04 August 2010

Persatuan: Boleh Jadi Gila??!!

Salam kepada semua yang sudi luangkan masa baca entry aku kali ni. Kali ini aku nak menceritakan sedikit sebanyak berkenaan dengan kehidupan kita sebagai pelajar universiti dah persatuan. Tapi aku akan lebih menceritakan tentang diri aku la kan. Yelah, bagi aku semua yang kat sini semuanya aktif-aktif belaka dengan persatuan masing-masing. Mesti korang semua selalu ditimpa pelbagai masalah sepanjang korang join persatuan tu atau organise program tu kan. Kebanyakannya akan hadapi semua tu dan selalunya memang tension la kalau masalah tu timbul dan bukan sebab kita kan? Haha, rasa nak tumbuk je orang yang buat masalah tu..tapi standard la, mana ada orang organise program tak ada masalah. Tu robot la tu...
Semua orang kene beri kerjasama dalam menjalankan sesuatu program, betul tak?
Macam aku, aku lebih sibukkan diri dalam dua persatuan kat USM ni. Satu Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUSMKKJ) dan satu lagi Future Engineer Colloquium (FEC). Dalam PMIUSMKKJ aku jadi ketua Exco Kebajikan dan dalam FEC jadi ahli biasa je. Jawatan yang kita pikul tu kadang-kadang berat jugak kan. Walaupun dalam FEC aku jadi ahli biasa je, tapi bila jalankan program ada je orang bagi aku jadi ketua biro pelaksana. Yang aku nak komen sket ni kan, kalau seseorang tu memang boleh buat kerja tu, dia akan diberi kerja tu je. Macam ex-roommate aku, dari dulu sampai sekarang asyik jadi ketua AJK Teknikal je. Bukan apa, cuma kelebihan dari dia buat kerja tu tak distribute pada orang lain sebab setiap kali program je dia jadi AJK tu. Cuba bagi orang lain pulak kan, baru la orang lain pun dapat rasa macamane peritnya buat kerja tu kan.
Ni masa aku dan Anep jadi formatter untuk Format PC Day PMIUSMKKJ
Yang aku dapat gambarkan dari pengalaman aku deal as ketua Exco Kebajikan PMI ni, aku dapat gambaran bahawa perkara yang paling susah sekali nak control adalah orang di bawah kita, atau seperti kata bekas PM kita, Pak Lah orang yang bekerja dengan kita ni. Cukup payah, sebabnya mereka ni macam sekadar orang yang ada semasa meeting dan buat kerja ape-ape yang senang je. Kenapa ketua exco yang tempah dewan, kenapa timbalan ketua exco yang kene tempah makanan? Sepatutnya benda tu orang bawah yang buat kan. Kita as ketua just pantau sebab kita dah ada pengalaman buat kerja tu. So why not orang lain pulak yang diberikan tugas-tugas macam tu? Tu satu perkara yang payah nak ubah dan salah satu puncanya adalah kita susah nak percaya orang buat kerja tu dengan baik kan? Punca kepada punca tu adalah orang bawahan kita tu buat kerja bertangguh atau kerja sekadar batuk di tangga je. Sapa tak risau kan?

Ni masa program FEC sem lepas..letih giler la program ni...
Satu lagi yang aku nak bagi pandangan adalah meeting yang diadakan tidak seperti straight to the point. Memang ni merupakan satu masalah. Masalah pertama adalah ketidaktepatan semua ahli mesyuarat berkumpul. Ini akan drag masa meeting tu lebih lama dan mesti ada hati yang tak puas hati sebab orang lain lambat (yang selalu lambat adalah dari pihak muslimin la kan). Aku tak kata ni masalah PMI atau FEC tapi ni generally la berlaku dalam setiap meeting yang aku conduct atau yang aku join. Satu lagi, perkara yang boleh settle kat luar meeting pun nak dibangkitkan ke dalam meeting. Ni jugak memberikan impak negatif kepada meeting tu. Dah jadi tak efektif la sebab benda yang kurang penting menjadi isu hangat dalam meeting yang sebenarnya membincangkan benda lain. So, pihak pengerusi meeting (pengarah atau ketua exco) sepatutnya lebih alert tentang perkara yang nak dibincangkan, jangan dibiarkan sampai melalut.

Dalam kita membincangkan bab hubungan dua hala antara pihak muslimin dan muslimat dalam menjalankan program, ini aku dapat lihat ada masalah di situ. Mungkin disebabkan rasa malu yang menebal (buat-buat jambu) oleh pihak muslimin bila berkomunikasi dengan muslimat ni yang buat apa-apa yang nak disampaikan tak sempurna. Kenapa perlu malu yang amat sangat bila kita melakukan sesuatu benda yang baik? Kenapa perlu berubah sikap bila duduk setentang dengan kaum hawa? Hoho..kita tak ada nya rugi kalau kita tunjukkan sikap sebenar kita. Itu membuatkan mereka yang bekerja dengan kita lebih memahami diri kita dan bagaimana kita bekerja. Jadi jauhkan sikap hipokrit dan semai sifat yakin dengan penampilan diri sendiri. Ini akan meningkatkan produksi dan usaha kita bila menjalankan sesuatu aktiviti.

Seharusnya sesuatu yang kita planning tu perlulah dilakukan dengan tepat dan tenang. Ada satu program tu aku buat dengan FEC untuk jamuan buka puasa di Pusat Islam. Pergh, memang cukup menyeksakan la dengan karenah birokrasi pihak atasan, dengan masalah mereka yang menumpang nama je, dan dengan kita sendiri yang kelam kabut buat kerja. Cukup tension time tu, dah la kita puasa kan, dah tu buat kerja dari pagi sampai malam tak henti-henti. Memang rasa nak pengsan je. Tapi yang lebih sakit hati ni bila orang yang menumpang nama tu siap komplen lagi ni tak sempurna la, tu tak betul la. Ini mendatangkan marah! Tapi tak ape, benda dah lepas. Pengajarannya di sini adalah kalau buat kerja tu planning kene betul dan lengkap. Dan mulakan gerak kerja lebih awal agar jika timbul masalah di pertengahan perlaksanaan, benda tu masih boleh ditangani lagi sebaiknya.
Ni MT Chemical Night 2010..mantap ar Fakhrul!
So, tulah antara benda yang aku nak garap bila menceritakan tentang kerja dalam persatuan. Masalahnya adalah kita ni manusia dan kita memang akan buat kesalahan  dan payah nak menerima kesalahan orang lain. Aku terfikir why not sebelum kita menjalankan gerak kerja kita cuba terapkan Rukun Usrah ke dalamnya? Aku tak nafikan kita takkan dapat nak capai objektif rukun usrah dalam masa seminggu lebih sebelum program berlansung. Tapi kalau tak dapat semua kenapa nak tinggalkan terus? Konsep Taaruf memang akan membuatkan kita faham orang tu dari luaran, cara dia berkomunikasi, cara dia react dengan soalan ataupun masalah dan sebagainya. Dan bila dah kenal, kita akan faham diri dia dengan konsep Tafahhum. Yang ini kita dapat terap bila kita bagi task pada dia, adakan dia ni buat kerja on the dot atau jenis berlengah-lengah. Dan akan menyusullah konsep Takaful selepas tiba masanya hari program tu. 

Kesejukkan lepas mandii sungai Sedim time Program Aluan Siswa FEC
Konsep ini aku just go through je la kan, tak ada la aku dah kaji apa semua. Tapi kalau aku diberikan program lagi lepas ni, aku akan cuba asimilasikan konsep ni kepada orang yang bekerja dengan aku. Mana tau apa yang kita buat akan mencapai sasarannya dan objektif yang kita nak sampaikan akan lebih sempurna. InsyaAllah.

Wallahua’lam.

No comments: