10 October 2010

Mencari Bakal Isteri di Alam Kampus: Pengalaman

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kali ini aku nak menyentuh sedikit sebanyak berkenaan satu perkara yang agaknya menjadi satu isu yang sekarang ni menjadi tajuk besar dan serius di kalangan pelajar-pelajar di kampus, terutamanya kawan dan sahabat-sahabat di sekeliling kita. Nak tak tak semua orang bersetuju yang isu mencari bakal isteri atau dalam bahasa arabnya [zaujah] amat penting sebabnya gadis yang kita pilih tu akan jadi teman hidup kita sampai lah ke akhir hayat kita. Susah tu kan nak pilih, sebabnya kita ni jenis kalau ada handphone tu selalu je nak tukar kalau ada features baru keluar, tapi dalam memilih calon isteri, kita kene pilih yang terbaik dari pelbagai segi supaya pilihan kita tu adalah pilihan yang akan membaawa kita menuju kepada keredhaan Allah. Itulah tujuan sebenar perkahwinan. Yang menjadi persoalannya sekarang, perlukan kita mencari pasangan kita tu sekarang, makna katanya waktu kita sedang belajar ni? Inilah yang menjadi persoalan yang perlukan jawapan yang amat subjektif dari pelbagai pihak.
Kasih sayang seorang lelaki perlu disalurkan pada seorang isteri, bukan pada perempuan biasa. Simpan kasih sayangmu pada isterimu sahaja.


Aku pernah ditanya oleh seorang sahabat, tentang macamana nak 'mengurat' atau dalam bahasa baiknya meneliti ciri-ciri yang baik pada seorang gadis untuk dijadikan isteri. Allah, kenapa pada aku pulak soalan ni dilemparkan? Bukan senang kita nak meneliti kesemua peribadi dan hati budi seseorang gadis tu, sebabnya semua tu terlalu abstrak untuk diterangkan. Mungkin pada pendapat aku gadis A ni seorang yang tegas dan berpendirian, dan mungkin pada pandangan kawan aku ni dia tu garang dan pentingkan diri sendiri sebagai contoh. So, yang paling penting Rasulullah s.a.w dah berikan guidelines yang amat baik untuk mencari calon isteri : Agama, Keturunan, Harta dan Rupa Paras. Dan yang paling penting sekali adalah agama yang ada pada seseorang gadis itu yang sepatutnya menjadi kriteria utama bagi kita as lelaki dalam memilih teman hidup. So, nak kata kene cari ustazah dan yang bertudung labuh tu aku tak tau la nak komen kan, tapi berdasarkan pengetahuan agama kita ni, bagaimanakah ciri seseorang yang menjalankan agama? Kita boleh jawab sendiri kan persoalan itu. Jadi, fikir dalam-dalam.
Doa pada Allah jangan lupa sebabnya doa ni ikatan antara kita dengan Pencipta.
Dalam mencari bakal isteri, isu bila nak mula cari tu adalah antara yang banyak dibincangkan. Ada sahabat-sahabat aku yang pening dia tak ada calon isteri atau sekoman-komannya kawan perempuan. Kalau hal ni tak difikirkan dengan baik, mula lah timbul masalah couple dan cintan-cintun berlebihan. Bila dah ada pasangan ni mula lah nak jumpa kat kafe la, jalan-jalan kat supermarket la, belajar sama-sama la dan kalau tersilap langkah, ada yang terlanjur dan sebagainya. Ada orang kata kat aku, aku tak apa la dah ada calon. Allahu Rabbi, mana ada..hehe. Tapi apa yang nak di'highlight'kan kat sini, tanggungjawab menjaga diri dari teribat dalam penyakit hati ni perlu dititikberatkan. Ingat bila dah bertunang atau dah berjanji ni hati lagi senang ke? Susah brother..nak jaga hati lagi dari fitrah manusia (cinta, rindu etc.), nak planning lagi, nak berhadapan dengan mak ayah dia lagi, nak terangkan pada mak ayah kita sendiri lagi. Fuh, fikir dua tiga kali la kawan sebelum mula merancang keinginan mencari bakal zaujah. Aku memang cakap benda ni kene fikir elok-elok tapi jangan sampai bebankan diri. Ikut pada anda la bila nak mula cari, tapi pastikan bila dah bersedia, kita ada perancangan yang tak buatkan diri kita kelam kabut nanti.
Anak-anak ni tanggungjawab kita, kita yang corakkan mereka sebab mereka lahir di dunia ni suci. Tanggungjawab cikgu kat sekolah? Bukan, tanggungjawab ibu ayah!
Alam kampus sememangnya menjadi tempoh kita berkenalan dengan kehidupan berumah tangga yang nampak kebahagiaan dan kesusahan yang bakal ditanggung. Kita yang dah nak masuk alam pekerjaan ni memang dalam masa yang sama memikirkan siapakah yang sudi dan ingin menjadi ibu@ummi@mama@emak kepada anak-anak kita. Kita sebagai orang Islam seharusnya merangka kehidupan yang soleh untuk anak-anak dan isteri kita. Kita akan jadi ketua keluarga, ilmu agama seperti solat dan ibadah lain harapnya dan lengkap dan lancar la pemahaman kita selain dari ilmu menguruskan rumah tangga dan pendidikan anak-anak. Takkan kita nak cari isteri yang baik dan biarkan tanggungjawab pendidikan agama anak-anak digalas oleh isteri kita yang sepatutnya tanggungjawab tu kita yang pikul. Jadi, di zaman bujang nilah wahai sahabat-sahabatku marilah kita menuntut ilmu agama agar tak jadi permasalahan dalam hidup berumah tangga. Membaca buku satu hal, dan rajin-rajin lah ke surau atau ke masjid (atau Pusat Islam) dalam usaha kita membina diri yang dalam melarutkan diri dalam suasana Islam yang mantap. Jangan harap anak-anak kita nak solat kalau ayahnya relax je berseluar pendek mengupdate facebook bila azan dilaungkan. Nak anak kita macam tu? Tak nak kan..

Ada jugak kisah terpencil yang mereka ni lelaki dan perempuan dah bercadang nak bernikah masa belajar dengan niat nak menjaga diri dari terlalai dan sebagainya. Tapi bila mana hasrat ini disampaikan kepada kedua-dua belah parents mereka dihalang dari bernikah awal. Alasannya mereka masih muda, takut ganggu pelajaran, nak bagi anak orang makan apa, banyak lagi tanggungjawab pada keluarga dan sebagainya. Memang akan terasa sedih bila halangan menuju ke sebuah hubungan yang diredhai Allah dihalang oleh mereka yang begitu rapat dengan diri kita. Tapi nak kata apa, mereka amat sayang pada anak-anak mereka dan mengharapkan anak ni mampu membela nasib mereka. Tak apa la, dua-dua pihak ada alasan yang kukuh di atas niat masing-masing. Tapi yang terasa pedih dan seksanya tetaplah kepada lelaki dan perempuan ini menanggung derita. Tapi mudah-mudahan Allah bagi kekuatan dan keredhaan jika mereka menjaga diri mereka sebaik mungkin. Kalau anda semua yakin dan rasa berani berhadapan dengan isu ini, silakan...

Akhir kata sebelum menghabiskan ayat-ayat terakhir, suka aku berkongsi satu doa yang diekstrak dari ayat suci al-Quran dalam surah Ali 'Imraan: 38 yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan".

Tak mau la aku letak doa mendapat jodoh yang baik, cari sendiri la ye..hehe. Apa pun, menjadi tanggungjawab pada kita mencari bakal isteri yang baik untuk diri kita sendiri. Sekali lagi nak diingatkan, pernikahan bukan sahaja sekadar menyalurkah keinginan nafsu semata-mata tapi sebagai pelengkap hidup beragama dan mencari redha Allah di bumiNya yang punya pelbagai ujian di hadapan kelak. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada usaha kita mencari seorang gadis yang menanti setia hadirnya seorang suami soleh di hadapan gerbang sebuah pernikahan.

Wallahua'lam.

p/s: Kepada kawan-kawan, tak payah la tanya aku tips-tips ke, atau bacaan-bacaan ke apa ke. Aku takkan bagi...hahaha! Bahaya korang semua ni...hehe..

No comments: