05 April 2010

NFS Undercover vs Coming Study Week

Salam buat kawan-kawan semua. Hari ni aku rasa nak menulis tentang diri aku sekarang ni yang aku rasa ada masalah sket la dalam masa nak dekat-dekat dengan exam ni. Bukan apa tau, masalah aku yang aku rasa aku still tak dapat nak hadapi adalah aku ni rasa yang aku ni stress walaupun hakikatnya aku xstress. Dan aku buat something yang boleh menghilangkan stress tu walaupun macam aku cakap tadi, aku tak stress pun! Macamane sekarang ni?? Tolong aku!!


Kalau nak ikutkan la aku ni kan, aku sebelum2 ni setakat yang aku ingat memang payah la nak stress menjelang waktu exam tau. Lagi-lagi waktu zaman sekolah aku dulu, cukup tenang. Tapi bila dah melangkah ke dunia menara gading ni, aku rasa lain tau. Rasa macam aku perlu stress supaya aku perlu belajar. Tapi masalahnya bila aku fikir yang aku kene stress, aku tak dapat la nak study sebab otak sedang stress. Dah nak masuk 4 kali exam aku hadapi, aku macam saja-saja create keadaan yang aku ni sedang stress.

Pelik kan? Aku xtau la aku ni sakit mental ke atau penyakit batin (bukan batin tu tau!) ke, tapi macam saja je memanjakan diri sendiri. So, dengan memanjakan diri aku, aku buat la perkara yang kononnya dapat melegakan stress aku yang imaginary tuh. Aku sedar yang aku tak stress tapi aku cuba untuk set mind aku supaya aku stress. So, resultnya aku memang akan stress la. Warghhh!! Korang paham kan ape yang aku rasa ni? Memang benda ni nampak macam bodoh tau, sebab ni konflik aku dengan diri aku sendiri. Tapi aku rase tak salah aku kongsi dengan korang semua. Mana tau korang dapat menghayati (merlin??) diri aku yang sentiasa sadis ni...owhhh....


So, salah satu cara aku menghilangkan 'stress' aku tu adalah dengan menghabiskan masa bermain game. Dan game yang aku main sekarang ni adalah Need For Speed (NFS) Undercover yang dilancarkan pada 2008. EA Games dah keluarkan game terbaru mereka iaitu NFS SHIFT awal tahun 2010 ni tapi memandangkan laptop aku ni xlarat aku just try NFS Undercover jelah. Huh, masalahnya bukan pada games tu tapi masa yang aku peruntukkan untuk main game tu yang buat aku susah hati. Dah la game tu susah, sebabnya dulu aku penah main tapi tak habis sebab campaign yang disediakan amatlah payah untuk dihabiskan.

Aku tau jer main game yang ada campaign ni menghabiskan masa, tapi nak buat macamane? Mencabar iman tau kalau aku tak dapat habiskan! Wargh!! Daku sekarang pakai Audi R8, memang macho la, dengan pro powering n handling, memang takat lamborghini tu aku bagi makan asap jer. Aku baru sampai Wheelman Level 10, jauh lagi nak abis. Huhu...


Pagi tadi lepas kelas Dr. Ridzuan kol 10 kan, aku dan budak2 ni nak balik la bilik, kononnya untuk study sikit2 sementara ada 2 jam lagi sebelum kelas Math. Aku memang semangat giler la nak balik kan, memandangkan minggu ni ada dua test. Hapah pun tak baca lagi. Aku pun balik la, singgah je kat bilik aku terus on laptop dan terus je main NFS Undercover sampai la kul 11.45 pg..huhu... Membazir dah masa aku untuk main game tu. Kesian tak kat aku ni. Dah dalam dilema dah, ape yang sepatutnya aku buat ye..huhu...

Korang boleh la kata aku ni bangang la tak reti bahagi masa, cakap je lah, tapi dalam masa yang sama korang boleh tegur aku untuk aku bersedia menghadapi study week yang seminggu je lagi akan berkunjung. Aku tak mau la kan pointer aku rosak disebabkan aku kuat main game. Kadang-kadang tu kita tak sedar yang kita ni main lama. Macam contoh aku tadi, mana aku perasan yang aku main sangat lama sampai masa untuk study pun dah berlalu gitu jer. Huhu..ke aku ni memang dah tak betul dah ye? huhu...


Walau apepun aku tetap kene study jugak. Bukan apa tau, aku ni jenis yang lambat pickup sket la berbanding kawan-kawan lain, orang lain yang lebih bijak dari aku pun study kan, tak aku yang biasa2 ni tak study plak. Lagipun pointer sem lepas dah jatuh giler2, sem ni harap dapat cover balik CGPA aku. Hm..perasaan aku yang saja2 meng'stress'kan diri tu aku kene kawal la kot kan, kuatkan pegangan untuk terus belajar dan banyak berdoa. Ke mungkin aku kene ulang balik pengalaman bagaimana aku study untuk SPM dulu hah? Hm..aku ada seminggu lagi sebelum study week. Harap aku sempat berubah dari sekarang. Anyway, GO NFS GO!!!!

Assalamualaikum w.b.t..

3 comments:

Mujahid Cakna said...

salam
go2 study.study smart + accelerate.exam da dkt yang amat.nnt next usrah kita bncg sket bab study last mnt plk.huhu

mujahid_crystal89 said...

hm2...bagus la macam tu
sebabnye rasa macam malas sangat2 nak study
xtau kenape...
ada masalah peribadi kot..ntah la..
nak kene balik jumpa mak abah dulu ni..

Mujahid Cakna said...

OH,KL PK TU JLN TERBAIK, better blk rumah sbb antara jln2 nk dpt pahala free kn tgk muka ibu & ayah. insyaAllah, ana stuju, go back and refresh blk niat dan semangat kita duduk di usm ni.
ps:tp jgn blk lame2 sgt, kang x study plk :D