10 February 2010

Mari melepaskan parachute!! Yeah!!

Salam buat kawan2 semua. Entah kenapa di petang yang mengantuk ni tetiba je aku ada semangat untuk menulis blog. Walaupun ape yang aku nak sampaikan ni xde la penting sangat tapi aku kan memang suke je nak ceritakan tentang diri aku. Korang pulak suka sangat baca ayat2 aku yang aku sendiri pun xpaham.

Haa..pagi tadi aku dan kawan2 semua budak kimia 2nd year menjalankan aktiviti outdoor yang dijalankan oleh Dr. Suhairi Abd Sata. Tapi kalau pada sesapa yang xtau tu kan aktiviti outdoor kami ni sebenarnya adalah di bawah tajuk kursus Numerical Method ni Chemical Engineering. Bayang la, dengan matematik pun Dr. Suhairi ni boleh jalankan outdoor game. Bukan apa, aku memang suka la dengan Dr. Suhairi ni dengan cara beliau yang nampak improvise setiap kali kelas bersama dia. BEst la kan, tapi suka bukan apa pun, sebabnya kalau kelas dengan dia kadang2 tu satu hari xde buat keje, tanye soalan dan bersembang jer..hahaha!

Ni la teammate aku untuk task kali ni. Dari kiri: Soo Kee Xian dan Choong Ching Ting

Berbalik pada cerita tadi, lepas je makan pagi, aku dan yang lain berkumpul la kat depan Dewan Utama. Kul 9 tu lepas sedikit briefing kami pun gather la dengan teammates memasing. Aku dipasangkan dengan dua amoi cina, iaitu Choong Ching Ting dan Soo Kee Xian. Alamak, aku kalau dengan perempuan ni mula la berpeluh.. Kalau ad la yang perasan kan, aku ni dari awak aktiviti sampai la ke akhirnya asyik berpeluh je...huhu.. Bukan apa, pengalaman dari masa lalu yang xdapat aku lupakan..huhu... Ni, kalau kawan aku kat KIPSAS tau ni memang alamatnya kene la aku..tapi takpe..niat nak belajar, bukan nak mengorat pun kan...

Budak ni mengikat benang pada parachute

Kami ditugaskan untuk buat payung terjun dan akan menyelesaikan masalah proses mengintepritasikannya menggunakan kaedah berangkan la... Huhu, nampak macam susah tapi macam senang je kan. Kami buat la payung terjun, ikat dengan benag dan ikatkan pemberat. Aku pun join la mereka buat, tapi disebabkan aku ni lelaki macho, mereka suruh aku relax je..hehe.(padahal aku segan dengan mereka..hoho.). Aku ditugaskan untuk mencatat data la dengan 5 kumpulan lain termasuklah kumpulan kecik, peje , bos dan fathul. Amik la data gune stopwatch. Xkan xtau kot kan...hoho...

Rajin la budak Ching Ting ni buat keje...haih..

Kee Xian melepaskan parachute kami..mantap!

Huh...lepas je menjalankan proses melepaskan payung terjun dan mengambil data, aku pun ditugaskan mencari data2 dari kumpulan lain untuk menyelesaikannya menggunakannya dengan multiple linear regression. Dan Dr. Suhairi menyuruk kami menghantar rough idea tentang benda ni. Dan terjadilah miracle kepada semua team. Sume dapat siap dalam masa yang cepat. Aku pun pelik kenapa semua orang mampu siapkan benda ni dalam jangka masa yang cukup mengkagumkan? korang nak tau ape sebabnya? Apa lagi kalau xmeniru...hai, dah besar panjang pun nak meniru je jawapannya. Xpaham aku...tengok macam aku, xpenah meniru pun...hahahaha!

Dah abis je, bermula la keje utk evaluation..tengok tu sape curi buah oren..hehehe...

Anyway, ape yang aku nak sampaikan sebenarnya adalah aku enjoy la buat keje dengan 2 amoi tadi tu. Mereka tu tak de lah sangat mengetepikan aku dalam menjalankan aktiviti yang memerlukan kerjasama yang padu macam program ni. Oklah, aku enjoy je...Dan kepada Dr. Suhairi, buah oren yang dibagi sangat sedap..terima kasih...

Sempat lagi peje ni..bini orang tu...hahaha!

Sabar la kak ain, xsiap lagi isi borang...

Ok...nak tido dulu. Rugi tak tido petang Rabu ni..hoho... Kerja banyak sebenarnya tapi yang penting mata perlu dilayan dulu. Assalamualaikum semua...

No comments: