04 August 2010

Kampus Yang Kucintai - Kampus Kejuruteraan

Salam kepada semua yang ada masa baca entry aku. Kali ni aku nak berkongsi sket perspektif dari kaca mata aku berkenaan perbezaan kehidupan di kampus kejuruteraan (atau budak induk panggil kejut, siooot!) dan kampus induk. Sebelum ni aku rasa macam tak best je kan kampus kita ni berbanding dengan kampus induk. Yelah, induk dah la besar, cantik lanskapnya, ramai orang dan duduk di tengah bandaraya. Kampus kita? Korang sendiri tau la kan macamane. Memang ada kekurangannya berbanding induk, tapi tak semestinya kekurangan tu sesuatu yang menyusahkan. Aku cerita ni based daripada pengalaman aku pegi induk untuk bengkel pengurusan persatuan dijalankan oleh BHEPP kampus induk minggu lepas. Memang masa nak pegi tu aku rasa excited sangat, yelah tak penah pegi ke induk dengan tidur kat sana terus. Lepas je aku pegi, aku rasa kampus kejuruteraan lebih baik dan mendamaikan..ahaksss!
TNC berucap masa majlis pembukaan bengkel persatuan kat induk

Kami bergambar kat salah satu bilik di Desasiswa Restu
Satu point yang aku dapat lihat di sana adalah dari segi saiz besarnya induk tu sendiri. Memang besar gedabak la, kalau jalan-jalan kat situ memang rasa macam duduk universiti la kan. Tapi yang membuatkannya kurang berbanding kampus kita ni adalah ianya sangat gedabak besar sangat. Cuba bayangkan dari satu tempat ke tempat lain tu jauh ya amat. Kita-kita yang ada kenderaan bermotor ni tak pelah. Yang tak ada tu? First year yang tak boleh bawak kenderaan tu? Macamane? Kita kalau nak buat meeting kat kafe lembaran boleh, kafe jaya boleh. Kalau kat sana? Mak ai..jauh bang. Semangat 100% dari bilik nak ke tempat meeting pun dah boleh punah. So, disadvantage la kepada cara kita nak bekerja tu sama ada akademik mahupun persatuan. Aku tak kata semua akan hadapi masalah tapi kepada mereka yang menghadapinya, memang payah. Macam kitorang la masa malam baru sampai tu, kul 12 malam lebih baru ada bas yang angkut pegi Desa Restu. Kalau tak ada? Haa..menapak la sampai bilik tak tau pukul berapa.
Zul dan Kecik beraksi di school kawan lama mereka..kesian zul
Selain daripada itu, dari segi------PMI dan persatuan lain-------nak menjalankan program ni, aku tengok macam masalah je. Macam tersekat sket la. Tu dari segi pandangan aku la sebab masa kami pegi bengkel tu, jadi isu berkenaan AUKU dan sebagainya. Benda tu macam jadi trend tau student nak buat program tapi stuck di satu level. Kenape? Sebab AUKU dan hal-hal lain. Aku tak mahu cakap la kan. Nanti kene buang universiti pulak. Ada la masalahnya tu, haih..malas la cakap. Tapi bercakap dengan kat kampus kejuruteraan ni, aku tak nampak itu satu masalah. Setiap program yang dihantar kertas kerja insyaAllah akan diluluskan. Dan harapannya bila En. Rashid naik ni pun masalah ni takkan timbul jugak. Setakat nak persetujuan dari penasihat macam program aku dulu tu pun still acceptable walaupun menyusahkan pelajar. Tapi as long as tak mengganggu program yang diaturkan, itu sudah cukup bagus bagi persatuan-persatuan tersebut. So, BHEPP kampus kejuruteraan still ok dalam bab ni, tapi bab lain BHEPP yang dulu di sini ada jugak kekurangannya. Tu tak dapat dinafikan.
Ni la Desasiswa Restu, memang nampak gah tapi jauh dari dewan kuliah
Satu lagi yang aku nak highlight ni mungkin Zul dan geng-geng teknikal akan setuju. Sebabnya dalam perbincangan dalam bengkel tu, masalah nak tempah dewan kuliah atau apa-apa dewan memang akan overlap. Sebabnya kat sana ada banyak gila babeng persatuan-persatuan berdaftar. So, kalau nak buat kecil pun sure ada masalah. Masalah tempahan barang-barang pun aku pasti akan mengalami masalah yang sama. So, itu akan mengganggu progress aktiviti la kan. Tapi bila berada di kampus kejuruteraan, masalah tempahan tidaklah mencapai tahap teruk. Nak tempah dewan ok, nak tempah pengangkutan mudah, nak tempah barang dari Jabatan Pengangkutan memang terbaik! Semuanya mudah disebabkan persatuan tak banyak dan kecekapan pegawai-pegawai jabatan yang terbabit. Ada sekali tu aku tempah bas, tapi tarikh tu bas dah penuh. Tapi bila ada persatuan yang cancel tempahan, pegawai Jabatan Pembangunan siap call aku lagi nak ke tak bas tu. Gila caring!

Tu antara kelebihan yang aku rasa ada pada kampus kejuruteraan bila dibandingkan dengan induk. So, dengan pengalaman 1 malam 1 hari aku kat induk ianya dah mengubah pemikiran aku terhadap kampus induk. Tu tak dibincang lagi bab kafeteria, bab sosial, bab internet, bab perbelanjaan dan lain-lain lagi. So, aku bersyukur ditempatkan di kampus kejuruteraan. Dan aku merasa bangga berada di sini (sebab aku bakal jurutera sebenarnya, hahaha!) So, goodbye main campus, here come KEJUT campus!

Wallahua’lam.

p/s: kat sini bukan nak memburukkan kampus induk ataupun BHEPP, tapi sekadar perkongsian aku saja. Jangan report plak, abis aku nanti!

No comments: