04 August 2010

Muallaf: Filem Yang Bukan Untuk Dibanggakan

Salam kepada semua. Aku merasakan yang media hiburan ni (lagu, film, drama etc.) memang memberikan impak pada manusia la, terutamanya kepada penduduk di Malaysia ni. Bukan apa, dah jadi macam trend dah keluar je cerita baru mesti orang berebut-rebut nak beli tiket kat panggung wayang. Nak kata salah tu tak tau la nak cakap, tapi kalau aku better aku beli VCD tak pun tunggu je sharer share kat server dah aku download je. Lagi senang, boleh skip-skip, boleh rewind-rewind. Tapi tulah, ada yang kata tak ada feeling kalau tak tengok kat panggung. Kalau aku balas ‘ala..bukan boleh bawak kebaikan pun kalau dapat feeling tengok mivie kat panggung wayang, ada dapat duit ke?’. Haa..tu jawapan aku la kepada mereka yang suka pegi tengok cerita baru tu. Tapi bukan aku anti tau, just berjaga-jaga. Gelap dalam panggung wayang tu kan? So? Ikut korang la, semua dah besar.

Yang aku nak highlight kat ssini bukan berkenaan tabiat menonton movie kat pawagam tapi lebih kepada kesan movie itu sendiri kepada kita orang Muslim ni. Aku baru je menonton filem ‘Muallaf’ karya Yasmin Ahmad pagi Rabu tu. Saje je aku nak tengok kan, sebab aku ingatkan cerita tu macam cerita yang sangat islamik la, rupanya tidak. Kat Malaysia tontonan kepada umum didelaykan dan bila ditayangkan ada scene yang dibisukan, mungkin sebab agak hot kot biasalah 18PL. Yang aku hairan sangatnya, kenapa ada mereka yang berani mencampurkan ideologi agama yang amat rumit untuk difahami dalam sebuah filem yang bagi aku sangat-sangat mengelirukan. Korang dah tengok ke belum?
Poster filem MUALLAF bila kerajaan Malaysia dah luluskan
 Sebagai contoh, digambarkan bahawa pasangan adik beradik yang fragile (aku rasa la) dari segi pendidikan formal dalam agama digambarkan sebagai mereka yang amat-amat memahami Al-Quran dan Bible. Watak-watak tu sendiri mengaku mereka tidak pernah belajar dengan mana-mana orang yang alim berkenaan apa yang mereka belajar. Perkara ini disulitkan lagi dengan kehadiran seorang beragama Kristian yang sepertinya kurang sikit la implement agama dalam hidup disebabkan pengalaman masa kecik. Yang hairannya, bagaimana konteks kekuatan mengikut ajaran agama disandarkan kepada sebuah watak yang cukup goyah, cukup rapuh dengan ditonjolkan watak itu sanggup bekerja di pub, bergaul dengan non-muslim relax je, dan dalam masa yang sama cukup alim.
Salah satu babak dalam filem ni
Yang satu lagi kalau bagi aku memalukan orang Islam Melayu ni adalah watak seorang korporat bergelar ‘Datuk’ yang kuat minum arak, kuat maki hamun anak isteri, kuat berjoli dan sebagainya. Tak malukah orang kita bila pengarah filem itu membuatkan seperti orang kaya Muslim berpewatakkan seperti itu? Malah sebagai kontra Brother Anthony, paderi@father@pengetua sekolah tu nampak lebih baik, lebih memahami dan lebih berjiwa penyayang berbanding si Datuk tu tadi. Huh, aku rasa ni memang propaganda yang mengaitkan Melayu ni lebih teruk berbanding orang lain. Aku tak nafikan benda ni berlaku dalam masyarakat kita tapi seeloknya benda ni tidak dipertontonkan dari perspektif mereka yang jahil tentang agama.

Tidak salah lagi filem Muallaf ini memang membawa impak negatif kepada kita sebagai orang Islam. Jika dilihat kepada award yang dimenangi seperti Festival Filem Antarabangsa ke 21 di Tokyo (18 - 26 Oct 2008) untuk Special Mention Best Asian-Middle Eastern Film, memang menunjukkan bahawa masyarakat antarabangsa mengiktiraf begini la susur hidup masyarakat Islam di nusantara Melayu. Aku tak berniat nak mengatakan watak utama tu salah kerana bijak dalam Sociology of Religions dan Religion Comparative, tapi yang aku nak katakan kat sini bahawa dia itu terlalu rapuh untuk membawa peribadi seperti itu. Dia tidak cukup alim seperti yang digambarkan dalam filem itu. Kealiman tidak diukur sejauh mana ilmu yang kita ada tapi sebanyak mana ilmu yang kita ada tu kita praktikkan. Bahaya filem-filem seperti ini!

Babak dalam filem ni jugak..hoho..
 Walau apapun, selaku umat Islam di bumi yang tiada kebenaran selain dalam Islam, kita haruslah berdoa agar kita dijauhi dari malapetaka keaiban pada Islam itu sendiri. Setiap orang Islam membawa nama ISLAM tu atas bahu masing-masing. Jagalah pandangan mereka yang membenci Islam tu dengan memberikan contoh Muslim yang baik. Bukan dengan niat nak hipokrit, tapi dengan niat apa yang kita buat untuk menjaga nama baik ISLAM sebagai agama kita akan diredhai Allah dan sesungguhnya keredhaan Allah lah yang kita rindukan setiap masa.

Wallahua’lam.

2 comments:

Anonymous said...

jazakallah....a gud article...nice job....
i memg sokong 100% ngn opinion u 2....citer2 karya arwah ney liberal sgt....susah bg sesetengah org nk trime...hmm...kite amek je msg yg baik..dats all...=)

nucleus said...

ye..betul tu. memang ada benda yang baik nak disampaikan, tapi bila mana ianya diolah sebegitu longgar, perkara yang kurang baik tu nampak lebih menonjol la kan. So perkara macam tu yang kita nak elak agar tak terjadi gejala yang lebih teruk disebabkan oleh filem tu sendiri