12 February 2011

Bila Iman Tak Kuat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Memang aku akui aku dah lama tak tulis kat sini. Sebabnya satu aku sibuk, dan alasan ni memang tak boleh pakai sangat sebab aku banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara tak penting. Contohnya, main game, layan movie sampai 2 3 jam, kemas-kemas laptop ape sume, dengan tido kuat. Ya Allah, aku rasa semester ni la aku paling kurang study. Yang kedua ni memang lebih susah, dan lebih kritikal iaitu aku rasa iman aku ni lemah sesangat.

Selalunya bila kita rasa kuat iman ni, petandanya kita senang nak solat fardu pada awal waktu, dan lebih molek di surau atau di pusat Islam berjemaah. Satu lagi, mata dan hati ni susah sket nak buat perkara yang merapu dan maksiat. Dan kita rasa akhlak kita di hadapan orang memuaskan dan menggembirakan hati kita. Tapi bila iman dalam hati ni kurang, kita akan rasa yang sebaliknya la. Solat dan terabur, hati rasa tak tenang dan rasa nak buat maksiat dan perkara merugikan ni senang je. Kenapa boleh kadang-kadang iman naik turun ye? Tak boleh ke maintain aje?
Yang aku tau, memang fitrah manusia ni kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Yang iman tinggi ni dan maintain ni malaikat je, yang iman semakin naik ni para nabi dan rasul. Kita ni dah la bukan ulama serta ustaz, ilmu agama pun tak banyak mana. Ni la yang kene diusahakan, bak kata kawan kita, usaha atas iman..hehe. Cuma sebenarnya, permulaan iman tu jatuh bagi diri aku bila kita mula tinggal perkara yang jadi rutin kita bila iman kita tinggi. Kita je tak sedar ape yang kita buat secara berterusan selama ni sebenarnya menguatkan keimanan kita.
Apa yang penting? Kerjasama!! Bukan, ketakwaan kita pada Allah la yang penting
Contoh, selepas solat fardu sebelum ni kita sempat la baca Al-Quran dua muka beserta terjemahan. Ada satu waktu tu kita tinggal sebab nak ikut kawan makan kat luar. Lepas tu mula la, dah tinggal satu waktu, tinggal lagi di waktu yang seterusnya. Bila dah selalu tinggal, amalan yang jaga kita tu dah mula payah nak dimulakan semula. Macam enjin kereta la, bila dah tinggal 2 3 minggu tak berstart, cuba try start..payah broo... Kita serupa itu jgk, kalau belajar thermodynamics, badan manusia ni pun adalah sistem tau tak.

Satu lagi perkara yang boleh jaga hati ni dari leka nak ibadah dengan baik adalah kawan-kawan. Aku dah penah tulis kat entry sebelum-sebelum ni yang kawan atau sahabat ni merupakan cerminan kita. Kadang-kadang kalau kita ikut sangat kawan kita makan kat luar la, sembang la, kita sendiri akan ikut tabiat tak elok tu kan. Tapi bila difikirkan, kalau pun kita ada kawan atau sahabat yang baik dan amalan serta akhlaknya terjaga, tapi kita sendiri tinggalkan dia sebab nak ikut cara kita, memang dengan sedemikian jugak la hati kita ni imannya akan jatuh. Kita ada kawan yang macam tu?
Perkara lain yang aku boleh ambil pengajaran dari diri aku sendiri adalah bila kita bertangguh kerja ni memang akan ganggu fizikal dan emosi kita. Contohnya, kita ada kerja yang perlu dihantar Isnin ni, kita buat relax je. Bila hari Sabtu baru nak print soalan ape semua, tak dapat buat kita tangguh esok. Esok pulak kita ada program persatuan satu hari suntuk. Bila malam mula la emosi tu jadi tak betul padahal apa salahnya hari Sabtu tu kita siapkan, pergi bilik kawan ke tanya macamane nak buat. Tu la manusia ni, tak ambil pengajaran dari Surah Al-Asr kan. Padan muka, sape yang susah.
Kena banyakkan berdoa untuk dekatkan diri pada Allah
 Satu lagi yang aku betul-betul payah nak jaga ni adalah masalah hati. Tak mau la cakap apa masalah sebenarnya kan, cuma bila perasaan syok tu datang, mula la.. Kita dah tak boleh beri perhatian pada perkara-perkara yang lebih penting seperti ibadah, akademik, kerja persatuan dan sebagainya. Ini menjadikan diri kita tak boleh bekerja seefisien yang boleh. Caranya, banyakkanlah berdoa supaya hati ni tak dibolak-balikkan. Kita manusia memang ada fitrah tu, tapi selagi tak sampai masanya, puasa dulu dari memikirkan perkara-perkara yang belum tiba saatnya.
Oklah, aku cakap pun aku sendiri tulis aku sendiri baca. Orang tengok tajuk entry aku yang ni pun orang tak nak baca. Oklah, bila ada yang baca entry aku sampai sini, korang boleh mintak aku belanja RM1 sahaja..haha..kita tengok berapa ramai je sudi baca entry aku sampai sini..huhu.. Harap-harap lepas ni aku semakin rajin nak tulis blog sebab sekurang-kurangnya masa aku habis dengan menulis untuk aku muhasabah diri aku yang selalu sangat iman ni jatuh. 

Wallahua'lam.

No comments: