamualaikum kepada sahabat sekalian.

Hari ini aku nak ceritakan tentang perjalanan aku dan member2 ke program kembara budak 2nd year kimia yang best! Minggu lepas, kami decide nak berjalan-jalan la kan. Yelah, kalau duduk kat kampus ni setakat belajar je mane bagus, at least ada la pengalaman yang kita kutip kan. Aku pun ad bagitau kawan aku yang masa sebegini la adalah masa yang terbaik nak berjalan2 dengan kawan2. Kalau dah kawin nanti agak berat la nak meninggalkan anak dan isteri untuk berjalan dan bersama kawan2 kan. Tak molek jadinya.


Di Tol Exit Bukit Merah

Berbalik kepada cerita tadi, kami pun bersetuju la nak ke Bukit Merah LakeTown Resort di Perak. Hazman jadi pengarah untuk program ni, dan program2 yang akan datang..hoho... So, di pagi Sabtu yang hening tu berkumpul la kami kat Kafe Lembaran. Bersarapan sambil menunggu kawan2 yang xsiap lagi, antaranya adalah Syafiq...haih... Aku ni agak kureng suke la kalau lambat2 ni. Sedangkan kalau aku naik bas pun kalau bas tu berjangka bertolak kul 12 tengah malam aku akan ada di bus station tu kul 10.30 malam dah. Bukan apa..masa kene jaga...

Dengan 2 buah kete dah Anip dan Fathul menaiki motor (Anip naik motor aku daa...) kami pun bertolak la ke destinasi dengan bangganya. Kecik dengan kes kene tinggal dengan bos la, dengan Bank Islam ada masalah la..itu antara cabaran yang kami hadapi. Aku menaiki kete dengan Zul, Fakhrul serta Peje dan dibawa oleh mat rock school kimia, Hakim the Rocker. Perjalanan mengambil masa setengah jam kot. Ntah...aku pun xsedar. Tau2 dah sampai dah...

Pintu masuk dari dalam

Mengusha sambil melihat harga tiket masuk

Dah sampai tu, kami pun usha la harga tiket. Pergh..mahal nak mampus. Ada Rm15, ada RM25 dan ada lagi yang lagi mahal. Kitorang decide beli yang biasa je yang RM25 sudah. Bukan kita nak pegi ke Orang Utan Island pun. Nak mandi kat WaterPark jer. Dah beli tiket dan masuk ke WaterPark tu, kami pun pegi la ke tempat persalinan. Sepanjang perjalanan ke sana tu aku tengok kan dah xmacam kat Malaysia. Maksud aku barang2 yang dijual la..banyak yang biasa2 je. Yelah kan kite ni berada di bumi Malaysia jadi patutnya banyak la barangan yang berunsur Malaysia yang dijual. Tapi takpelah...lantak la diorang nak jual ape pun kan, yang aku sibuk buat apa...

Kitorang decide nak beli 3 pelampung. Fuh, mahal betul la nak sewa pelampung. Sebiji RM15 tu! Memang kaya la kan kalau buat business gini. Tapi Anip cakap xsemestinya sebab banyak benda yang mereka kene fikir. Dengan water treatment lagi, dengan pekerja lagi, dengan mainteinance lagi. Kalau ada sesapa yang penah main game yang macam Airport Tycoon ke, Zoo Tycoon ke..Sims City ke tau la kan.. Punye banyak benda nak dipusingkan dengan duit yang ada tu. Huh..takpelah. Aku nak pakai seluar baru aku beli malam semalam...haha..akhirnya aku ada jumpe jugak seluar yang pendek yang muat dengan badan aku yang sasa ni (mesti ada yang tersenyum ni).. Betul la, aku sasa...xpercaya sudah..huhu....

Sebelum menukar pakaian, tersenyum le ja kan


Haa...dah siap dengan pakaian yang sesuai dan barangan berharga dah disumbat ke dalam safety box, aku pun gusar jgk la. Kat safety box tu dia ada mention yang lebih kurang begini: Jangan simpan barang berharga ke dalam peti ini. Hek eleh, baik xpayah bagi nama safety box kan. Bangang betul sape buat ayat tu. Orang memang la nak letak barang berharga kat dalam tu sebab ramai je orang yang jadi gila bila jumpa permainan berunsur air ni. Termasuk la kami semua...hahaha!!! Ah, kami pun melangkah la dengan harapan moga kami berbahagia di samping sahabat2 yang tercinta..ceeeh.. Lelaki semua...xde maknanye aku guna ayat yang berbunga..bulu kaki bersepah. Kami main2 sat kat jakuzzi buaya sat utk memanaskan badan. Ah, dah sampai dah aku and the team ke game pertama kami. "Wet Bubble"-nama dia pun dah ,menggambarkan yang game ni best. Aku, Anip, Hazman, Bos, Kecik dan Fathul akan memulakan game ni. Haha! Separuh mati aku main, best2!!!

Ni la Wet Bubble yang dah buat ramai orang gila

Waktu tu xramai lagi yang sampai...jadi memang main macam hantu la sume. Aku xpuas hati la dengan team budak lain. Diorang main lama..mana aci. Tapi aku main lompat2 memang best la..hahaha! Kemudian kami main luncur berpasangan. Ape nama dia aku pun xtau la. Tapi aku pair dengan kecik main benda luncur dengan pelampung tu...Huhu..meremang jugak la bulu roma...tapi sampai ke stage tu tersekat pulak..huhu... Sori kecik...tapi kali tetap dapat meluncur la kan..Hahaha..seronok2!!

Kemudia kami berendam sat sambil menunggu budak2 ni yang yang ulang lagi sekali. Nampak la peha2 melepak, rambut panjang mengirai, pipi merah., betis licin ape semua. Tapi mata kene jaga jugak, sebabnye yang pertama dosa kan pandang benda tu. Yang kedua mata ni pun masih pandang bulu kaki lebat, perot boroi, kurap di kaki dan sebagainya. Sakit mata dibuatnya...huhu...

Game kedua adalah game meluncur sambil xmemakai baju. Aku malas dengan game yang satu ni. Sebabnya aku tersekat di tengah perjalanan. Malunye...huhu... Aku pertama naik yang warna biru belah kiri sekali. Ala, x adventure sangat la... Aku try naik yang warna kuning yang orang kata laju nak mampus. Aku pun excited la..dah aku meluncur je...huhu...aku tersekat di tengah perjalanan! Huhu..ramai betul orang menyaksikan 'kehebatan' aku time tu..malu2...dah nak sampai bawah tu aku pun bangun dah berlari sambil menyebut "Maaaaakkkk......!" Hehe..xde..tu aku tambah je... Ah, pas ni aku xnak naik yang tu dah. Serik dah aku.

Gelungsur kuning tu la yang buat aku tersekat...huhu

Next game xsilap aku adalah Boomerang. Haaa...ni yang aku respect sangat2 dalam banyak2 game. Best giler! Sebabnya korang akan naik pelampung dah akan dilepaskan dari tingkat 3 dan meluncur ke bawah dalam sudut hampir 90 darjah! Perghh...memang mantap la game ni. Dan dengan game ni terserlah la siapa Fathul sebenarnya...hahaha! Ramai la yang macho sebelum ni menjerit ketakutan..hahaha! Seronok2!! Memang masyuk la game ni. Dah la instructor atas tu dia cakap pegang kuat2 dan lepas kita duduk je terus dia lepas..babun!

Ni la Bomeerang yang aku cakap tu..takut giler..huhu...

Huhu...lepas game tu, kitaorang lepak2 je..main dalam kolam renang, main hanyut dengan menggunakan pelampung dan mencuci mata..hehehe.... Dah lama tu, kitorang pun decide la nak keluar kan. Kecut abis jari dah badah aku. Lepas mandi dan ambil barang ape sume, aku pun ke kedai cenderamata la sambar satu 2 keychain. Pas tu makan ape sume la kat sana jgk...xde la mahal sangat. Then, kitaorang pun balik la...huhu...

Laluan kitorang main hanyut2...lalala...

Malas dah nak cite, tapi memang best la pegi sana. Aku pun kalau ada masa akan ajak family aku ke sana. Diorang penah pegi Wet World Shah Alam. So, as pengalaman pertama aku, aku puas hati sesangat. Thanks kawan2...huhu... Lepas ni kita ke Genting plak. Yeah! Anyway, pengajaran utk cerita kali ni banyak...tapi biarlah ia hanya bermain2 dalam kotak filiran aku sampai hilang dari pautan. For kecik..sori dowh aku buatkan lututmu kembali terluka..hehe....

Sori kecik..aku belanja la duit ais krim hari tu..huhu

Ok, blah dulu. Assalamualaikum w.b.t.