11 August 2010

Hadirmu ya Ramadhan!

Salam diucapkan kepada semua sahabat yang mengunjungi blog aku yang biasa-biasa nih. Dah masuk Ramadhan dah, sekejap je masa berlalu kan. Aku terfikir macam baru 3 bulan lepas je sambut Aidilfitri. Memang masa sekarang ni berlalu dengan cepat la, tak sangka aku. Jadi kepada diri aku dan sahabat-sahabat sekalian, kita perlu jadikan Ramadhan Al-Mubarak ni sebagai sebuah universiti ulung, sebagai medan untuk kita mula membaiki diri kita mana yang silap, mana yang kita alpa. Sebenarnya kita sebagai manusia ni tau sedalam-dalamnya kekurangan diri kita sendiri lebih dari orang lain mengenali diri kita, yang payah nak berubahnya adalah kerana tak ada ignition untuk kita memulakan perubahan kepada diri kita yang lebih baik. So, Ramadhan menjelma lagi, diberi masa oleh Allah untuk kita cuba membaiki diri kita sebaiknya insyaAllah.
Tadarus Al-Qur'an pun bagus jugak bulan Ramadhan ni

Aku amat-amat terharulah apabila kita semua, aku dan sahabat-sahabat ni berjaya sampai semua kepada Ramadhan yang satu ni sekali lagi dalam hidup kita. Bukan senang tau untuk kita mengharungi setahun yang sekejap tu sebelum kita sampai kembali kepada Ramadhan tahun ini. Aku jugak terharu la sebab aku rasa Ramadhan tahun ini amat bermakna dan berlainan dari tahun-tahun sebelumnya. Sebabnya, pada hari semalam (Selasa 10 Ogos) sepanjang hari aku macam gelisah je, rasa macam ada sedikit kerisauan dalam hati ni. Aku risau kalau-kalau aku tak sempat sampai ke bulan Ramadhan sekali lagi (tak sempat means meninggal dunia la). Tapi dalam risau-risau tu Allah beri aku keberkatan aku rasa bila aku diberi peluang untuk mengazani bila masuknya bulan Ramadhan, aku azan pada Maghrib 1 Ramadhan di Pusat Islam! Allah, memang rasa sungguh terharu la sebab Allah dah ganti kerisauan aku tu dengan peluang yang tak disangka-sangka. Huhu...

Terima kasih diucapkan kepada abang Zulfirdaus kerana memberi peluang itu kepada aku walaupun suara aku ni tak ada la sedap mana (tapi boleh karaoke la) pun. Walaupun nampak macam kecil je benda ni dan macam membanggakan diri, tapi apa yang aku nak bagitau sebenarnya adalah akan ada peluang kepada setiap orang untuk membaiki dirinya sepanjang bulan yang penuh barakah ni. Yang penting dan benda yang boleh kita buat adalah cuba elakkan diri dari melakukan perkara maksiat. Maksiat maksudnya apa ye? Maksudnya perkara yang berdosa la, 'aSoo(ain-shad-ya) ni dalam bahasa Arab adalah doa. So, ianya tidak terbatas kepada zina, tengok benda tak elok dan sebagainya. Tapi mendedahkan aurat dengan sengaja pun maksiat jugak, mengutuk dan mempermainkan orang secara ganas jugak maksiat jugak, betul tak? So, kita mulakan dengan benda yang kecil dan mulakan sedikit demi sedikit~ sebabnya manusia ni payah untuk melakukan sesuatu dengan drastik.
Jom berazam solat tarawikh tak tinggal satu malam pun!

Bila dah bulan Ramadhan ni, kalau terbayang Ramadhan antaranya yang terfikir adalah MASJID atau dalam konteks kita Pusat Islam la kan. So, sebagai seorang mahasiswa Islam yang sedang berjuang di medan ilmu, tidak salah sekiranya kita meluangkan masa kita di Pusat Islam walaupun dengan apa-apa tujuan (kecuali benda maksiat la, macam nak mencuri ke, membunuh ke). Kita ni, jejaka Islam ni kalau kita memakmurkan rumah Allah (atau hatinya dekat pada rumah Allah) ni ganjarannya besar di sisi Allah. Tak dapat semua waktu solat, cukup la kalau kita mampu datang ke Pusat Islam berjemaah di sana di mana-mana waktu (Subuh payah sket kot). Kerana apa~kerana kita manusia ni perlu menghadirkan diri ke dalam suasana iman, di mana tempat itu dimeriahkan dengan solat berjemaah dan sebagainya. Dengan itu, keimanan kita ni dapat dimantapkan dengan melihat suasana keimanan tersebut. Ada motor kan? So, kalau vrrrooooomm motor tu sekali solat asar ke pun tak pe. Tapi kalau bulan puasa ni kalau berbuka kat Pusat Islam memang insyaAllah akan solat Maghrib berjemaah kat sana kan. Alhamdulillah.

Dalam kita sibuk menguruskan hal-hal akademik kita, kita jangan lupa yang kita cari kat dalam dewan kuliah tu semuanya adalah ilmu Allah swt Tuhan yang kita sembah. Ilmu itu miliknya dan ia adalah cahaya di dalam hati kita. Jangan kita limitkan persepsi dengan mengatakan ilmu kejuruteraan ni ilmu sekular atau ilmu untuk dunia sahaja, tidak! Bahkan ilmu-ilmu beginilah masyarakat Islam di padang pasir satu ketika dulu menjadi gah di serata dunia. Contohnya Khalifah Islam Umar Al-Khattab cukup dikenali sebagai jurutera awam yang sangat mantap dengan projeknya membina lebuhraya pertama dengan pertambahan R&R (rehat dan rawat) di sepanjang perjalanan dari Madinah ke Syam. See..bukan itu usaha membangunkan ummah ke? Berani lagi kata ilmu kejuruteraan ni tak ada link dengan agama? Sebenarnya sahabat-sahabat sekalian, minda kita telah disekularkan, kita sebenarnya tengah belajar ilmu yang ada kaitannya dengan agama Allah sendiri. Itu indahnya Islam sebagai agama yang lengkap dan lestari. Jadi, jangan pisahkan agama dengan pelajaran kita.
Jangan banyak makan sangat, bila nak kurus nanti kan

Dengan kehadiran Ramadhan, kita berperang dengan hawa nafsu kita sendiri. Syaitan tidak punya peluang mengganngu kita dan yang tinggal adalah nafsu. Lawan nafsu, lawan ia dari menguasai hati kita. Caranya? Bergaullah dengan mereka yang baik dan kawan yang mampu menasihati kita. Bukan kerana Ramadhan baru nak berubah tapi kerana Allah kita berubah, tak kira la masanya bila. Tapi Allah menjanjikan Ramadhan adalah tempat tarbiyyah diri, jadi moleklah kita mula dari sekarang. Aku bercakap bukan hanya menasihati diri sahabat-sahabat sekalian, tapi juga kepada diri aku yang jari-jari aku ni menarinari atas keyboard. Kalau korang semua baca entry aku sampai sini, memang korang semua sangat-sangat hebat! Moga ada keberkatan dalam ilham yang Allah beri kepada aku dan kepada anda semua. Ramadhan kembali lagi tahun ini, terpulang kepada kita menuai tuaian iman bersulam keindahan janji syurga yang setia menanti.

Wallahua'lam.

No comments: