04 April 2010

Muhasabah Diri: Kekurangan Aku

Salam buat kawan-kawan yang disayangi sekalian. Dah lama dah aku tak tulis kat sini dan dalam tempoh tu jugak la banyak benda yang berlaku pada diriku ini..huhu.. Tapi apa yang berlaku tu semuanya adalah dalam bentuk nak memberi kesempatan untuk diri aku membaiki diri sendiri. InsyaAllah...dan aku kene bersyukur kepada kawan-kawan sekalian yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar selama ini.

Oklah, apa yang aku nak tulis kali ni adalah berkenaan dengan satu game yang aku dan kawan-kawan seusrah dalam satu batch 2nd year kimia ni main mase kami jalankan usrah di satu petang kat Masjid Seri Ampangan lepas solat Jumaat. Game dia simple jer, just kita berdiri dan ada sehelai kertas di belakang badan kita untuk kawan-kawan lain menulis keburukan dan kebaikan kita. Yang bestnya, kita tak tau sape yang tulis dan semestinya apa yang ditulis tu benda betul dan tak hipokrit. Sebabnya semua orang boleh luahkan perasaan dia pada si tuan punya kertas tu. Best kan??

Dah dekat 2 tahun kami ni hidup sekali dalam dunia kampus ni mesti dah banyak perkara yang tersimpan dalam hati kita ni tentang kawan-kawan kita. Nabi Muhammad pun pernah mengesorkan kalau nak kenal hati budi kawan kita ni cuba la bermusafir atau hidup sekali dengan dia selama 3 hari kan. Ni dah dekat 2 tahun ni mesti banyak benda la yang tersimpan di dalam diri yang kadang2 tu nak sangat kita luahkan. Masa akhi Fariz sebut n terangkan cara main game ni, banyak yang gembira dan tak sabar2. Itu menandakan bahawa memang semua orang punya pandangan terhadap yang lain. Setuju x? Manusia memang macam tu..sedar xsedar je kita semua ni...


(Klik la kat gambar ni kalau nak besarkan)

Untuk respon tentang apa yang kawan-kawan tulis kepada aku ni, memang aku akui semuanya betul. Dan banyak hal-hal yang ditulis tu kita tak perasan pun walaupun kita tau yang sifat tu memang ada pada diri kita. Aku memang jenis mudah moody kalau aku terasa atau aku xsuka pada sesuatu perkara. Kalau mase kat sekolah dulu lagi teruk, dengan mak ayah pun kadang-kadang tu terhambur jugak perasaan tu. Apa boleh buat, jiwa dan darah ni masih muda. Sebabnya, kita yang dah rapat dengan mereka-mereka ni, terutamanya kawan-kawan la kan, dah cukup rapat tapi still mereka boleh buat pada kita perkara yang kita xsuka..tapi kalau kita pandang dari sudut positif, ada kekurangan pada kita yang kita xtau..

Ada yang kata aku malas study la, kuat main CS la, susah bangun tido la kan...betul la tu.. Pandangan orang macam tu, mereka mane tau kita ni ada penyakit ke, susah hati ke..orang xtau kan melainkan kita yang cerita pada orang. Kadang-kadang kita dah bagitau pun mereka tak anggap pun perkara tu serius untuk diri kita. Tak pelah, redha je la kan..tu la peranan sahabat dalam nak menegur kita. Alhamdulillah.. Yang kat aku jiwang karat la, suka message awek la, siot la apa sume tu aku tak tau nak komen macamana. sebabnya mereka bukan diri aku seperti yang aku kata kat atas td. Yelah, cuma yang mereka nampak adalah luaran sahaja. Nanti wahai sahabatku semua, dah sampai masanya nanti aku cerita lah kenapa aku seperti yang korang katakan..

Yang pujian-pujian tu aku tak mahu la komen kan, sebab tu pandangan kawan-kawan aku tentang aku. Ada tulis kacak la, cepat paham la tu mungkin silap kot, tak pun nak bergurau jer. No hal la kan, terima je lah buat pemangkin diri kita ni supaya lebih ke hadapan. Tapi yang aku tak puas hati tu ada yang kata aku badan besar(xbersenam). Ceh, tengok la nanti, dah 4th nantii aku hensem baru korang tau..hahaha!!!

Anyway, bagus jugak la kan kalau ada kawan-kawan yang sudi mengkomen diri kita walaupun dengan main game ni kita xtau sape yang tulis apa semua tu kan. Tapi yang pentingnya, semua tu datang dari diri mereka sendiri, ikhlas dengan niat agar kita sedar kekurangan dan kesalahan yang kita buat. Dan dengan cara ni jugak kita akan bertambbah kuat untuk menghadapi diri dan bersedia untuk berubah. Dan bagi diri aku sendiri, aku bertambah sayang pada kawan-kawan aku (bukan gay tau, sayang as kawan jer). I luv u bebeh!

Sekian, terima kasih sahabat-sahabatku.

Assalamualaikum w.b.t..

No comments: