04 April 2010

Program USM Cemerlang Bersama Anak Desa

Nama: Program USM Cemerlang Bersama Anak Desa
Tarikh: 3 April 2010
Tempat: Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dan Auditorium Kompleks Dewan Kuliah
Penyertaan: Pensyarah PPKK, Mahasiswa Kejuruteraan Kimia dan Adik-Adik Darjah 6 dari SK Seri Kerian, SJKC Yok Eng dan SJKT St Mary

Salam buat kawan-kawan yang dirahmati Allah sekalian. Hari ini aku nak kongsi pengalaman aku sebagai fasilitator program yang baru je berlangsung semalam yang aku boleh labelkan berjaya mencapai objektif yang dikehendaki. Memulakan cerita, aku menerima message YM dari Saufi sebulan yang lalu yang mengajak sesiapa yang berminat menjadi fasilitator untuk program anjuran school. Aku dengan tetiba jer berminat nak join program ni. Xtau la kenape. Mungkin sebab aku tak pernah join program yang school anjurkan untuk masyarakat luar kot. Nak merasa jugak buat kerja bersama-sama pensyarah kita kan.


So, aku pun mempelawakan diri aku untuk jadi fe-c program ni. Xpelah kan, dah nak dekat jer dengan program tu, aku pun dipanggil la untuk bagi saiz baju n diterangkan sedikit sebanyak tentang program ni oleh Dr. Suzy. Memang aku tak sangka la kan, dalam menjayakan program ni, pensyarah-pensyarah PPKK macam Dr. Suzy la yang banyak menggerakkan program ni. Aku terkejut la sebab fe-c yang seramai 14 orang ni macam goyang kaki je la, just bantu sedikit sebanyak. So, secara tak langsung kami budak fe-c ni langsung tak akan stress la nak fikir macam-macam. Leganya aku...huhu....



Lawa tau baju yang kami dapat..warna hijau flourescent..hehe... Tapi yang sedihnya, sehari sebelum hari kejadian, aku demam teruk. Kepala pening, selesema, batuk....huhu. Malam tu aku tido kul 3.30 pagi. Memang lembik la badan ni dibuatnya. Tapi lepas bangun pagi tu, aku dah ok sket la..boleh bangun dan bersiap-siap untuk aktiviti. Dah sarapan apa semua aku pun naik la motor ke school. Pergh..budah-budak dah sampai. Ada yang datang dengan mak ayak antar, ada yang naik dengan cikgu, ada yang naik bas sekolah pun ada. Aku yang ditugaskan pagi tu jadi usher pun terusla naik ke bilik seminar dan bawak budak-budak ni ke tandas untuk salin baju. Mereka pun dapat baju yang sama dengan kami. Macam-macam la perangai, ada yang berlari la, bergurau dalam tandas la, kutuk-kutuk la..huhu.. Sabar-sabar.. Dah siap tu bawak plak mereka ke bilik seminar balik. Hai, letih jgk....ingatkan senang jer kejenye.

Dah siap tu, ada la taklimat yang disampaikan oleh Dr. Suzy sket kepada adik-adik ni. Lepas taklimat tu, diadakan sesi melawat makmal operasi kat bawah. Aku membawa lebih kurang 12 orang adik-adik perempuan dari SK St Mary. Sume muka innocent abis la.. Masuklah ke makmal operasi tu, pergh..satu dua equipment macam Solar Power System dan Vapor Liquid Equilibrium mereka diam lagi masa lepas aku terangkan dan tanye ada soalan ke tak. Lepas tu, ditanyanya aku macam-macam soalan. Aku just nak singgah kat equipment yang aku pernah guna tapi malang nasibku kerana mereka ada tanye pada equipment yang aku xtau satu haram pun. Jadi, terpaksalah aku menggunakan jurus ke 4 aku, Penipuan Kejam yang Tersembunyi! Hahaha! Tapi abang minta maaf wahai adik-adikku..huhuu...


Hoho..lepas tu jer kami bawak la adik-adik ni ke Auditorium untuk next aktiviti. Waa..dah la sejuk auditorium ni. Boleh la aku ganti tido aku yang tergendalan malam semalam. Part pertama adalah part Dr. Azmier yang menerangkan ttg cara-cara belajar yang berkesan. Best jgk la kan, dan dibawa cerita Kura-Kura dan Arnab. Memang best la... Aku pun tak jadi tido. Lepas tu je, Dr. Suzy minta kami tolong siapkan makanan untuk budak2 ni. Bertungkus lumus la kami ni cedok bihun n letakkan kuih ke dalam pinggan. Adik2 ni main serbu jer. Perut dah lapar kot. Mengganas je la kan..hehehe....


So, lepas tu jer mereka ada pengisian berkenaan Bahasa Inggeris UPSR dan Matematik UPSR. Apa yang dapat aku simpulkan di sini selepas aku melihat apa yang disampaikan oleh guru sekolah rendah ni memang mereka ni kerja macam stress je. Aku tengok mereka ni banyak threat budak-budak ni. Kesian budak-budak ni, xsesuai la menggunakan kata-kata yang bagi aku sendiri, xmolek digunakan pada kanak-kanak. Guru-guru ni lebih suke kalau mereka dipandang ketakutan oleh budak2 ni. Mane boleh macam tu. Kene la pandai tarik perhatian budak2 ni, dah la boring! Aku pun xlarat nak dengar.



Ha...aku duduk la kat bahagian belakang auditorium tu mendengar apa yang cikgu2 ni mengajar. Kat sebelah kanan row aku selang 2 3 kerusi duduk la Prof Latif. Rupanya anak dia pun join program hari tu. Aku tengok la dia, eh2 study ke dia ni..? La..rupanya dia baca thesis dari UTP.. Kesian giler ah, waktu cuti gitu pun ada kerja. Aku terfikir dalam hati, susah jadi orang yang berilmu walaupun gaji banyak mana pun, tanggungjawab besar. Aku fikir la kan, orang Islam macam dia ni la yang banyak menaikkan martabat Islam melalui ilmu pendidikan. Huhu..terharu aku...aku xakan kutuk dia lepas ni. Hehe..yang lawaknya, dalam kami ni tunggu cikgu sekolah tu sampaikan ilmu ttg UPSR, Prof Latif lambai kat aku n tunjuk kat aku ada budak2 ni yang bermsg guna hp. Fullamak, budak darjah 6 pun dah pandai bermsg! Hp lebih canggih dari aku punya plak tu! Huhu..aku n Prof Latif geleng kepala...huhu...


Ha..dalam adik-adik ni mendengar ttg hal UPSR di hari cuti mereka, memang semua lesu jer. Tapi masa pensyarah-pensyarah kita ni adakan slot Trivia ttg environmental awareness, mmg giler2 la budak ni nak menjawab..huhu...mereka ni memang bijak atau mereka ni memang suka dapat hadiah. Siap berdiri2 n menjerit tu nak dapat jawab soalan yang diberi..hoho! Memang bagus la budak2 ni..Tahniah la adik2... N mase berkumpulan untuk cipta amphibian vehicle, mereka semua ni ada idea tapi mungkin sebab malu kot. Yang SJKC dalam team aku ada 2 amoi, cukup senyap, sebabnya mereka ni kurang faham bahasa melayu. Aku try la cakap dalam bahasa inggeris, pun kurang paham..huhuhu...maaf la adik2ku... yang lain ok jer dalam memberikan respon kepada apa yang aku tanya..


Anyway, aku rasa dah banyak dah aku tulis kat sini. Yang aku nak highlight kat sini, aku memang enjoy la bersama adik2 darjah 6 dari 3 sekolah berlainan bahasa pengantar dan juga bekerja dengan pensyarah2 kimia ni. Memang enjoy sangat. Tapi dalam kegembiraan aku tu, lepas asar n lepas maghrib aku tido xsedar diri. Huhu...letih la kan, dah la aku demam. Tapi pengalaman yang aku dapat memang berbaloi walaupun aku letih sangat2. Best!!!

2 comments:

Kecik said...

aloo..how come si kecik x da dalam cerita ni..bukan dia ada sebelah ke..hik3..
nway..gud job2!

mujahid_crystal89 said...

hoho..kecik xde..dia g toilet at the moment gambar ditangkap.hoho...