04 August 2010

Cerita Hantu di Asrama Aku!

Salam. Haha…aku tetiba je teringat nak menceritakan tentang kisah hantu di asrama sekolah. Puncanya adalah tetiba je malam tadi aku teringat kisah-kisah hantu ni masa aku duduk sorang-sorang dalam bilik. Seram jugak dibuatnya aku…huhu. Kepada sesiapa yang duduk kat asrama masa sekolah menengah dulu mesti ada kisah-kisah seram yang diceritakan turun temurun daripada senior. Aku pun masa form 1 dulu pun siap ada lagi abang senior bilik aku yang cerita semua cerita hantu yang dia tau kepada aku supaya lepas aku dah jadi senior aku boleh cerita balik kepada junior. Ntah pape! Haha..tapi jangan main-main sangat tau, kadang-kadang benda yang diceritakan ni ada kemungkinannya. Kalau tak mana datangnya cerita-cerita macam ni? Haaa…betul jugak kan? Sebabnya aku sendiri pun mengalami pengalaman seram jugak kat asrama, aaarrrgggghhhh!
Ni la pintu masuk sekolah dan pintu ke alam misteri asrama..oouuuuww...
KISAH 1 : BILIK PREP
Kisah ni berlaku 4 tahun sebelum aku masuk ke sekolah tu tahun 2002. Ada budak ni form 4 tak silap aku dia terjaga dari tidur pukul 3 pagi. Memang malam tu dia dah tidur awal sebab dia penat baru balik dari Kuantan dan berhasrat nak study la awal pagi. Time tu pagi Ahad dan tak ramai di sekolah sebab ramai yang balik. Jadi dia pun lepas bangun tu ambil la buku apa semua dan dia pun pergi la ke bilik prep yang berada di blok bertentangan. Dia tengok bilik tu gelap, maklumlah tak ramai orang kat asrama, lagipun dah pukul 3. Dia tak kesah la sebab hari Isnin dah ada ujian dan dia pun tak study apa-apa lagi. Melangkah la dia keseorangan ke bilik prep asrama sekolah aku tu.

Bila dia dah masuk bilik tu dia bukak la lampu dan kipas. Terang benderang bilik tu so dia pun tak ada la risau sangat. Dia amik tempat kat meja yang diletakkan di tepi tingkap menghadap ke tanah lapang. Sedap sket study kat situ, angin pun masuk je. Dia pun study la penuh khusyuk..yelah kul 3 kan, memang boleh concentrate la pada apa yang dibaca. Tetiba je dia tengok dari luar tingkap, ada pak cik ni tolak motorsikal betul-betul dekat beranda belakang. La..pak guard rupanya, siap pakai baju biru lagi. Dia ingatkan siapa kan pagi-pagi buta ni tolak motor kat beranda asrama, nasib baik lagi. Pak cik tu tak ada la tegur dia sebab dia tengah study kan. Tak apa la, dia pun terus la baca buku dia tu lepas pak cik tu melintasi dia. Tetiba dia terfikir. Ehhh????!!!!

Bukan bilik prep ni kat tingkat 1 ke?!! Macamane pak cik tu boleh tolak motorsikal kat beranda belakang tingkat 1??!! Dia tersentak, dia memandang ke depan. Dia nak menoleh, tapi..dia takut. Ke tadi tu cuma bayangan dia je? Takkan la bayangan! Dia betul-betul perasan pak cik tu tadi lintas sebelah dia! Dia yakin yang dia perasan pak cik tu tadi..dah dia pun menoleh untuk mendapatkan kepastian apa yang dia nampak. Toleh je dia nampak……. Warrgghhh!!! Tak tau la apa dia nampak. Kawan-kawan jumpa dia pengsan seorang diri dalam bilik prep tu waktu subuh. Ada yang kata bila dia toleh je pak cik tu betul-betul dah ada belakang dia, dalam bilik prep tu! Tu yang dia pengsan tu. Aku tak tau la macamane kan, sebab aku pun dengar cerita dari senior aku tu. Tapi mungkin ada kebenarannya.
Ni bangunan asrama sekolah aku..beranda belakang tu la tempat ni terjadi..
 So, itu salah satu dari cerita hantu@seram yang aku ada. Tapi kalau korang baca je mungkin feeling seramnya tu kurang la sket kan. Kalau korang dengar aku cerita ke, atau korang tengok sendiri ke cerita hantu, tu memang confirm seram la kan. Tapi..kalau korang sendiri yang  melaluinya….tu lagi seram… Korang semua, cuba toleh ke belakang, apa belakang korang sekarang?!! PAK GUARD sedang memerhati!!!

Persatuan: Boleh Jadi Gila??!!

Salam kepada semua yang sudi luangkan masa baca entry aku kali ni. Kali ini aku nak menceritakan sedikit sebanyak berkenaan dengan kehidupan kita sebagai pelajar universiti dah persatuan. Tapi aku akan lebih menceritakan tentang diri aku la kan. Yelah, bagi aku semua yang kat sini semuanya aktif-aktif belaka dengan persatuan masing-masing. Mesti korang semua selalu ditimpa pelbagai masalah sepanjang korang join persatuan tu atau organise program tu kan. Kebanyakannya akan hadapi semua tu dan selalunya memang tension la kalau masalah tu timbul dan bukan sebab kita kan? Haha, rasa nak tumbuk je orang yang buat masalah tu..tapi standard la, mana ada orang organise program tak ada masalah. Tu robot la tu...
Semua orang kene beri kerjasama dalam menjalankan sesuatu program, betul tak?
Macam aku, aku lebih sibukkan diri dalam dua persatuan kat USM ni. Satu Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUSMKKJ) dan satu lagi Future Engineer Colloquium (FEC). Dalam PMIUSMKKJ aku jadi ketua Exco Kebajikan dan dalam FEC jadi ahli biasa je. Jawatan yang kita pikul tu kadang-kadang berat jugak kan. Walaupun dalam FEC aku jadi ahli biasa je, tapi bila jalankan program ada je orang bagi aku jadi ketua biro pelaksana. Yang aku nak komen sket ni kan, kalau seseorang tu memang boleh buat kerja tu, dia akan diberi kerja tu je. Macam ex-roommate aku, dari dulu sampai sekarang asyik jadi ketua AJK Teknikal je. Bukan apa, cuma kelebihan dari dia buat kerja tu tak distribute pada orang lain sebab setiap kali program je dia jadi AJK tu. Cuba bagi orang lain pulak kan, baru la orang lain pun dapat rasa macamane peritnya buat kerja tu kan.
Ni masa aku dan Anep jadi formatter untuk Format PC Day PMIUSMKKJ
Yang aku dapat gambarkan dari pengalaman aku deal as ketua Exco Kebajikan PMI ni, aku dapat gambaran bahawa perkara yang paling susah sekali nak control adalah orang di bawah kita, atau seperti kata bekas PM kita, Pak Lah orang yang bekerja dengan kita ni. Cukup payah, sebabnya mereka ni macam sekadar orang yang ada semasa meeting dan buat kerja ape-ape yang senang je. Kenapa ketua exco yang tempah dewan, kenapa timbalan ketua exco yang kene tempah makanan? Sepatutnya benda tu orang bawah yang buat kan. Kita as ketua just pantau sebab kita dah ada pengalaman buat kerja tu. So why not orang lain pulak yang diberikan tugas-tugas macam tu? Tu satu perkara yang payah nak ubah dan salah satu puncanya adalah kita susah nak percaya orang buat kerja tu dengan baik kan? Punca kepada punca tu adalah orang bawahan kita tu buat kerja bertangguh atau kerja sekadar batuk di tangga je. Sapa tak risau kan?

Ni masa program FEC sem lepas..letih giler la program ni...
Satu lagi yang aku nak bagi pandangan adalah meeting yang diadakan tidak seperti straight to the point. Memang ni merupakan satu masalah. Masalah pertama adalah ketidaktepatan semua ahli mesyuarat berkumpul. Ini akan drag masa meeting tu lebih lama dan mesti ada hati yang tak puas hati sebab orang lain lambat (yang selalu lambat adalah dari pihak muslimin la kan). Aku tak kata ni masalah PMI atau FEC tapi ni generally la berlaku dalam setiap meeting yang aku conduct atau yang aku join. Satu lagi, perkara yang boleh settle kat luar meeting pun nak dibangkitkan ke dalam meeting. Ni jugak memberikan impak negatif kepada meeting tu. Dah jadi tak efektif la sebab benda yang kurang penting menjadi isu hangat dalam meeting yang sebenarnya membincangkan benda lain. So, pihak pengerusi meeting (pengarah atau ketua exco) sepatutnya lebih alert tentang perkara yang nak dibincangkan, jangan dibiarkan sampai melalut.

Dalam kita membincangkan bab hubungan dua hala antara pihak muslimin dan muslimat dalam menjalankan program, ini aku dapat lihat ada masalah di situ. Mungkin disebabkan rasa malu yang menebal (buat-buat jambu) oleh pihak muslimin bila berkomunikasi dengan muslimat ni yang buat apa-apa yang nak disampaikan tak sempurna. Kenapa perlu malu yang amat sangat bila kita melakukan sesuatu benda yang baik? Kenapa perlu berubah sikap bila duduk setentang dengan kaum hawa? Hoho..kita tak ada nya rugi kalau kita tunjukkan sikap sebenar kita. Itu membuatkan mereka yang bekerja dengan kita lebih memahami diri kita dan bagaimana kita bekerja. Jadi jauhkan sikap hipokrit dan semai sifat yakin dengan penampilan diri sendiri. Ini akan meningkatkan produksi dan usaha kita bila menjalankan sesuatu aktiviti.

Seharusnya sesuatu yang kita planning tu perlulah dilakukan dengan tepat dan tenang. Ada satu program tu aku buat dengan FEC untuk jamuan buka puasa di Pusat Islam. Pergh, memang cukup menyeksakan la dengan karenah birokrasi pihak atasan, dengan masalah mereka yang menumpang nama je, dan dengan kita sendiri yang kelam kabut buat kerja. Cukup tension time tu, dah la kita puasa kan, dah tu buat kerja dari pagi sampai malam tak henti-henti. Memang rasa nak pengsan je. Tapi yang lebih sakit hati ni bila orang yang menumpang nama tu siap komplen lagi ni tak sempurna la, tu tak betul la. Ini mendatangkan marah! Tapi tak ape, benda dah lepas. Pengajarannya di sini adalah kalau buat kerja tu planning kene betul dan lengkap. Dan mulakan gerak kerja lebih awal agar jika timbul masalah di pertengahan perlaksanaan, benda tu masih boleh ditangani lagi sebaiknya.
Ni MT Chemical Night 2010..mantap ar Fakhrul!
So, tulah antara benda yang aku nak garap bila menceritakan tentang kerja dalam persatuan. Masalahnya adalah kita ni manusia dan kita memang akan buat kesalahan  dan payah nak menerima kesalahan orang lain. Aku terfikir why not sebelum kita menjalankan gerak kerja kita cuba terapkan Rukun Usrah ke dalamnya? Aku tak nafikan kita takkan dapat nak capai objektif rukun usrah dalam masa seminggu lebih sebelum program berlansung. Tapi kalau tak dapat semua kenapa nak tinggalkan terus? Konsep Taaruf memang akan membuatkan kita faham orang tu dari luaran, cara dia berkomunikasi, cara dia react dengan soalan ataupun masalah dan sebagainya. Dan bila dah kenal, kita akan faham diri dia dengan konsep Tafahhum. Yang ini kita dapat terap bila kita bagi task pada dia, adakan dia ni buat kerja on the dot atau jenis berlengah-lengah. Dan akan menyusullah konsep Takaful selepas tiba masanya hari program tu. 

Kesejukkan lepas mandii sungai Sedim time Program Aluan Siswa FEC
Konsep ini aku just go through je la kan, tak ada la aku dah kaji apa semua. Tapi kalau aku diberikan program lagi lepas ni, aku akan cuba asimilasikan konsep ni kepada orang yang bekerja dengan aku. Mana tau apa yang kita buat akan mencapai sasarannya dan objektif yang kita nak sampaikan akan lebih sempurna. InsyaAllah.

Wallahua’lam.

31 July 2010

Berhabis Duit untuk 3 buah Buku!

Salam kepada kawan-kawan sekalian. Aku ni kalau boleh semua aku nak cerita kepada anda semua. Hoho..kali ini aku nak cerita tentang buku-buku yang aku baru je beli minggu lepas kat POPULAR Sunway Carnival dan kat kedai buku Koperasi USM. Bukan apa, dah ada duit biasiswa ni beli la kan buku untuk bacaan di waktu lapang. Takkan nak baca buku Process Control, gila dibuatnya nanti! Ha..buku aku tiga-tiga berkenaan sejarah dunia la. Macam tahun lepas aku beli buku banyak tentang soal jawab masalah Fikah, kali ni beli yang lain la pulak. Baru la banyak koleksi buku aku..haha! Aku kadang-kadang tu tengok koleksi buku yang aku ada, aku tersenyum kambing keseorangan. Banyaknya buku yang aku ada..haha, nak riak pun ada. Hm3!!! Tapi masalahnya banyak gila lagi buku yang aku tak habis baca..huhu..malunya...

Berbalik kepada tiga buku yang baru je aku beli tu, aku rasa memang bacaannya agak berat untuk didigest dalam kepala engineer macam aku nih. Faham-faham jelah..otak engineer ni mane boleh ayat-ayat sangat, ngantuk! Kalau ada nombor-nombor ni takpelah kan, boleh jugak dikira-kira..kurang la mengantuknya ye tak? Ok2..buku yang aku beli tu adalah seperti yang di bawah:

Penulis: Muhammad Alexander@Wisnu Sasongko
Bil Muka Surat: 564 muka surat
Harga: RM31.50
 Buku ni aku dah abis baca..huhu..betul la Anep kata yang aku ni cepat sangat membacanya. Bukan apa, sebelum ni tak ada apa nak buat so
 kita baca la buku yang ada kan. Tapi aku baca pun macam tak proper je. Kene baca lagi sekali la ni.

Buku ni best jugak. Banyak cerita dalam buku ni berasaskan bukti dari Al-Quran dan Kitab-Kitab Bani Israel dan rekod sejarah. Tapi bagi aku ni adalah hasil dari kajian penulis sendiri sebab kalau korang baca, penulis ni memang menjuruskan Yakjuj Makjuj ni kepada satu bangsa yang amat besar iaitu bangsa Scythian. Nak tau lagi baca la sendiri buku ni.


 Penulis: Muhammad Alexander@Wisnu Sasongko
Bil Muka Surat: 730 muka surat
Harga: RM35.00
Yang ni aku tengah baca, menarik! Ia ditulis untuk sambung apa yang dibincangkan oleh masyarakat sekarang ttg siapa Zulqarnain. Tapi, penulis ni memang dari awal menyokong Alexander The Great sebagai Zurqarnain Qurani.
Kepada yang nak compare buku ni dengan satu lg buku bertajuk "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain", so boleh je pinjam dari aku. Tapi lepas baca buku ni, aku rasa buku ni dah menjawab persoalan yang dikaitkan dalam buku BIBZ tu. Kira buku aku ni agak lengkap la (padahal sebab buku ni mahal..haha)!



Penulis: Hepi Andi Bastoni
Bil Muka Surat: 130 muka surat
Harga: RM15.00
Yang ni kalau sape-sape yang selalu pegi kedai buku mesti penah tengok buku ni. Aku dah beli tapi tak baca lagi. Tapi aku go through memang buku ni menggunakan fakta cerita dari dua tokoh ini untuk mengolahkan point sebagai macam buku motivasi la.

Banyak diutarakan bagaimana tindakan yang diambil oleh kedua khalifah ini dalam menghadapi pelbagai situasi. Baik untuk bacaan ringan pada masa hati tu goyah sedikit..eceh2...


Haa..tulah buku-buku yang aku beli semester ni selain dari buku teks utk subjek sem ni. So harapannya agar aku tak ada la membazir beli buku mahal-mahal kalau aku tak membacanya dan mengambil pengajaran daripada hail tulisan dalam buku ni kan. So kepada sape-sape yang berminat nak pinjam ke buku ni dipersilakanlah tapi dengan satu syarat. Lepas pinjam kene pulangkan balik dan kalau korang ada buku yang menarik aku pun nak pinjam jugak.

Kalau la lepas ni aku dah kerja dan duduk rumah sendiri kan, aku nak bukak satu mini library la dalam bilik study aku nanti. Kat situ la tempat kami anak dan isteri duduk bersama membincangkan berkenaan akademik dan ilmu-macam gini. Bukan apa, rata-rata masyarakat Malaysia ni tak ramai yang membaca. Apa salahnya kan kalau tengah tunggu bas ke, berehat sebentar waktu rest ke, waktu cuti ke kita penuhkan masa dengan membaca, walaupun baca novel sekalipun kan. Ni tidak, dikutuknya pulak orang yang membaca novel tu bapuk. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara dan antaranya adalah waktu lapang sebelum sampai waktu sempit kan? Haa...jadi penuhkanlah masa lapang dengan perkara berfaedah.


Antara buku-buku yang aku ada..tak kira lagi yang dalam kotak lagi tu!

Jadi di kesempatan ini aku nak kempen la pada kawan-kawan sekalian banyakkanlah membaca dan jadikannya amalan yang sihat. Bukan dengan bersukan je yang penting tapi ilmu jugak penting sebagai makanan minda. Sebab dengan membaca kita akan dapat ilmu dan orang yang mencari ilmu adalah orang yang dikasihi Allah s.w.t dan diberkati olehNya. InsyaAllah...

Wallahua'lam.

2 Minggu Tanpa Entry Baru

Salam kepada pembaca-pembaca semua yang still bertanyakan bila aku nak update blog aku ni. Aku pun bukan sengaja tau tak mau nak update blog ni, tp tulah aku pun tak tau kenapa aku tak boleh masuk main page blogspot. Tu yang tak boleh update tu. Tapi sekarang dah boleh dah. Alhamdulillah.....

Dalam masa 2 minggu aku tak update ni banyak la cerita yang aku nak cerita tapi dah tak jadi semangat nak cerita sebab dah lama sangat benda tu berlaku. Cerita aku pegi Pangkor, aku pegi induk, belajar macamane, jumpa PA, dan sebagainya. Bagi aku benda tu macam best je untuk diceritakan kan? Tapi tulah, dah tak jadi semangat dah. Huhu...aku pun tak tau kenapa aku tak ada semangat sekarang ni nak tulis entry. Mungkin aku perlukan masa untuk memanaskan badan sebelum kembali menulis blog ni. Susah tau tulis blog, kadang-kadang dekat 1 jam duduk je depan laptop menaip entry yang kalau orang baca tak sampai 5 minit. Huhu..so mungkin entry aku 2 3 lepas ni boring kot...


Tapi aku rasanya nak tulis la sket kan tentang hubungan kita sesama kawan-kawan ni. Secara amnya kita ni banyak kawan, banyak kenalan di sekeliling kita setiap hari. Dan kawan tu lah kita bergurau, kita buat kerja sama-sama. Dan memang semua orang tak dapat nafikan yang kawan-kawan ni lah yang banyak mempengaruhi kita sejak dari kita budak-budak lagi. Kadang-kadang tu kita akan mendahului kawan dalam kita memikirkan sesuatu masalah. Dan sudah semestinya kawan ni amat-amat mempengaruhi kita dalam perhubungan kita pada Allah. Ada kata-kata hikmah kot yang kata siapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi dia akan mendapat wanginya minyak tu. Macam tulah. Kawan ni cermin kita dan dia akan menjadi tempat kita menilai diri kita.

Hai..aku tak taulah. Aku harap kawan-kawan aku sepanjang aku di kampus ni dirahmati Allah sentiasa. Dan dengan mereka yang menjadi tempat aku bersandar badan dalam menempuh dugaan dalam dunia alam remaja ni, wahai kawan-kawan aku...pandulah diri aku sebaiknya kerana kamu semua sahabatku...kamu semua adalah saudaraku..dan semua orang mukmin itu bersaudara.

Pendek je entry aku, maaflah.

Wallahua'lam.

13 July 2010

Belajar Memang Susah

Salam kepada semua.

Hari ni memang la macam seram bulu roma aku sebab hari ni kami diperkenalkan dengan 3 lagi subjek yang diambil semester ni. Dan sememangnya bila dah masuk ke next level ni selalunya akan menjadi lebih sukar dan mencabar. Tak tau la macamana nak survive semester ni. Tapi aku harap aku boleh catch up la course ni, dah tak nak main-main dah. Yelah, masa untuk menceburi alam pekerjaan dan semakin hampir tapi aku rasa diri aku ni banyak lagi kekurangan yang perlu ditampung supaya boleh menghadapi masa depan. Tak tau lah tu...kalau sape yang sini course sama dengan aku tak payah baca la. Boring entry kali ni..

Haa..berbalik kepada cerita course yang aku kene amik semester ni, memang nampaknya sangat la payah. Sebabnya apa yang kami akan belajar sepanjang semester ni merupakan real punya kejuruteraan kimia lah boleh dikatakan. Yang pertama dinamakan Kawalan Dinamik dan Proses atau dalam bahasa omputihnya Process Dynamics and Control yang separuh yang awal diajar oleh Prof Madya Dr. Norashid. Ia berkenaan bagaimana kita memanipulasi condition sesuatu process supaya profitable dan sebagainya. Macam Mass dan Energy Balance la kot kan. Orang kata paper yang ni memang sepayah-payah paper la kat dunia ni. Dan aku selak sket-sket buku teks pun memang beremang bulu roma aku dibuatnya. Nak cakap sekarang pun tak berani lagi sebab tak belajar ape lagi. Betul la kata Dr., tu semua tu persepsi kita je nak kata susah ke senang. Course 4 unit kene lagi effort lebih kan. Betul tu Dr., saya akan belajar elok-elok.

Kemudian, satu course lagi namanya Proses Pemisahan atau Separation Process yang 7 minggu pertama oleh Dr. Lim Jit Kang. Dr. Jit Kang ni orangnya bagi aku la kan terlalu yakin pada dirinya dan expect students dia boleh jadi sebagus dia. Dia ni genius la, memang payah sket nak ikut step dia. Yang sadisnya group assignment yang dibagi, fuh..sungguh mengharukan la. Option untuk marking memang membunuh punya la. Macam dah duduk di hujung pedang je rasanya. Hope aku boleh follow dan tak segan untuk menjawab soalan dan bertanyakan soalan kepadanya la. Itu sebagai satu usaha yang aku rasa perlu la untuk advance dalam course ni. Sebab dengan kefahaman pada perkara yang kita tak faham memang sesuatu yang betul-betul penting. So, i need to train myself to speak english all the time.

Yang ketiga adalah Kejuruteraan dan Pengurusan Persekitaran atau Environmental Engineering and Management oleh Dr. Suzylawati yang kali pertama mengajar di USM. Selamat datang diucapkan dan terima kasih la sudi ajar saya ya. Aku penah je buat program dengan dia mase program Cemerlang USM bersama Anak Desa semester lepas. Ok la cara penyampaian dia. Lain dari yang lain la dan boleh menambahkan minat nak belajar. Dia seperti orang yang semangat je nak mengajar. Dia pun memang dah ada pengalaman jadi environmental engineer sebelum dia join USM. Ok la kan. Course ni pun macam ok je walaupun 4 unit kan. Boleh la kan, cuma jangan malas-malas je nak belajar. Aku mesti boleh!

Ganbatte!

Aku nak study dah..hahaha!

Salam

Setitik Mutiara Kebenaran

Salam diucapkan kepada semua.

Dalam hidup kita yang disirami hanyir kepalsuan pelbagai ideologi yang menyesatkan, kita berhadapan dengan kesukaran mendapatkan kebenaran sebuah fakta. Maksud aku, dalam satu perkara kononnya, kita tak dapat mengesahkan sama ada ianya betul atau salah. Semudah itu, tapi dunia sekarang ni membuatkan kita tertanya-tanya bagaimanakah cara yang paling mudah untuk menghuraikan masalah yang sebegini.

Semalam sedang aku dan budak-budak ni membeli belah buku teks kat kedai buku sebelah library tu terbuka la cerita tentang fakta adakah Iskandar Zulkarnain tu Alexander The Great raja dari Macedonia tu. Mulanya aku ngan kecik la tengok buku Iskandar bukan Zulkarnain. Kecik cakap dia dah beli dan yang menariknya ada pulak sebuah buku lain yang bertajuk Iskandar adalah Alexender tuh. Kira macam kontra la kan dari buku yang satu lagi tu. Kenapa jadi macam ni ye? Bagi aku la kan, tak ada atau kurangnya cendiakawan Islam sekarang ni yang begitu teliti untuk mengkaji sejarah yang ada disebut dalam Al-Quran.
Sebabnya kebanyakan sejarah dunia di Eropah adalah dikaji sendiri oleh orang mereka walaupun ada cebisan-cebisan dari sejarah tu berkenaan dengan dunia Islam. Kenapa kita perlu bergantung kepada maklumat-maklumat dari orang kafir walaupun kita tau mereka akan mengambil kesempatan mengeksploitasi maklumat tersebut untuk menunjukkan mereka kuat dan gagah? Ini memberikan mereka kredit yang kononnya membuatkan mereka lebih tinggi darjatnya berbanding kita.

Satu lagi yang mungkin menjadi isunya adalah kita dah terlalu lama dijajah oleh penjajah sama ada dari Eropah mahupun dari Asia sendiri. Lihat la sebelum kemasukan penjajah Portugis ke dalam Kesultanan Melayu Melaka lagi, walaupun dah hampir 1000 tahun kita dipengaruhi oleh Hindu dan Buddha kita masih tidak mampu untuk membuang amalan mereka. Kata Ustaz Ismail Kamus dalam satu ceramahnya, kita orang melayu ni berjaya memeluk Islam dan membawanya ke dalam diri tapi kita tak mampu lagi nak buang adat Hindu seperti bersanding dan sebagainya dari kehidupan kita. Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian kerana adat yang kita ikut itu adalah adat dari keagamaan yang lain, yang bukan Islam.
Kerana konsep ini, dengan kehadiran penjajah moden dari Eropah, diselaputi pendidikan secara barat memang kita hanya disuap lembut dengan ilmu-ilmu serta maklumat dari barat. Bukan nak kata ilmu mereka itu tipu dan tak berguna tapi setidak-tidaknya kita ni perlu mempunyai tingkatan penguasaan ilmu setaraf atau lebih tinggi supaya kita mampu membela nasib diri kita sendiri. Penguasaan ilmu tidak semata-mata di buku-buku atau penulisan yang bersifat pendapat individu tetapi penerapan nilai Islam dalam pengalaman mencari ilmu itu lebih bernilai.

Apa guna mencari ilmu dunia sedangkan bekalan ke akhirat diabaikan? Ingat di dalam sirah ada seorang hamba Allah merantau dari negeri yang jauh dalam 8 hari perjalanan ke bumi Rasulullah s.a.w semata-semata untuk bertanyakan 2 soalan kepada baginda Rasulullah s.a.w. Kerana apa beliau bertindak sedemikian? Kerana pencarian kebenaran tidak akan berakhir sehingga kita betul-betul puas dalam mencari fakta yang diingini. Di akhirnya, Rasulullah memberikan satu jawapan kepada kedua-dua soalan sahabat Nabi itu dan dia tergolong di dalam orang-orang yang dikasihi Allah s.w.t.
Semoga kita mampu untuk mengubah persepsi kita dalam menuntut ilmu dan ingatlah kita hidup di dunia ini bukan sekadar mengejar kesenangan hidup di dunia tetapi ada amanah yang Allah sandarkan kepada kita makhluknya khalifah di bumi sementara ini.

Wallahu a'lam.

11 July 2010

Pengawas: Bukan Kerja Mudah

Salam buat kawan-kawan sekalian.

Aku terharu jugak la ada kawan-kawan yang bagi komen yang menarik bila dah baca blog aku yang ntah pape ni. Memang la kalau orang baca mesti mereka pelik sket, sebab banyak entry yang aku tulis ni berkenaan diri aku. Yelah, dah blog aku kan, xkan nak tulis tentang Mulan Jameela pulak. Tapi tulah, dah jadi resam kot kat diri aku ni nak menceritakan apa yang aku nak cerita pada orang lain. Kalau kat sekolah dulu aku banyak cerita pada kawan-kawan bilik tapi bila dah di universiti ni aku ambil inisiatif meng'softcopy'kan cerita aku ni biar aku sendiri boleh baca balik. Best jugak baca tulisan sendiri, macam baca tentang diri orang lain pulak.

Entry aku kali ni adalah berkenaan dengan satu jawatan yang dianggap penting oleh pihak pengurusan sekolah tapi amat dibenci oleh ramai pelajar-pelajar terutamanya di sekolah menengah berasrama. Ada yang bagi gelaran jipang la, kaki report la, bangsat jalanan la, hamba cikgu la macam-macam. Tapi apa pun panggilannya, orang yang melalui pengalaman bertugas sebagai pengawas sekolah atau asrama ni sangat lah sukar nak hidup dalam dunia persekolahan. Bukan apa, selain dari tekanan tugas yang diamanahkan, pengawas berdepan dengan apa yang pakar panggil sebagai occupational hazards; iaitu keadaan yang membahayakan yang datang selari dengan tugas yang diberikan. So, kalau korang pernah la jadi pelajar biasa di sekolah, tak banyak sedikit mesti ada rasa jelik kat pengawas-pengawas ni kan. Kuat sangat mengampu cikgu!

Aku ni termasuklah golongan pengawas yang selalu la mengalami pelbagai kesulitan dalam menjalankan tanggungjawab tu. Aku dan adik beradik aku yang lain memang tak lepas dari jadi pengawas. Tiap tahun macam tu sejak dari sekolah rendah lagi. Aku kat sekolah menengah start jadi pengawas masa form 3. Sekolah aku walaupun ada asrama, kami tak ada pengawas asrama sebab pengawas sekolah juga adalah pengawas asrama. Kiranya ada satu badan pengawas je lah kat sekolah aku. Aku time tu diserapkan masuk dalam biro kebajikan badan pengawas. Kiranya tugas aku secara amnya adalah menjaga kebajikan pelajar, tapi tugas spesifik aku adalah menjaga bilik sakit yang ada kat asrama putera la. Jaga bilik sakit ni kiranya kene kemas bilik sakit, jaga ubat-ubatan, jaga budak sakit, segala macam lagi lah kan. Ingat senang ke, dalam 300 orang pelajar lelaki tu ada 300 jenis ragam yang aku kene deal satu-satu tau tak.

Ni gambar kelas aku masa form 5. Yang lelaki pakai baju melayu sebab hari jumaat.
Kalau perasan name tag aku warna biru muda menandakan aku pengawas.

Ni gambar ketua biro mase aku form 5, mantap tuh!
Ni bukti gambar aku bersama dengan MPP USM Induk sekarang, Saudara Faiz Omar

Ni nak cerita sket tugas aku la selaku pengawas kebajikan. Tiap malam lepas solat maghrib berjemaah di surau (semua pelajar wajib ke surau solat berjemaah tiap waktu), aku akan ke blok asrama untuk menjalankan tugas aku. Tugas aku adalah untuk cek setiap dorm tutup lampu dan kipas atau tak. Kalau tak tutup kene denda, dan duit dendaan tu akan digunakan untuk beli ubat. Aku jugak kene cek paip di bilik air tertutup atau tak. Selain itu, aku jugak adalah orang yang akan dicari sekiranya ada pelajar yang demam atau tak sihat ke. Semua tu kadang-kadang aku buat sorang-sorang tau tak. Memang letih la. Ada satu malam tu tengah aku cek bilik tingkat atas, tetiba je aku terdengar bunyi budak2..memang seram la kan. Tulah cabaran kalau jadi pengawas kebajikan. Kadang-kadang tu jugak ada pelajar yang bersembunyi dalam bilik tak mau nak ke surau solat. So, aku kene amik nama la, pastu mula aku dilabel macam-macam. Dia yang buat salah kita pulak yang kene kan?

Gambar batch kami dengan cikgu Rosli sebelum dia pindah Kelantan.
Memang kami rapat sangat dengan dia

Ni antara pengalaman aku jadi pengawas masa form 3 la. Warden yang menjadi pemantau kami adalah cikgu Rosli yang ajar fizik, baik orangnya dan tak kurang jugak sifat peramah dan tegasnya. -----"Ekk?" Hehe,,trademark dia ni. Memang kalau pasal ubat habis je atau ada pelajar sakit kene ke hospital ke, dia la tempat rujukan aku. Memang aku dengan dia rapat sejak form 2 lagi sebenarnya. Aku dah banyak lupa dah kenangan jadi pengawas masa form 3 sebab masa form 4 aku jadi setiausaha pengawas dan form 5 aku jadi ketua pengawas. Hahahaha! Aku pun tak sangka aku jadi ketua pengawas. Tapi pengalaman aku jadi pengawas masa form 4 dan form 5 segan la nak tulis kat sini, malu..hehe.. Ada tentang cinta, ada tentang buli ada yang menggembirakan. Tapi still aku ingat dan akan ingat sampai bila-bila.

Ni gambar pengawas sekolah aku tahun 2009 kot.
Aku tinggalkan mereka masa mereka form 2

Bila dan masuk dunia universiti ni, memang aku teringat sangat zaman sekolah dulu. Kenangan yang pahit pun dah berubah menjadi kenangan manis semuanya. Dengan aku punya tilam terbangnya, dengan locker dipecahnya tu suma dah jadi asam garam mereka yang bergelar pengawas. Tak tau la kan kalau sekarang ni budak-budak asrama makin baik, tapi memang la. Pengalaman aku ni takkan dapat diganti di mana-mana lagi. Hidup pengawas!!

P/S: Maaf la kepada kawan-kawan dan kenalan-kenalan yang aku amik nama dia masuk sistem demerit di atas pelbagai kesalahan. Sorry okeh! Kepada para pengawas, selamat berjuang.

Salam.