29 December 2010

Brruummm!! Singgah Pusat Islam Jom!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dah 2 3 hari ni hujan turun lebat sangat. Bumi USM ni lembap dibasahi hujan yang turun kan. Rahmat Allah la tu hujan yang turun tu, nak kata apa yang dikatakan rahmat Allah ni pelbagai bentuk, ada berbentuk keseronokan, ada berbentuk ketenangan, dan kadang-kadang ni rahmat Allah jugak berbentuk ujian yang terpaksa kita tempuh. Manusia ni terbatas sangat kemampuan mereka memenuhi keperluan manusia lain, sebagai contoh hari ni hujan punya la lebat tapi USM boleh tak ada air untuk digunakan untuk mandi dan sebagainya. Tengok betapa lemahnya manusia ini berbanding Allah. Semua orang menuduh orang ni busuk la, tak mandi la..hehe.

Kawan-kawan sekalian, sering kita dengar kata-kata agama barang siapa yang merapatkan dirinya kepada Allah selangkah, nescaya Allah akan merapatinya dengan sepuluh langkah. Wallahua'lam la bagaimana perbandingan itu tetapi yang nak diceritakan apa yang begitulah sifat Rahman Allah yang terlalu amat menyayangi hambaNya. Kalau fikir bab nikmat yang Allah janjikan ni kan, bagaimanalah perbandingan kita buat kebaikan kat dunia ni kata la sepanjang hidup kita kan lebih kurang 60 tahun ni, dengan redha Allah yang ada padaNya Allah boleh hadiahkan kita hamparan syurga yang sampai infiniti. Adil tak apa Allah bagi pada pandangan manusia? Confirm la tak sesuai ratio di situ tapi itu janji Allah pada hambaNya yang melakukan kebaikan.
Solat tiang agama, dan solat juga merupakan amalan mendekatkan diri pada Allah
Sahabat sekalian, antara cara untuk kita membina langkahan kita mendekatkan diri kepada Allah salah satu cara yang mudah adalah dengan kita selalu ke masjid atau kalau suasana kita ni Pusat Islam la. Kadang-kadang orang fikir ala, selagi aku solat kat mana-mana pun apa salahnya. Memang, tak salah cuma kita tak dapat rasa suasana Islam tu kat bilik kita yang ada macam-macam, ada bau makanan, ada bau stokin, ada bunyi rumet dengar lagu rock. Jadi bila nak dapatkan ketenangan yang sepenuhnya, mai kita ke Pusat Islam. Banyak kelebihan kita, lagi-lagi time Maghrib dan Isyak kan, ada kuliah agama tak pun ada diskusi sket dengan kawan-kawan. Kalau tak de pape, bawak je notes ke Pusat Islam sementara nak tunggu waktu Isyak kan.
Ukhwah boleh dijalinkan bila-bila dan di mana-mana, lebih-lebih lagi di Rumah Allah
Bukan apa, kalau duduk kat bilik ni nak solat Isyak ni payah sket nak dilaksanakan di awal waktu. Ada movie yang tak abis lagi bila Isyak dah masuk, atau kalau makan kat luar tu, dah terlewat sampai Isyak dah masuk, kan? Kalau duduk kat Pusat Islam time Maghrib dan Isyak, terjaga la dua waktu solat kita. Kita pun tau solat yang baik adalah bila dilaksanakan di awal waktu, banyak kelebihannya. Ada orang cakap, "Bro, tak best la makan sebelum Maghrib, tak feeling! Nanti lapar!". Yang ni tak salah pun, tapi takkan la setiap kari kita makan lepas Maghrib kan. Selang seli la, hari ni makan lepas Maghrib, esok makan awal sket sebab nak kejar Maghrib kat Pusat Islam. Boleh je buat, tak nak mula jer!

Ada kawan-kawan aku dulu selalu jugak datang Pusat Islam. Malah time tu aku tengok diorang la buat aku ni rajin lepak kat Pusat Islam. Tapi mungkin masing-masing dah sibuk dengan komitmen diri sendiri, tak apa la kan. Cuma satu je nak ingatkan, kita buat baik bukan sebab Islam memerlukan kita ni berbuat baik tetapi sebenarnya KITA buat baik dengan sebab kita yang memerlukan Islam. Sebabnya? Sebab kita tak mampu nak kawal diri kita dari melakukan perkara keji dan maksiat. Jadi cara nak hidar diri? Berada la dalam suasana yang boleh kekang kita buat semua tu. Kita pegi Pusat Islam untuk solat, berzikir, dengan kuliah agama, berukhwah sesama kita dan lain-lain, mulia kan semua tu. Walaupun kadang-kadang tu sembang cam merapu-merapu jer..haha!
Motor yang kita ada boleh memacu kita ke jalan menuju keredhaan Allah, macam jugak kuda perang zaman nabi dulu
Akhir kata, usaha nak mendekatkan diri kepada Allah ni zaman sekarang ni sebenarnya amat mudah, dah ada dah Pusat Islam kat kampus ni dan tak ada orang halang kita dari pegi ke Pusat Islam macam zaman Nabi dulu. Kita yang ada kelapangan, lagi-lagi yang ada motor tu kan memang boleh la pecut sekejap ke Pusat Islam sebelum kita study group ke, silat ke kan, kita solat berjemaah bersama di sana. Ingat, kekuatan orang mukminin terletak pada kekuatan aqidah dan kekuatan ukhwahnya. Sama-sama la kita mengimarahkan Pusat Islam wahai pemuda kerana pemuda yang merapatkan dirinya dengan Rumah Allah (masjid) adalah pemuda yang berjaya. Wallahua'lam.

No comments: