17 March 2011

Aku diperhatikan???!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Si gadis ni memerhati je aku dari tadi. Aku tau, cuma buat-buat tak perasan dan meneruskan bacaan Al-Quran aku tu. Dari tadi banyak dah salah tajwid yang aku buat sejak tadi, tapi si gadis ni macam gembira je bila aku membaca kitab Allah tu. Aku tersenyum je, sebab walaupun aku ni tak pandai baca Al-Quran sangat tapi gadis ni suka sahaja bila sahaja aku membacanya. Ke aku rasa dia perhatikan aku padahal dia tak perhati pun.

 Satu masa, time tu aku ingat lagi hari tu aku puasa. Macam hari-hari biasa la, aku ke kelas, bersama kawan-kawan. Mereka makan aku buat biasa je, konon tahan iman la..hehe, bukan ape kan aku tengah puasa. Gadis itu masih memerhatikan aku. Aku tak la rasa rimas bila diperhatikan, tapi lebih kepada gembira kan. Sape tak gembira bila ada gadis memerhatikan kita. Ada kawan-kawan gadis ni yang tegur dia, senyum semacam je. Hehe, dia tersenyum dan menunjuk jari telunjuk halusnya kepada aku. Allah, betapa cantiknya dia.
Aku diperhatikan? How?
Aku tak tau lah, apa yang ada pada aku ni kalau aku evaluate diri sendiri memang tak layak pun mendapat perhatian dari gadis itu. Setakat yang aku tau dari orang-orang lain, gadis tu baik sangat. Suci, dan kalau ikutkan memang menjaga diri dari perkara-perkara yang tak elok. Bersyukur bagi lelaki mendapat perhatian dari gadis itu. Sekarang ni, aku diperhatikan. Kawan-kawan aku pun banyak tak perasan kot. Tak kesah la, kalau diorang tau pun aku ok je..nak takut apa kan? Hahaha!

  Kawan-kawan dia panggil dia Hurin Nafisah..nama secantik orangnya. Aku tak berani nak bercakap dengan dia, lagipun kalau aku nak cakap pun mesti tak mampu pun sekarang. Sebabnya kalau aku berdepan dia dia, tak adanya control kemaskulinan dan kemachoan aku..mesti cair la. Hurin selalu je bersama-sama kawan-kawan dia. Aku tau dia selalu memerhatikan aku dan bila aku mengangkat kepada untuk menoleh kepadanya, tersenyum keseorangan. Tak berani la, walaupun time tu aku kat Kafe atau kat pusat Islam pun. Layak ke aku nak mendapat cinta dia? Layak ke aku yang baca Al-Quran ni pun tak reti nak dapat si dia yang dekat dengan Allah?
Mungkin dia bersama-sama kawan dia, tapi macamana dia boleh terpikat pada aku yang biasa-biasa ni
Malam tadi, Ustaz Latiffi dalam kuliah agama dia kat Pusat Islam ada sebut, pemuda yang selalu membaca Al-Quran, pemuda yang suka berpuasa dan mereka yang suka menghadirkan diri ke majlis ilmu ni, ada kelebihan dia yang Allah sediakan kepada mereka. Apa kelebihan itu? Disediakan kepada mereka gadis-gadis syurga yang tak akan tua, yang cantiknya tak terbayang di minda dan mereka selalu memerhatikan pemuda-pemuda ini dan terzahir cinta mereka pada pemuda-pemuda ini. Aku tersenyum, gadis yang memerhatikan aku itu rupanya bidadari, yang namanya Hurin Nafisah (bermaksud bidadari si jelita). Aku masih tersenyum lagi walaupun aku tengah taip ni.

Aku bukan nak kata aku banyak baca Al-Quran ke, atau banyak berpuasa ke, atau suka pergi majlis ilmu, tu saje tulis je. Tapi? Kene banykkan baca Al-Quran, berpuasa sunat dan ke majlis ilmu, satu sebab niat kerana Allah la kan, dan satu lagi tak salah kita berusaha untuk terima Hurin Nafisah dari Allah kan? Sebab itu janji Allah....betul x? Hehe...

p/s: gambar tu hiasan sahaja, mana mampu nak bayang cantiknya si bidadari aku tu..haha!

1 comment:

mujahid_crystal89 said...

ada orang salah tafsir ape yang aku nak sampaikan kat post aku yang ni.

Maksud aku yang duduk menantikan dan memerhatikan aku tu adalah bidadari syurga, dan bukan gadis biasa yang ada kat dunia ni. mungkin ada ayat aku tu berbelit sedikit. aku mintak maaf kepada orang itu.

hurin bermaksud bidadari dan nafisah bermaksud cantik atau jelita. lagipun dalam perenggan kedua terakhir dan perenggan penutup tu aku dah jelaskan kan ttg tu adalah bidadari.

tak ada gadis kat usm bernama Hurin Nafisah, tu bidadari syurga tu, huhu..aku tak pandai nak menulis sesuatu yg dipanggil realisme..mungkin aku kene berhenti menulis sebelum penulisan aku ni membahayakan orang lain.

aku minta maaf...