28 October 2009

Epilog: Hari Pertama

"Dah sampai mana abah?" tanyaku kepada abah selepas aku terlena selepas melepasi Lepar Hilir.

Pagi itu sepanjang perjalanan kami berkabus, maklumlah kami melalui jalan yang di sepanjang jalan adalah hutan yang diteroka untuk dibuka tanah Felda. Kereta xbanyak, jadi sepanjang perjalanan memang agak tenang saja.

"Hm? Dah nak sampai dah. Tadi signboard Muadzam Shah pun dalam 8 km saje lagi." jawab abah.

Aku yang mengendong beg di belakang abah yang sedang menunggang motor terasa sakit di belakang. Bukan apa, perjalan di jalan yang kadang-kadang rosak turapannya memang melenguhkan. Motor yang kami tunggang ni pun abah pinjam dari jiran. Bukan taknak bawak motor abah, tapi motor abah tu kebelakangan ni rosak saja. Aku berdiam semula selepas mendapat jawapan untuk soalan aku tadi.

Penantian aku sampai ke akhirnya apabila kami selamat sampai di simpang ke bandar Muadzam Shah. Abah mengambil simpang ke kiri memasuki kawasan yang dipenuhi sekolah-sekolah. Muadzam Shah adalah sebuah bandar kecil di tenggara negeri Pahang yang berada dalam daerah Rompin. Dulunya Muadzam Shah ni sebenarnya hutan rimba yang sekarang ni diterokai untuk menjadi pusat tumpuan kawasan Felda2 berhampiran. Aku pun baru saja mendengar nama Muadzam Shah ni melalui surat yang aku terima seminggu lepas.

Masjid Muadzam Shah

"Along, tahniah. Apa yang along idamkan sebelum ni Allah kabulkan. Mak abah terharu dapat tengok along berjaya dapat tawaran sekolah asrama. Nak terima tak?" tanya mak. Soalan yang aku beri dengan takungan air mata gembira. Aku tau, bukan aku seorang sahaja yang berusaha untuk cuba memasuki sekolah asrama, tapi usaha abah yang susah payah turun naik pejabat pendidikan, berjumpa dengan pegawai itu pegawai ini. Mak pula dengan doa seorang ibu yang Allah janjikan kemudahan untuk dimakbulkan. Aku bersyukur. Tapi syukurku tak setinggi syukur mak abah. Gembiraku tak sehebat mak dan abah.

"Kat mana pejabat ye?" abah bertanya tak berharap jawaan dariku.

"Kat tingkat satu tu kot, macam cikgu-cikgu je keluar masuk," aku cuba menjawab.

Beg pakaian ku lepaskan ke lantai bumi. Lenguh perjalanan tadi masih belum hilang, tetapi itu tidak menggamit perhatian aku. Debar di dada menjadi semakin nyata. Kali pertama kakiku memijak bumi Allah yang akan menjadi saksi kehidupanku hari-hari mendatang. Ku renung ke sekitar. Asing. Aku mengekori abah dari depan dewan besar sekolah menuju ke bilik guru. Hari itu hari rabu, pembelajaran dan pengajaran seperti biasa. Pelajar-pelajar lain di dalam bilik darjah tekun mendengar guru di depan memberi penerangan.

Di bangunan asrama. Aku menukar baju. Menyarung baju sekolah rasmi, kemeja putih berlengan panjang, berseluar hijau, bersongkok, berkasut kulit hitam. Lengkap. Aku menggalas beg sekolah. Abah memerhati aku bersiap. Mungkin kerana penat masih tidak hilang, mungkin kerana bangga anaknya berani menyahut cabarannya memasuki sekolah berasrama. Selepas bersiap,aku meninggalkan bilik Salman Al-Farisi, bilik keempat di aras bawah blok 2 tingkat itu menuju ke bngunan sekolah semula. Langkahan ku menjadi tak menentu.

"Shafiqe, ini kelas kamu," guru itu memberitahu.

Ku lihat nama pada pintu kelas, 1 Ibnu Sina. Pelajar di dalamnya semuanya memehatikan aku. Aku menggeletar. Bukan takut, cuma bimbang. Apa yang akan terjadi padaku? Bagaimana nak membuat kawan? Bagaimana nanti nak mengurus diri? Abah, macamane...

"Ok, along. Abah balik dulu. Belajar pandai-pandai, jangan malu berkawan," abah sudah mahu berangkat pulang.

"Ok, abah. Hati-hati balik," balasku. Tangannya kucium. Badannya kupeluk. Bukan tak pernah berpisah. Cuma keadaan sekarang amat berlainan. Aku akan melangkah ke dunia baru. Yang cukup asing dari yang biasa.

Beberapa sangat kemudian, kakiku melangkah masuk ke kelas. Cukup berani. Berani yang buatkan aku takut.

Aku melangkah masuk.

p/s: ni kisah dari pengalaman sebenar seorang pelajar yang aku kenal. Banyak yang aku lupe sebenarnya. So, minta maaf la ye kalau ada salah fakta ke ape ke..huhu...

No comments: