04 April 2010

Chemical Night: Dari Kaca Mata Aku

Salam buat kawan-kawan terutamanya kepada budak-budak schoool kimia. Apa khabar?? Hehe.. Aku memang niat nak tulis lama dah tentang Chemical Night 2010 (CN2010) ni sejak dari abis program tu lagi. Tapi baru sekarang ada peluang untuk menulis tentang apa yang aku rasa dan hadapi, rintangan mahupun memori indah buat kerja dalam menjayakan (atau melingkupkan) CN2010 ni. Tapi jangan risau, aku tak akan kutuk korang semua la, dan niat aku tulis pun bukan nak merosakkan hubungan aku dengan korang semua. Dah baca post aku sebelum ni? Ada yang kata aku suka mengutuk orang. so, aku tak mahu la mengutuk orang dah. Sekadar perkongsian pengalaman aku jer.


Dalam projek ni aku jadi ajk protokol jer, duduk bawah Hazmil. Aku tak pernah pun buat kerja-kerja protokol ni, jadi kepada Hazmil ketua aku, aku minta maaf la ye kalau aku xbuat kerja langsung untuk protokol..maaf..huhu.. Bukan apa, sebabnya nak cari MC n nak buat teks ucapan apa semua tu aku bukan reti sangat. Naik bengong aku nanti..huhu.. So, aku dalam projek ni kalau xde pun xpe sebenarnya, tu yang aku tak dapat merit desa sebagai ajk protokol untuk aktiviti ni. Tak pelah kan, tak payah nak bising-bising, nak salahkan sape-sape pun dah xguna, sebab semua orang dah buat keje, mungkin Allah yang dah takdirkan aku xdapat merit kan..xpelah..hm...


Anyway, tak payah la nak fikir benda yang dah xboleh baiki. Kita bincang pasal benda lain la ye, haa..pasal kad jemputan. Aku tetiba ditugaskan untuk buat kad jemputan lecturer apa semua. Rasa-rasa aku kad jemputan ni tugas publisiti la kan, tapi xpelah. Aku kan xreti buat keje protokol apa semua ni aku buat la kerja lain plak. Aku buat dua design, dan MT pun berkenan salah satu dari dua kad tu. Aku buat dalam masa 4 jam jer, dengan tak makan nasi la aku malam tu..huhu. Sadis betul aku dibuatnya..huhu... (bukan nak kata aku ni power, tapi aku sendiri yang seksa diri sendiri kot). Tapi tak pelah, yang terharunya apabila bekas tangan aku telah dihasilkan dalam bentuk kad..sejuk mata aku memandangkan hasil kerja aku dihargai.


Ha..aku tak mau la komen bab-bab yang boleh buat gaduh kan. So, aku skip la ye. Kalau nak tau bab yang panas ni, jumpa aku sendiri. Kita settle kat belakang-belakang. So, teruslah ke hari kejadian. Aku malam pas balik dari program PMI aku terus dapat message dari Hazmil tanye dah buat ke tak kad yang nak diletak atas meja.huhu... Ada kerja aku lagi rupanya..Aku xingat sama ada yang buat kad nak letak atas meja ni kerja protokol atau persiapan tempat. So aku buat la kan petang sebelum malam CN2010 tu jgk. Kalau tengok la kan, tempat aku kat bilik tu terabur abis! Macam baru lepas mengamuk dengan bini jer. Huhu..tapi siap jugak la, walaupun penat dan kesukarannya mencapai tahap gaban! Yang lebih mengsadiskan keadaan, dah aku siap apa semua, waktu nak makan petang tu, tetiba aku tengok tag meja plak dah ada..aiiyyoooh.. Banyak pening la ini macam thambi..actually aar (yoges) sape punye keje la ni..huhu...

Huhu...dah la... Malas la nak tulis lagi...yang lain tu biarkanlah blogger lain yang tulis kan. Aku tak nak la timbulkan isu lagi. Nanti orang marah pulak lagi susah. Aku tak de niat pun nak kutuk orang kat sini tapi aku lebih fokuskan kepada diri aku jer. Nanti orang marah susah. Aku ada 2 tahun lagi nak hidup dengan mereka-mereka ni. Ok2, aku berhenti sampai sini la ye. Nak sembang lagi kite settle kat belakang. Cun!


Ok, assalamualaikum w.b.t..

No comments: