10 July 2010

Pingat Kebesaran: Sekadar Pangkat

Salam buat semua.

Hari ni aku jenguk la surat khabar ni kat tenet. Ada macam-macam kisah yang berunsur politik dan sentimen agama yang aku tak berani sangat nak ditulis di sini. Biar je lah aku simpan sorang-sorang sebab kadang-kadang pendapat aku ni orang payah nak terima. Biasalah, aku ni tak pandai sangat jaga hati orang, so kat sini kena la tapis-tapis sket kan.

Ada satu kesah ni berkenaan tentang penganugerahan darjah kebesaran oleh TYT Yang diPertuan Negeri Pulau Pinang. Aku tak tau la kenapa selalu kalau sultan atau sapa-sapa bagi anugerah pangkat besar-besar ni mesti masuk paper. Siap bagitau tu apa kerja mereka, ada syarikat apa suma. Pelik kan adat macam tu orang-orang Malaysia ni. Yang dapat tu semestinya mereka yang ada pengaruh yang besar la, tak pun ada connection dengan orang istana. Ni kesah betul tau sebab dulu masa aku duduk Kuantan heboh la kesah ada pegawai kem tempat aku tu siap beli pangkat 'Datuk' tu. Bayanglah, awak dah ada pangkat besar buat apa benda pangkat-pangkat ni semua, buat kerja tu elok-elok sudah la. Ni macam buat kerja tak ikhlas la sebab nakkan sangat pangkat tu, kononnya dihargailah oleh kerajaan.

Penah dengar kesah kan mereka-mereka yakni para ulama dahulu kala yang memang terkenal la dengan sumbangan mereka pada Islam seperti Imam Abu Hanifah dan Imam As-Syafi'e? Haa..mereka ni bila nak menegakkan keyakinan mereka ni siap kene penjara dan dirantai apa semua. Walaupun mereka sebelum tu memegang jawatan dalam kerajaan, bila dah difitnah dan dipenjara mereka redha je sebabnya mereka yakin apa mereka buat tu tak ada yang lebih menghargai selain dari Allah sendiri. Tak ada pun nak mengungkit kata pada pemerintah mereka dah banyak bagi sumbangan so bagi la darjah kebesaran apa semua kan? Tu lah bezanya mereka yang ada keikhlasan buat keje dengan yang tidak.

Ada satu hari tu time abah masih kerja dalam TUDM ada la sorang kolonel ni arahkan abah buat macam profil la kan untuk dihantar kepada istana Terengganu. Katanya kalau abah nak dia boleh rekomen dan bagi surat sokongan la nak minta darjah ni semua. Dah sebulan lepas tu kolonel tanya dah buat belum pada abah. Tapi abah kata buat apa tuan, tak payahlah. Dia marah pulak abah sebab tak mau amik peluang dapat darjah Pingat Jasa Kebaktian negeri Terengganu. Balik rumah abah bagitau buat apa kan pangkat tu semua, tak ada nilai di sisi Allah. Yang penting usaha kita, kejujuran kita buat keje la yang paling penting. Pingat tu dunia je semata-mata. Betul abah kata tu, kenapa perlu kita promote diri kita untuk menunjuk-nunjuk kerja yang kita buat kan. Tapi abah buat jugak la proposal profile tu sebab kalau tak buat benda tu nanti si kolonel tu marah jer.

Dua tahun lepas tu, abah dapat surat URUSAN SERI PADUKA BAGINDA. Time tu abah dah pencen dah dan kami semua dan berpindah ke Banting dah. Surat tu warna putih, tak macam surat lain yang warna coklat kan. Siap ada cop Istana Negara Bahagian Pengistiadatan Pengurniaan Anugerah lagi. Rupanya abah dapat panggilan untuk menerima anugerah Ahli Mangku Negara atau A.M.N. dari SPB Yang Dipertuan Agong sendiri. Wah, lagi besar dari yang Pingat Jasa Kebaktian atau P.J.K. dulu! Kami sekeluarga terseronok la plak dengan sepujuk surat dari Istana Negara. Abah kata dia macam Hang Tuah la nak dapat anugerah dari Sultan Melaka. Aik, lain pulak kan? Takde, abah kata ni la pengalaman yang Allah dah atur sebagai kenangan dia berkhidmat dalam TUDM. Memang tak beri makna apa pun tapi time ni la nak rasa jumpa pemimpin negara yang tak tau keje kita macamana. Betul jugak kan?

Pingat Ahli Mangku Negara, A.M.N.

Abah dan emak di depan pintu Balairong Seri Istana Negara

So, abah pegi la ke Istana Negara nak amik pingat tu. Abah relax je, takde la excited sangat dengan pingat tu. Lagipun dia dah pencen dah, so pingat tu tanda kenang-kenangan la, boleh cerita dengan cucu. Ala, macam korang la kalau dapat naik helikopter sekali memang la seronok kan, mesti nak cite pada orang. Macam tu je lah perasaannya. Abah berbaju melayu hitam bersongkok siap. Macam pahlawan melayu la katakan. Abah pergi dengan mak ke istana tu. Abah kata dia amik sekali dengan David Arumugam penyanyi Alleycats tu. Abah pun kata Sultan Mizan tu pendek je orangnya, walaupun abah sama umur dengan dia. Tapi abah kata anak-anak abah besar lagi dari anak sultan tu. Hehe..jangan cakap macam tu abah, nanti sultan murka.
Kereta rasmi SPB Yang diPertuan Agong

Abah depan pagar istana

Tapi tulah, abah kata memang mewah abis la hidup mereka anak beranak. Suma orang sediakan, makan orang sediakan, kereta orang bawakkan, bercuti duit kerajaan, belajar anak-anak dia pun semua settle. Abah lain, mengorek duit bawah bantal nak menyekolahkan anak. Jauh beza dari kita, tapi abah ingatkan yang hisab mereka lagi lama dari kita di Akhirat kelak. Betul tu, sebabnya apa yang mereka buat tu semua akan dihitung, semua akan dikira. Payah tu, better kita sederhana je sebab orang yang kaya sebenarnya adalah mereka yang cukup keperluan dengan rezeki yang ada, bukan diukur dengan juta-juta dalam bank. Tu tak kira tanggungjawab mereka dengan rakyat di bawah mereka dan jugak menteri-menteri serta pegawai di bawah seliaannya. Semuanya ditanya kelak...

Ni scene yang diminati untuk ditangkap gambar bila melawat Istana Negara

Tapi pengalaman abah memerhati kehidupan seharian keluarga diraja ni memang manis. Yelah, bukan dia boleh pilih pun nak dilahirkan menjadi kerabat diraja. Tu sudah semestinya Allah dah tulis apa takdirnya. Allah takkan bagi ujian kepada seseorang kecuali dia mampu untuk menanggungnya. Takpelah, abah dah pun kembali ke dunia rakyat biasa dan bersedia lagi sekali mencari rezeki untuk keluarga.

Semoga abah berjaya mengejar keredhaan dalam dunia yang cukup sederhana walaupun dah jadi Haliman bin Sikon A.M.N. InsyaAllah.

Amin rabbal 'alamiin.

No comments: