11 March 2011

Zaman Paleolitik dan Ideologi Sejarah Kita

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada sahabat-sahabat sekalian, aku dok tengok post-post aku sebelum ni, memang macam hampeh je sebab langsung tak ilmiah dan bermanfaat untuk dibaca. Patut la langsung tak ada orang komen post aku sebab memang sangat boring la kan. Ada ke tulis blog dan expect orang baca berkenaan diri aku kan? Haha..jadi kali ini dan insyaAllah post aku lepas ni akan diselitkan sedikit pengisian yang bermanfaat. Jadi baru la ada manfaat orang baca post aku kan?

Jadi kali ini aku nak berbincang berkenaan pengetahuan sejarah tamadun manusia di atas muka bumi ini. Seperti yang kita sedia maklum, kalau kita belajar mata pelajaran SEJARAH di sekolah dulu, tak kisah la masa ambil PMR ataupun SPM kita akan bermula dengan bab yang paling basic: Zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Lepas tu zama logam dan sebagainya. Ok, sekarang ni kalau kita imbas balik apakah ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik sebagai contoh? Ada sesiapa yang boleh jawab? Cepat-cepat!
Zaman Paleolitik menurut kita
Semalam aku ada la pinjam buku sejarah STPM dari library bertajuk TAMADUN DUNIA penulis dari Universiti Malaya. Dalam buku tu tulis orang zaman paleolitik ni tak tau nak bercucuk tanam dan hanya memperoleh makanan dari hasil memburu dan menangkap ikan. Mereka jugak tiada peradaban sebab time tu mereka tak ada sistem penulisan, sebab tu dipanggil zaman prasejarah. Mereka jugak tinggal di gua dan hidup sebagai orang nomad.

Ok, kalau kita baca buku Origin karangan Charles Darwin sendiri, perkara ni memang logik sebab katanya manusia ni belajar dari kehidupan macam monyet kepada kehidupan bertamadun sedikit. Jadi betul la kan teori evolusi yang diutarakan? Kan? Arggghh..semua tu salah la sahabat kan? Sebabnya macam aku bincang dengan kawan-kawan facebook aku, sistem pembelajaran kita ni berasaskan idea sekularisme dan kononnya kita tak ikut barat dalam menyusun silibus pelajaran untuk para pelajar. Kalau aku jumpa orang yang cakap begini memang aku campak dia masuk dalam tong sampah. Bangang betul manusia.

Begini susun atur masalah ni, kita sebenarnya mengkaji sejarah berdasarkan teori Darwin sebenarnya, bukan teori Darwin tu yang menyokong kajian sejarah itu. Satu buktinya adalah adakah kita nak mengakui Nabi Adam a.s. yang diutuskan Allah sebagai khalifah pertama di muka bumi ini di awal kedatangan manusia tu seperti yang diperkatakan Darwin? Bercawat, tak tau nak menulis dan duduk dalam gua? Adakah begitu teruk sekali tahap ketamadunan hamba Allah yang digelar sebagai Bapa Manusia itu?
Ni la yang disumbatkan ke dalam pemikiran kita sejak kecil lagi
Satu lagi, kalau nak bangkang teori atau mata pelajaran SEJARAH yang kita belajar dulu, kita tanye guru sejarah kita: dalam Al-Quran disebut Habil dan Qabil putera Nabi Adam ada diperintahkan Allah untuk membuat pengorbanan untuk menunjukkan keikhlasan mereka dalam mengerjakan suruhan Allah kan? Jadi apa yang diberi oleh mereka berdua? Dalam tafsir Al-Quran ada menyebut mereka berdua salah seorangnya menyampaikan haiwan sembelihan dan seorang lagi hasil tanaman. See? Jadi mana yang kata zaman dulu tak tau bercucuk tanam dan tak tau sains haiwan dalam nak menjalankan penyembelihan? Hm?
Dalam sejarah Islam sendiri ada mengajar kita Nabi Adam a.s adalah orang pertama yang membina kaabah sebagai tempat beribadah pertama di muka bumi Allah. Jadi, kalau ikutkan kajian sejarah, orang dulu duduk gua. Bro, kalau ikut pada logik akal kan, Nabi Allah Adam a.s tu dah tau bina kaabah buat apa dia duduk dalam gua? Mesti ada binaan yang baik untuk dijadikan rumah. Tengok zaman Nabi Allah Lut a.s, mereka bukan ke terkenal dengan pembina-pembina bangunan yang cukup baik? Siap ukir bangunan di bukit tu! Bukan jauh pun zaman Nabi Adam a.s dengan Nabi Lut. Jadi tak logik la. 
Kembali lah kepada Al-Quran dan Sunnah serta mempelajari sejarah mengikut urutan perjalanan Nabi-nabi Allah
Dari segi tak tau penulisan pulak, Nabi Adam diajar oleh Allah 'nama-nama benda' yang tidak diketahui oleh malaikat sendiri pun ketika mana Allah menjadikan Adam. Bro..memang geng-geng sekular dan Darwinisme ni sesat ya amat la. Darwin tu kalau ikut kata orang dia tu sendiri seorang yang berjawatan tinggi dalam organisasi Freemason, jadi boleh dikatakan apa semua kajian dia semua tu auta sahaja. Jangan la percaya pulak dan yang paling penting, segala apa ilmu yang kita peroleh sebaiknya kita kaji dalam-dalam dan kita tolak semua-semua yang bertentangan dengan Al-Quran.
Bila orang tanye, macamana nak explain orang arkeologi jumpa tulang la, jumpa penempatan orang-orang paleolitik apa semua, kita katakan bahawa segala kajian mereka itu hanya sekadar teori je sebab mereka bukan tau pun, just postulate then bagi assumption sahaja. Dikatakan tak ada penulisan sebab mereka tak jumpa bahan penulisan, dikata mereka tak berbaju dan just bercawat sebab mereka tak jumpa baju atau pakaian. Senang la macam tu. Ustaz pun ada ajar kan, sesuatu perkara atau sesuatu hukum kalau kita tak tau ada atau tak hukum tu jangan kita terus kata tak ada, kata tak tau. Sebab sesuatu yang kita tak jumpa tak semestinya tak ada.
Umat Islam perlu diberi pengetahuan berkenaan sejarah diri mereka
Ok lah, sekadar itu sahaja. Kalau ada sesiapa yang nak berinteraksi dengan aku, silakan. Nak bagi pendapat ke, tentangan ke, komen ke, aku no hal. Pape, kita kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah walaupun perkara yang kita anggap moden sekarang. Sebab pada kedua tu, kalau kita tetap bepegang kepadanya kita tak akan tersesat. Itu janji Allah dan RasulNya. Wallahua'lam.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Entry yang bagus untuk kesedaran umat Islam. Saya pernah menonton satu video berkaitan dengan apa yang saudara tulis ni.. Kalau kita lihat pada zaman nabi-nabi dahulu, bangunan-bangunan yang mereka bina lagi advance daripada kita sendiri. Dalam video tu jugak ada dipaparkan lukisan yang berbentuk helikopter di runtuhan bangunan prasejarah.. Kita tak dapat tengok kemajuan masyarakat zaman dulu sebab untuk kaum2 yang terdahulu apabila mereka melakukan sesuatu yang dibenci Allah, Allah menimpakan balasan kepada mereka sekaligus.. Sepertimana kaum nabi Luth yang sememang terhapus sama sekali peradaban mereka.. Allah hapuskan sesuatu kaum terdahulu dengan sehabisnya.. wallahualam..

mujahid_crystal89 said...

Betul tu, sepatutnya kita yang dah ada kuasa memerintah negara dan kebebasan memperbetulkan situasi sejarah negara perlu la ubah, tak perlu jadikan BARAT sebagai kiblat perjalanan sejarah dunia ni