04 August 2010

Pangkat disertai dengan Tanggungjawab!

Salam kepada semua, dan salam ‘istimewa’ kepada sape-sape yang berani undi aku petang Rabu ni. Hai, sekarang ni musim semua persatuan buat AGM, atau Annual Grand Meeting untuk melantik kepimpinan sidang sekarang ni. Dalam pada aku yang dah 3rd year ni masih ada lagi mereka yang nak bagi aku jawatan yang bagi aku agak penting la untuk dipegang. So, dalam entry kali ini aku akan memfokuskan kepada dua AGM yang aku join, yang pertama adalah AGM untuk PMIUSMKKJ dan satu lagi PPPPKK. AGM ni sememangnya penting la, satu kerana nak lantik orang baru untuk memegang tampuk kepimpinan persatuan, dan satu lagi agar perjalanan persatuan tu akan lebih mantap dengan idea-idea dari orang-orang baru. 


Dalam AGM PMIUSMKKJ, aku dapat merasakan sesuatu yang agak gusar. Bukan sebab takut aku kene lantik jadi presiden kea pa ke, (tak layak langsung!) tapi lebih kepada perasaan bebanan tugas yang dipikul untuk satu sidang terlepas dari kepala. Amanah tu benda yang paling berat dalam dunia ni kan, nampak memang macam senang dan ada kelebihan je orang yang berjawatan ni. Tapi hakikatnya, dalam kita menjalankan tanggungjawab ni kita sebenarnya memegang nama baik persatuan tu di mata orang luar. Lagi-lagi nama PMI iaitu satu nama yang melambangkan ISLAM sebagai daya panduan organisasi. Cuba bayangkan kita ni buat salah, walaupun kecil mana pun mesti akan disebut-sebut orang walaupun kita ni tak ada la alim mana pun kan. Betul tak?


Walau bagaimanapun, ada yang berundur dan ada yang memegang semula kepimpinan itu. Tahniah dan takziah kepada Shafiq Suhaimi @ Shafiq Aero kerana dipilih menerajui PMI dengan dibantu Ezly Hafiz serta Rabbani. InsyaAllah kami (ahli@bekas kepimpinan lama) akan sentiasa menyokong anda secara langsung ataupun tidak. Memang berat, bayang la nak genggam PMI tu agar tidak tercalar dan remuk, payah tu. Setiap masa akan ditimpa dugaan dari luar mahupun dalam. Aku berasa bersyukur jugak la tidak diberikan apa-apa jawatan dalam PMI. Sesungguhnya ramai lagi yang layak la kan seperti Peje (bukan nama sebenar<---rumet Presiden PMI) yang cukup mantap dalam keyakinan pada diri sendiri. Hidup Peje! (Peje, belanja aku lepas ni..haha!)

Dalam PPPPKK@CheSS atau Persatuan Pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia@Chemical Engineering Student Society ni, ada yang aku tak puas hati sikit. Tak ramai student datang hari AGM, yang ramai pun budak first year je. Kenapa ini terjadi? Bila kita buat program anjuran PPPPKK mesti hambar je sambutannya dari setiap generasi. Yang malangnya, aku dah dilantik sebagai Naib Yang DiPertua 1 PPPPKK..huhu, aku tak tau la kenapa mereka pilih aku. Tapi yang pasti adalah kerana tak ramai calon yang bertanding. Nama yang dicalonkan tu pun macam confirm dapat je. Tulah student university, mereka banyak libatkan persatuan yang banyak memberikan mereka advantage je, bukan nak memantapkan persatuan pelajar yang mewakili mereka secara direct. Malas la cakap banyak-banyak, nanti kene balik kat aku kan.


Tulah sedikit sebanyak pengalaman aku menghadiri AGM persatuan. Demokrasi tu hanya sekadar nama…oooppps! Hehe, maaf la ye terlepas cakap. Biasalah, dalam politik negara pun kita boleh predict sape jadi perdana menteri, timbalan perdana menteri ini, menteri itu, kan-kan? Haa..tulah mainan politik walaupun kita berada di dalam university je pun. Aku dengar akan adanya Parlimen Mahasiswa yang dah diluluskan oleh Kabinet yang akan diwakili oleh MPP dan MT persatuan seluruh university. Betul ke? Tanye Fathul betul ke tak, tapi aku rasa betul la tu sebab TNC ada mention hal ni. So, good luck dan all the best kepada semua pemimpin pelajar, semoga berjaya menempuh dugaan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. To Fakhrul as YDP School, I’ll try my best to support you all the time, insyaAllah!!!

Wallahua'lam.

3 comments:

john cruise said...

hidup peje!!hidup john cruise!!

mujahid_crystal89 said...

laaa...peje ke..haha

aku dah promote ko dalam blog...belanja la, ape lagi

john cruise said...

suruh la syafiq aero blanje