31 December 2010

Yang Penting Hati Kita? Munafik!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Aku rasa dunia sekarang ni dah berterabur habis. Masyarakat sekarang ni langsung dah tak faham bagaimana sepatutnya Islam tu diletakkan dalam kehidupan mereka. Dah habis sekular dah masyarakat Malaysia sekarang ni, bila agama tu hanya pada perkahwinan, penceraian, berkhatan, kematian dan satu dua perkara lain. Ape ni? Berjaya dah rasanya penjajahan yang dilakukan pihak kafir dulu yang dah 'berhenti' hampir 54 tahun lepas. Dah cukup lengkap dah kejayaan mereka untuk menghancurkan bumi bekas jajahan mereka bila kita yang dijajah ni lama-kelamaan dah berubah menjadi teruk seperti mereka, malah lebih teruk!
Kita sekarang ni membanggakan artis sangat-sangat, dah macam zaman firaun dah

Aku ada terbaca surat khabar pagi ni, di slot hiburan la kan ada tajuk artis yang dulu dah pakai tudung elok dah tapi sekarang dah bukak balik, hanya pakai selendang je. Ni, artis yang korang banggakan sangat, yang korang nak jadikan idola hidup korang ni. Tau dia kata apa, dia bukak tudung tu sebab nak mengikuti skrip yang diberikan kepadanya untuk lakonan sebuah drama ke atau filem. Mak datuk! Lagi tambah mendidih darah aku dia kata diri seseorang tu jangan diukur dari penampilan sebab kayu ukurnya adalah hati. Mak ai, senangnya cakap! Dia ingat dia ni boleh buat hukum sendiri ke dengan mengambil mudah bab aurat yang sepatutnya amat dititikberatkan ke atas diri seorang muslimah.

Dia bukak tudung ni katanya bukan apa, si pengarah ada tanye sudi tak dia bukak tudung ni, dia kata tak ada masalah la, niat dia baik la, nak cari rezeki halal la, tak ada masalah sebab ia hanyalah kerja la. Allah, tengok apa hambaMu dah buat pada agama mereka! Sanggup menggadaikan maruah diri untuk 'rezeki yang halal' ya Allah. Dan mereka ni diagung-agungkan sebab mereka sanggup 'berkorban' untuk penonton drama atau filem mereka ya Allah! Entah la, sahabat-sahabat sekalian berfikirlah, korang rasa kalau 20 ke 30 orang membantah penularan masalah ni dengan kempen dan demonstrasi korang rasa masalah besar umat Malaysia ni akan settle ke? Tak, yang kita perlukan adalah sebuah undang-undang yang mampu sekat barah ni dari terus menjadi trend dalam masyarakat kita. 
Jangan la kita mengagungkan atau menjadikan mereka ini ikon, kerana mereka bukan berjuang untuk Islam
Dalam menceritakan yang penting hati, yang lain tak apa orang cakap apa pun, kita dah tersimpang jauh dah. Memang hati tu yang penting bila mempersoalkan bab niat kita melakukan sesuatu tapi kene ingat, apa yang terzahir melalui tindakan itulah sebenarnya diri kita. Contoh, kita cakap hati kita takut pada Allah tapi dalam masa yang sama kita melakukan perkara yang dilarang oleh Allah seperti bukak aurat. Tak ke munafik dah tu? Peribadi muslim dapat dinilai dari segi pemakaian, pergaulan, ibadah dan sebagainya. Kalau kata kita tak mau la pakai tudung sebab kita tak nak hipokrit depan orang, kita sebenarnya menolak hukum Allah sebab kita hanya takut orang cakap kita hipokrit kalau kita pakai tudung, bukan sebab Allah. Tak ke munafik dah tu?

Isu memperlekehkan aurat wanita ni bukan isu individu, tapi isu negara sebenarnya. Kenapa selepas 53 tahun merdeka kerajaan tak boleh nak laksanakan sebahagian undang-undang Islam walaupun tak dapat nak buat semua. Bila aurat tak settle, arak dan dadah tak boleh kekang mula la timbul isu besar macam buang bayi, rogol, berzina dan bunuh. Lagi-lagi bila solat dan ibadah lain semakin hari semakin dijauhi oleh masyarakat Melayu ni. Sahabat-sahabat sekalian, kita sekarang ni boleh la kata kita mampu nak jaga diri dari masalah ni tapi cuba fikirkan 10 tahun lepas ni bila kita ada anak lelaki dan perempuan, rasa-rasa mereka selamat tak? Atau satu hari nanti kita akan menitiskan air mata kita tatkala menerima musibah yang meruntuhkan 'keyakinan' kita yang kita dan anak-anak kita akan selamat? Wallahua'lam.

p/s: maaf la bahasa post kali ni macam kasar je bahasanya, sebab aku tulis betul-betul lepas aku baca surat khabar tu, tengah geram sangat!

No comments: