28 January 2012

Update Sekarang: Semester Terakhir di Tahun Akhir

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama tak post something kat sini, rasa macam ada benda yang aku minat tapi lama aku tak buat. Rindu jugak la nak menulis kat sini walaupun xde orang baca. Aku tak kesah pun. Bukan aku dapat apa pun kalau orang baca kan?
Tempat aku wat experiment..serabut giler

Haha...amacam? Ada stylo tak di situ?
 Sekarang ni aku sibuk dengan tiga benda utama: PMI, final year project dan modified motor. Takde la sibuk mana pun, cuma ada jugak la pengisian dalam hidup aku ni. Huhu..final year project aku sekarang ni aku rasa dah 15% experiment aku dah siap, cuma setakat ni aku baru aje siapkan benda-benda yang senang, tak masuk lagi main core research aku. Relax je kawan-kawan aku yang lain, bantai cuti dekat 2 minggu dah. Aku rasa macam banyak giler aje benda nak kene buat tapi diorang relax aje. Entah...
Berlakon aje tu
Motor aku kan dulu pecah cover set dia, sebab adik aku pakai bawak pegi kerja waktu cuti semester lepas. Nasib baik la Rabani bagi aku cover set motor LC dia sebab dia sekarang pakai kereta Myvi dah. Jadi sekarang ni aku sibuk spray la cover set tu, dah macam tak ada keje je kan? Minat maa...tak boleh buat apa. Aku spray dalam bilik aje..haha, habis berabuk bilik ni. Haha!

Dah nak masuk sem terakhir dah dalam masa belajar ni, macam-macam aku fikir. Keje kat mana, bidang apa, bila kawen, nak tinggal kat mana, macam-macam la kan. Kadang-kadang tu takut jugak la boleh ke tak aku survive kat luar nanti. Tapi relax sudah, kuatkan diri dan sediakan diri la kan sebelum hadapi semua tu.

Dalam risau-risau ni pun, berapa banyak masa aku dihabiskan dengan menonton movie, nice! Biar la diri aku yang akan datang fikirkan semua itu....haha! Jom layan movie sepam dua..ciao!

No comments: