13 October 2010

Exam, Assignment: Aku stress!!!!!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni dah 13 Oktober 2010, first paper aku 9 November 2010. Kurang sebulan dari sekarang aku terpaksa nak menghadapi satu lagi peperiksaan dalam hidup aku. Semester ni aku nak anggap antara semester yang paling mencabar dalam hidup aku berbanding dengan semester-semester yang aku dah lalui sebelum ni. Aku rasa kawan-kawan aku pun setuju dengan aku sebabnya semester ni la aku terasa amat berat nak buat banyak kerja assignment yang bertimbun. Kalau aku cakap macam ni orang akan kata, "Ala, semua orang sibuk buat assignment, standard la student universiti,". Aku nak jawab balik, cuba kau amik course kejuruteraan kimia. Baru kau rasa betapa hidup kau selama ni rasa terlalu hambar dan pilu..huhu... Bagi kejuruteraan lain, yang aku tau la mereka dah tak ada kelas tutorial dan sebagainya. Tapi school kimia ni ada tutorial pulak, memang masa tu jadi packed, dan orang dengan selambanya label kita student kimia ni SKEMA! 
Aku stress giler sekarang..sebijik macam karton ni!

Arrrrggghhh...peduli hapa dengan percakapan orang lain kan, sebab mereka tak hadapi apa yang kita tempuhi mereka boleh la cakap macam-macam. Tapi memang la, aku amat letih  semester ni dengan semua subjek nak bagi assignment yang memerlukan peruntukan masa yang amat banyak dan memenatkan otak aku yang slow nih. Separation dengan oil spill dan ammonia plant, environmental dengan wastewater treatment, control dengan design model dan macam-macam lagi. Pening tau sekali dapat tu rasa berat je bahu memikul, tapi bab tutorial tu tak apa sebabnya tutorial ni aku memang akan jadi mesin photostate la..haha! Tak ada masa adalah merupakan perkara yang paling bagus untuk dijadikan alasan, sebab banyak masa digunakan untuk memikirkan assignment yang bertaraf nak buat Masters dan PhD punya! Masa main game computer aku sekarang ni dah berkurang dari 34% dari 24 jam kepada 0.23% sahaja, what??!!!
Baby pun ada mengalami stress, mungkin mak dia suruh dia amik kejuruteraan kimia kat USM kot...huhu..
Tapi, dalam diam ni aku terfikir keseorangan. Bila aku nak study bab-bab yang lepas sebab bab yang tengah belajar ni pun masih terumbang-ambing? Bila aku nak arrange masa aku cover balik pelajaran yang tertinggal sebab aku main-main masa awal semester dulu? Bila aku nak bersedia untuk menghadapi kertas peperiksaan yang nak aku isi jawapan terbaik aku? Bila aku nak fikir tentang diri aku sendiri yang perlukan belaian kasih sayang ni (uweeeekk!!!)? Aku terfikir jugak la kan, adakah aku dah bersedia nak hadapi satu lagi titik penting dalam aku nak mengejar cita-cita? Dah la malas, banyak kerja, banyak masa aku habis dengan benda tak berfaedah. Solat pun tak terjaga, nak berjemaah pun dah susah. Apa lagi nak basahkan lidah dengan ayat Al-Quran? Macamana nak dapat keberkatan? Hm? Shafiqe, jangan tidur!! Jawab cepat!
Kalau aku jawab soalan exam mcm ni boleh tak?
Ya Allah..aku cuba nak susun balik diri aku yang dah cukup failure dan terabur ni lepas hujung minggu ni la, nak muhasabah diri ini. Kadang-kadang kita terlalu terbawa-bawa perasaan cemas kita ke dalam hal-hal peribadi sehinggakan orang di sekeliling kita terasa impaknya. Aku rasa masa aku banyak aku habiskan begitu sahaja, padahal dalam masa tu aku boleh buat benda yang aku tak boleh buat sebab sibuk cuma sikap bertangguh dan lalai sangat. Kene muhasabah balik, belajar elok-elok...jaga ibadah solat dengan baik, jaga waktu tidur dengan baik, jaga peribadi dengan kawan-kawan dengan baik. Jaga hati dari fikir sangat bab nafsu dan bab nikah. Aku mampu mengubahnya..ahaaakkss! Serius cakap, memang aku sekarang ni down gila-gila dah, takut gila final exam nak dekat dah...macam zero dalam kepala aku ni!
Aku jual benda ni..sape nak beli? Haha...!!
Kepada semua, salurkan sumbangan doa dan nasihat anda kepada saya di YM: mujahid_crystal89@yahoo.com dan no. tepon 013-50*****. Aku menantikan taufiq dan redha Allah sentiasa berkat doa dari anda semua. Aku harap semua yang baca entry ni try to support me directly and indirectly or alternatingly or obviously or anything la, dah merapu aku ni. Thanks all of you, i hope all you guys success for your assignment (especially oil spills problem) and the rest. Good luck and may Allah helps you insyaAllah.

Wallahua'lam.

p/s: sori pada kawan-kawan yang rasa entry blog aku kebelakangan ni boring. Tak apa, kalau tak ada orang baca aku buat privacy la pada blog ni means aku je boleh baca. Sekian. Aku pun stress dengan hubungan peribadi aku yang tak stabil! Arrgghhh!

10 October 2010

Mencari Bakal Isteri di Alam Kampus: Pengalaman

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kali ini aku nak menyentuh sedikit sebanyak berkenaan satu perkara yang agaknya menjadi satu isu yang sekarang ni menjadi tajuk besar dan serius di kalangan pelajar-pelajar di kampus, terutamanya kawan dan sahabat-sahabat di sekeliling kita. Nak tak tak semua orang bersetuju yang isu mencari bakal isteri atau dalam bahasa arabnya [zaujah] amat penting sebabnya gadis yang kita pilih tu akan jadi teman hidup kita sampai lah ke akhir hayat kita. Susah tu kan nak pilih, sebabnya kita ni jenis kalau ada handphone tu selalu je nak tukar kalau ada features baru keluar, tapi dalam memilih calon isteri, kita kene pilih yang terbaik dari pelbagai segi supaya pilihan kita tu adalah pilihan yang akan membaawa kita menuju kepada keredhaan Allah. Itulah tujuan sebenar perkahwinan. Yang menjadi persoalannya sekarang, perlukan kita mencari pasangan kita tu sekarang, makna katanya waktu kita sedang belajar ni? Inilah yang menjadi persoalan yang perlukan jawapan yang amat subjektif dari pelbagai pihak.
Kasih sayang seorang lelaki perlu disalurkan pada seorang isteri, bukan pada perempuan biasa. Simpan kasih sayangmu pada isterimu sahaja.


Aku pernah ditanya oleh seorang sahabat, tentang macamana nak 'mengurat' atau dalam bahasa baiknya meneliti ciri-ciri yang baik pada seorang gadis untuk dijadikan isteri. Allah, kenapa pada aku pulak soalan ni dilemparkan? Bukan senang kita nak meneliti kesemua peribadi dan hati budi seseorang gadis tu, sebabnya semua tu terlalu abstrak untuk diterangkan. Mungkin pada pendapat aku gadis A ni seorang yang tegas dan berpendirian, dan mungkin pada pandangan kawan aku ni dia tu garang dan pentingkan diri sendiri sebagai contoh. So, yang paling penting Rasulullah s.a.w dah berikan guidelines yang amat baik untuk mencari calon isteri : Agama, Keturunan, Harta dan Rupa Paras. Dan yang paling penting sekali adalah agama yang ada pada seseorang gadis itu yang sepatutnya menjadi kriteria utama bagi kita as lelaki dalam memilih teman hidup. So, nak kata kene cari ustazah dan yang bertudung labuh tu aku tak tau la nak komen kan, tapi berdasarkan pengetahuan agama kita ni, bagaimanakah ciri seseorang yang menjalankan agama? Kita boleh jawab sendiri kan persoalan itu. Jadi, fikir dalam-dalam.
Doa pada Allah jangan lupa sebabnya doa ni ikatan antara kita dengan Pencipta.
Dalam mencari bakal isteri, isu bila nak mula cari tu adalah antara yang banyak dibincangkan. Ada sahabat-sahabat aku yang pening dia tak ada calon isteri atau sekoman-komannya kawan perempuan. Kalau hal ni tak difikirkan dengan baik, mula lah timbul masalah couple dan cintan-cintun berlebihan. Bila dah ada pasangan ni mula lah nak jumpa kat kafe la, jalan-jalan kat supermarket la, belajar sama-sama la dan kalau tersilap langkah, ada yang terlanjur dan sebagainya. Ada orang kata kat aku, aku tak apa la dah ada calon. Allahu Rabbi, mana ada..hehe. Tapi apa yang nak di'highlight'kan kat sini, tanggungjawab menjaga diri dari teribat dalam penyakit hati ni perlu dititikberatkan. Ingat bila dah bertunang atau dah berjanji ni hati lagi senang ke? Susah brother..nak jaga hati lagi dari fitrah manusia (cinta, rindu etc.), nak planning lagi, nak berhadapan dengan mak ayah dia lagi, nak terangkan pada mak ayah kita sendiri lagi. Fuh, fikir dua tiga kali la kawan sebelum mula merancang keinginan mencari bakal zaujah. Aku memang cakap benda ni kene fikir elok-elok tapi jangan sampai bebankan diri. Ikut pada anda la bila nak mula cari, tapi pastikan bila dah bersedia, kita ada perancangan yang tak buatkan diri kita kelam kabut nanti.
Anak-anak ni tanggungjawab kita, kita yang corakkan mereka sebab mereka lahir di dunia ni suci. Tanggungjawab cikgu kat sekolah? Bukan, tanggungjawab ibu ayah!
Alam kampus sememangnya menjadi tempoh kita berkenalan dengan kehidupan berumah tangga yang nampak kebahagiaan dan kesusahan yang bakal ditanggung. Kita yang dah nak masuk alam pekerjaan ni memang dalam masa yang sama memikirkan siapakah yang sudi dan ingin menjadi ibu@ummi@mama@emak kepada anak-anak kita. Kita sebagai orang Islam seharusnya merangka kehidupan yang soleh untuk anak-anak dan isteri kita. Kita akan jadi ketua keluarga, ilmu agama seperti solat dan ibadah lain harapnya dan lengkap dan lancar la pemahaman kita selain dari ilmu menguruskan rumah tangga dan pendidikan anak-anak. Takkan kita nak cari isteri yang baik dan biarkan tanggungjawab pendidikan agama anak-anak digalas oleh isteri kita yang sepatutnya tanggungjawab tu kita yang pikul. Jadi, di zaman bujang nilah wahai sahabat-sahabatku marilah kita menuntut ilmu agama agar tak jadi permasalahan dalam hidup berumah tangga. Membaca buku satu hal, dan rajin-rajin lah ke surau atau ke masjid (atau Pusat Islam) dalam usaha kita membina diri yang dalam melarutkan diri dalam suasana Islam yang mantap. Jangan harap anak-anak kita nak solat kalau ayahnya relax je berseluar pendek mengupdate facebook bila azan dilaungkan. Nak anak kita macam tu? Tak nak kan..

Ada jugak kisah terpencil yang mereka ni lelaki dan perempuan dah bercadang nak bernikah masa belajar dengan niat nak menjaga diri dari terlalai dan sebagainya. Tapi bila mana hasrat ini disampaikan kepada kedua-dua belah parents mereka dihalang dari bernikah awal. Alasannya mereka masih muda, takut ganggu pelajaran, nak bagi anak orang makan apa, banyak lagi tanggungjawab pada keluarga dan sebagainya. Memang akan terasa sedih bila halangan menuju ke sebuah hubungan yang diredhai Allah dihalang oleh mereka yang begitu rapat dengan diri kita. Tapi nak kata apa, mereka amat sayang pada anak-anak mereka dan mengharapkan anak ni mampu membela nasib mereka. Tak apa la, dua-dua pihak ada alasan yang kukuh di atas niat masing-masing. Tapi yang terasa pedih dan seksanya tetaplah kepada lelaki dan perempuan ini menanggung derita. Tapi mudah-mudahan Allah bagi kekuatan dan keredhaan jika mereka menjaga diri mereka sebaik mungkin. Kalau anda semua yakin dan rasa berani berhadapan dengan isu ini, silakan...

Akhir kata sebelum menghabiskan ayat-ayat terakhir, suka aku berkongsi satu doa yang diekstrak dari ayat suci al-Quran dalam surah Ali 'Imraan: 38 yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan".

Tak mau la aku letak doa mendapat jodoh yang baik, cari sendiri la ye..hehe. Apa pun, menjadi tanggungjawab pada kita mencari bakal isteri yang baik untuk diri kita sendiri. Sekali lagi nak diingatkan, pernikahan bukan sahaja sekadar menyalurkah keinginan nafsu semata-mata tapi sebagai pelengkap hidup beragama dan mencari redha Allah di bumiNya yang punya pelbagai ujian di hadapan kelak. Semoga kita semua mendapat keberkatan daripada usaha kita mencari seorang gadis yang menanti setia hadirnya seorang suami soleh di hadapan gerbang sebuah pernikahan.

Wallahua'lam.

p/s: Kepada kawan-kawan, tak payah la tanya aku tips-tips ke, atau bacaan-bacaan ke apa ke. Aku takkan bagi...hahaha! Bahaya korang semua ni...hehe..

30 September 2010

Kepada Orang N9, Minta Maaf Ye!!!!

Salam semua. Bulan Syawal tingaal sedikit je hari nak habis dan nak berlalu. Aku baru nak cerita tentang pengalaman aku meneliti orang-orang taman perumahan aku beraya. Memang pelik la setiap orang sambut raya kan? Asalkan tak menyusahkan orang lain dan diri sendiri, ikut la nak beraya macamana pun. Tapi yang terbaiknya raya la ikut sunnah Nabi Muhammad yang dah ceritakan segalanya macamana yang beraya dan dapat pahala. Bukan payah! Kepada sapa-sapa yang beraya tapi tak ikut sunnah Nabi kita, tak apa raya tahun depan ada lagi, itupun kalau dipanjangkan umur oleh Allah. Haa..raya haji ada lagi, boleh la apply la ye..cari kat internet macamana nak beraya ikut cara Nabi kita Muhammad Al-Musthofa..
Ni masa raya..kamera adik aku memang tak bagus langsung..huh
Apa yang aku nak highlight kat sini adalah berkenaan cara beraya satu keluarga yang agak dekat la rumah dia dengan rumah aku kat taman perumahan tu. Ni aku nak cerita sedikit tentang dia sebelum aku cerita macamana dia sekeluarga sambut raya. Orang ramai panggil dia 'Cik Iza' orang N9 (salah satu nama negeri di Malaysia) dan sekarang duduk setaman dengan aku. Dia kawin dengan orang Perak dan dah ada 4 orang anak. Wanita ni amatlah menyakitkan hati orang kalau kita berjumpa dengan dia. Korang tau, kali pertama dia datang rumah aku kan, dia siap melawat sampai ke dapur tau tak. Tanye orang rumah berapa harga peti sejuk ni, sofa ni beli kat mana, bilik ni bilik sape, siap usha bilik mak ayah aku tuh! Bayangkan macamana perangai orang macam tu..huhu...
Ni pun si Cik Iza tu nak komen gambar ni dapat dari mana, penyibuk! Lantak orang la kan?
Satu la kisah dia sebelum korang tau cerita bagaimana dia sambut raya nih. Dia ni datang rumah orang kan dia tanye benda ni harga berapa apa semua kan, jadi orang-orang taman ni kadang-kadang tu saja jelah datang rumah dia. Dia cerita apa korang tau, dia kata langsir rumah dia tu berharga.....cuba teka berapa? Cuba la teka. Dah teka? Ok, jawapannya dia kata harga langsir rumah dia tu satu set harga SERIBU RINGGIT!! Gila lah! Korang tak rasa gila ke harga macam tu? Kalau dia tipu la kan, memang dia tu jenis tak reti menipu, bodoh benor sape yang percaya. Adik aku pun tak percaya walaupun aku tanya adik aku 18X 6 pun dia tak tau  jawapannya. Kalau betul harga langsir tu banyak apa salahnya kan? Memang salah! Satu sebab mahal gila, membazir. Satu lagi buat apa langsir mahal kalau dia buat perangai macam dia buat di raya Aidilfitri yang mulia yang baru sudah ni!!

Jeng3!! Ok, sekarang ni aku cerita kenapa aku kata dia ni antara orang yang extraordinary punya bila sambut raya. Ok, cerita ni bermula di malam raya yang kedua. Suami isteri ni mula la kan malam raya kedua ni baru la nak datang bertandang raya rumah jiran-jiran bila dah dua hari melayan family dan kawan-kawan yang datang. Ada la dua tiga keluarga ni nak datang beraya rumah dia, rumah si N9 nih. Malam kat, so bila tengok dari jauh kita nampak la rumah dia terang-benderang lampu dibuka. Kita ni pun datang la, sampai depan rumah dia dan bila bagi salam je tetiba lampu dalam rumah tertutup. Ha, sudah. Kenapa pulak tutup lampu bila orang nak datang beraya nih? Lagi satu, kita yang kat luar ni nampak la orang selak langsir SERIBU dia tu, kita nampak kaki orang dari bawah lubang pintu tu. Ada orang usha kita yang kita di luar ni. Orang dalam rumah tak perasan ke orang nampak dia selak-selak langsir? Hai...tapi aku nak ingatkan pada korang, ni tak cukup ganas la. Baca lepas ni pulak.
Rumah aku di Taman Banting Baru
Raya kelima ke keenam kot, dia dan family dia datang rumah aku nak beraya. Nih, bawak anak beranak apa semua ni dan dia bawak mak mertua dia, si emak suaminya orang Perak tu. Tak apa la kan, dia nak beraya. Kita sambut dan raikan jelah mereka yang datang baik-baik ni. Maksud aku'baik-baik', mesti usha rumah aku sampai ke daput tengok ada tambah atau beli pape yang baru atau tak. Lantak la, orang macam tu dibiar jer. Tetiba dah sembang-sembang tu, masuklah cerita bab beraya-raya tahun tu. Korang tau, kami ni punya la terkejut bila dapat tau dia sebenarnya balik beraya di N9, bukan di Banting. Dia cerita la dia balik beraya dengan suami dan anak-anak di rumah maknya di N9. Abis tu, mak aku tanye la "Abis, mak cik ni (mak mertua dia) beraya kat mana?", Makcik tu jawab la dengan lembut, "Beraya mana lagi, sorang-sorang la mak cik raya kat sini Idah oii....". Whaaaaattttttt???!!!

Ya Allah, rupanya makcik tu ditinggalkan anak, menantu dan cucunya beraya seorang-seorang di Banting! Orang yang selak langsir tu mak cik (aku panggil opah la lepas ni, tua dah 70 tahun, tapi sihat lagi). tu rupanya. Haduhai, kesiannya dia. Mak aku tanya lagi, "Ya Allah, habis tu sorang-sorang la 4 5 hari raya kat sini? Kenapa Iza tak bawak sekali mak beraya di N9.....?". Si Iza nye senyum je buat muka tak bersalah. "Haah, mak cik tak beraya pun, kuih apa pun tak ada. Mak cik pun tak pergi sembahyang raya. Nangis je lah teringat kampung, teringat arwah suami, cucu". Waktu aku dengar cerita ni dari mak aku, aku beristighfar seketika. Tak percaya aku benda ni terjadi! Opah tu bukan sakit nak kene papah dan nak kene tukar lampin, sihat alhamdulillah! Boleh jaga cucu lagi! Kenapa bila raya sanggup anak-anaknya tinggalkan dia beraya keseorangan? Korang rasa apa yang layak kita gelar orang macam ni?
Abah dan Mak di pagi raya pertama
Abah ada kata kalau kita tau, nak je abah jemput dia beraya kat rumah kita kan 3 4 hari. Bukan apa, buat teman dia je dan ada orang kalau ada benda terjadi pada dia. Bagi korang la kan, sape salah? Bagi aku, anak kepada opah ni yang salah sebab tu mak dia, kenapa nak kene ikut cakap bini? Hm? Macam tu ke imam kepada keluarga? Itu nak jadi contoh kepada anak-anak dia yang masih kecil tu?

Ni dalaman rumah aku, simple saja.
Pengajarannya di sini, perkahwinan ni tak memutuskan tanggungjawab anak kepada mak ayah, lebih-lebih lagi kepada anak lelaki sebabnya mak ayah kita tu tanggungjawab kita sampai kita mati tau. Jangan semata-mata nak kawin kita membelakangkan mak ayah. Jangan sebab bini kita sanggup tolak mak ke belakang. Aku pun berdoa agar aku mampu menjaga hati dan kebajikan mak ayah aku sebaiknya sebelum aku nikah dan selepas nikah. Jadikan cerita ni sebagai pengajran kepada kita semua. Dan kepada orang N9, bukan aku nak kutuk orang sana tapi banyak ceritanya dari negeri itu yang mengamalkan keturunan melalui belah ibu. Dan kepada orang negeri lain, jaga la diri sendiri bukan hanya pada kesihatan, tapi dari segi keperibadian diri di hadapan mak ayah kita. Ingat, syurga berada di tapak kaki ibu.

Wallahua'lam.

p/s: kepada bakal zaujahku, jangan buat begini padaku dan pada ibuku ye..huhu.. aku mahu mati sebagai anak soleh insyaAllah.

Kes Datuk Sosilawati: Dari Orang Banting

Salam kepada semua yang sudi membaca penulisan aku selama ni. Sejak lepas raya dulu aku dah tak post pape kat blog ni, siap tukar alamat blog lagi. Ramai yang tertanye kenapa, aku pun tak ada sediakan alasan apa untuk bagi kat korang. Haha..tapi yang sekarang ni aku nak tulis balik sebabnya aku ni malas nak buat tutor dan assignment, so better aku berkongsi pendapat aku kat sini kan. Boleh jugak la aku cerita macam-macam pada korang semua. Betul tak? Dan untuk cerita kali ini, aku nak cerita tentang  kes pembunuhan paling kejam dalam sejarah Malaysia selepas kita mencapai kemerdekaan baru-baru ini: Kes Bunuh DATUK SOSILAWATI di Banting.


Ramai mereka yang dibunuh tapi mungkin kes mereka tidak dapat diselesaikan
Haa..aku orang Banting ni memang dapat macam-macam cerita yang mungkin orang lain tak tau la kan. Dan aku sendiri hadapi bagaimana dinginnya keadaan masyarakat yang ada Melayu, Cina dan India kat situ. Memang sangat-sangat tegang dan macam berbahaya. Dan yang bestnya, keadaan kononnya ramai yang tertangkap disebabkan cerita tu membuatkan raya tahun tu macam tak meriah je kat bandar Banting dan sekelilingnya. Hoho..memang seram la kan. Takut jadi pape je, jadi keganasan kaum macamame? Bergaduh India dan Melayu ke, macamane? Aku bukan nak kata aku ni racist ke apa tapi memang pernah terjadi kan? Kes 13 Mei 1969 ataupun kebangkitan komunis yang mengganas? Tu antara kejadian yang memang seram la di Malaysia ni.

Korang ingat tak dua lagi kes pembunuhan yang sangat kejam dan ganas di Malaysia sebelum ni? Kes Mona Fendy bunuh Datuk Mazlan dan kes pembunuhan Altantuya di Shah Alam. Aku terfikir tempat aku duduk je mesti ada kes bunuh yang dahsyat. Waktu aku duduk Shah Alam kes Altantuya, dan mase duduk Banting pulak kes Datuk Sosilawati pulak. Aku nak serta la benda yang aku tau. Korang tau tak peguam yang menjadi dalang di sebalik pembunuhan tu mempunyai orang bawahan seramai 300 orang yang terdiri daripada budak-budak bawah umur lagi. Dan kekayaan dia dah mencecah RM 100 juta orang kata, aku tak tau la betul ke tak. Kira nak kata bandar macam Banting tu pun orang boleh buat tempat orang jahat berkumpul untuk menjalankan kegiatan mereka yang sangat terpendam.

Manusia dengan selamba je dibunuh macam kita bunuh ayam

Dan ni aku dengar cerita dari orang yang bekerja di kilang depan dengan tempat pembunuhan tu. Tempat pembunuhan tu ditutup sekelilingnya dengan dinding zink macam orang bina bangunan tu. Kiranya tempat tu kalau apa jadi pun memang semua orang yang lintas pun tak tau apa yang jadi kat belakang. Tu yang memang  jadikan tempat reban ayam tu tempat strategik nak bunuh orang. Lagi satu, kawasan ladang ayam tu ada tempat air-cond tau. Sebab ape? Sebab tempat tu jadi tempat bos-bos kilang situ melampiaskan nafsu..korang paham-paham la. See..betapa teruknya tempat tu.

Dah la...aku takut pulak nak tulis panjang-panjang. Kalau salah ke information aku ni aku yang kene. Tapi aku dapat tau ni dari orang-orang yang berada di sekitar situ, tak tau la betul ke tak. Cuma aku nak katakan di sini masyarakat sekarang ni dah tak takut dan tak kesah nak deal dengan nyawa manusia. Korang sendiri tau kan macamana mereka yang jadi mangsa tu dibunuh dengan sangat kejam!! Dipukul, dibakar, dicurah air, dibakar lagi, dikerat, digantung dengan pencangkuk lembu, dicucuk dengan batang tajam. Aku tak bayangkan macamana mereka sanggup buat macam tu pada mereka yang semestinya merayu untuk dilepaskan. Sebabnya? WANG!! Semuanya kerana harta yang tak banyak, tak kira la mana-mana agama pun aku pasti perkara ni memang melampaui batas kemanusiaan.

Gambar PDRM menyiasat bukti-bukti yang ada

Jadi kepada kita semua, sama-sama la menjaga diri sendiri kerana kita semua berada dalam dunia yang dah tak selamat. Fikirkanlah kenapa manusia sekarang ni dah tak takut nak buat salah dan biasa sangat melanggar undang-undang? Adakah undang-undang negara kita terlalu longgar ataupun perlaksanaan undang-undang yang langsung tak kuat? Adakah rasuah memainkan peranan di sini? Kalau terlepas orang yang melakukan kesalahan, apa kita mampu? Sebab kita pun tak tau adakah undang-undang itu terlaksana dengan sebaiknya. Huhu...aku tak tau la macamana zaman akan datang nanti.

Wallahua'lam.

p/s: Ayat-ayat dalam post kali ni memang sedikit janggal sebab aku dah lama tak tulis post kat sini. Huhu..aku try improve untuk post-post aku yang seterusnya. InsyaAllah.

21 August 2010

Berbuka Puasa dengan PERDANA MENTERI???!!

Salam kepada semua. Dah lama tak update blog ni sebabnya waktu bulan puasa ni masa banyak je tapi banyak diluangkan untuk program dan jugak pelajaran. Biasa la tu kan..dugaan berpuasa, time puasa la keje banyak dan bertimbun-timbun. Tapi itu tak bermakna kita tak boleh luangkan masa untuk diri sendiri dan kepada ibadah kita sendiri kan. Hidup ni semua kene balance, sama ada untuk dunia dan juga untuk akhirat. Kalau tak, memang akan berkecamuk la hidup kita nanti.

Aku just nak berkongsi cerita tentang program berbuka puasa yang aku hadiri sepanjang minggu lepas. Tapi macam biasa la, kalau program-program macam ni aku banyak letak gambar je..senang, sebab gambar lebih mudah menceritakan daripada kata-kata..so, nothing to say anymore..let's take a look to my pictures!


Program Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya
19 Ogos 2010

Bertolak ke Putrajaya naik van BHEPP kul 1 tengahari
Aku penat giler la iron baju ni..hoho
Solat Zuhur+Asar kat Masjid Putra around 5-6 pm
Ni pintu utama Seri Perdana, Kediaman Rasmi PM Malaysia
Di ruang laman Seri Perdana bersebelahan Tasik Putrajaya
Duduk di meja makan, lagi sejam tu nak berbuka..huhu..dugaan
Bersembang cara korporat dengan hanif, padahal orang kampung jer..haha!
Ni menu malam tu..macam pelik jer. Makan kat PI lagi best!
Waktu dah malam, lepas berbuka ringan kami solat maghrib, lepas tu baru melantak habis-habisan
Meja VVIP, ala..buat apa nak bermegah-megah kan, ajak orang makan pun guna duit kerajaan
Ni background..duit kerajaan...
PM Malaysia. Beliau berucap tentang mahasiswa kot, tak beri perhatian sangat sebab lapar
Bergambar bersama YAB PM dan Menteri Pengajian Tinggi
Sekali lagi ditangkap gambar..glamor kot aku ni..ahaks!
Solat tarawikh bersama imam dari Arab daaa..
Bergambar di kereta golf PM punya..selamba!
Dapat souvenir ni..takkan baca punya la..haha!
So, aku tak ada la berasa bangga dengan jemputan tu, tapi tu lah kan kita ni nak merasa jugak jumpa dengan pemimpin kita walaupun kita tak da la sanjung dia. Tapi dia still pemimpin negara kita, tetap ada hormat pada dia. Cuma yang peliknya, hanif cakap aku bila dah diberi makan oleh PM ni dah bertukar jadi UMNO dah..hoho..sori...

17 August 2010

Jaket Budak Lelaki Kimia 3rd year, hebat!!!

Salam kepada semua. Entry kali ni pendek je, nak tunjuk gambar-gambar jaket yang aku cari kat tenet dan mungkin jugak korang suka la. Mungkin ada features yang boleh ditambah kepada design jaket kita nanti kan?

Walaupun canggih, tapi tak semua minat design yang sama. Payah jugak tu kan? Kalau boleh Hazman ko buat lawa-lawa, baru puas hati..hoho..

Amacam? Boleh tak? Macam power je kan, aku try suggest je tapi kalau korang ada design lain tak pelah. Aku terima je..haha!

14 August 2010

5 Jari Kita: Diri Kita

Salam kepada kawan-kawan sekalian. Hari ni baru ada mood nak tulis balik kat sini. Memang la kan, bulan puasa ni mem ang payah nak buat kerja-kerja berat ni. Tpi itu tak bermakna kita ni kene lembik dan tak bermaya je sepanjang hari. Kita kena cergas jugak, baru sihat! Tapi biasalah, nak lawan fitrah kita sebagai manusia ni yang makan, minum, bercakap dan sebagainya ni memang akan menjadi dugaan yang berat la..walaupun kepada ustaz sekalipun. Haha..

Apa yang aku nak kongsi bersama ni lebih kepada macam game la. Ok, kita main ye game ni, sekejap je. Ok, sekarang semua orang angkat salah satu tangan anda, lihat jari yang lima tu. Perhatikan elok-elok kelima-lima jari itu. Kemudian, cuba fikirkan jari mana yang mewakili diri anda? Jari kelinking? Jari manis? Jari hantu? Jari telunjuk? Atau the mother of the finger family: thumb@ibu jari? Haa..jari tu mewakili anda tu kononnya sebagai diri anda la berdasarkan nama jari masing-masing. Ok dah dapat? Jari yang mana satu? So, kat bawah ni adalah penerangan berkenaan jari pilihan anda:
Pilih jari anda-kelinking-manis-hantu-telunjuk-ibu jari

Jari Kelinking
Orang jari kelinking ni merupakan orang yang mereka ni jika ada masalah selalu berkongsi masalah tersebut dengan orang bawahan, etc. bos kepada anak buahnya, kakak kepada adiknya, ketua kepada orang bawahannya. Mereka percaya kepada mereka kerana mungkin la bagi aku ada some respect yang mereka gain dari mereka-mereka yang ada di bawah kita. So, mereka ni lebih selesa berkongsi masalah atau apa saja dengan mereka.

Jari Manis
Ala..kalau yang ni memang semua orang akan tau la kan. Mereka yang diwakilkan oleh jari manis adalah seseorang yang lebih cenderung untuk menceritakan masalah mereka kepada orang yang tersayang. Contoh mudah adalah suami kepada isteri atau sebaliknya. Contoh payah adalah pakwe kepada makwe dan sebaliknya. Tak bermakna orang-orang jari lain tak rapat dengan orang tersayang mereka tapi orang jari manis ni special sket. Kenapa orang pakai cincin kat jari manis kalau bertunang dan sebagainya? Sebab ada orang kata saraf periferi kat jari manis tu tersambung terus ke hati kita. Tak tau la tu..

Jari Hantu
Orang jari hantu disifatkan mereka yang self-oriented, atau orang yang stand dengan diri, kurang berkongsi dengan orang lain dan lebih banyak menyelesaikan masalah mereka bersendirian. Bukan mereka tak percaya pada orang lain, tapi mereka lebih percaya diri sendiri. Macam tulah kan. So, orang jari hantu ni bukan hantu, tapi mereka ni independant person i might say. Mereka ni selalunya confident dan kadang-kadang tu tak jaga sket kot hati orang (entah..ye ke?). Tapi bagi aku la kan, mereka ni tak ada tersisih dari masyarakat tapi mereka banyak kawan cuma kurang nak berkongsi dengan mereka yang di sisi. Kenapa? Tanya la diri sendiri.

Jari Telunjuk
Mereka ni aku boleh katakan sebagai mereka yang orang lain berkongsi masalah dengan mereka kot. Aku lupa dah apa adik usrah aku cakap tentang jari telunjuk ni. Huhu..tapi bagi aku la mereka ni more kepada mereka yang matang dan tenang dalam menyelesaikan masalah. Ala..aku lupa la point sebenar untuk orang jari telunjuk ni. Yang boleh dikatakan dengan orang jari ni mereka adalah jenis orang yang ada prinsip la kan. Teetap dengan apa yang mereka yakin dan apa yang mereka percaya. So, orang jari ni lebih kepada tertarik menjadi seorang ketua yang baik (Hong??).
Jari merupakan antara tempat di mana pakar psikologi membuat pertimbangan

Ibu Jari
Haa..mereka yang diwakilkan oleh jari yang menjadi ibu ni adalah jenis family-oriented yang membawa maksud mereka lebih kepada orang yang rapat dengan keluarga mereka terutamanya ibu atau ayah. So, segala masalah mereka lebih selesa berkongsi masalah tersebut dengan family, rasa lebih selesa dan selamat. Tapi bagi orang macam aku ni, mak abah ni adalah orang yang memang sempurna untuk dijadikan tempat mengadu kerana mereka orang yang memahami diri kita sangat-sangat. So, orang jenis ini akan fikir family mereka dulu sebelum membuat apa-apa keputusan atau apa-apa sahaja. Bukan jambu sebab asyik berkepit di bawah ketiak mak abah, tapi mereka ni lebih terasa terhutang budi dengan mak abah yang kita takkan mampu nak balas kebaikan mereka.

So, anda orang jari mana? Aku orang ibu jari, memang la ada sedikit sebanyak sama dengan diri aku. Aku dapat benda ni pun dari adik usrah aku masa kitorang sembang-sembang. Tapi kan, mungkin diri aku nak transform jadi orang jari manis kot. Huhu..dah nak dekat dah masa untuk memegang tanggungjawab baru: B**t*l M***im insyaAllah. Walau anda ni orang jari mana pun tapi yang penting adalah kita jagalah hubungan kita dengan mereka yang rapat dan hampir dengan kita kerana bila kita jaga hubungan kita dengan manusia (hablum minannas) ni, lebih mudah la kita jaga hubungan dengan Allah (hablum minallah) sebagai tempat kita melampiaskan doa, pengharapan dan segalanya padaNya yang Maha Mengasihi.

Wallahua'lam.