09 February 2010

Berjalan Ke Bukit Merah

Assalamualaikum kepada sahabat sekalian.

Hari ini aku nak ceritakan tentang perjalanan aku dan member2 ke program kembara budak 2nd year kimia yang best! Minggu lepas, kami decide nak berjalan-jalan la kan. Yelah, kalau duduk kat kampus ni setakat belajar je mane bagus, at least ada la pengalaman yang kita kutip kan. Aku pun ad bagitau kawan aku yang masa sebegini la adalah masa yang terbaik nak berjalan2 dengan kawan2. Kalau dah kawin nanti agak berat la nak meninggalkan anak dan isteri untuk berjalan dan bersama kawan2 kan. Tak molek jadinya.


Di Tol Exit Bukit Merah

Berbalik kepada cerita tadi, kami pun bersetuju la nak ke Bukit Merah LakeTown Resort di Perak. Hazman jadi pengarah untuk program ni, dan program2 yang akan datang..hoho... So, di pagi Sabtu yang hening tu berkumpul la kami kat Kafe Lembaran. Bersarapan sambil menunggu kawan2 yang xsiap lagi, antaranya adalah Syafiq...haih... Aku ni agak kureng suke la kalau lambat2 ni. Sedangkan kalau aku naik bas pun kalau bas tu berjangka bertolak kul 12 tengah malam aku akan ada di bus station tu kul 10.30 malam dah. Bukan apa..masa kene jaga...

Dengan 2 buah kete dah Anip dan Fathul menaiki motor (Anip naik motor aku daa...) kami pun bertolak la ke destinasi dengan bangganya. Kecik dengan kes kene tinggal dengan bos la, dengan Bank Islam ada masalah la..itu antara cabaran yang kami hadapi. Aku menaiki kete dengan Zul, Fakhrul serta Peje dan dibawa oleh mat rock school kimia, Hakim the Rocker. Perjalanan mengambil masa setengah jam kot. Ntah...aku pun xsedar. Tau2 dah sampai dah...

Pintu masuk dari dalam

Mengusha sambil melihat harga tiket masuk

Dah sampai tu, kami pun usha la harga tiket. Pergh..mahal nak mampus. Ada Rm15, ada RM25 dan ada lagi yang lagi mahal. Kitorang decide beli yang biasa je yang RM25 sudah. Bukan kita nak pegi ke Orang Utan Island pun. Nak mandi kat WaterPark jer. Dah beli tiket dan masuk ke WaterPark tu, kami pun pegi la ke tempat persalinan. Sepanjang perjalanan ke sana tu aku tengok kan dah xmacam kat Malaysia. Maksud aku barang2 yang dijual la..banyak yang biasa2 je. Yelah kan kite ni berada di bumi Malaysia jadi patutnya banyak la barangan yang berunsur Malaysia yang dijual. Tapi takpelah...lantak la diorang nak jual ape pun kan, yang aku sibuk buat apa...

Kitorang decide nak beli 3 pelampung. Fuh, mahal betul la nak sewa pelampung. Sebiji RM15 tu! Memang kaya la kan kalau buat business gini. Tapi Anip cakap xsemestinya sebab banyak benda yang mereka kene fikir. Dengan water treatment lagi, dengan pekerja lagi, dengan mainteinance lagi. Kalau ada sesapa yang penah main game yang macam Airport Tycoon ke, Zoo Tycoon ke..Sims City ke tau la kan.. Punye banyak benda nak dipusingkan dengan duit yang ada tu. Huh..takpelah. Aku nak pakai seluar baru aku beli malam semalam...haha..akhirnya aku ada jumpe jugak seluar yang pendek yang muat dengan badan aku yang sasa ni (mesti ada yang tersenyum ni).. Betul la, aku sasa...xpercaya sudah..huhu....

Sebelum menukar pakaian, tersenyum le ja kan


Haa...dah siap dengan pakaian yang sesuai dan barangan berharga dah disumbat ke dalam safety box, aku pun gusar jgk la. Kat safety box tu dia ada mention yang lebih kurang begini: Jangan simpan barang berharga ke dalam peti ini. Hek eleh, baik xpayah bagi nama safety box kan. Bangang betul sape buat ayat tu. Orang memang la nak letak barang berharga kat dalam tu sebab ramai je orang yang jadi gila bila jumpa permainan berunsur air ni. Termasuk la kami semua...hahaha!!! Ah, kami pun melangkah la dengan harapan moga kami berbahagia di samping sahabat2 yang tercinta..ceeeh.. Lelaki semua...xde maknanye aku guna ayat yang berbunga..bulu kaki bersepah. Kami main2 sat kat jakuzzi buaya sat utk memanaskan badan. Ah, dah sampai dah aku and the team ke game pertama kami. "Wet Bubble"-nama dia pun dah ,menggambarkan yang game ni best. Aku, Anip, Hazman, Bos, Kecik dan Fathul akan memulakan game ni. Haha! Separuh mati aku main, best2!!!

Ni la Wet Bubble yang dah buat ramai orang gila

Waktu tu xramai lagi yang sampai...jadi memang main macam hantu la sume. Aku xpuas hati la dengan team budak lain. Diorang main lama..mana aci. Tapi aku main lompat2 memang best la..hahaha! Kemudian kami main luncur berpasangan. Ape nama dia aku pun xtau la. Tapi aku pair dengan kecik main benda luncur dengan pelampung tu...Huhu..meremang jugak la bulu roma...tapi sampai ke stage tu tersekat pulak..huhu... Sori kecik...tapi kali tetap dapat meluncur la kan..Hahaha..seronok2!!

Kemudia kami berendam sat sambil menunggu budak2 ni yang yang ulang lagi sekali. Nampak la peha2 melepak, rambut panjang mengirai, pipi merah., betis licin ape semua. Tapi mata kene jaga jugak, sebabnye yang pertama dosa kan pandang benda tu. Yang kedua mata ni pun masih pandang bulu kaki lebat, perot boroi, kurap di kaki dan sebagainya. Sakit mata dibuatnya...huhu...

Game kedua adalah game meluncur sambil xmemakai baju. Aku malas dengan game yang satu ni. Sebabnya aku tersekat di tengah perjalanan. Malunye...huhu... Aku pertama naik yang warna biru belah kiri sekali. Ala, x adventure sangat la... Aku try naik yang warna kuning yang orang kata laju nak mampus. Aku pun excited la..dah aku meluncur je...huhu...aku tersekat di tengah perjalanan! Huhu..ramai betul orang menyaksikan 'kehebatan' aku time tu..malu2...dah nak sampai bawah tu aku pun bangun dah berlari sambil menyebut "Maaaaakkkk......!" Hehe..xde..tu aku tambah je... Ah, pas ni aku xnak naik yang tu dah. Serik dah aku.

Gelungsur kuning tu la yang buat aku tersekat...huhu

Next game xsilap aku adalah Boomerang. Haaa...ni yang aku respect sangat2 dalam banyak2 game. Best giler! Sebabnya korang akan naik pelampung dah akan dilepaskan dari tingkat 3 dan meluncur ke bawah dalam sudut hampir 90 darjah! Perghh...memang mantap la game ni. Dan dengan game ni terserlah la siapa Fathul sebenarnya...hahaha! Ramai la yang macho sebelum ni menjerit ketakutan..hahaha! Seronok2!! Memang masyuk la game ni. Dah la instructor atas tu dia cakap pegang kuat2 dan lepas kita duduk je terus dia lepas..babun!

Ni la Bomeerang yang aku cakap tu..takut giler..huhu...

Huhu...lepas game tu, kitaorang lepak2 je..main dalam kolam renang, main hanyut dengan menggunakan pelampung dan mencuci mata..hehehe.... Dah lama tu, kitorang pun decide la nak keluar kan. Kecut abis jari dah badah aku. Lepas mandi dan ambil barang ape sume, aku pun ke kedai cenderamata la sambar satu 2 keychain. Pas tu makan ape sume la kat sana jgk...xde la mahal sangat. Then, kitaorang pun balik la...huhu...

Laluan kitorang main hanyut2...lalala...

Malas dah nak cite, tapi memang best la pegi sana. Aku pun kalau ada masa akan ajak family aku ke sana. Diorang penah pegi Wet World Shah Alam. So, as pengalaman pertama aku, aku puas hati sesangat. Thanks kawan2...huhu... Lepas ni kita ke Genting plak. Yeah! Anyway, pengajaran utk cerita kali ni banyak...tapi biarlah ia hanya bermain2 dalam kotak filiran aku sampai hilang dari pautan. For kecik..sori dowh aku buatkan lututmu kembali terluka..hehe....

Sori kecik..aku belanja la duit ais krim hari tu..huhu

Ok, blah dulu. Assalamualaikum w.b.t.


No comments: