13 March 2011

Payah Bila Tak Mampu Berkata-Kata

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Orang kata bila rindu sembuhkan la rindu tu. Timbul satu persoalan, bagaimana nak menyembuhkan luka tu? Betul jugak kan, rindu ni bukan sakit fizikal macam terluka kat jari atau terseliuh kaki. Apa ubatnya? Persoalan itu dijawab kalau rindu dengan orang yang dekat jumpa dan berbuallah, dan kalau orang tu jauh ber'sms' lah atau call sahaja. Kalau timbul lagi satu persoalan, kalau kita buat semua tu akan mendatangkan mudharat macamana? Mesti akan ada kata-kata yang beri pandangan, ala..daripada menanggung sakit rindu tu?
Penantian itu satu harapan?
Bagi diri aku, rindu itu cubaan dan sebaik-baik cubaan adalah dengan bersabar. Sebabnya rindu ni kadang-kadang bukan untuk diubati, tapi untuk dipelajari betapa susahnya menjaga diri dari sesuatu kemungkaran. Rindu maksud aku kat sini adalah rindu pada sesuatu atau seseorang yang bukan hak kita lagi. Rindu pada Allah itu iktikad dalam hati, rindu pada Rasulullah dizahirkan pada peribadi, rindu pada mak ayah dimeteraikan segala tanggungjawab kita pada mereka. Tapi bila rindu pada kekasih yang belum sampai masanya dimiliki? Hehe..ini yang kritikal ni. Kadang-kadang kawan baik kita tak faham, mak ayah kita tak faham dan semua orang lain kita fikir mereka tak faham. Ini susahnya..

Sebaik-baik muslim adalah mereka yang menyayangi sahabat muslim mereka yang lain seperti mereka menyayangi diri mereka sendiri. Bagaimana nak menyayangi mereka? Kabulkan hak mereka dan jaga mereka sebaiknya. Benar, aku lelaki memang banyak membuat kesilapan kecil dan besar dalam perhubungan itu. Tapi kesilapan bukan untuk dijadikan alasan menyalahkan orang lain tapi sebagai wadah membaiki diri. Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Bijaksana. Dia yang mencipta kita, jadi Dia faham apa yang kita mahu, apa yang kita rasa. Jadi, sebaiknya pada Allah lah kita bersandar kerinduan kita. Apa salahnya kita kirimkan doa kepada orang di sana bila mana hati terdetik rindu.
Setiap masa rasa ada kosong dalam hati kan?
Kalau rindu setiap masa? Hehe..berdoalah tiap masa. Tak salah kan berdoa, dapat pahala lagi. Jika doa dimakbulkan, alhamdulillah...tapi bila kita meminta pada Allah dan kita tunggu punya tunggu tapi still tak dapat? Haaa..itu tandanya Allah nak beri nikmatnya lepas hidup ini. Sampaikan nanti bila di syurga sewaktu Allah nak balas nikmat tu, kita sampai kata kalau aku tahu nikmat ini lebih besar, aku tak berharap doa aku dimakbulkan di dunia. Tapi jangan bersikap begitu sekarang. Kita kene sentiasa bersabar dan optimis dengan janji Allah, "Sesiapa yang berdoa kepadaKu pasti dimakbulkan". Tunggu dan bersabar.

Bila sampai saat ketika itu, masa yang berlalu kita akan rasa sekejap sahaja. Berbaloi rasanya menanti bertahun-tahun dan diberi Allah ketenangan hingga akhir hayat. Ketenangan tak dapat diberi, ia rahmat dari Allah buat mereka yang sanggup menahan kata-kata "I Love You" dari dizahirkan sebelum sampai saat lafaz sakinah kelak. Wallahua'lam.

No comments: