Dalam hidup kita yang disirami hanyir kepalsuan pelbagai ideologi yang menyesatkan, kita berhadapan dengan kesukaran mendapatkan kebenaran sebuah fakta. Maksud aku, dalam satu perkara kononnya, kita tak dapat mengesahkan sama ada ianya betul atau salah. Semudah itu, tapi dunia sekarang ni membuatkan kita tertanya-tanya bagaimanakah cara yang paling mudah untuk menghuraikan masalah yang sebegini.
Semalam sedang aku dan budak-budak ni membeli belah buku teks kat kedai buku sebelah library tu terbuka la cerita tentang fakta adakah Iskandar Zulkarnain tu Alexander The Great raja dari Macedonia tu. Mulanya aku ngan kecik la tengok buku Iskandar bukan Zulkarnain. Kecik cakap dia dah beli dan yang menariknya ada pulak sebuah buku lain yang bertajuk Iskandar adalah Alexender tuh. Kira macam kontra la kan dari buku yang satu lagi tu. Kenapa jadi macam ni ye? Bagi aku la kan, tak ada atau kurangnya cendiakawan Islam sekarang ni yang begitu teliti untuk mengkaji sejarah yang ada disebut dalam Al-Quran.

Satu lagi yang mungkin menjadi isunya adalah kita dah terlalu lama dijajah oleh penjajah sama ada dari Eropah mahupun dari Asia sendiri. Lihat la sebelum kemasukan penjajah Portugis ke dalam Kesultanan Melayu Melaka lagi, walaupun dah hampir 1000 tahun kita dipengaruhi oleh Hindu dan Buddha kita masih tidak mampu untuk membuang amalan mereka. Kata Ustaz Ismail Kamus dalam satu ceramahnya, kita orang melayu ni berjaya memeluk Islam dan membawanya ke dalam diri tapi kita tak mampu lagi nak buang adat Hindu seperti bersanding dan sebagainya dari kehidupan kita. Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian kerana adat yang kita ikut itu adalah adat dari keagamaan yang lain, yang bukan Islam.

Apa guna mencari ilmu dunia sedangkan bekalan ke akhirat diabaikan? Ingat di dalam sirah ada seorang hamba Allah merantau dari negeri yang jauh dalam 8 hari perjalanan ke bumi Rasulullah s.a.w semata-semata untuk bertanyakan 2 soalan kepada baginda Rasulullah s.a.w. Kerana apa beliau bertindak sedemikian? Kerana pencarian kebenaran tidak akan berakhir sehingga kita betul-betul puas dalam mencari fakta yang diingini. Di akhirnya, Rasulullah memberikan satu jawapan kepada kedua-dua soalan sahabat Nabi itu dan dia tergolong di dalam orang-orang yang dikasihi Allah s.w.t.

Wallahu a'lam.
1 comment:
pengongsian yang mantap..terkejut aku bila baca..baru semalam kita bincang kat library..mantop ar pinki!!
hmm..ingin aku tambah sedikit..
ya..ada 2 buku yang contra tetapi ironinya,
kedua2 buku tu, orang islam yang menulisnya..
Zulkarnain adalah lelaki yang disebut dalam Surah Al-Kahfi
Beliau lah yang dikatakan telah membina tembok untuk mengurung kaum Yakjuj & Makjuj.
cuma sekarang ni, ilmuan2 dari islam @ kafir kedua2 cuma sumbangkan teori mereka tentang siapa sebenarnya zulkarnain
adakah Zulkarnain,Raja Iskandar (buku Iskandar adalah Zulkarnain) ataupun Raja Kurush (buku benarkah iskandar bukan zulkarnain)..ini persoalan yang mereka ingin kita fikirkan..
ni ilmu yang aku dapat dari buku 'benarkah iskandar bukan zulkarnain'. teringin plak nak baca buku yg lagi 1..pinki sila beli ye..hehe
Post a Comment