27 December 2010

Semester Baru Start Lagi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam kepada semua. Sekarang ni dah masuk semester ke-6 bagi aku dan kawan-kawan. Cepat betul masa berlalu sekarang ni. Aku macam tak rasa je cuti sebulan lepas dah nak kene belajar balik. Memang akhir zaman ni rasa macam laju je masa berlalu kan, rehat pun semakin kurang. Kalau kita berlengah lagi buat kerja ni memang akan ketinggalan la dibuatnya.
Sambung belajar kene lagi kreatif dan baiki apa kelemahan diri yang lalu
Nak cerita pasal result semester lepas macam malu je lah. Jatuh beb, sangat risau aku ni bila 2 3 hari sebelum hari keluar result. Bukan apa, aku ada masalah masa jawab paper chemical reaction dan membuatkan aku rasa result aku akan jatuh teruk. Tapi alhamdulillah la walaupun jatuh still tak sampai aku putus semangat la. Cuma bila nak jumpa Dr. Syamsul selaku Penasihat Akademik aku ni memang terasa akan dapat la nasihat pedas beliau. Haduuuhh..sebabnya? Sebelum ni janji result akan semakin baik, tetapi malangnya jatuh la plak. Dah rezeki banyak tu kan, nak buat macamane.

Semester ni bermula dengan aku mendapat semangat dan kekuatan secara spiritual la. Dari mana tu tak tau nak cakap macamane cuma segalanya bermula dari Allah sebagai yang Maha Pemberi kan. Sifirnya mudah aje orang Islam ni, siapa yang meminta kepada Allah dengan seikhlasnya, kalau Allah beri tu maknanya Allah perkenankan doa kita dan kita rasa bahagia. Tapi bila Allah tak beri bukan bermakna Allah tak sayang kita tapi Allah ada simpan yang lebih baik untuk kita di akhirat. Betul tak, sebabnya tak semua kita mintak tu yang terbaik buat kita, dan tak semua ujian kesusahan yang Allah bagi pada kita tu beerti kita ni ada buat jahat pada Allah. Segalanya berbalik kepada kita untuk kita hadapi semuanya.

Semester ni aku macam tenang je, sebab pertama aku tengok jadual waktu macam tak pack je untuk belajar dan bepersatuan. Satu lagi, lecturer dan kawan-kawan pun macam ok jer. Aku sendiri pun jadi macam tak ada masalah la yang dihadapi awal-awal ni. Cuma risau sket bab latihan industri sebab tak dapat pape lagi jawapan dari syarikat yang aku apply sebelum ni. Lambat lagi tu memang la, cuma risau la jugak kan. Huhu..risau banyak sangat ni. Biar insyaAllah dapat dekat-dekat rumah aku kat Kuala Langat la kan, senang ulang alik  ke tempat kerja. Belanja nak hidup sekarang makin tinggi, dengan minyak naik harga, gula naiik harga, memang tak larat la nak duduk asing dari mak lagi.
Kereta idaman aku sekarang..cantik giler la design dia!
Haa..semester ni aku nak amik lesen kereta sebabnya dalam keluarga aku ayah aku je ada lesen kereta. So, sebagai abang sulong biar la aku amik kan. Senang kalau nak berjalan ke mana-mana aku je yang pandu kereta. Aku ada la usha-usha harga kat tempat aku kan, ada yang nak RM650 lebih, ada yang sampai RM780. Harga buat lesen kereta pun boleh berbeza sampai dekat RM200. Memang JPA nanti dah masuk je terus aku nak buat lesen. Bila lagi kan, lagi setahun lebih dah nak graduate, takkan lesen kereta pun tak ada lagi. Payah, sebab banyak benda lagi nak kene fikir lepas abis belajar nanti.

Sembang tentang JPA, semester kali lambat pulak duit masuk. Aku dah rancang macam-macam dah dengan duit JPA ni. Ada sesetengah orang mak ayah diorang ada bagi duit saku tiap-tiap bulan setiap semester. Aku ni tergolonglah ke dalam geng-geng yang pakai duit JPA untuk sara hidup kat kampus. Jadi belanja kene jimat sedikit la kan. Memang duit bukan segalanya, tapi nak hidup kene ada duit. Baru mudah nak belajar, mudah nak beribadah. Kalau tak, takkan sahabat-sahabat nabi Muhammad s.a.w. dulu ada yang jadi peniaga berjaya macam Abdul Rahman bin Auf kan? Cumanya bila mereka ni ada duit lebih je disedekahkan untuk jihad fisabilillah. Kita plak guna duit tu untuk memudahkan perjuangan belajar kita. Tak gitu?

Ukhwah dapat memantapkan pelajaran dan psikologi bila menghadapi kesusahan

Jadi kepada diri aku dan kawan-kawan semua, semester baru dah bermula dan kita pun masih berada dalam bulan baru Muharram, kene ada azam dan prinsip hidup yang lebih baik. Buangkan jauh-jauh sikap buruk kita, kalau boleh list sikap buruk tu dan tampal kat mana-mana biar jadi reminder pada kita agar kita tak buat lagi sikap negatif tu. Satu lagi, ukhwah antara kita biar lebih erat dan hubungan kita dengan Allah serta lecturer biar lagi mantap supaya ape? Supaya ilmu yang kita dapat semester ni akan menjadi harta yang tak ternilai untuk kita di akhirat kelak.

Wallahua'lam

No comments: