29 December 2010

JPA Tak Masuk Lagi...Huhuhu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ni masih hujan lagi, walaupun renyai-renyai tapi memang sejuk je cuaca kat kampus ni. Hari ni tak ada apa perkara yang besar berlaku, lecturer masuk kelas, belajar dan menjamu juadah di kafeteria staff. Semuanya macam hari-hari yang lain. Tapi ada satu perkara yang buat hati aku ni tak sedap: JPA tak masuk lagi!!! JPA kat sini maksudnya duit biasiswa JPA la bro. Memang hangin satu badan aku sebabnya ape? Banyak perancangan kita nak buat dengan duit tu bertangguh dan bukan affect pada aku sorang je tapi semua kawan-kawan aku yang dapat tajaan yang sama. Pening woo..
Kesian kat mahasiswa yang bergantung harap pada duit biasiswa
Memang la orang ada cakap kita belajar ni jangan fikir duit sangat sebab yang penting adalah keikhlasan menuntut ilmu. Cakap memang senang kawan, kita yang bergantung harap pada kemasukan duit JPA tiap-tiap awal sem ni memang agak terkilan la. Ada kawan-kawan kita macam aku pernah cerita mak ayah mereka ada bagi duit poket, tapi jangan lupa pada mereka yang hidup dalam alam kampus ni dengan duit biasiswa. Kadang-kadang tu ada mak ayah yang nak pinjam sedikit dari biasiswa tu untuk bantu mereka menyekolahkan adik-adik dan sebagainya. Setiap orang lain keadaan mereka dan kita tak boleh ambil pendapat dengan consider diri kita aje.

Yang setakat makan minum ni tak apa la kan, boleh puasa, boleh kawal perbelanjaan. Yang kesiannya pada nak beli buku teks la, buku rujukan la. Ada orang duit JPA dibeli Gundam la, aksesori komputer la tu kalau ada duit tak apa la, pandai-pandai la urus. Kalau tak ada duit amacam? Kalau kita imbau sirah Nabi Muhammad dan para sahabat baginda bila tamat sesuatu peperangan dengan musuh, Nabi dan para sahabat akan membahagikan harta rampasan perang untuk BaitulMal dan tentera-tentera Islam. Nak kata harta ni penting tak? Penting jugak walaupun itu bukan tujuan utama peperangan.
Walau pape pun ujian sekarang, belajar kene teruskan!
Mungkin ada alasan dari pihak JPA yang menjadikan pelajar-pelajar seluruh Malaysia ni terpaksa ikat perut sekejap sementara menunggu biasiswa masuk. Terfikir jugak tapi dengan kawan-kawan, ni sandiwara politik ke apa ni sementara nak tunggu Pilihanraya Umum yang bila-bila je ni. Kita as mahasiswa ni pun punya hak mengundi, ingat tu. Tak pun kerajaan tak ada duit? Takkan la, pembentangan Bajet 2011 macam 'mantap' je, takkan hal biasiswa JPA tak boleh settle kan? Tapi walau pape pun alasannya, kepada diri aku sendiri terpaksalah bersabar dengan ujian yang melanda kita sekarang. Bukan kita langsung tak ada duit nak cerita kat sini, tapi mengganggu la sedikit hidup kita ni. Sebab kita menampung hidup dengan biasiswa, bukan dengan kerja part time.

Akhir kata, kepada sesiapa yang aku ada benda nak kene bayar kat korang, aku minta maaf la sesangat. Kalau ada antara kalian yang terdesak jugak minta la ye kat aku. Huhu..dan cuba kita sama-sama semat dalam hati, ujian kali ni moga-moga dapat membuatkan kita semakin dekat dengan Allah Rubbul Jalil. Kalau ada yang buat kenduri ke, jangan lupa ajak aku, confirm aku pegi..hahaha! Wallahua'lam.

2 comments:

incik said...

slm..
jpa student ukm kampus kl pun x masuk lg jugak.huuu..

mujahid_crystal89 said...

huhu..kesian student kat malaysia ni, JPA masuk lambat je memang payah la dibuatnya kan? sebabnya awal2 la kita nak beli buku ke pe ke kan?

masalah betul la, kalau gini kene tukar kerajaan ni. hehe...