11 July 2010

Pengawas: Bukan Kerja Mudah

Salam buat kawan-kawan sekalian.

Aku terharu jugak la ada kawan-kawan yang bagi komen yang menarik bila dah baca blog aku yang ntah pape ni. Memang la kalau orang baca mesti mereka pelik sket, sebab banyak entry yang aku tulis ni berkenaan diri aku. Yelah, dah blog aku kan, xkan nak tulis tentang Mulan Jameela pulak. Tapi tulah, dah jadi resam kot kat diri aku ni nak menceritakan apa yang aku nak cerita pada orang lain. Kalau kat sekolah dulu aku banyak cerita pada kawan-kawan bilik tapi bila dah di universiti ni aku ambil inisiatif meng'softcopy'kan cerita aku ni biar aku sendiri boleh baca balik. Best jugak baca tulisan sendiri, macam baca tentang diri orang lain pulak.

Entry aku kali ni adalah berkenaan dengan satu jawatan yang dianggap penting oleh pihak pengurusan sekolah tapi amat dibenci oleh ramai pelajar-pelajar terutamanya di sekolah menengah berasrama. Ada yang bagi gelaran jipang la, kaki report la, bangsat jalanan la, hamba cikgu la macam-macam. Tapi apa pun panggilannya, orang yang melalui pengalaman bertugas sebagai pengawas sekolah atau asrama ni sangat lah sukar nak hidup dalam dunia persekolahan. Bukan apa, selain dari tekanan tugas yang diamanahkan, pengawas berdepan dengan apa yang pakar panggil sebagai occupational hazards; iaitu keadaan yang membahayakan yang datang selari dengan tugas yang diberikan. So, kalau korang pernah la jadi pelajar biasa di sekolah, tak banyak sedikit mesti ada rasa jelik kat pengawas-pengawas ni kan. Kuat sangat mengampu cikgu!

Aku ni termasuklah golongan pengawas yang selalu la mengalami pelbagai kesulitan dalam menjalankan tanggungjawab tu. Aku dan adik beradik aku yang lain memang tak lepas dari jadi pengawas. Tiap tahun macam tu sejak dari sekolah rendah lagi. Aku kat sekolah menengah start jadi pengawas masa form 3. Sekolah aku walaupun ada asrama, kami tak ada pengawas asrama sebab pengawas sekolah juga adalah pengawas asrama. Kiranya ada satu badan pengawas je lah kat sekolah aku. Aku time tu diserapkan masuk dalam biro kebajikan badan pengawas. Kiranya tugas aku secara amnya adalah menjaga kebajikan pelajar, tapi tugas spesifik aku adalah menjaga bilik sakit yang ada kat asrama putera la. Jaga bilik sakit ni kiranya kene kemas bilik sakit, jaga ubat-ubatan, jaga budak sakit, segala macam lagi lah kan. Ingat senang ke, dalam 300 orang pelajar lelaki tu ada 300 jenis ragam yang aku kene deal satu-satu tau tak.

Ni gambar kelas aku masa form 5. Yang lelaki pakai baju melayu sebab hari jumaat.
Kalau perasan name tag aku warna biru muda menandakan aku pengawas.

Ni gambar ketua biro mase aku form 5, mantap tuh!
Ni bukti gambar aku bersama dengan MPP USM Induk sekarang, Saudara Faiz Omar

Ni nak cerita sket tugas aku la selaku pengawas kebajikan. Tiap malam lepas solat maghrib berjemaah di surau (semua pelajar wajib ke surau solat berjemaah tiap waktu), aku akan ke blok asrama untuk menjalankan tugas aku. Tugas aku adalah untuk cek setiap dorm tutup lampu dan kipas atau tak. Kalau tak tutup kene denda, dan duit dendaan tu akan digunakan untuk beli ubat. Aku jugak kene cek paip di bilik air tertutup atau tak. Selain itu, aku jugak adalah orang yang akan dicari sekiranya ada pelajar yang demam atau tak sihat ke. Semua tu kadang-kadang aku buat sorang-sorang tau tak. Memang letih la. Ada satu malam tu tengah aku cek bilik tingkat atas, tetiba je aku terdengar bunyi budak2..memang seram la kan. Tulah cabaran kalau jadi pengawas kebajikan. Kadang-kadang tu jugak ada pelajar yang bersembunyi dalam bilik tak mau nak ke surau solat. So, aku kene amik nama la, pastu mula aku dilabel macam-macam. Dia yang buat salah kita pulak yang kene kan?

Gambar batch kami dengan cikgu Rosli sebelum dia pindah Kelantan.
Memang kami rapat sangat dengan dia

Ni antara pengalaman aku jadi pengawas masa form 3 la. Warden yang menjadi pemantau kami adalah cikgu Rosli yang ajar fizik, baik orangnya dan tak kurang jugak sifat peramah dan tegasnya. -----"Ekk?" Hehe,,trademark dia ni. Memang kalau pasal ubat habis je atau ada pelajar sakit kene ke hospital ke, dia la tempat rujukan aku. Memang aku dengan dia rapat sejak form 2 lagi sebenarnya. Aku dah banyak lupa dah kenangan jadi pengawas masa form 3 sebab masa form 4 aku jadi setiausaha pengawas dan form 5 aku jadi ketua pengawas. Hahahaha! Aku pun tak sangka aku jadi ketua pengawas. Tapi pengalaman aku jadi pengawas masa form 4 dan form 5 segan la nak tulis kat sini, malu..hehe.. Ada tentang cinta, ada tentang buli ada yang menggembirakan. Tapi still aku ingat dan akan ingat sampai bila-bila.

Ni gambar pengawas sekolah aku tahun 2009 kot.
Aku tinggalkan mereka masa mereka form 2

Bila dan masuk dunia universiti ni, memang aku teringat sangat zaman sekolah dulu. Kenangan yang pahit pun dah berubah menjadi kenangan manis semuanya. Dengan aku punya tilam terbangnya, dengan locker dipecahnya tu suma dah jadi asam garam mereka yang bergelar pengawas. Tak tau la kan kalau sekarang ni budak-budak asrama makin baik, tapi memang la. Pengalaman aku ni takkan dapat diganti di mana-mana lagi. Hidup pengawas!!

P/S: Maaf la kepada kawan-kawan dan kenalan-kenalan yang aku amik nama dia masuk sistem demerit di atas pelbagai kesalahan. Sorry okeh! Kepada para pengawas, selamat berjuang.

Salam.

1 comment:

Cikgu Dain said...

Assalamualaikum.. tuan tanah ni X-SMKAP ke? batch berapa ye.. aku pun Alumni SMKAP gak. batch 2001 2nd Batch..

Selamat Maju Jaya.. gembira bila bertemu dgn Alumni SMKAP..