06 March 2011

Program: Sepanjang Aku Sepi Tanpa Berita

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ni baru la aku rasa tenang sedikit nak tulis something kat blog ni. Sebabnya sejak dari kali terakhir aku post kat sini memang aku sibuk gila-gila punya. Memang la menulis kat blog ni menenangkan aku tapi sejak kebelakangan ni aku dapat tugasan yang memang betul-betul mencabar tahap kesabaran dan kehandalan aku berorganisasi...cheeewah!
Last sekali aku post adalah tentang gambar-gambar kat lab operation. Kali ni aku nak menceritakan pengalaman aku serta sedikit komen la semua program yang aku join dan terlibat secara langsung. Program pertama aku adalah makan bersama kawan-kawan satu batch di kedai mamak di Pulau Pinang. Memang gila la, sanggup jalan dari kampus aku kat Nibong Tebal hingga ke pulau semata-mata nak menghabiskan duit dekat RM10 nak melantak roti nan. Aku makan sket je, korang tengok geng aku yang lain, memang makan tak baca basmalah la ni, siap tambah lagi..memang keje gila la malam tu. Tapi sedap dan kenyang, puas hati..haha!
Tengok, banyak giler pinggan makanan diorang..huhu..memang pelahap sungguh!
Pastu, aku ada pegi ceramah Maulidur Rasul kat Masjid Putih. Penceramahnya kitorang panggil Pak Long, memang best giler la. Dia menggambarkan cerita berkenaan nabi Muhammad dengan cara yang paling berkesan dan dekat di hati kita. Kita rasa macam nabi dekat je pada kita. Malam tu memang ramai la, tak sangka aku begitu ramai orang datang. Tak tau la kan kalau orang datang nak makan je, tapi kalau ikutkan memang bagus la orang datang. At least terisi sedikit dalam hati kita kan rasa sayang pada nabi Muhammad yang tanpanya kita tak ada la kat dunia ni.
Ni dah abis ceramah baru aku tangkap..ramai giler orang!
19 Feb memang tarikh yang paling terkesan pada aku sejak tahun 2011 ni bermula, time tu aku dan kawan-kawan ada la bantu Dr. Suhairi running program Program Bijak Belajar untuk adik-adik dari SMK Sg. Bayor. Awal pagi sampai tengahari tu ok je, ajak adik-adik jenguk makmal, berLDK dengan mereka. Tapi time nak hantar adik-adik ke hostel kan, tetiba time tu hujan super lebat. Padahal minggu tu tak hujan langsung. Dan, nak jadi ceritanya ada seorang adik perempuan ni yang lemah semangat kata kawannya, macam histeria tau. Huhu..aku memang risau abis la, dia cakap jangan pisahkan aku dengan suami aku!! Huhu..memang takut aku. Hujan lebat sangat, memang kalau jadi pape aku tangkap je adik tu.
Program bermula, adik-adik ni datang dari Selama tau..jauh tu.
Dr. Sam sedang menerangkan berkenaan equipment dalam makmal, aku malas nak terangkan..hehe

Nasib baik kawan-kawan baiknya sangat berani dan mententeramkan dia, baca ayatul Kursi ramai-ramai, tenangkan dia..memang aku terharu la dengan tindakan kawan-kawannya tu. Sangat terharu, sebabnya mereka tak lari tau walaupun semua tu perempuan kecik-kecik je. Ada la dalam setengah jam jadi kejadian tu. Fuh, dan masa malam tu time kami bagi perkongsian bersama adik-adik tu, adik perempuan yang kene tadi tu dah sihat..alhamdulillah. Kampus ni pun tak kurang jugak dengan cerita hantunya..wallahua'lam.
Tengok, sangat lebat masa ni. Lagi 3 minit pas aku tangkap gambar ni berlaku la kes histeria tu
Lecturer dan senior yang akan memberikan perkongsian dengan adik-adik sekolah

Jumaat minggu lepas aku dan adik-adik usrah ditugaskan untuk mengedarkan risalah untuk Konsert Nasyid di pasar malam tau. Memang agak terhibur la berusrah dengan adik-adik usrah ni. Tak banyak pun risalah yang nak diedarkan, 50 keping aje. Lepas tu aku dan Abe belanja la adik-adik ni nasi ayam Padang dan pizza dua keping. Memang sedap la layan makanan di tebing sungai Kerian. Hehe...tapi rabak jugak la duit kan..huhu. Tapi tak apa, yang penting seronok bersama-sama adik usrah yang tersayang.
Lepak di tebing sungai sambil makan..huahua.
Pizza tu...huhu, aku dengan Abe memang berabis la untuk adik-adik ni..sayang korang!

Sempena Pusat Islam buat program ni, banyak ceramah yang sangat menarik dijalankan. Ceramah Ustaz Kazim Elias orang cakap best. Aku tak dapat pergi sebab settle hal konsert. Nanti aku cite la bab tu. Tapi masa ceramah Ustaz Shaari, memang best gila ar. Dia berdiskusi tentang buku tulisannya iaitu Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. Memang aku akan beli nanti! Hehe..duit dah kering..huhu. Time ceramah Ustaz Abdullah Khairi pulak habis satu Pusat Islam gelak dengan cerita dan keletah dia..haha! Terhibur jugak..aku pun sempat salam dia. Dulu kat Subang tak sempat nak jumpa dia.


Ni la ceramah ustaz Shaari, tu tengah tayang video tentang Al-Fateh
Memang mantap la orang muda ni..respect2..
Haa..baru jumaat lepas Konsert Nurani Islami bersama FarEast dijalankan. Program ni under Pusat Islam untuk sambutan Maulidur Rasul dan 10 tahun Pusat Islam. Aku jadi ketua AJK Protokol, memang sakit kepala la buat. 2 3 hari sebelum malam konsert tido pukul 3 4 pagi. Aku buat teks ucapan MC, buat detailed flow majlis, buat slide show, buat rehearsal. Tapi yang bestnya adalah dapat jumpa kumpulan FarEast. Bukan setakat jumpa aja, aku jugak merupakan salah seorang yang bekerjasama dengan mereka untuk konsert ni. Memang best tahap gaban la! Aku suka sangat kumpulan FarEast, low profile, dan mereka ni tak hipokrit tau. Meamng friendly abis ar. 
Susunan kerusi yang sangat menarik..tahniah kepada adik-adik 1st year!
Kumpulan FarEast sedang sound check pukul 5..memang langsung tak cerewet mereka ni!

Dalam bilik tetamu dewan utama..beb, aku dah jumpa FarEast..haha!

Faiz sedang dengar taklimat dari anggota kumpulan FarEast
  
Sahabat uastaz Shukri...namanya Ustaz Nabil

Time sesi bersama artis..hoho...

Yang lebih penting, konsert ni aku dapat rasakan sebagai program terbaik pernah aku involve. Sangat cemerlang la ketua dia iaitu sahabatku Ezly Hafiz dan jugak AJK program ni yang sangat hebat. Mereka ni baru 1st year tapi kerja memang kreatif. Memang bagus USM dapat APEX status, sebab pelajar APEX memang sangat cemerlang dalam berorganisasi. Enjoy betul aku, cuma mereka ni perlu didedahkan lagi dengan skill bekerja dan soft skill yang lain, kalau ada je, memang kaw la PMI lepas ni, yeah!

Last sekali adalah ceramah Mauliidur Rasul kat Surau Al-Ubudiah, dekat Parit Buntar. Lebih kepada forum la, dan moderatornya adalah Ustaz Shukri, pegawai Pusat Islam. Aku respect la Ustaz Shukri ni, ramai betul orang glamour dia kenal, contohnya Ustaz Nabil FarEast kawan kamcing dia. Dan ahli panel forum ni, Ustaz Nidzam Abd Qadir kalau korang tau TV9 program Tanyalah Ustaz, pun kawan dia, siap satu bilik masa belajar kat Universiti Al-Azhar lagi. Fuh, aku pun gitu jugak kot. Ramai nanti sahabat-sahabat aku jadi orang terkenal..hehe.

Ustaz Nidzam dan Ustaz Fauzi bersama ustaz Shukri

Forum berlangsung
Itu je lah kot aku nak cerita. Aku cerita bukan apa, nanti bila dah tua nanti aku baca balik blog ni, boleh aku cakap eh, eh...aktif betul aku masa kehidupan kat kampus dulu. Boleh cerita kat anak dan cucu nanti. Boleh berkongsi pengalaman dengan isteri nanti..hehe, insyaAllah. Oklah, minggu depan ada test dua bijik, Dinner pusat pengajian, lawatan sambil belajar ke Malay-Sino dan ada Jamuan Ukhwah PMI. Memang aku sangat aktif..hahahaha! Nanti aku cerita lagi.

p/s: tapi dalam hati, rindu tetap menguasai perasaan...huhu. Sabar wahai hati, 2 tahun je lagi..huhu.

No comments: